Pages

Thursday, 14 June 2012

Ho Chi Minh 4D3N : Day 1

Assalamualaikum....

Akhirnya habis jugak cerita bercuti di Seoul, Korea dan hari ini nak sambung pulak trip ke Ho Chi Minh, Vietnam dari 25 Feb - 28 Feb 2012 bersama 4 orang rakan yang lain dan kami bergerak secara backpackers dan seperti biasa tiada khidmat travel agent yang digunakan :-) . 

Semua orang tahu, kalau travel memang mesti dengan syarikat penerbangan AirAsia. Iyolah orang makan gaji macam JM ni mana mampu nak terbang dengan Malaysia Airlines kan...jadi pilihan 'Everyone Can Fly'.

Harga tiket penerbangan kali in berharga RM156 return included meal and luggage...kira murah la kan atau kawan-kawan boleh dapat harga lebih murah dari itu. Macam biasa sebelum betolak perlu pastikan self-check in melalui online terlebih dahulu supaya di kaunter tiket kerja lebih senang dan lancar.

Perkara ke -2 tukar duit kat Money Changer. Vietnam menggunakan matang wang US Dollar dan Vietnam Dong dan kebanyakan mereka lebih suka guna USD berbanding VND. Jadi kalau sesiapa nak ke sana pastikan tukar USD melebihi VND dan biasanya duit VND digunakan untuk membayar teksi dan makanan.

Kadar tukaran wang pada bulan Feb yang lalu aku dapat 1USD = RM3.04 dan 1juta VND = RM156 dan kalau dilihat kadar sekarang bulan Jun 1USD = RM3.18 dan 1 juta VND = RM151. Kadar matang wang lain akan naik jita matang wang USD turun dan begitu sebaliknya...oleh itu jadilah pembeli yang bijak.

Kenapa Saigon, Vietnam menjadi tumpuan pelancong yer...siapa tahu?...yer..sebut sahaja Vietnam mesti semua orang akan cakap barang vietnam murah terutama kain, t-shirt (pelbagai kategori pakaian), jangan kata pakaian jer semua barang yang dijual pasar Ben Than tu memang murah berbanding di Malaysia. Oleh sebab itu ramai rakyat malaysia dan juga peruncit atau peniaga-peniaga sanggup terbang ke Vietnam untuk mendapat bekalan pakaian di sana dan membuat jualan di sini. Apa tidak nya harga baju siap dengan bersulam manik boleh dapat dengan harga RM50 dan jika dibandingkan dengan harga di malaysia harga boleh mencecah 2x ganda.

Jadi antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong sudah semestinya pasar Ben Than yang menjadi kegilaan kaum Hawa, Sungai Mekong dan Chu Chi Tunnel.

Penerbangan dari LCC Terminal ke Tan Son Nhat International Airport mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dan waktu di Saigon lebih cepat berbanding Malaysia kerana kedudukan mukabumi lebih ke Timur. JM telah membuat tempahan makanan dalam penerbangan dan seperti biasa nasi lemak Pak Nasser menjadi pilihan.

Menu dalam flight
Dua jam perjalanan memang tidak terasa lama memandangkan pernah travel dengan 6 jam perjalanan semasa ke Beijing dan South Korea. Kami sampai di Tan Son Nhat Iternational Airport dalam jam 10.05 pagi.

Selesai urusan passport dan Imegresen kami terus bergerak ke Arrival Terminal untuk mendapatkan teksi ke Saigon Pink 2 Hotel yang telah kami tempah. JM banyak terima maklumbalas tentang hotel ini dimana lokasi yang amat menarik, beberapa meter sahaja untuk ke Ben Than Market dan harga bilik yang amat berpatutan dan ia menjadi pilihan pelancong untuk menginap di sana.

US Dollar
Vietnam Dong
Sebelum travel keSaigon, Vietnam kami telah di ingatkan agar berhati-hati dengan orang Vietnam ni kerana memang kuat/suka/banyak menipu terutama kepada pelancong - pelancong asing. Memang betul seperti di perkatakan apabila kami di tipu dengan bayaran harga teksi dari Airport ke Hotel dan sebaliknya. Cuba baca petikan dari wiki travel ni.

By Taxi from the Airport

Read carefully: Taxis at HCM airport is the worst scam, and one of the worst experiences about visiting Vietnam. By reading below and taking the best of cautions, hopefully you will not have your visit ruined right from the start!

The Saigon airport authorities have tried various systems over the years to raise money by offering a monopoly or quasi-monopoly to particular taxi companies (which of course results in higher fares for travelers.) The Vietnamese hate being gouged, however. (Probably 90% of landings at the domestic terminal and a majority at the international are Vietnamese.) Complaints and work-around resistance have tended to undermine whatever monopoly system was attempted. The result is a slow-motion cat and mouse scenario which could change over time.

When the international terminal was first opened, a company called Saigon Airport Taxi had a total monopoly, and quoted fixed triple rates to everyone (not just foreigners). That system faded within a year, and lately, all the major companies can pick up at the terminal, though a 10,000 dong airport tax is added to the fare.

At the ground floor (arrival floor) of international terminal, recommend to go upstairs 2 floor by elevator (departure floor) and can find Vinasun taxi stand at right-end terminal. or if you are light on your feet, and the options look dodgy, you can always turn right out of the terminal and walk 200 m to the domestic terminal parking lot for better selection. From airport to district 1 (downtown), the metered taxi fare around 100,000 dong and plus toll fee 10,000 dong will be added. This brings the total fare from the airport to a hotel in District 1 to about 5 USD as of September 2011. 

Dah sampai arrival Hall
Vinasun Teksi
Kejadian penipuan berlaku apabila kami tiba di balai ketibaan. Kami terpinga-pinga mencari teksi yang tertulis VINASUN kerana di sarankan menaiki teksi jenis ini kerana kadar tambang mengikut Meter. Kami dapat sebuah teksi Vinasun dan kami tanya guna meter , dia jawab 'meter..meter' dan tanpa berfikir panjang kami terus naik.

Bila cakap nak ke Ben Than Market tak faham...bila cakap 'can u speak english'..pastu dia cakap bahasa vietnam...hah..sudah...dah macam ayam itik. Nasib baik kami ambil map kat balai ketibaan, kami tunjuk nama tempat tu baru dia faham.

Pastu kami lihat meter teksi rosak, kami guna isyarat tangan sebab nak cakap dia tak faham..kemudian kami tulis atas kertas tambang teksi yang sepatutnya 160 ribu VND..dia geleng kepala..dia tak nak terima..dia nak kami bayar 250 ribu VND...memang cekik darah....kami minta lagi kurangkan kepada 200 VND...pun dia tak nak..pastu dia marah-marah dalam bahasa sendiri.

Kami bertegas jugak dengan harga yang kami nak..kemudian dia berhenti kat tepi jalan minta kami turun. Waduh...masing-masing masa ni memang cuak semacam dah..sebab pergi tempat orang..nak cari teksi lain pulak susah..kami ambil keputusan bayar jugak dengan harga di minta 250VND.

Memang teruk kami kena tipu hari tu. Jadi pesanan kepada kawan-kawan berhati-hati ketika nak naik teksi tu dan kalau boleh cari pemandu yang boleh berbahasa Ingeris senang kita nak 'deal'.

Aktiviti pada hari pertama sudah tentunya membeli belah di Ben Than Market. Almaklumlah keluar jer dari pintu hotel toleh ke kirin terus nampak pintu masuk ke pasar tu...mahu tak suka...bawak duit sahaja. Biasalah kami bukan terus nak membeli...buat survey dulu..cari kedai yang boleh dapat harga murah...sesi tawar menawar memang wajib..heehhe..

Jom layan gambar pulak... Tambahan satu lagi informasi kalau korang nak tahu 90% rakyat vietnam ni menggunakan motor, jadi kalau nak cari kereta persendirian memang susah nak jumpa kecuali kenderaan awan. Jalanraya di penuhi dengan motor kanan dan kiri jalan..memang pening..kalau nak melintas jalan pun memang kena cepat-cepat...kalau tengok di jalan raya tu macam semut keluar dari sarang....

Penuh dengna motosikal di jalan raya
Kami stay di Saigon Pink 2
Than Thu Hotel
Kasil agak besar..selesa
Ada TV kecik
Bilik agak luas dan selesa
Pintu masuk ke Pasar Ben Thant..2 minit jalan kaki dari Saigon Pink 2 Hotel
Kedai makan Hajah Basiorh menjadi tumpuan pelancong dari Msia
Beginilah suasana dalam pasar tu...

Antara barang jualan di dalam pasar ben than - harap maaf gambar kurang kualiti
Itu adalah serba sedikit gambaran dalam pasar Ben Than. Pelbagai jenis produk makanan, pakaian, keychain, buah-buahan, handbag, kasut dan sebagainya. Pandai-pandai lah membuat pilihan bijak dan pilih lah mana yang berkenan di hati. Kalau memang niat pergi nak membeli belah, sila lah bawak duit yang banyak jangan nanti menyesal pulak. Di pasar ni juga ada kemudahan jahit baju boleh siap dalam masa satu hari. Pilih jenis kain, buat ukuran esok dan boleh ambil. JM tempah sepasang jubah, material cantik, harga upah juga berpatutan dan memang berbaloi.

Ok..cukup dulu untuk hari pertama..

kemana pulak destinasi kami...tungguuuuu....

bye...end of day one...

20 comments:

  1. ... info yang sangat menarik !... tqqqq!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa JM mmg duka kongsi info ngan readers..keep on reading ok :-)

      Delete
  2. nice sharing.. coz tengah plan nk ke vietnam dgn kenkawan ni. 1st timers..
    part tempah baju tuh menarikk! thanks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal coz drop by kat sini...sukernya...eheeh
      pergi tau..Vietnam mmg best...thn 2013 adalah trip ke 3 JM akan ke sana..heeeee

      Delete
  3. seronoknya..hotel yg sebelah saigon tu yg thanh thu hotel tu okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Nur Fazween..ada plan nk ke HCM ke?...alaa..kalau tanya soalan tu susah nk jawab sbb sis JM tak pernah stay di hotel tu

      Delete
  4. Hai kak Jm Sayang.
    Saya nak godek2 pasal cuti akak kat ho chi minh pasal nanti saya nak pi sana bulan Dec.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wondering berapalah agaknya belanja nak kena prepare ni.

      Delete
    2. Hai Shikin..sorry dear baru nk reply komen ni..walhal Shikin dah balik kan..habis byk tak borong kat sana

      Jap lagi nk serang blog nk baca citer memborong di Vietnam tu

      Delete
  5. Hi..done follow. #797.. ^_^
    Saya suka baca pasal jenjalan ni...hiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nad..i will follow u back..sis JM already terjah blog Nad tu..ahakss...cepat je kan :-) Dh masuk dalam list My New Reader Bloglist

      Delete
    2. ahaa..kalau Nad suka jalan2 blog sis JM mmg sesuai sgt utk Nad refer..giteww promote blog sendiri ekekeke

      Delete
  6. Slalu org yg pernh pi Vietnam kata memg murah brg2 kat cna kan..bab tipu menipu tu memg kna slalu sgt brhati2

    ReplyDelete
  7. ada pilihan ke utk elak kena tipu dgn teksi airport . dah mmg teksi kat situ suka menipu , terpakalah redha kan ...

    ReplyDelete
  8. nampaknye kalo g sane kne jadik kasar sikit la.. seram je pai nk kne benti tengah jalan.. tapi tu mcm tektik je.. yela. sblum naik kemain ckp meter2.. pastu dah naek meter rosak pulak.. pastu terus letak harge mahal.. haishh saba jela..

    ReplyDelete
  9. sis JM.. ramai ke tukang jahit yang amek satu haritu siap tu?? kita boleh buat pilihan untuk harga murah tak? boleh nego harga jahit tak? jahitan die ok tak..?? hahaa.. banyak kan soklan.. >.< =D

    ReplyDelete
  10. masa sis jm g sini harga memang berbeza dengan loni kan

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS