Pages

Friday, 13 July 2012

Hong Kong : Day 2

Assalamualaikum,

Tarikh : 07/07/2012

Kembali bersiaran untuk hari ke 2 percutian di Hong Kong. Seawal jam 4.30 pagi dah bangun untuk solat Subuh dan untuk pengetahuan semua waktu Hong Kong adalah sama dengan waktu di Malaysia jadi tidak perlu betulkan jam tangan anda. Cuma waktu siang lebih cepat seperti di Sabah, jam 5.30 pagi dah terang benderang kat luar dan jangan nak bangun jam 5.30 pagi nanti terlepas Subuh lak yer. Kalau terlepas Subuh pun korang mesti tahu wajib Qado yer kawan-kawan kerana itu ibarat hutang kita dengan Allah dan wajib di bayar  :-). 

Kemana pulak destinasi pada hari ke 2 ni? ..ok..malam sebelum tidur kami dah buat perancangan awal kemana kami nak pergi pada esok hari kerana kami akan memenuhi masa yang ada dengan sebaiknya. Kami buat persediaan dengan teliti agar semua tempat boleh cover dalam masa yang singkat iaitu 5D4N. Sepatutnya semasa tempah tiket penerbangan tak plan nak pergi ke Macau, tetapi kawan menyuarakan hasrat nak ke sana selepas pembeliaan tiket, jadi kami terpaksa susun semula itirenary dan satu jer tempat yang kami tak sempat nak pergi iaitu Ocean Park. Tapi tak ralat sangat sebab InsyaAllah kalau ada rezeki lebih JM nak datang semula bersama ibu dan adik-adik . Kiranya ini trip perintis, buat survey dulu mana tempat yang best kemudian baru bawak pulak dorang datang melancong. Asyik JM jer kan makan angin...ehehhe

Dalam entry  hari pertama  ada maklumkan bahawa kami akan menginap di California Hotel untuk malam ke 2 dan seterusnya kerana suasana penginapan Cosmic Questhouse kurang selesa. Jadi selepas sarapan roti dan bekalan yang di bawak dari Malaysia, dalam jam 8.00 pagi kami check out dari Cosmic Questhouse untuk ke California Hotel. Kepada kawan-kawan yang akan melancong ke Hong Kong, tidak rekomen korang tempah bilik di Chungking Mansion dan Mirandor Mansion kerana ia agak kurang selesa untuk menginap. California Hotel adalah salah satu hotel yang berani rekomen kepada korang, terletak beberapa langkah sahaja dari Mirandor Mansion, berada di Aras 4, Golden Crown Court Nathan Road. Llokasi yang amat strategik dan kalau datang lagi ke Hong Kong mungkin akan menginap di sini tetapi seperti biasa harga agak tinggi.
Bagaimana dan cari lokasi Golden Crown Court ni?...senang sahaja..follow my direction di bawah :

Direction to California Hotel, Crown Court, Nathan Road :
1. Dari Airport naik bas No A21 turun di pitstop ke 13
2. Jalan terus ke hadapan akan jumpa traffic light junction di mana terdapat MTR Stesen Exit A1 dan Masjid Kowloon di sebelah kiri.
3. Di sebelah kanan terdapat MTR Stesen Exit A2
4. Jalan terus lagi ke hadapan akan jumpa sign 66-70 Nathan Road dan East Tsim Sha Tsui Station
5. Berhadapan dengan sign tersebut, sebelah kiri adalah entrance Golden Crown Court yang mana terletak 
    bersebelahan Standard Chartered Bank.

Entrance Golden Crown Court 
Hish...seperti biasa intro punyalah panjang..belum cerita lagi itirenary pada hari kedua ni. Korang jangan bosan lah yer kerana JM suka memberi maklumat secara terperinci agar korang semua senang untuk membuat rujukan.

Selepas check out dari Cosmic Questhouse kami terus ke California Hotel yang terletak bersebelahan sahaja. Kami ke kaunter receptionist dan kami tunjukkan bukti hotel booking dari Agoda dan beliau maklumkan waktu check in adalah jam 2.00 petang. Jadi sebelum check in kami tinggalkan dulu luggage di bilik yang di sediakan, tak perlu risau.. memang selamat dan kami akan datang semula.

Sementara menunggu jam 2.00 petang kami mengambil keputusan untuk pegi dulu tempat-tempat yang telah kami senaraikan untuk hari ke 2.

Itirinery hari ke 2 :
1. Avenue of Star
2. Hong Kong Museum of Art
3. Harbour City
4. iSquare Shopping Mall
5. Lunch at Bismillah Kebab Restaurant
6. The Peak
7. Madame Tussaud
8. Ladies Night Market

Direction to Avenue of Star :
1. Keluar dari hotel ikut arah East Tsim Sha Tsui iaitu arah ke kiri
2. Jalan terus ke hadapan dan korang akan menjumpai Chungkin Mansion sebelah kiri dan iSquare Mall
    sebelah kanan.
3. Jangan peduli semua tu, jalan terus lagi ke hadapan dan akan jumpa Sheraton Hotel dan sign seperti di
    bawah. Just follow the sign.
4. Kemudian perlu melalui laluan underground Sheraton Hotel dan exit J2. Kat bawah nanti korang akan
    jumpa Sogo Shopping Mall. Tak perlu risau kerana sepanjang jalan akan ada tunjuk arah, just follow jer.
5. Selepas exit J2, korang akan jumpa Avenue of Star

Sheraton Hotel

 Why Avenue of Star

To pay tribute to outstanding professionals of Hong Kong's film industry, to promote tourism industry, and to consolidate Hong Kong's position as Asia's World City, the Avenue of Stars which is located at the Tsim Sha Tsui Promenade was given a glittering official opening on 27 April 2004. It was opened to the public and visitors from all over the world from 28 April 2004 onwards.

Hoyee..dah sampai..jom tengok gambar dulu..


Cuaca pada waktu ini amat panas dan melekit, hujan renyai-renyai dan agak kurang selesa untuk berada lama di sini sedangkan jam baru pukul 9.30 pagi. Avenue of Star adalah lokasi yang wajib di lawati kepada sesiapa sahaja yang datang ke Hong Kong. Kemudian kami bergambar di luar Hong Kong Museum of Art yang mana besebelahan dengan Avenue of Star.

Hong Kong Musuem International Art
Dah puas begambar dan menikmati keindahan pemandangan Hong Kong Island , kami terus gerak ke Harbour City.

Direction to Harbour City :
1. Ikut arah laluan semasa datang ke Avenue of Star
2. Jalan terus sehingga berjumpa MTR Stesen Exit A1
3. Jalan menyusuri Haiphong Road yang terletak bersebelahan MTR Stesen Exit A1
4. Sepanjang jalan terdapat beberapa kedai menjula jam tangan, handbagm perfurme, kedai menjual air
    minuman, 7 eleven, dan di sebelah kiri jalan terdapat Kowloon Park.
5. Harbour City terletak bertentangan dan Burburry Mall dan terdapat jnction di hadapan. Dari jauh
    terpampang perkataan Harbour City.

Entrance Harbour City
 Harbour City merupakan shopping Mall yang terbesar di Hong Kong di mana terdapat banyak branded outlet di dalamnya dengan harga yang amat berbaloi dan amat sesuai kepada sesiapa yang suka shopping handbag, kasut, backpack, perfume dan bermacam-macam lagi dengan harga dari ratusan hingga ribuan HKD. Antara outlet yang ada sepert Prada, Zara, Espirit, Steven Madden, Coach, Calvin Klien, Armani Exchange, Levi's, MNG, Mango, Guess dan Puma. Sebenarnya banyak lagi tapi tak ingat kerana memori dalam 256MB sahaja...ahaha...Kami just survey dulu harga kerana pada hari terakhir baru kami nak shopping. Keluar jer dari Harbour City bertentangan dengannya ada pulak H&M Shopping Mal..haishh..apa lagi tidak melepaskan peluang untuk intai apa yang sale kat dalam dan ternyata ada sale dan member JM sempat grab beberapa helai.

Semua orangtahu kan..orang perempuan kalau shopping 1 jam 2 jam tidak cukup..mahu satu hari..tapi apakan daya jam sudah 1.30 petang, perut pun sudah kelaparan dan kami ke Chungkin Mansion untuk makan tengahari di Bismillah Kebab Restoran di tingakt 1. Masuk jer entrance Chungkin Mansion, akan jumpa tangga ke aras 1..naik tangga dan teus ke hadapan dan akan jumpa restoran yang dimaksudkan. JM pilih untuk makan  Lamb Chop Beriyani HKD75 = RM30.75 dan Hot Lemon Tea HKD15 = RM6.15 dan member makan Chicken Kebab dan Ice Lemon Tea. Cuba korang lihat harga makan kat sini..agak mahal kan..ye memang mahal sebab itu lebih suka bawak bekal dari Malaysia.

Selesai makan, kami ke California Hotel untuk check in, kemudian dalam jam 3.00 petang kami gerak ke The Peak dan Madame Tussaud. The Peak adalah kawasan tanah tinggi yang boleh lihat view Bandar Hong Kong dan paling cantik view pada waktu malam. Madam Tussaud mempamerkan patung-patung lilin yang menyerupai artis-artis terkenal Hong Kong seperti Jackie Chan, Andy Lau, Jimmy Lim dan ramai lagi. Tempat ni wajib letak dalam itirenary korang. Hard Rock Cafe Hong Konp terletak di aras P1.

The Peak berada di Hong Kong Island dan untuk ke sana boleh menaiki bas, minibus, taxi atau train MTR. Jika ingin pergi dengan bas, perlu ke naik feri ke Hong Kong Island terlebih dahulu.

Direction to The Peak by Bus :
1. Dari Cameron Road, jalan sepanjang Nathan Road ke Salisbury, dan belok ke kanan untuk ke Star Ferry Pier. Naik ferry upper deck unutk ke Central, harga tiket HKD2 = RM0.82 seorang. Masa dari Tsim Tsa Tsui (Kowloon) ke Central HK Island lebih kurang 10 minit.
2. Sampai sahaja di Central Pier 5, ambil bus Route No 15 (first bus) normal
Route No. 15(First Bus) Normal
Central Pier 5 to The Peak
Daily : 10:15 am to 12:15 am(from Man Kwong Street outside Central(Pier 5))
Daily : 9:10 am to 1:00 am(from The Peak)
Frequency : 7 to 15 minutes
Fare : HKD 9.80

Route No. 15B(First Bus)
Causeway Bay(1 King's Road inside Park Towers) to The Peak Sundays and Public
Holidays only : 12:00am - 7:00pm(from Tin Hau)
12:40am - 7:40pm(from The Peak)
Frequency : 20 minutes
Fare : HK$9.60

By Mini Bus
Minibus No. 1
Central(Two IFC) to The Peak
Daily : 6:30am - 12:00am (from Central)
Daily : 7:10am - 12:25am (from The Peak)
Frequency : 10-12 minutes
Fare : HK$8.00

By Taxi
Taxis are plentiful throughout Hong Kong apart from remote areas, and can be hailed on the street(except restricted areas) or summoned by phone. All are metered, relatively cheap, air-conditioned and clean.

Semua bus dan teksi akan berhenti di Peak Tram dan kalian boleh memeli tiket untuk ke The Peak. Ini kerana untuk sampai The Peak perlu menaik Peak Tram

Peak Tram
The Peak Tram runs every day at St.John's Building Peak Tram Station, including Sundays and Public Holidays, between 7:00 am and midnight. The tram departs every 15 minutes.

Single Journey
Return Journey
Adult
$28
$40
Child (3 - 11 years old)
$11
$18
Senior Citizen (Over 65 years old)
$11
$18
 Tram Operation:
  • Opening Date - 30 May 1888
  • Opening hours - 7:00 am to midnight (daily)
  • Trams run every 10-15 minutes
Kami ambil keputusan untuk menaiki train MTR lebih mudah, cepat dan selesa.

Direction to The Peak by MTR train :
1. MTR dari Tsim Tsa Tsui ke Central Stesen, Fee HKD8.60
2. Dari Central Stesen, Exit J2
3. Naik tangga ke Ground Level
4. Belok kanan untuk ke Chater Garden
5. Jalan terus melintasi garden tersebut, korang akan nampak Bank Of China Tower sebelah kanan
6. Jalan terus ke hadapan meintasi traffic light dan terdapat sign di setiao traffic light junction
7. Jus follow the sign seperti gambar di bawah dan korang akan jumpa The Peak Tram Entrance

Sebelum menggunakan train MTR, pastikan korang peganng map MTR system sebagai rujukan laluan train dan tempat yang hendak dituju. Map boleh didapati kat website ni :

Bukan sahaja map semua maklumat berkaitan laluan, masa perjalanan boleh diperolehi melalui. Pastikan cetak menggunakan pencetak berwarna bagi memudahkan untuk melihat warna laluan yang berbeza.

MTR System Map -Hong Kong
Entrance The Peak Tram
The Peak Tram Ticket Counter
Terdapat pelbagai pakej di tawarkan dengan harga yang berbeza dan senarai harga serta pelbagai info boleh di rujuk di laman web http://www.madametussauds.com/HongKong/en/Default.aspx. Tiket boleh dibeli secara online atau di kaunter, akan tetapi sebaik-baiknya beli secara online bagi mengelak untuk beratur panjang di kaunter. Sekiranya pergi pada hari sabtu dan ahad memang perlu berasak-asak dengan ramai orang. Jadi pilihan di tangan anda.. :-). Ini lah rupa Peak Tram tu...

Peak Tram
Semasa beratur panjang nak beli tiket tu, kami di beri offer pakej harga yang berbaloi di mana pakej combo termasuk harga tiket peak tram pergi dan balik (HKD40) + Madam Tussaud Entrance (HKD190) + Skyway Terrace (HKD30) dan kami hanya perlu bayar HKD220 sahaja berbanding HKD250..murah kan..tak perlu beratur panjang. Dalam 5 minit tram sampai terus naik untuk ke The Peak. Kemudian berlaku lah acara tembak menembak bersama-sama artis-artis Hong Kong dan Inilah hasilnya.


Ada banyak lagi sebenarnya you ollsss...tapi takkan nak upload semua nanti korang jelezzz....eheheh. Apabila dah selesai berposing sakan dengan semua artis-artis tu..wahh....riak kan...ahahah...mana ada...kami pegi ke Hard Rock Cafe Shop Hong Kong dan kepada sesiapa yang memang minat koleksi-koleksi barang-barang dan t-shirt hard rock boleh cari di sini.


Kemudian kami nak lihat pemandangan Hong Kong Island pada waktu malam, jadi kena pegi ke aras Skyway....follow jer sign yang ada dalam The Peak Tower tu...naik escalator sehingga ke tingat paling atas. Kami pegi pada hari Ahad petang...wahhh...begitu ramai nya orang memang tidak selesa dan sukar untuk mendapat port yang menarik untuk dapatkan view yang cantik dan cuma ini sahaja hasil tangkapan kami.

View pada waktu siang
View pada waktu malam
Ok..bila dah selesai kat situ, kami nak gerak ke Ladies Night Market yang terletak di Mongkok Stesen di mana itu adalah destinasi terakhir kami pada hari ke -2. Apa yang menarik di sana..sebenarnya tiada apa yang menarik..just seperti petaling street tu jer..ada jual pakaian, kasut, souvenir, t-shirt I Love HK dan pelbagai barang keperluan tetapi  harga agak mahal berbanding barang yang sama yang dijual Tsim Sha Tsui area. Oleh sebab itu tak cadangkan korang berbelanja di sini tapi sekadar nak buat tinjauan boleh lah. Bagaimana nak ke sana yer...ok..follow this direction.

Direction to Ladies Night Market, Mongkok
1. Kalau dari mana-mana stesen MTR..you all kena turun di Mongkok Stesen
2. Sampai di Mongkok Stesen, cari Exit E2
3. Kemudian jalan terus ke hadapan selang beberapa blok kedai akan jumpa kedai NIKE sebelah kanan, 
    dah sampai Ladies Night Market.

Ladies Night Market
Dari the Peak, jadi kami naik dari Central ke Mongkok Stesen, tambang adalah HKD10.90 menggunakan Octopus Card dan Mongkok Stesen to Tsim Sha Tsui Stesen, tambang adalah HKD4.90. Kami berada di Ladies Night tidak lama kerana tiada barang yang menarik perhatian di samping harga yang agak mahal bebanding barang yang kurang kualiti, lebih kurang jam 10.00 malam kami dah bergerak pulang ke sarang...ehehehehe.

Ringkasan perbelanjaan hari ini :
1. Tiket MRT (HKD8.90 + HKD10.90 + HKD4.90) = HKD24.70
2. Tiket The Peak dan Madame Tussaud = HKD220

Jumlah keseluruhan HKD244.70 = RM100.33

Berdasarkan jumlah perbelanjaan nanti, korang boleh estimated budget berapa nak tukar untuk bawak ke sana nanti.

End of day 2..to be continue on day 2....

29 comments:

  1. Replies
    1. I will come back again with my family hihihi daebak n awesome hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. dah ada dalam list tahun ni...tunggu...tak leh inform awal2..nanti dah sejuk...ehehe...tak surprise lak :-)

      Delete
  3. Info yang sangat berguna...insyaAllah bulan 12 nanti sy akan jejak kaki kat sana...info ni boleh jadi panduan nanti...tqvm sis!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...sama2....terima kasih kerana drop by kat Sis nyer blog...Info ni di tulis sbg panduan Sis sendiri dan juga rakan-rakan pembaca yang lain..keep on following me ok..What is your blog name..nanti leh la Sis follow...hiksss
      Next month Sis nak ke HK lagi..nk explore the rest place yg tak sempat pegi ari tu..nanti leh la baca entri tu eh..:-)

      Delete
  4. salam...naka tanya betul ker california tu ok..sbb tgk kat tripadvisor, mcm teruk jer comment diaorg.. tq yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Eei,

      Teruk yg mcm mana..bagi JM ok jer sbb hotel tu baru siap dan nampak cantik. Lokasi yg menarik dan selamat sbb ada security pada entrance pintu lift. Internet free 24 hours kat lobi dan dlm bilik. Bilik bersih cuma agak sempit..itu jer..Hotel di HK mmg mahal dan agak sempit. Kalau nk selesa leh try Regal Kowloon hotel sbb JM baru balik dari HK mlm tadi. Hotel tu amat selesa tetapi internet free hanya 15min di lobi for 12 jam shj dan 15min utk 12 jam berikutnya :-)

      Delete
  5. Salam.saya nk ke macau hk june ni...kalo dari mtr central jalan kaki ke the peak lowest terminus xjauh ke...bln june ada yg ckp xsesuai berjalan panas n kering katanya...mana u rasa sesuai?? N kalo by bus lak turun feri dh leh nmpk ke bus ke lowest terminus, perlu bgtau driver nk ke stesen bwh the peak tak?? N soklan last dari lowest terminus the peak nak naik bus ke ferry kat mana lak yer..?? Maaf byk lak soklan heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura,

      Bagi JM dari MTR Central to The Peak Tram tu tak jauh..
      Mmg tak sesuai kalau pegi HK dari Mei - Sept coz Summer Season amatlah tidak sesuai kerana cuaca panas dan kering dan kekadang hujan (rasa mcm dlm over..better bawak baju niois dan standby raincoat. JM dh ada pengalaman pergi Summer time on Mei last year.

      Untuk maklumat detail transportation to the peak..leh refer kat Website ni ye http://www.thepeak.com.hk/en/2_1.asp. Harap dpt membantu :-)

      Delete
  6. salam. nak tanya kalau pegi The Peak + Madame Tussauds + Sky terrace ari ahad memang orang ramai sangat ke? senang tak nak berjalan? kena beratur panjang tak nak bergambar dgn patung lilin tu kalau pegi ari ahad? saya nak pegi 22 sept ni. time tu still summer time ke? kalau google cakap dah masuk autumn. musykil sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam
      Elakkan pegi ujung mggu mmg berasak2 nanti dan x selesa
      Ha'a late sept autumn

      Delete
  7. salam JM..nk tny ..sy nk ke HK bln Nov ni..nk booked di California Hotel as per recommended...tp dh full la...huhu ap lg hotel yg dekat2 situ yg JM rs ok?kalo perasan la ms kat situ...tq bleh email direct saya..sharalibrahim@gmail.com.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Aha..hotel area HK ni susah nk cari yg ok dan murah..coz kekadang mahal dan tak ok :-)..mmg agak mencabar kalau nk book hotel kt HK ni..maklumlah..tanah sempit..harga tanah tggi..so harga hotel pun around RM200 above per night tp bilik sempit yak amats..

      Ok..nanti JM check pastu JM email yer

      Delete
  8. salam...
    nak tanya kalo tak cukup duit senang tak nak cr atm? atau ada panduan nak keluarkan duit. takut jugak nak bawak duit byak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam,

      Senang je nak cari ATM kat sana..dalam shopping..tak ada panduan khas ttp seperti penggunaan di msia cuma perlu maklumkan kepada bank yg mengeluarkan KAD agar dpt release penggunaan di sana nanti

      Delete
  9. Wah...bgus..bgus..bgus..sy pn mmg tgh prepay nk pgi sana ni tgh buln 12..hahaha..x sabar gila nk pgi..cik abg syg stanbay la duit anda bnyk2 yer..hahaha..kerna diri ku ingin bershoping n berjlN sakan ni..haha..thanks sbp bgi info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi lah..mmg best Hong Kong ni...kalau tak..masakan JM pergi 2 kali heee

      Delete
  10. JM ... Harga Combo di Madame tussaud tu dah naik 280 hehehe ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah naik...mahal tu..sik baik time JM pegi tu still mudah...best tak HK..nak repeat tak? hikss

      Delete
  11. info yg bermanfaat. n complete!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..sbb JM suka travel dan kongsi info sebagai rujukan kpd traveller yg lain..Alhamdulillah..ramai yg dh baca dan follow direction yg JM keluarkan ni..semua success..JM pun tumpang gembira kerana memudahkan mereka :-)

      Delete
  12. As-salam..

    Terima kasih untuk info yang serba lengkap ni.. byk info yang sy perolehi di sini.. InsyaAllah boleh buat panduan kami utk ke HK nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Hanis,
      Saya tulis blog ni sebagai panduan kepada semua traveller di luar sana..dengan harapan agar dpt memudahkan perjalanan kepada sesiapa sahaja ke setipa destinasi yagn pernah saya pergi. Terima kasih kerana sudi jadikan rujukan ye. Harap2 dapat membantu..HK mmg best sbb tu saya ke sana 2 kali maybe akan ke sana lagi. Epy holiday nanti :-)

      Delete
  13. Naik ke The Peak. Waktu saya dulu, Alhamdulillah, tak ramai sangat orang. Dapatlah ambil gambar kat situ. Bila baca pasal ni, terus teringat balik masa pergi sana dulu. Rasa nak pergi lagi je. Tapi fulus tak ada.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. FA..kumpul dulu duit bila agak2 dh cukup calling2..akak leh teman hikss

      Delete
  14. Gambar view pada waktu malam tu macam tak malam pun...cerah jer...

    ReplyDelete
  15. nice view bandar hongkong . klu mlm for sure byk lampu bergemerlapan ...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS