Pages

Thursday, 1 February 2018

JJCM Penang - Wonder Food Museum

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖💋


"We as a blogger we support each other"

JM suka tagline ni..kalau yang datang buat kunjungan tu blogger..kita balas balik kunjungan..kalau yang datang tu rajin tinggalkan komen..hujung tahun kita beri 'habuan' sebagai penghargaan tanda terima kasih. Kalau yang datang tu cari info, kita share info yang bermanfaat. Jadi jangan segan silu selalu lah ye datang ke 'pondok' JM ni 😚


************

WONDER FOOD MUSEUM Pulau Pinang!!!! Untung la penduduk di Pulau Pinang sebab apa tau..sebuah negeri dengan keluasan 1,033 KM Persegi berada di kedudukan no 12 berbanding Perlis kedudukan ke 13 dan negeri paling kecil di Malaysia adalah Kuala Lumpur kedudukan ke 14....hebatnya Pulau Pinang ni kecil-kecil cili padi. Kalau korang nak tahu terdapat 65 tempat menarik yang boleh di kunjungi tau..itu belum termasuk tempat makan yang sedap dan best. Boleh rujuk sini 65 Tempat Menarik di Pulau Pinang Yang Boleh Di Lawati. Siapa orang Pulau Pinang patut bangga tau terutama geng Blogger Utara kebanyakan dari Pulau Pinang kan heee.

Pada Julai 2017, JM, SS dan HH berkesempatan jalan-jalan di Pulau Pinang. Ini trip pertama JM ke sini kalau nak dibandingkan dengan SS dan HH mereka dah masuk kali ke 3uols!!!.

Dalam banyak-banyak tempat menarik di sini kenapa kami pilih Wonder Food Museum ni? sebab??? Harga tiket masuk RM15 seorang Dewasa dan RM10 Kanak-Kanak (hanya untuk pemegang MyKad sahaja) it's means entrance fee LEBIH MURAH dari tempat menarik yang lain tau...kalau Foreigner harga lain ye. Kami ni cheap traveller jek heeee.

Senang je nak ke sini, on google map atau waze cuma susahnya tu nak cari tempat parking. Kami hari tu berpusing-pusing cari tempat parking semua full..akhirnya dapat jugak la tempat parking di bahagian belakang bangunan wonder food museum ni, tempat parkir awam RM3.00 sekali masuk kalau tak salah.

Terletak di No 49 Jalan Lebuh Pantai betul-betul bersebelahan CIMB Bank. Waktu operasi 09.00 am - 06.00 pm

Pintu masuk ke Wonder Food Museum Pulau Pinang
Kenapa korang MESTI datang sini?????