Pages

Monday, 27 April 2020

PKP - Perintah Kawalan Pergerakan (Covid -19)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader 😗




PKP Perintah Kawalan Pergerakan



Lama betul tak update entri...bulan Mac tak ada entri langsung sedangkan banyak masa free kat rumah...kemasalan betul!

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Kita mula berpuasa pada 24 April 2020 dan ada kemungkinan tak kita sambut raya pun dalam tempoh PKP?

Tujuan JM tulis entri ni sebagai kenangan dan memori bagi tahun 2020. Bila eh kita start PKP kerana Covid -19 ni..18 Mac 2020  - 12 Mei 2020 (ni ada kemungkinan sambung lagi tak?)

JM bukan orang yang arif yang cakap pasal Covid-19...semua rakyat seluruh dunia tahu, bila sebut je Covid-19 ni semua orang faham CUMA masih lagi yang ingkar perintah PKP. Mereka bukan tak faham kenapa perlu PKP dan #StayAtHome..bukan susah pun nak Stay At Home tapi entah..ada je yang degil sampai kena denda bayar beratus ada yang kena bayar sampai beribu kerana langgar perintah. Paling kelakar tu kena bayar denda RM800 kerana nak hantar kek batik buat kekasih..adehla..macam-macam.

Jadi dalam tempoh PKP ni, tolong la kurangkan pergerakan, tolong ikut arahan pihak berkuasa, jangan kerana kita boleh menyumpang kepada penyebaran wabak. Jangan sampai jadi seperti di Amerika Syarikat, jumlah mangsa terkena wabak Covid-19 hampir cecah 1 juta!

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni..bersama-samalah kita berdoa agak wabak Covid-19 semakin berkurang, jumlah kematian, jumlah mangsa baru dan jumlah pesakit yang di jangkiti Virus ini berkurang dan mohon supaya hilang terus wabak ni supaya kita dapat melaksanakan aktiviti harian dengan lebih bebas dan sempurna. 

Kepada sahabat-sahabat yang baca entri ni..sudi-sudilah share apa aktiviti korang sepanjang PKP ni :-)

Salam Ramadhan buat semua dan selamat berpuasa 😍

Terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung di blog JM..
JM cuba balas kunjungan ye...