Pages

Monday, 28 September 2015

Trip Solo : Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, Bangkok

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Lama betul kan JM tak 'bersiaran' ada yang cari tak?


Ingat lagi tak apa yang berlaku di Don Mueng Airport, Bangkok?

Tak ingat? mestilah tak ingat kan sebab entri tu dah up beberapa minggu yang lalu.

Meh JM throwback...semasa solat di Surau, Don Mueng Airport..JM berjumpa dengan seorang student yang menuntut di salah sebuah universiti di Bangkok, kemudian dia 'offer' untuk tunjukkan cara naik bas ke Mo Chit Station. Kebetulan beliau nak balik asrama dan we are in a same direction.

Ingat? alaaa....dia nak balik asrama tetapi sebut jom 'ASMARA' heeheheh....

Nampak baik budaknya...cantik, putih dan gebus hihihi...kalau JM ni lelaki memang terpikat lah kih kih kih....jangan salah faham...itu hanya gurauan.

Sebenarnya JM nak ke Hotel Silom Avenue Inn tempat penginapan yang telah di tempah melalui booking.com selama 6 hari 5 mlm.

Jadi untuk ke sana perlu naik Bangkok Sty Train (BTS) dari Mo Chit Station, tranfer train di Siam Central pastu naik train ke Surasak Station

Dari Surasak Station perlu jalan kaki dalam masa 10min untuk sampai ke Silom Avenue Inn Hotel.

Train Route Bangkok City
BTS Sky Train Transit Guide
Dari Airport JM ikut je bontot budak cantik ni namanya Shafinaz.

Wednesday, 16 September 2015

Exchange Rates? SERAM!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM


SELAMAT HARI MALAYSIA
#SehatiSejiwa
selamat bercuti!

TO all my dear reader...i'm sorry belum sempat nak reply komen dari korang..
Acctually i'm really appreciate dengan kehadiran semua di sini...terima kasih...muah cikit!!!

"Nilai Ringgit Malaysia (RM) JATUH?"

Kepada kaki "travel" atau kaki jalan seperti JM terutama destinasi luar negara mesti tak senang duduk bila tengok kadar tukaran wang asing semakin tinggi.

Jika ada orang bertanya apakah penyebab atau punca nya, memang JM tak boleh nak jawab. I'm not the expert one.

Dulu sebelum mula terjebak dan 'beramas mesra' dengan dunia travel JM memang 'buta' bab tukaran wang ni...memang tak faham langsung dan tak pernah ambil peduli. 

Sejak mula berjinak dengan dunia travel pada tahun 2010 sehingga sekarang kaki ini agak sukar untuk 'berhenti'. Ia sudah menjadi satu 'event' penting setiap tahun. 

Sekarang JM ada penyakit 'KETAGIHAN' kepada 'travel'. Siapa ada 'ubat' u can share with me heeeee.

Apabila berpeluang 'travel' melihat dunia luar..ya Allah...luasnya bumi Allah...sangat bersyukur dan kagum dengan ciptaan nya. Allah maha BESAR!

Isu tukaran wang ni, JM menjadi resah!...why?

Cuba lihat dan teliti exchange rate yang JM dapat dari Bank Negara Malaysia kat BN Exchange Rates

Exchange Rates 2 minggu pertama bulan September 2015

Friday, 11 September 2015

JM sayang korang semua!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


JM SAYANG SEMUA READER BLOG!!!!!!

Nah Flying Kiss!!!..kredit ti Dreamstime!

entri teaser....ada masa nanti 

Sambung!!!!

Muaahhh!!!!!

psst : ada ke nak baca entri ni kih kih kih kih...

Monday, 7 September 2015

A New Era of Resort World Genting

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,



Siapa pernah ke Genting Highland? jika pernah, boleh kongsi pengalaman dengan JM. 

Kepada mereka yang belum pernah ke sana, please! please read this entri kerana Genting Higland merupakan sebuah Entertainment Park yang terbesar di Malaysia. 

Apa yang menarik di Resort World Genting Highland?

Sejumlah 5 Billion telah diperuntukkan di dalam Genting Integrated Tourism Plan di mana Genting World Resort akan berwajah baru sepenuhnya pada penghujung Nov - Desember 2016.

First World Hotel merupakan antara hotel yang terbesar di dunia

Dalam fasa pertama sebanyak 412 bilik hotel telah di buka dan baki 874 akan di buka tidak lama lagi dan menjadikan jumlah keseluruhan di Tower 2A adalah 1,286 buah bilik. Jumlah keseluruhan bilik di First World hotel adalah 7,351 bilik buah, antara salah sebuah hotel terbesar di dunia.

Hotel Tower 2A yang baru mensajikan tetamu dengan suasana yang lebih elegan dan kontemporari di lobi , lengkap dengan visual televisyen 3D, muzik yang menenangkan 'featured wall' yang cantik.

Tower 2A Lobby yang lebih elegan dan menarik
BERITA BAIK kepada bakal pengunjung Resort World Genting Highland

Tuesday, 1 September 2015

Teaser : Blogger Review at Genting Highland

Assalamulaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Ada yang rindu JM tak? hikss! ye lah..dah lama rasa nya tak bersiaran di blog ni...tenggelam timbul je kan..nasib baik masih 'hidup' hihihihhi

Nampak tak..JM tekun ambil nota...why?
Begini cerita nya.....JM terima email dari Irene Chua, Senior Executive, Resort Communications & Public Relations, Resort World Genting

Melalui email tersebut JM telah di jemput untuk menulis/sharing review pengalaman selama 2 hari 1 malam di First World Hotel mulai 29 Ogos (Sabtu) sehingga 30 Ogos 2015 (Ahad) . Terdapat beberapa aktiviti dan program yang telah di rancang.

Berikut adalah petikan dari email yang JM terima :