Wednesday 29 January 2014

Agoda.com VERSUS Booking.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua reader yang budiman tu,


"Hai!!..I'm back..semalam di Kemboja...hari ni di Malaysia..hee"

Hari ni JM ingin berkongsi sedikit panduan dan tips semasa membuat tempahan hotel. Kepada mereka yang biasa travel ke sana ke mari, isu tempahan hotel ni bukan lagi menjadi masalah yang besar kan. Kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia travel boleh rujuk sini.

Perkara pertama yang perlu di fikirkan selepas beli tiket flight adalah tempat penginapan destinasi yang di tuju. Sebelum tempahan di buat perlu buat survey dari segi lokasi, harga dan dapatkan info sepenuhnya daripada forum, tripadvisor dan pendapat kawan-kawan yang pernah menginap di sana agar percutian lebih bermakna.

Kepada mereka yang kerap travel ke luar negara salah satu cara membuat tempahan bilik hotel adalah melalui  agoda.com , booking.com  atau  hotelscombined kan...betul tak..ke ada website lain yan boleh di gunakan, jika ada boleh kongsi ngan JM ye. Bagi hotel yang mempunyai laman web sendiri boleh terus booking melalui laman web tersebut. Jika kurang budget boleh tempah hostel melalui  hostelworld  atau hostelbookers .

Monday 27 January 2014

Phnom Penh : City Tour

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Here is today activities and tomm will going back to Malaysia, will come back again ermm maybe one day dan kepada kawan-kawan di luar sana yang belum jejak kaki ke sini JM syorkan korang datang sendiri untuk melihat kehidupan orang kemboja then you will be more appereciate your life.

Royal Palace Phnom Penh

Saturday 25 January 2014

Siem Reap : Going to Bayon Temple

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua sahabat JM di luar sana :-)


Nampak tak rupa JM yang kesedihan kerana meninggalkan kawan-kawan almost 6 days. Malam ni akan bergerak ke Phnom Penh by sleeping bus jam 11.00 malam. Live updat from Rithy Rine Hotel Siem Reap. Almaklumlah lah dapat free Wifi dalam bilik.

huhuhu alamak lobang idung dh pecah

Sem Reap: Cambodian Muslim Restaurant

assalamualaikum

jom makan dulu 

saje je kan

samlor kor kor menu kami hari ni

Thursday 23 January 2014

Siem Rieap : Been there

Assalamualaikum semua

Rindu sama JM  tak?

Rehat jap pastu keluar semula
Botol air bersepah....ahahaha


Tuesday 21 January 2014

Ho Chi Minh : Last Part

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia,


"Hari ni kami santai - santai je....JM ke mana tu..nak tahu?..teruskan membaca ye"

Ini adalah kisah kami pada hari kedua...ye pada hari kedua..nak tahu tak ke mana kami pada hari ni..aha..kami tidak ke Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel, sekadar pusing-pusing sekitar town sahaja.

Keluar dari hotel seawal pagi, keluar lambat nanti rugi kerana masa itu amat bernilai..terus singgah di restoran Hajah Basiroh untuk makan nasik lemak dan Murtabak Vietnam yang sedap tu. Oleh kerana sedap, JM tapau murtabak sebagai bekalan bila lapar nanti. Destinasi pertama kami pada pagi ini adalah ke Russian Market...pernah dengar tak..ada tak sesiapa yang pernah ke sana..meh JM kongsi sedikit info berkenaan tempat ni.

Russian Market
Lokasi/Address :
Central Garden Complex,
225 Ben Chuong Duong Street
District 1
Ho Chi Minh City, Vietnam

Merupakan tarikan terbaru di HCM yang terletak dalam sebuah bangunan, tetapi kawasan jualan merangkumi 2 tingkat sahaja. Terdapat pelbagai jenis pakaian BERSAIZ BESAR terutama baju sejuk (Winter Coat), t - shirt, pakaian kasual, kasut, hangbag, luggage bag, cenderahati, pakaian kanak-kanak, jaket yang berkualiti dan sport wear yang boleh di dapati dengan harga yang rendah. Amat sesuai untuk mereka yang berbadan besar. Banyak saiz di sini dan harga boleh tawar menawar.

Opening time : 09.00 am - 10.00 pm
Urusniaga : Hanya menerima USD dan Dong sahaja
Rate Dong di HCM, 1 Juta Dong = RM152..jika rasa rate di Msia mahal..boleh tukar di HCM
Semasa ke sini USD1 = RM3.01 TAPI sekarang USD1 = RM3.30 (UWWaaaaaa)

Bagaimana nak ke sana : Teksi Vinasun sentiasa ada di depan Hotel atau simpang jalan. Bagi sahaja alamat atau cakap je Russian Market, mereka akan hantar ke sana dan tambang lebih kurang VND40 - VND50 sahaja. Masa perjalanan lebih kurang 5 - 15 minit menaiki teksi.

Kalau nak balik nanti naik je teksi kat sini
Ini lah Russian Market tu
Nampak lengang je kan - ye lah kami sampai awal dalam jam 9.00 pagi
Buka je main entrance terus masuk hahaha...nampak tak ada kedai yang tak buka lagi
Ini lah antara pakaian yang di jual
Masuk tandas ada notis ni, siapa boleh tolong translate - yang JM tahu ada perkataan Toilet di situ..kenapa tak di tukar ke perkataan Vietman...curious tak...
Hahahaha...korang perasan, notis dalam TOILET pun JM ambil...ye lah bukan apa...dalam banyak-banyak perkataan tu tetiba je boleh tulis TOILET ...curious gak eden.

Almost 2 hours kami di sana dan balik semua ke pasar bent than dengan teksi Vinasun kadar tambang VND35,000. Simpan semua barang yang telah di beli di dalam bilik hotel kemudian kami keluar semula untuk ke Independence Palace dan War Museum

Independence Palace dan War Museum

"Independence Palace (Dinh Độc Lập), also known as Reunification Palace (Vietnamese: Dinh Thống Nhất), built on the site of the former Norodom Palace, is a landmark in Ho Chi Minh City, Vietnam. It was designed by architect Ngô Viết Thụ and was the home and workplace of the President of South Vietnam during the Vietnam War. It was the site of the end of the Vietnam War during the Fall of Saigon on April 30, 1975, when a North Vietnamese Army tank crashed through its gates"

Kenapa kami nak ke sini eh...saja nak menghabiskan masa yang ada kerana duit sudah habis untuk shopping hahahaha senang je jawapan nya kan.

Nak tahu tak bagaimana nak ke sini eh..mudah je...jalan kaki tak perlu naik teksi :

1. Sebelum ni JM bagi direction untuk ke kedai kain Haji Halim kan..ingat lagi tak dalam entry part2
2. Ok...dari kedai Haji Halim tu terus jalan ke hadapan, jalan belok-belok walaupun jumpa simpang 4 jalan terus je ke hadapan. Kiranya semasa berjalan nanti kedai Haji Halim akan berada di sebelah kanan.
3. Berjalan terus sehingga jumpa simpang 3
4. Jika ke kiri akan jumpa dereta kedai sport wear dan jika ke kanan jumpa War Museum
5. Untuk ke Independence Palace pulak, dari War Museum tadi jalan je terus ke hadapan sehingga nampak main gate dan entrance booth.
6. Boleh refer gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Dari kedai Haji Halim dan Serai Restaurant berada di sebelah kanan jalan
Apabila jumpa simpang 4 - Mattana ni jalan je terus ke hadapan, bangunan mattana akan berada di sebelah kanan
Akhinrya akan nampak simpang 3 ni, jalan terus ke hadapan arah pokok-poko besar untuk kedai Sport Wear dan ke kanan jika nak ke War Musem
Jika ke kanan akan nampak pintu masuk ke War Museum
Ok..kami akan ke Sport Wear dahulu, nampak lelaki-lelaki dalam gambar di atas di persimpangan jalan tu, kan ada sorang lelaki tu tanggung sesuatu dalam kotak tu...nak tahu apa kaitan beliau dengan kami...ahakss...sila lihat gambar di bawah.

Penjual air kelapa rupanya - berat oooo tanggung benda ni
Semasa di simpang jalan tadi dia cakap kat depan tu War Museum tanap di soal, kami pun senyum je lah tanda setuju walhal dah tahu pun, kemudian dia follow kami semasa melintas jalan..ehh..kenapa ngan mamat ni kan..pastu rupanya dia minta kami beli air kelapa muda tu..manis katanya. Kami menolak dengan baik kemudian dia minta kami bergambar dengan beliau..ehh..kami bukan ARTIS hahaha. Oleh kerana memang tak ada lagi muka JM entertain dalam gambar sebelum ni...JM setuju je lah...ahaha...teruk kan.

Let's go kita ke sport wear...

Sport wear shop
Dari Sport Wear Shop ni kami terus gerak ke War Museum dan Independence Palace dan tak nak cerita panjang kita lihat gambar je lah ek.

Visiting Information

Open Hours: 7:30 a.m. to 5 p.m. daily
The ticketing window closes from 12 p.m. to 1:30 p.m.
The last admission to the museum is at 4:30 p.m.
Entrance Cost: 75 cents (100,000 VND - 15,000 VND)

War Museum
Indipendence Palace Entrance
Sebenarnya JM nak ambik gambar mamat hensem ni heee
Nak masuk dalam palace perlu ada tiket ye beli di main entrance..kami tak masuk..so ambik gambar kat luar je
Gambar - gambar sekitar Indipendence Palace dan War Museum
Saigon Notre - Dome Cathedral dan Saigon Post Office

Ini adalah antara tarikan yang terdapat di Ho Chi Minh, so let's go kita bergambar di sana.

Caranya :
1. Dari entrance Independence Palace tu, cross jalan dan melalui taman/park
2. Jalan terus je ke hadapan sehingga jumpa Notre Dame sebelah kanan
3. Post Office terletak bersebelahan dengan Notre Dame

Dari entrance Indepence Palace tu, akan nampak simpang 3 yanbg besar ni, cross jalan untuk melalui kawasan park
Jalan seperti mereka kat atas tu
Ramai yang beriadah dan ada yang menjual makanan
Mengantuk auntie ni menunggu pelanggan

Ini lah Notre Dame yang menjadi tarikan pelancong tu
Post Office terletak bersebelahan sahaja dengan Notre Dame ni

Saigom Post Office menjadi tarikan pelancong kerana senibina di dalam nya sangat cantik dan klasik
Kepada peminat dan pengumpul fridge magnet seperti JM boleh beli kat sini ye harga pun agak murah berbanding yang di dijual di pasar ben than.

Dari Post Office ni  5 minit  berjalan kaki boleh sampai ke Hard Rock Cafe Ho Chi Minh. Biasanya bagi mereka yang minat betul dengan t-shirt HRC ni, jika ke mana negara pun mesti cari kan, so untuk tidak menghampakan mereka, meh JM kongsi direction untuk ke sana secara bergambar.

Dari pintu masuk pos ofis tu jalan ikut arah seperti motosikal tu
Jalan sehingga nampak simpang ni, so masuk simpang ni jalan terus ke hdapan lagi
Dari jauh akan nampak bangunan ni
Dah sampai di HRC No Chi Minh, Vietnam....dekat je kan
Selesai sudah aktiviti kami pada hari kedua,  sebelum balik hotel siggah sebentar di Serai Restaurant. Masakan di sini bagi JM sangat sedap dan dari segi harga..no komen boleh lihat sendiri ye.

Ini lah pemilik Serai Restoran tu...ada sesiapa kenal tak, beiau dari Kajang Selangor
Nampak tak...kat Menu ada gambar KLCC tu 
Cer lihat harga makanan dan minuman kat sini
Antara dekorasi yang ada kat dalam ni..nampak tak tu bendera Malaysia
Ni antara menu kami berdua...jom makan..nyum..nyum
Sampai sahaja di hotel rehatkan badan dan mulakan aktiviti packing barang kerana esok pagi sudah mau pulang ke Malaysia. Masa penerbangan adalah jam 10.30 pagi, so agak rugi di situ kerana jika flight petang boleh jalan-jalan lagi kan.

Pada sebelah malam kami keluar menghabiskan masa pegi ke night market dan pegi SPA teman kawan JM buat medicure dan pedicure. Dalam perjalanan ke sana JM di tegur oleh seorang lady ni orang Vietnam dan dia tanya Where r u from...JM jawab Malaysia...pastu dia cakap be carefull with your things...sebab time tu JM sedang pegang TAB...dia minta masukkan ke dalam bag...thanks young lady...

Keesokan pagi selepas bersiap dan check out terus gerak ke airport...tidak perlu risau kerana depan hotel telah tersedia menanti teksi Vinasun, cakap je nak ke International Airport.

Bye-bye Ho Chi Minh dan maybe JM akan ke sini lagi

Ini adalah entri terakhir untuk bulan Januari...kita jumpa lagi bulan Februari nanti ye...Wasalam

Wednesday 15 January 2014

Ho Chi Minh : Memborong kain PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


"Jom ikut JM...kita Shopping lagi"

Cerita shopping menyopping di Ho Chi Minh belum habis lagi..YUkkkk!!..ikut JM kita ke tempat shopping seterusnya...Kalau suami bersama isteri yang rajin shopping ni mesti mereka decide lepak je kat hotel kan...ye lah..dapat pulak isteri yang jenis memilih kain dan baju berjam-jam kekadang 15 - 20 min tu baru nak cari warna, nak rasa kain lah, nak tengok corak dan bunga lah...belum decide lagi tu hahaha....itulah namanya perempuan kan, cukup detail dalam memilih ..ye ke heee. Ye! sebab JM salah sorang daripada nya. Oleh sebab itu tak ramai hero-hero Malaya di kawasan pasar dan tempat shopping ni.

Kepada suami-suami di luar sana, salah satu cara menunjukkan rasa kasih dan sayang korang kepada isteri kalian, sila lah bawak mereka shopping di HCM ni....mesti bertambah sayang mereka pada kalian ahahaha...mesti akan ada yang menjawab..sayang pada isteri bukan melalui harta dan benda..hikss...

Last entry...ingat lagi tak...JM ke Toko Plaza kan, kemudian kami balik ke hotel untuk solat dan golek-golek badan atas katil jap kemudian dalam jam 3.00 petang kami decide nak ke Pasar Bent Than pulak. Ahaaa..minta perhatian ye...JM tengah mencari Nanatron ni....beliau excited sangat nak beli kain pasang so di sinilah tempatnya.

Pasar Bent Thant (Bent Thant Market)
- Lokasi nya terletak betul-betul bulatan besar yang terdapat tugu orang berkuda tu seperti gambar di bawah
- Menjual pelbagai jenis pakaian, kain pasang, pinggan mangkuk, t-shirt, alas meja, beg pakaian, backpack dan pelbagai jenis sobiner ada jual di sini.
- Terletak di dalam satu bangunan di bawah satu bumbung
- Suasana agak bising, panas, sempit dan crowded
- Tidak sesuai untuk kanak-kanak


Bent Thant Market - Main Entrance view from roundabout
Info tambahan/Tips :
- Harga pakaian di sini agak mahal berbanding kedai pakain di luar pasar kerana kadar sewa yang mahal
- Terdapat sebuah kedai yang menjadi pilihan hati JM kerana harga kain pasang yang di tawarkan agak murah di mana  harga kain Vietnam Cotton bidang 60 - RM20, kain sangat lembut dan berkualiti. RM25 bagi Vietnam Silk dan RM30 Japanese Silk.
- Terdapat banyak kedai yang menjual kain pasang yang telah siap di gunting, JM nasihatkan jangan beli di kedai tersebut kerana di khuatiri kain yang di potong tidak cukup meter.
- Beli kain di kedai yang JM syorkan kerana kain akan di otong mengikut bilangan meter yang di kehendaki
- Pegi pada waktu pagi jam 8.30 - 9.00 pagi kerana terdapat kain pasang dengan corak yang latest baru sampai dari gudang
- Menarik nya di pasar ini mereka menyediaan perkhidmatan menjahit baju kurung dan jubah yang boleh di siapkan dalam masa 1 hari. Beli kain yang berkenan di hati terus minta mereka jahit dengan harga RM100 merangkumi upah jahit dan harga kain.

Nak tahu kedai yang menjadi pilihan hati JM (kredit kepada blogger Hani kerana inform berkenaan kedai ni)

1. Dari entrance atau pintu masuk Cua Tay tu, terdapat satu lagi pintu masuk sebelah kanan
2. Masuk ikut pintu kedua yang sebelah kanan tu akan nampak No 480 seperti gambar dibawah
3. Jalan terus ke hadapan sehingga nampak kedai No 526 - 528
4. Apa yang menarik di sini adalah mereka fasih berbahasa melayu dan harga kain di sini memang murah
5. Boleh je nak survey kedai lain kemudian buat perbandingan

Nampak sahaja No 480 ni jalan terus sedikit ke hadapan
Kedai Fashion No 526 - 528
Meh kita tengok antara kain yang ada di kedai ni

Nampak tak pelbagai jeins corak dan patern harga around RM20 - RM35 sepasang
Zoon In...ada geram tak...berbugkus bungkus...borong jangan tak borong
Pilih je jenis kain yang berkenan di hati..pastu baru minta dorang gunting
Antara kedai lain yang terdapat disini
Sekiranya memborong terlalu banyak.....kiranya time memilih tu tak ingat dunia hahaha...bila dah selesai membayar baru sedar...Alamak beratlah pulak nak bawak balik hotel ni..jangan bimbang kerana mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran perrcuma ke pintu bilik hotel. Bagi je nama hotel dan no bilik.

Oleh kerana JM ke pasar ni semata-mata nak beli kain pasang, so tak lah fokus sangat kepada barang lain seperti beg pakaian, t-shirt dan lain-lain.

Selesai sudah memborong di sini, kami balik hotel untuk simpan semua hasil borong, kemudian keluar semula untuk ke kedai kain Haji Halim.

TAPI sebelum tu singgah dahulu kedai Hajah Basiroh untuk minum Kopi Ais dan Mee Pho. JM ni jenis tak minum ais tau..tapi bila pegi HCM ni hari-hari minum kopi ais ni...dan mee pho ni..SEDAP betul..pastu last day terus DEMAM...

Kopi Ais memang sedap
Mee Pho ni pun sedap...sepatutnya ada sayur..daun-daun tapi time JM order ni daun2 tu dah habis

Direction to Kedai Kain Haji Halim :

1. Mudah sahaja just follow map di bawah - laluan warna merah :

Map to Kedai Haji Halim - follow line warna merah
2. Dari bent than market tu jalan arah ke kanan, bukan arah ke roundbout tau
3. Jalan sehingga ke penghujung jalan kemudian belok kanan lagi akan nampak gerai buah-buahan
4. Gerai buah-buahan betul-betul di hadapan Minh Collection yang terletak di T- Junction. Boleh refer picture di bawah

Ini lah gerai buah-buahan di penghujung pasar Bent Thant tu
Kedai Kain Minh Collection - nampak tak ada jual kain telekong, kami tak masuk kerana maybe harga agak mahal
Bertentangan dengan gerai buah tadi terdapat T Junction sperti ini - so cross jalan ke arah van tu


5. Ok..nampak tak Van sedang keluar tu, cross jalan ke arah Van keluar tu
6. Kemudian korang akan nampak Restoran Serai (Halal Restoran) bersebelahan dengan Kedai Kain Haji Halim

Serai Restaurant - Kami tak masuk just ambik gambar luar je sbb perut masih kenyang
Ini lah kedai Haji Halm tu...korang perasan tak apa yang JM perasan..kedai jual kain tapi ada tanda HALAL hahaha
Zoom dari luar - Linda Rophiah Collection
Jom ikut JM masuk dalam kedai ni...kita lihat apa yang dorang jual..kami just jalan-jalan je tak ada niat nak shopping dah waktu ni. Kepada mereka yang ingin memborong boleh juga di sini kerana terdapat kain telekung harga pun murah boleh dapat RM60 sepasang, jubah dan baju kurung pelbagai jenis kain.

Kalau bawak bayak duit memang dah beli ni
Keluar sahaja dari kedai ni, alamak!!! hujan lahhh...macam mana ni...memang tak spare payung..so tunggu je lah sehingga hujan berhenti..tengok jam dah pukul 6 petang. So kami decide selepas hujan berhenti nanti balik hotel je lah pastu baru keluar pegi Night Market yang buka di hadapan pasar Bent Than tu. Sementara menunggu hujan berhenti kami di tegur oleh Haji Halim tuan punya kedai. Wah main peramah orangnya..boleh cakap melayu Champa..apa lagi makin rrancak lah berbual, macam-mcam story keluar sehingga lah beliau bagi direction bagaimana nak ke Russian Market, Museum, HRC, Cathederal dan Post Office ust walk distance je...wah..ini sudah cukup baik ni.

Di pendekkan cerita selepas sahaja hujan berhenti kami berpatah balik ke hotel, mandi solat dan keluar semula untuk ke night market. Kat sini juga terdapat pelbagai jenis barang, kain, baju, telekung, buah-buahan...ya ampun...murah-murah bangat. TAPI satu je JM tak gemar sebab dorang ni suka tarik-tarik tangan minta masuk kedai dan tengok-tengok barang tu. Kita nak memilih pun tak selesa kan. Beginilah suasana night market tu. Oleh kerana guna TAB sahaja, gambar tak clear, so semua gambar ni adalah ihsan dari google je.




Buah buahan, baju kurung, sobiner dan pelbagai jenis barang ada jual di sini bermula jam 8.00 mlm - 11.00 mlm
Ok..cukup dahulu untuk hari ini, so nanti JM sambung last day story on next entry ye

Babai dan Salam Maulidur Rasul. Mari kita banyak berselawat ke Nabi Muhammad S.A.W

NUFFNANG