Pages

Monday, 27 August 2012

Travel to Bandung Indonesia : Day1

Assamualaikum pembaca semua...

Selamat hari raya....ada yang dah tak beraya ker....selamat berpuasa 6..JM baru nak mula berpuasa 6 ni...InsyaAllah nak habiskan sebelum kawan-kawan mula buat 'open house'....eheheh..kawan-kawan yang lain dah start ke belum... :-)

Bandung Map
Trip kali ini ke Bandung Indonesia. Asyik dengar cerita dari kawan-kawan yang pernah Bandung cakap its Shopping Paradise dan ini yang membuatkan bertambah teruja nak ke sana. Pada masa yang sama katanya harga barang amat murah.. Kepada kengkawan yang pernah ke sana..boleh la kongsi-kongsi pengalaman dengan JM yer.

Sebenarnya travel ke Bandung tahun lepas pada 18/06/2011 (Sabtu) jam 9.40 pagi sehingga 21/06/2011 (Selasa) jam 5.00 petang ....baru hari ini berkesempatan nak berkongsi pengalaman dengan kengkawan semua. Memang agak basi lah story ni tapi harap sedikit sebanyak dapat memberi sedikit info dan juga panduan kepada sesiapa yang baru nak jejak kaki ke sana :-).

Travel bermula dengan pembelian tiket murah pada 14/10/2010..cuba korang bayangkan...berapa lama dah aku beli tiket..8 bulan kemudian baru aku travel...nak travel dengan tambang murah la katakan..ehehe...kalau aku dapat calon suami yang memang cop duit..mahu every month aku nak melancong jelajah dunia..menikmati keindahan ciptaan Allah yang maha esa...tapi apakan daya itu semua hanya sekadar angan-angan ..nak dapat sorang pun susah inikan pula impian yang tinggi menggunung..eheheh..

Kita tutup dulu buku pasal cari calon suami nih..kita sambung pasal Bandung ni eh..kalau melalut ke lain..tak siap entry ni. Di sebabkan travel ni dah lebih setahun berlalu...jadi agak kurang lah cara dan jalan penceritaan nya, tidak terpeinci kerana lupa masa dan waktu yang tepat. Tapi akan cuba buat sehabis baik untuk bacaan kawan-kawan dan follower semua :-)

Tiket termasuk luggage pergi balik adalah RM229..murah tak?...murah kan..JM tak ambik meal sebab jarak perjalanan lebih kurang 1 jam sahaja. Kami betolak jam 9.40 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Husein Sasteranegara pada jam 10.45 pagi waktu Indonesia.

Untuk pengetahuan semua, kami terdiri daripada 5 orang dan kami telah membuat tempat hotel dan transport dengan bayaran RM253 seorang untuk 3 hari 2 malam dari travel agent Setiawantrans Group (Tour & Travel)..murah kan...Kepada sesiapa yang ingin mengunakan khidmat travel agent yang sama..boleh google yer...

Apabila kami sampai sahaja di Airport Bandung, kami di rai dengan dengan paluan kompang dan kalungan bunga..kami semua terpinga-pinga ..majlis apa pulak ni dengan kameraman kiri kanan..wah dah macam retis gayanya. Rupa-rupanya pada hari ketibaan iaitu 18/06/2011 adalah hari pembukaan Transtudio Bandung..ala-ala Universal Studio Singapore tu..kami memang teruja dengan sambutan yang hebat tu..kawan JM tak minat nak ke sana..jadi bercadang nak repeat ke sini dan dalam perancangan nak ke TransStudio nih :-).

Arghh..mesti korang semua bosan asyik baca jer kan..jom tengok gambar pulak ehh...

Transtudio Opening Jan 18 2011
Dah nak landing
Lapangan terbang Hussein Sasteranegara Bandung
Hoyee...dah sampai...kami di sambut bak tuan puteri...ehehehe...tak percaya?...jom tengok lagi gambar...

Di kalungkan kami bunga tu
Selepas selesai urusan imigresen yang mengambil masa hampir 30minit beratur kerana Airport Bandung agak kecil dan terlau banyak songeh urusan untuk masuk ke negara mereka..geram jugak yang paling frust tu..time nak check passport..bila turn perempuan cantik..lama pulak dia tanya soalan..geram jer menunggu kat belakang..bila tiba turn JM..satu soalan pun tak di tanya..cepat jer lepas hehehe..untung badan.yang frust tu ada sikap diskriminasi huhuuh.

Keluar sahaja di arrival hall kami dah ditunggu oleh driver yang telah diupah oleh Setiawantrans untuk bawak kami ke hotel...Unik Hotel..tapi JM tak suggest korang tinggal kat hotel ni..memang ler murah tapi dari faclities dan meal yang disediakan..memang tidak memenuhi tekak. Apa yang menarik loksi hotel ini adalah bersebelahan kilang pengeluaran produk dari Kartika Sari.


Bersama Pak Tono..driver kami dengan APV Suzuki
Oleh kerana kami sampai lebih kurang jam 10.40 pagi, jadi kami tidak di bawa terus untuk check in hotel kerana masih terlalu awal. Walaupun masih terlalu awal, masing-masing dah terasa lapar kerana tidak makan dalam fligt, kami di bawak oleh Pak Tono untuk makan siang di Simpang Raya Restoran...restoran terkenal dengan kunjungan pelancong dari Malaysia.

Banyak makanan di hidangkan..pilih je mana nak makan then bayar yg makan sahaja
Selepas selesai mengisi perut yang kosong kami teruskan misi kami pada hari ni..ke mana lagi..shopping time :-). Pak Tono telah di arah untuk mengambil kami dari Airport dan di bawa ke Bandung city pada hari pertama sehingga jam 9.30 malam. Tapi sebelum itu just nak kongsi kepada sesiapa yang datang ke sini, JM takkan rekomen korang makan kat sini kerana harga terlalu mahal maybe sbb tourist spot.

Kami di bawa ke Jalan Dago..terdapat berpuluh factory outlet sepanjang Jalan Dago ni..jarak bersebelahan sahaja kiri dan kanan jalan...kalau you all datang ke sini..satu hari pun tak habis masuk semua outlet yang ada.Shopping paradise..di sinilah tempatnya. Antara nya :
- Donatello
- JetSet
- DSE
- Blossom
- Grande
- Rich & Famous
- Justine Shoes and Bags

Banyak lagi sebernarnya factory outlet yang ada tapi dinasihatkan kepada kawan-kawan ketika berada di Bandung, berhati-hati di jalanraya kerana kepadatan penduduk, kekurangan makan, kadar kemiskinan yang tinggi dan sistem traffic yang tidak teratur akan menyebabkan kita rasa rimas sepanjang berada di atas jalan raya. Jalan yang sesak di penuhi dengan pengemis dan penjual di jalanan dan akan follow je ke mana sahaja kita pergi dengan tujuan untuk menjual barang yang di bawa. Walaupun kita cakap tak nak..dorang tetapi approach kita minta mesti..memang rimas. Jadi you al buat tak peduli ajer sebab mereka meletakkan harga dengan kadar yang tinggi.

Banyak outlet harga yang murah...rambang mata di buatnya
Berikut adalah antara factory outlet yang sempat kami explore pada hari pertama. Banyak juga duit yang keluar kesan dari keterujaan membeli kasut, handbag dan t-shirt. Lebih kurang jam 8.30 malam kami dibawa oleh Pak Tono untuk check in kat Unit Hotel Bandung. Apabila selesai check in, malam itu masing-masing dah kepenatan kerana seharian berjalan, keluar masuk factory outlet. Malam itu kami tidur dengan nyenyak nya...nanti sambung lagi kisah untuk hari ke 2. Ke mana kami pada esok hari..kalau nak tahu kenalah baca kisah selanjutnya...ehehe...

end of day 1...jumpa lagi :-)

19 comments:

  1. Best layan blog u ni sis... Bnyak info. Yang paling x blh tahan,.. Hati turut meronta2 nk p lepas2 ni. Huhuh!!! Keep on writing n sharing more infos ya.. Luv u sis.. Mmuuahkkkss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best keww...ahakkssss....malu tau puji le lebih...ehehe

      Rajin2 lah lawat blog ni yer..better jd follower nanti leh tahu entry terkini..eheheh

      Thanks dear..ahaksss

      Delete
  2. bio betoii murah giler tiketnya....
    FO dia mmng bnyk kn kt sana bleh dikatakan murah2 gak la harganya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : Bandung syurga shopping cuma nya jika ingin membeli di PAasar Baru perlu lebih carefull kerana ada peniaga yg cuba menipu

      Delete
  3. Pre order bagelen @ brownies kartika sari dan amanda fresh from bandung.
    Whatsapp ina 0192633431

    ReplyDelete
  4. mmg betul2 syurga shopping ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye CM..sediakan RUPIAH yang mencukupi jika tak melopong nanti hihhi

      Delete
  5. SS tengah sahur at this hour... drop comment kat sini jap... nanti SS review balik... ngantukssss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin nya puasa..alhamdulillah....wahh...rajin SS selongkar cite lama...x yah baca...cite lama x best!

      Delete
    2. Huhh! Baru ada masa nak baca...

      Delete
    3. kalau aku dapat calon suami yang memang cop duit..mahu every month aku nak melancong jelajah dunia..menikmati keindahan ciptaan Allah yang maha esa...tapi apakan daya itu semua hanya sekadar angan-angan ..nak dapat sorang pun susah inikan pula impian yang tinggi menggunung..eheheh..

      Kenapa angan2?

      Delete
    4. Part kalung bunga tu kelakauuuu! Ha Ha Ha.. Macam bekas menteri JKR Sammy Vellu... Keh keh Keh...

      Delete
    5. Apsal comel sangat gegelak kat keta tu? He He He..

      Delete
  6. Pak Tono tu adik beradik herman tino ke? He He He...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Salam dari MINANG KABAU.Yang biasa disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG.Salam juga dari saya ARMAN BUKITTINGGI.bergerak di bidang pelancongan sebagai pemandu wisata dan driver..Saya nak tumpang iklan kat sini..Bila ada tuan dan puan yang nak buat rancang an untuk melawat ke BUKITTINGGI PADANG.Tapi belum ada contact untuk uruskan.Jangan risau..Saya boleh membantu uruskan lawatan .Untuk dapat kan info nya sila contact saya di talian..
    Call/sms/whatsapp.
    +625374176166
    E-mail.armanpribadi@gmail.com

    Terimakasih

    Wassalam...

    ReplyDelete
  8. sepatutnya lapangan terbangnya diupgrade sesuai dgn tpt shopping yg byk tu . dah tentu ramai pelancong dtg kan ... satu hal bila ramai yg menjajaj tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kecil yak amat airport dorang tu sis Vee...kat situ lah nk check passport...kat situ juga ambil luggage....aduss!!!

      Delete
  9. Mekja dah dkt dua tahun peram itinerari ke bandung ni. Ingat lps habis diploma haritu nak kesini dgn kawan2. Tapi memandangkan beberapa hal yang terjadi. Belum ada rezeki nak ke mari. InsyaAllah one day I will :)

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS