Pages

Thursday, 7 June 2012

Lovely Seoul Day 2 : 20 Apr 2011

Annyonghaseyooo....

Salah sebuah kedai di Namdaemun Market
Bertemu lagi kita dalam siri ke 2 travel to Seoul Korea. Ke mana kami pada hari ke dua..bangun seawal pagi menyediakan sarapan. Kalau nak tahu kami bawak banyak bekalan makanan dari Malaysia antaranya biskut, serunding, roti, beras, sardin, teh, milo 3 in 1, rice cooker dan macam-macam lagi. Memang jimat betul..yer lah..kat sana kan susah nak cari tempat makanan halal. Selepas sarapan dalam jam 8.00 pagi dah dah mula bergerak ke destinasi kami pada hari ini.

Day 2 : Namdaemun Market - Myeong Dong - Namsan Park - Namsangol Hanok Village -  
             Namsan Seoul Tower

Seoul Backpackers
Direction to Namdaemun Market :
1. Keluar dari pintu utama guesthouse dalam 20 langkah (kelakar..siap kira lagi...ehehe)
2. Belok ke KANAN yer..jangan belok ke KIRI pulak
3. Jalan terus dalam 3 minit macam tu menuju ke jalan besar...terbentang depan mata entrance Namdaemun Market..dekat giler...ahahahh

Tak percaya...cuba tengok gambar kat bawah...dari sebarang jalam JM ambil gambar nih..

Namdaemun Market Gate 6
Apa yang menarik kat Namdaemun ni...haiyaaa...kalau you all datang Seoul..tempat wajib korang kena pegi aaa..ini tempat lorrr...barang banyak mulah-mulah..ala-ala Jln Masjid India gitu..pelbagai jenis pakaian, barang makanan, souviner, brouch, sarung kaki, sarung tangan, baju T-Shirt, baju sejuk, baju panas...macam-macam lah..

kalau JM nak senarai semua kat sini mahu 2 muka surat tak cukup...ahahaha...pelbagai harga dan kualiti...jadi macam biasa yer..kena pandai 'bargain'..korang tahu tak bargain tu aper...ahhaha...mestilah tahu kan....sudah tentu lah sesi tawar menawar...eheheh..Jom kita lihat kedai-kedai yang ada jual bermacam-macam tu...cakap sahaja tak best kan...

View salam bangunan E-Lendang warna oren
Apabila dah buat pusing-pusing area Namdaemun, kami ambil keputusan nak survey dulu..tak nak beli lagi..ye lah..pasar tu kan dekat jer dengan guesthouse tu..so anytime kami boleh turun untuk shopping. so first round ni kami survey dulu harga..nanti dah tahu kedai mana yang murah ..baru kami grab.

Apabila dah puas kat situ kami gerak ke Myeong-dong..ingatkan jauh..rupanya bersebelahan jer dengan Namdaemun Market tu...bak kat orang 'sekangkang kera' jer...jom kita lihat view kat area sini pulak.

Kawasan Myeongdong
Kat area Myeong dong ni kami tak shopping..banyak kedai yang menjual barang berjenama di kawasan ni..iyolah kami kan budget travel..so windows shopping jer. Destinasi ke 3 kami nak ke Namsan Park.

Direction to Namsan Park :
1. From Myeong dong cari Myeong dong station undergroud
2. Turun ke undergroud station tapi jangan ambil train kat subway tu..
3. Kat station to ada direction ke Namsan Park
4. Follow the sign and direction memang tak sesat.. cuba lihat gambar di bawah...tapi nak ke Namsan Park tu kena menapak lah naik tangga...memang boleh kurus kalau tinggal lama kat Seoul ni. JM seminggu kat sana turun 1kg..balik Malaysia seminggu naik semula 2 kg..ahahha...makanan punya pasal..

Namsan Park - 220 meter lagi
Akhirnya kami sampai tempat yang dituju. Namsan Park memang cantik dipenuhi dengan pokok bunga Sakura...terdapat track untuk berjoging..walaupun jam menunjukkan 12 tgh tetapi cuasa sangat sejuk dan nyaman..selesa bila berjalan...tak terasa panasnya..kami pegi musim bunga...penuh dengan bunga sakura yang memutih..jom layan gambar yang cantik-cantik tu...

Bunga sakura yang sedang bloom!!!                      
Banyak sebenarnya gambar..tapi takkan nak upload semua kan..dah puas menikmati keindahan kat Namsan Park ni..kami terus gerak ke Namsangol Village..jalan kaki tak jauh pun..follow jer sign yang ada dalam dalam gambar diatas tu.

Sign to Namsangol Hanok Village
Dalam perjalanan tu kami singgah makan sekejap makan bekalan yang kami masak pagi tadi. Iyolah..kena lah isi minyak dulu baru ada tenaga kan..tak gitu...hihihih

Makan simple mcm ni pun sodap..
Strawberry ni manisss
Bila perut dah kenyang..kami terus berjalan menuju ke Namsangol Hanok Village tu...mesti korang tertanya-tanya, kenapalah dari tadi jalan tak sampai-sampai...ye lah dah jalan pun mcm model..sambil menikmati keindahan alam sekeliling...pantang nampak sudut menarik..mesti snap gambar dulu..itu wajib..ehehee..Argh..JM pun dah penat menulis bila nak sampai nih...hihhihi

Bunga-bungaan di Namsangol Hanok Village
Tadaaaaaaaa...akhirnya dah sampai, apa yang best kat tempat ni...aha..terdapat korean traditional house pelbagai bentuk, ada pertunjukkan taekwando dan karate-do, boleh pakai Hanbok (pakaian traditional korea)  - perlu bayaran.

ahahaha...gambar ni pun JM ambik..walaupun tandas tapi bersih giler...
Sesi bergambar sambil memakai Hanbok bermula..korang jangan termuntah pulak yer tengok gambar yang banyak ni..semua nak kongsi...eheheeh

Harga tiket untuk pakai Hanbok KRW6000 - bukan free tau
Pastu korang piih jenis baju macam mana korang nak..JM pilih yang ini...sesi pakai memakai sudah bermula dan sesi bergambar kenangan

Pastu sesi bergambar bermula....

Dah macam gundik heheh
Argghhh....dah penat begambo..korang ingat tak penat ke..penat tau..pusing sana..pusing sini..macam-macam gaya dok hado ni ha...eheehh...kami pusing-pusing lagi sekeliling Hanok Villange ni sebelum kami menuju ke destinasi terakhir untuk hari pertama - Namsan Seoul Tower.

Direction to Namsan Tower :
1. From Hanok Village pusing balik ke arah Namsan Park tadi
2. Dari jauh dah nampak puncak Namsan Tower
3. korang kena tabah lah berjalan..sebab ia berbukit dan kena naik tangga untuk ke lokasi Namsan Tower. Ada 2 option sebenarnya sama ada naik Cable Car atau daki tangga sejauh 2 km lebih kurang. disebabkan kami dah berada di kawasan berkedekatan adalah lebih baik jalan kaki je.

Jom kita gerak ke Namsan Tower pulak.

Memulakan pendakian
bunga Sakura memutih sepanjang pendakian
Mendaki dan terus mendaki


Akhirnya sampai ke puncak kejayaan..horeeee...eheheeh


Namsan Seoul Tower ni lebih kurang macam Menara KL di Kuala Lumpur, Menara ALor Setar, Kedah. So ia menrupakan mercu tanda Seoul gitu...Terdapat love padle lock  - kunci cinta ni, kepada sesiap yang sedang berncinta boleh tulis pada kepingan dan lock pada tempat yang disediakan dan dipercayai cinta mereka sampai hujung hayat. Kat sini juga ada bear muzium.

Love Paddle Lock

Tak ada kekasih..kena peluk ngan bear pun jadi lah..ahahahah
Key Lock lagik...


Di Seoul jam 6.00 petang sudah gelap ye kawan-kawan...sebab tu kalau lihat gambar kat bawah...dah malam..
Namsan Tower view malam
Di sebabkan dah penat, kami turun dengan Cable Car dari Namsan Seoul Tower. Harga tiket KRW6000  = RM 17.10 for one way.

Jom turun                          
Dah puas seharian berjalan, kami terus balik ke guesthouse, perut dah lapar, penat semua ada..so malam tu kami tidur dengan nyenyak sekali. Nak tahu destinasi kami untuk keesokan harinya..jangan lupa tunggu entry seterusnya untuk day 3.

Arghh..dah penat mengarang untuk hari ini..sambung lagi di lain hari..babaiiii....

40 comments:

  1. cantiknya spring kat namsan park! wah sekangkang kera je ke namdaemun to myeongdong? KK masa menapak tu macam nak tercabut betis tau huhu.. anyway, terer lah uols cover byk tempat sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a...bila lihat bunga2 sakura tu..wah...tak terucap dgn kata2..ehehe..Alah Kak Kiah..tempat2 tu berdekatan..so leh pegi satu arah jer :-)..byk lagi tempat yg JM tak cover spt trip kak kiah tu..nk pegi second trip pulak :-)

      Delete
  2. wah nak pegi mana2 smua jalan kaki yer.. memang trip yg sihat kalo mcm ni.. cntik gila bunga sakura.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer..sbb tu org korea kurus dan sihat..
      PAstu lak baru 9 hari JM kat sana..seluar dah longgar dan badan rasa ringan jek..balik msia 2 hari berat dh naik heee

      Mmg cantik bunga sakura kalau nk tgk bunga ni mekar..mesti pergi spring season..

      Delete
  3. Salam perkenalan, JM pegi bln April ke ni? Cantik cherry blossom tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal putri :-)
      Ha'a bunga sana sini teruja JM tau heeee pegi spring season mmg penuh ngan cherry blossom
      Keep on reading tau :-)

      Delete
    2. Dah baca semua entri Seoul. Best! Tapi putri gi Seoul bln Mei 2014... Lambat lg

      Delete
    3. Tak pe the time will come n buat preparation awal dan leh menabung dulu :-)

      Delete
  4. BESTNYA..SY PLAN NAK G THN DEPAN MS AUTUMN..INSYA ALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Autumn season pun cantik..JM pun kalau ada pelaung lagi nk pegi autumn season pulak..nk tgk daun marple yg kekuningan tu :-)

      Delete
  5. Salam...thanks..kerana tengah baca entri ke korea kerana bakal ke sana tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kom salam..o h yee...best aa leh selalu jln2

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Wah!cantiknya JM pakai Hanbok..tak sabar sy nak pakai gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrstilah cuba kalau ke sana...nk pegi ke salan buln sept kan...mmgbest Korea...kalau ikut hati JM no ...tiap2 thn nk ke sana :-)

      Delete
    2. Kalu dpt tiket murah boleh g.dlm seminggu bolehlah coz cuti 9hr jer.kalu lama2 dah tak boleh cuti.teringin nak teroka europe tp hanya bln 6 jer boleh cuti 18 hari.

      Delete
    3. Aha...kalau mcm tu perlu rancang dengan teliti :-)

      Delete
  8. wahhhh..kalau jalan2 camni ira xmampu dah...hehee..
    mesti sakit habis badan semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss...Irra..akak pun sama..seharian berjalan...sakit kaki

      Delete
  9. Namsangol village! lawaanyaa vieww...kalau berpeluang gi tmpt nie, nk gi tmpt2 yg akk tuliss kt sini.... sbb dh siap bgi directionss... hiksss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jijah..byk sgt tempat menarik di Seoul ni..haruslah pergi semua mmg sgt cantik..ha'a..sbb tu akak kongsi direction kat sini sgb rujukan rakan reader di luar sana :-)

      Delete
  10. Siap angkot piuk nasi.. Boleh jadi Chef jalan2 cari makan nih... He He He....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog JM kena SERANG!!! x sempat nak tepis hihihi...

      SS..ahahah..nasib baik bawak piyuk je kalau bawak dapur sekali :-) memang buat rumah terus kat Seoul heee

      Delete
  11. Yang sebelah tu sape? Ajuma ke? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..ye Ahjumma bukan nama sebenar dan bukan Ahjussi hihih

      Delete
  12. JM bergaya sungguh pakai baju tu... Macam bini Fung Sai Yuk... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..kenapa Fung Sai Yuk bukan Kim Joong Kook

      Delete
  13. Kalu SS kena naik tangga camtu... Mahu pitam... Adesss..

    ReplyDelete
  14. semu location dekat2 je . senanglah kan ... eloklah daki tangga time sejuk .blh bagi panas badan ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee...mmg BEST antara larat ngan tak je...kalau muda2 boleh lutut masih kuat

      Delete
  15. wow bunga tulip , love lock.. awwww...
    setahu zati, waktu korea mmg sejam awal dari kita.. no wonder la pukul 6 da gelap kan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Zati..kedudukan Seoul lebih ke timur..matahari naik lebih dulu dari msia...rasa seperti masuk kelas Geografi tak?

      Delete
  16. wah....tempat ini akan diulang kalau ada masa...hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe MKL...Namsan Tower tu? pergi Spring lah cantik..kalau pegi Jun nanti x cantik sgt...pokok2 menghijau je

      Delete
  17. sakura, strawbery dan tulip...
    saya suka saya suka....

    Jom lah JM jom lah... nk ikoooottttttttttt

    ReplyDelete
  18. subhanallah..cantiknya bunga sakura tu..dahnampak macam salji :-)) damai je hati tengok gambar tu

    ReplyDelete
  19. tempat2 menarik semua dekat jer dgn guest house tu kan..masuk list jawapnnya

    ReplyDelete
  20. cantiknya bunga sakura...

    model pakai baju tu pun lawa gilerrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS