Pages

Tuesday, 2 October 2012

Ho Chi Minh Again

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Holllaaaaaaaaaaa....aku baru jer balik dari trip ke Ho Chi Minh Saigon untuk kali ke -2. Kali ni aku bawak kawan-kawan opis pergi bershopping kat sana. Kali pertama aku pergi bulan 2 2012.

Apa yang menarik trip aku kali ni..tiada yang menarik pun..aku just bawak kawan-kawan aku pusing-pusing kat pasar Ben Than jer..dorang tak nak ke Delta Mekong dan Chu Chi Tunnel. Jadi masa 3 hari 2 malam tu kami menghabiskan masa di pasar Ben Than sahaja.

Hari pertama sampai di Tan Son Nhat International Airport dalam jam 8.45 pagi..awal kan...selesai semua urusan imigresen dan passport, keluar sahaja arrival hall to terus ke taxi stand. Kepada sesiapa yang first time ke Vietnam, cara terbaik untuk ke Ben Than Market adalah dengan menggunakan teksi meter. Aku suka rekemenkan Saigon Pink Hotel atau Hoang Hai Long 2 Hotel kerana lokasi yang amat menarik kerana berhadapan dengan kedai makan HALAL - Hjh Basiroh. 

Direction to Ben Than Market :
1. Keluar dari Arrival Hall
2. Taxi Stand sebelah kiri
3. Pilih teksi meter sama ada Mai Linh, Vinasun atau Saigon taxi

Aku pilih Saigon taksi bermeter sebab kali pertama aku ke sana aku naik Vinasun teksi seperti mana yang di rekomen oleh kebanyakan pelancong tapi aku kena tipu...katanya guna meter tapi bila dah naik..meter tak berfungsi pastu minta bayar 250ribu VND...terkejut aku...kami minta kurang kepada 160 ribu VND dimana itu adalah harga biasa dari airport ke pasar Ben Than tetapi dia menolak. Dah la tak pandai speaking..pastu dia nak turunkan kami kat tepi jalan kalau kami tak nak bayar tambang seperti di minta. jadi kami terpaksa setuju. Jadi aku dah blacklist Vinasun Taxi :-)

Untuk trip kali ini aku aku pilih Saingon taxi seperti name card di bawah.

Aku naik teksi bermeter ni tambang yang perlu di bayar adalah 150 VND sahaja...kira murah la kan. Exchange Rate waktu aku tukar adalah 1juta VND (Vietnam Dong) = RM157, 1USD = RM3.08. aku lebih suka tukar duit kepada USD kerana semasa urusan tawar menawar kita lebih untung. Tidak lupa juga ingin aku ingatkan bahawa duit Ringgit Malaysia juga boleh di gunakan di sana. Kalau ada sesapa yang terbawak duit Malaysia tak perlu risau..RM is accepted.

Kali ini aku menginap di Hoang Hai Long Hotel 2 bersebelahan Saigon Pink 2. Mudah sahaja, korang masuk je laman sesawang www.agoda.com, cari Hoang Hai Long 2 untuk buat tempahan. Cetak satu salinan bukti tempahan, sampai di hotel nanti just tunjuk kepada receptionist...mudah kan? Jom tengok view sekitar lobi hotel.

Jom aku tunjuk bilik yang kami tempah...besar, cantik dan bersih..

Berhadapan dengan hotel terletak kedai makan halal...kedai Hjh Basiroh..makan pagi dan tengahari kat sini pun not bad..paling aku suka kopi ais yang berharga 15ribu VND. Aku nak nasihatkan kepada korang yang jangan makan di kedai Kampung Melayu yang terletak di sebelah kedai Hjh Basiroh tu. Aku mendapat maklumat yang sahih dari orang Vietnam sendiri bahawa owner kedai tu orang Vietnam Non Muslim. Pada peringkat permulaan pembukaan kedai tu Nyona muslim dan tukang masak juga orang Islam Vietnam. Apabila Non Muslim Vietnam ambil alih, semua pekerja adalah non-muslim tetapi dorang dah belajar cara masak masakan melayu daripada nyonya tadi. Terdapat beberapa pelancong dari Malaysia masuk makan kat kedai tu tapi sekali masuk jer..pastu tak nak masuk dah sebab masakan tidak memenuhi citarasa. Kami nyaris-nyarins nak masuk makan kat kedai tu...harga pun agak mahal. Di bimbangi jugak sumber yang dorang dapat untuk memasak seperti ayam dan daging tu. Jom tengok kedai makan yang aku maksudkan. Tapi kalau kedai Hjh Basiroh tu di jamin HALAL....


Oleh kerana kami sampai awal, jam 2.00 petang baru boleh check in...we leave our luggage at the hotel untuk terus menabur duit kat pasar Ben Than.Wooww...cakap macam orang banyak duit tu...ahahaha. Kalau korang nak shooping kain Silk dan Cotton Vietnam dengan harga berpatutan...pilih kedai No 209. Silk Vietnam leh dapat dengan harga 14 - 15 USD dan Cotton Vietnam leh dapat harga 10 - 13 USD bergantung kepada jenis dan kualiti kain. Kedai ni juga menyediakan perkhidmatan jahit baju kurung dan jubah dalam 1 hari boleh siap. Aku ada tempat jubah sepasang..aku beli kain dan tempah terus dengan bayaran RM100 (upah + material) murah kan..yang best tu 1 hari siap. Aku suka beli dari kedai No 209..dorang boleh cakap melayu very well dan harga pun ok compare demgan kedai yang lain.


Nak tengok apa yang aku beli dari kedai ni tentu lah kain pasang dan juga aku tempah jubah dengan harga RM100 termasuk upah jahit dan material...murah kan..jom kita tengok..maaf gambar kurang berkualiti..batu-batu tu bersinar-sinar sebenarnya.


Kemudian aku tempah jubah kat kedai Mysang collection. Kedai terletak di laluan nak ke Ben Than Market dan bersebelahan sahaja dengan Hotel Hoang Hai Long 2. Ini kali ke dua aku tempat kat sana...upah jahit jubah termasuk lining adalah USD21...Ini lah rupa jubah aku :-)


Merah kan mak ngah..aku memang suka warna-warna terang-terang ni..nampa mengancam you...eheheh..

Hari ke dua aku bawak kawan-kawan seperjuangan ke kedai kain Hjh Basiroh ..tapi bukan kat kedai makan tue..ada jual kain tapi tak banyak..sebab yang ni cawangan yer..so kami pergi ke HEAD SHOP yang terletak seperti dalam kad nama dibawah....kat kedai ni sahaja yang ada menjual telekung design yg cantik dan banyak pilihan berbanding di dalam pasar Ben Than. Aku syorkan kepada sesiapa nak borong telekung nak buat jual..pergi beli kat sini. Bagaimana nak kesana...mudah sahaja..korang jangan pergi dapatkan teksi kat depan pintu masuk pasar tu..semua teksi tu cekik darah..dorang letak harga tinggi..pastu ada teksi yang tak faham english..susah nak komunikasi. Jadi korang pergi ke kedai Hjh Basiroh yang ada jual makanan hahal tu..minta dorang tolong panggilkan teksi..lagi selamat....Ini adalah alamat kedai tu.



Antara kain telekung yang dijual dan menjadi pilihan adalah telekung sulaman tangan...kain tebal dan berat tetapi sejuk. Harga antara USD26 - USD27 bergantung kepada jenis bunga sulaman. Tengok contoh yang aku letak kat bawah.


Bukan itu sahaja..kat sini pun ada jual baju kurung siap atau ready made siap dengan manik-manik lagi...kalau ada size korang boleh beli dan balik jual...memang untung. Kalau nak tahu berapa harga sepasang korang kena datang sendiri...eheheh...No contoh baju kurung siap tu.


Oh ya..aku lupa nak story..kat pasar ni bukan sahaja jual kain dan baju kurung siap sahaja..ada kedai jual backpack, t-shirt, souviner, alas meja, kasut sukan, kasut wanita dan macam-macam dengan harga yang agak berpatutan dan boleh dikatakan syurga shopping untuk kaum wanita.



Konon nya tak nak beli banyak dek kerana aku pergi untuk kali ke dua..so aku tukar duit USD sikit jer..dek kerana nafsu shopping aku ni...dah membeli terlebih budget...ahahah

Fligt kami adalah seawal jam 8.35 pagi pada hari ke tiga..jadi 2 hari tu kami penuhi masa dengan membeli belah. Korang jangan lupa yer...waktu Vietnam LAMBAT satu jam dari Malaysia tau...kalau jam tangan korang menunjukkan pukul 7.00 pagi jadi waktu Vietnam adalah 6.00 pagi. Walaupun jam 6.00 pagi cuasa cerah terang benderang seperti jam 7.00 pagi. Jadi waktu solat adalah lebih awal..alah...mamcam di SABAH tu kalau sesapa yang pernah sampai sana...sebagai contoh kalau di Malaysia masuk waktu solat Subuh jam 5.45 pagi...jadi waktu subuh di Vietnam jam 4.45 pagi waktu Malaysia..itu kalau korang tak tukar waktu pada jam tangan korang lah..Ehhh....korang faham tak apa yang aku cuba maksudkan ni..jangan confius yer....ehehehe

Oleh itu kami bangun seawal jam 5 pagi waktu Malaysia kerana kami akan berangkat ke Airport seawal jam 6 pagi waktu Vietnam. Kami minta hotel tolong panggilkan teksi untuk ke Airport dan tambang yang dikenakan adalah 210 ribu VND. You all tek perlu risau pasal luggage terlebih berat ...hotel ada menyediakan penimbang untuk ukur berat luggage supaya tak exceed weight semasa check in nanti...Okeh..cukup sekdar ini sahaja story mory aku untuk panduan kengkawan semua. Sebelum mengundur diri di sini aku letakkan beberapa tips sebagai panduan.

Tipsssss dan peringatan :
1. Naik teksi bermeter
2. Jangan ambil teksi di hadapan pintu masuk pasar Ben Than
3. Jangan makan di Restoran Kampung Melayu
4. Bawak bekalan makanan seperti roti, tuna atau maggi kalau nak save budget

Selamat bershopping...byeeeee

54 comments:

  1. Saya pun dah dua kali pergi sana .. Ho Chi Minh, dan memang best! Walaupun panas dan bingit dengan bunyi motor, tapi shopping memang heaven. Stay pulak kat New World..jalan kaki sahaja.

    Btw, boleh try Vietnam massage .. memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr..betul...JM pun dhtry Vietnam Massge..mmg BESTTTT sgttt :-)

      Delete
    2. ade jugak massage kat sane ea sis.... =D

      Delete
  2. JM... bersemangat baca info2 nih.....leh tau nama spa.. teringin gak nak massage nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Massage berdepan dgn hong hai long hotel deret kedai hjh basiroh. Jm x ingatlah nama kedai tu

      Delete
    2. hokeyh... massage kat HCM ni kne bagi 'tips' tak dorg? heh heh heh

      Delete
  3. mcm mana nak contex ngn jarimanis? ada emel tak? saya nak tanya detail sal travel vietnam ni... pls..

    ReplyDelete
  4. as salam,

    sy cadang nak ke sana bln 9 nanti. ada tips2 lain yg boleh kongsi
    macam mana dengan barangan lelaki spt barangan branded polo, clarks dll

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat vietnam susah nk dpt brg branded ori semua tiruan leh carik d pasar ben than dan saigon square

      Delete
  5. terima kasih
    saya dan suami akan turun ke ho chi minh selepas raya nanti bulan ogos akan datang.. tip2 dri jarimanis sngt membantu saya... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama keep on reading my blog yer :-)

      Delete
  6. jm..
    akak baru baca entri ni
    nape jgn makan di restoren melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak irfa,
      Ye jm dpt tahu dari sumber sahih menyatakan owner bukan islam, ambil pekerja islam dan sumber bhn mentah meragukan

      Delete
  7. vietnam mmg best...selalu gak turun amik stok nak jual @ soulsistershop.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul..ramai jual kain online dapat stok dari sana

      Delete
  8. Assalam, tqvm for this info, In shaa Allah akan ke sana awal 2014 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam..kalau mcm tu JM pergi dulu lah yer bln 10 nanti ahaksss

      Delete
  9. Assalam, tqvm for the info...insya allah akan kesana jumaat ni..sangat membantu..tapi ramai yg advise pakai RM jer kat sana..senang nak kira..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk pergi jumaat nanti?..kita jumpa di sana di sana coz JM pun nk ke sana jumaat nanti. Kalau jumpa tegur tau..

      Aha..better bawak duit RM byk2 coz dorang terima jugak RM..duit VND bawak jugak utk bayar makan dan USD utk bayar teksi...tapi VND pun boleh guna tuk bayar teksi nanti

      Delete
  10. JM.. tenkiu..tenkiu.. ade info2 ni.. cam semangat nk g nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama AIda : Ramai jugak rakan opis yg refer sini je kalau nak ke HCM..ada tu siap print out page ni buat rujukan heeee

      Delete
  11. Assalamualaikum JM, tempat2 seperti pos office, Notre Dame Cathederal dan Hard Rock tu jauh ke dari Ben Than? Boleh jalan kaki atau kena naik teksi. InshaAllah kami akan kesana akhir oktober ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ampun...rupanya byk lagi komen belum reply hhuhu

      Wkomsalam Rosliza : Minta maaf baru nk reply soalan tu...semua tempat tu x jauh dari Ben than..boleh jalan kaki je..JM dulu punj ln kaki je..x jauh

      Delete
  12. Woww...bestnya kawan-kawan k.JM jadi tourist guide. Pergi pasar Ben Than je makan 3D2N.. Mesti banyak yang diborong tu?
    Banyak kene tax tak?

    ReplyDelete
  13. Jahatnya taxi driver penipu.
    Susah nak communicate pulak tu lagilah x faham kalau dia nak kenekan apa-apa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey, keep in mind..
      Vinasun taxi pernah tipu k.JM.
      Saigon tu ok x?

      Delete
    2. betul tu Nazeck..perlu be carefull di HCM tu

      Delete
  14. Thanx K.JM sebab ingatkan jangan makan kat kedai Kampung Melayu.
    Letak nama tu saje nak pancing lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazeck dah balik..sis JM baru nk reply komen nih huhuh

      Delete
  15. Ok K.JM, nanti saya pi kedai 209 kat Pasar Ben Than tu.
    Murah giler kalau USD13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah..Nezeck..kalau sis JM ke sana lagi akan cari kedai tu

      Delete
  16. Nak tempah jugaklah.
    Bestnya...
    K.JM suka pakai jubah ea?
    Saya suka baju kurung pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah Nazeck, sis JM suka pakai jubah supaya nampak lebih kurus!

      Delete
    2. ceh... sis JM nampak selim melim je...... nk kuruih ag ka..? =D

      Delete
  17. Okey, beli telekung kat Head Shop.
    Jenuh saya buat revision ni.
    Jangan ambik taxi depan pasar nanti kena harga mahal.
    Risau duit habis kene tipu je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe Shikin..hati2 sebelum terkena adalah tindakan bijak!

      Delete
  18. Okey, pasal.waktu tu saya faham.
    Lebihkurang Sabah..

    ReplyDelete
  19. Okey, saya akan digest semuanya especially tips kat bottom part.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey Nazeck...dah success kan trip ti

      Delete
    2. ohhh kak shikin pon penah g sane ye... nnt luna carik entry tu! =D

      Delete
  20. Manaf : ada-ada...pelbagai piihan..sediakan duit je

    ReplyDelete
  21. Salam sis JM, trip entry yg ke 3 bila nak update? Hehehe btw tq bg tips2

    ReplyDelete
  22. wah , memang nice ja jubah tu . klu say pi sana , confirm byk jubah saya tempah dan beli stok utk jual ... perghhh

    ReplyDelete
  23. ok siss.. luna check in HCM second timer! :D heh heh heh

    ReplyDelete
  24. ohhh... kalau tawar menawar mmg lagi untung kalo guna USD eh...

    ReplyDelete
  25. wah bestnye baju siap upah n material rm100! mmg berbaloi2 gini sis.. harap tahun depan dapat harge camni agi.... huhu...

    ReplyDelete
  26. sis.. dorang boleh buat kurung moden atau ikut pattern kite nk tak?? heh heh heh

    ReplyDelete
  27. sis... harga barang dekat head shop basiroh tu dalam range berapa sis..??

    ReplyDelete
  28. yay!! dah khatam dah entry vietnam 0.2 sis! heh heh heh... amacam.. ada gaya ulat buku tak?? =p

    ReplyDelete
  29. "nafsu shopping aku ni"... he he he...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS