Pages

Tuesday, 23 October 2012

Tips Budget Travel

Assalamualaikum to all my readers,

Woowwww....macam lah ramai sangat yang baca blog aku kan...ahahaha (perasan sensorang)...apa-apa apun aku tetap nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi singgah kat blog aku yang simple..se simple nih..aku ni tak pandai nak buat blog canggih-canggih..sekadar nak kongsi info dan pengalaman pasal travel jer...jadi korang sabar jer lah yer...

Last sekali aku travel bulan 9 yang lepas...ke Ho Chi Minh Vietnam..so bulan 10 ni aku rehat kejap...kena simpan duit dulu untuk aku travel pada bulan 11 dan 12 nanti. Kemana aku bln 11 nanti..tak jauh...ke seberang sahaja..nak bawak adik-adik aku yang belum pernah sampai ke sana..nanti aku update yer..tunggu!!!!!...

Antara pembaca setia blog aku ni..ada tak yang gila travel macam aku...aku ni kalau ada duit simpanan banyak..mau nyer tiap-tiap bulan aku nak terbang..tapi apakan daya kerja gaji ikut bulan..mau nyer kena marah dengan bos..mesti dia pun tak mau bagi cuti...ehehe..hanya orang yang pernah travel sahaja dapat merasai apa yang aku rasa..yer ker...ehehe...betul tau..bak kata pepatah melayu jauh perjalanan..luas pandangan.

Oh yah..hampir terlupa aku..sebenarnya aku nak kongsi sedikit tips kalau travel secara budget mcm aku ni. Manalah tahu boleh di jadikan panduan kepada budget traveller. Cerita pasal travel jugak membuatkan kawan-kawan sekeliling mengeluarkan statement seperti ini : nko boleh lah travel 4-5 kali setahun pun..orang bujang..banyak duit..mcm kami yg dah ada family ni mcm2 mau fikir.. Betul jugak cakap kawan-kawan aku tu...memang aku tidak nafikan. Itulah rezeki yang Allah bagi kat aku...dorang ada jodoh, ada anak-anak, ada suami dan isteri tersayang...rezeki jugak tu..so kira fair lah kan...eheeheh

Hishh..aku ni kalau tulis intro mesti panjang satu muka surat..sorry lah yer..terlebih excited. Moh aku kongsi sedikit info pasal melancong secara budget ni. Kalau korang perasan kebanyakan trip aku adalah sendiri tidak menggunakan khidmat travel agent. Trip secara sendiri ni memang banyak sikit pengorbanan nya...kena buat kajian, survey tempat-tempat yang nak di lawati, kena buat researh, baca blog kawan yang pernah sampai kat tempat yang kita nak pergi tu. Sekiranya pergi dengan travel agent...tak perlu nak sakit-sakit kepala memikirkan apa yang perlu disediakan sebelum travel..bayar duit jer duit..tunggu je nanti dorang uruskan semua pasal penginapan, makan dan lokasi mana nak pergi.

Aku bukan kata tak suka pergi dengan travel agent..suka....tapi kalau rasa boleh pergi sendiri..buat aper aku nak guna khidmat travel agent kan..jimat kos..Sekarang ni dah banyak travel agent yang menawarkan pelancongan dalam dan luar negeri..pilih sahaja travel agent mana yang korang suka dan pastikan harga dan service yang di berikan berbaloi..baru lah puas hati kan..Kekadang tidak semua tempat boleh pergi sendiri..perlukan juga khidmat pemandu pelancong..jadi bergantung kepada tempat yang hendak di lawati la kan.

Hokehhhh...dah melalut panjang dah aku ni..lest start...ehehe. Sebelum melancong kemana-mana tempat pun..perkara-perkara berikut perlu ada dalam senarai korang atau checklist.

1. Penerbangan/Airlines

Aku ni memang pelanggan setia AirAsia dengan motonya 'everyone can fly'..ini kerana ia merupakan syarikat penerbangan yang menawarkan harga tambang murah. Aku booking tiket pun time AA buat sale...aku cari sale yang murah dan rasa reasonable. Selalunya kalau dapat tambang murah ni travel nyer 1 tahun kemudian..so kena banyak bersabarlah yer. Kalau dari segi keselesaan dalam flight memang agak kuranglah ..dah nama pun syarikat penerbangan tambang murah kan.

2. Pemilihan tempat penginapan/Hotel/Apartment/Guesthouse/Hostel 

Kalau bab pemilihan hotel pun aku pilih harga yang murah tetapi selesa..ingat macam ni jer..ala..bukan nak duduk lama dalam bilik pun..time nak tido jer kan. Sebelum booking hotel tu kena semak dulu kat tripadvisor ker atau komen-komen orang yang pernah tinggal kat hotel tu...cari komen-komen yang baik baru buat booking. Selalunya aku booking online samada melalui Agoda.com. Booking.com, Hostel.com atau HotelCombined. Masa ni lah kredit card amat di perlukan dalam proses tempahan.

3. Pengangkutan/transport

Ini pun diambil kira dan berngantung kepada negara mana kita nak pergi. seperti yang aku cakap sebelum ni lah..kena buat survey dulu sebagai contoh melancong ke Perth Auntralia..semua lokasi menarik jaraknya dalam beratus kilometer jadi lebih sesuai dapatkan kereta sewa. Pengelaman aku pergi ke Indonesia pulak (Bukit Tinggi dan Bandung) lebih sesuai booking kereta sewa dan supirnya sekali kerana public transport yang sukar untuk dipercayai. Berbeza dengan Ho Chi Minh, public transport lebih sesuai. Jadi kesimpulannya pengangkutan apa yang kita perlu naik bergantng kepada tempat yang kita pergi. Pengalaman aku pergi Seoul Korea lebih sesuai naik TRAIN begitu juga dengan Hong Kong denga TRAM nya. Cuma bezanya kalau naik train atau tram perlu cetak setiap laluan dan pit stop, memang adventure tapi puas hati.

4. Tempat Menarik/Places of Interest

Aha...macam mana aku tahu negara yang aku nak pergi tu terdapat tempat-tempat menarik yang perlu di lawati atau dikunjungi..og course la aku dapat info melalui internet dan baca blog kawan-kawan. Kemudia buat itirenary sendiri bermula dari hari pertama sehinggalah pulang semula ke Malaysia. Kena sediakan proper itirenary supaya dapat cover semua tempat. Aku ada 2 orang kawan (Hani dan Erna) yang memang rajin research dan sediakan itirenary dan aku memang suka travel dengan dorang.

5. Membeli belah/Shopping

Aku ni bukan jenis yang suka shopping sangat..lebih suka melihat keindahan alam ciptaan Allah. Jangan tak tahu kekadang aku tergoda jugak dengan barang berjenama dengan harga yang murah dan tak dapat harga tu kat Malaysia.Benda yang wajib aku beli setipa kali melancong adalah Fridge Magnet untuk souviner kawan-kawan aku yang tak dapat sampai ke sana dan juga ole-ole untuk mak dan adik-adik kesayangan aku ler.

6. Makanan/Food

Kekadang aku bawak bekal dari Malaysia..nak save budget katakan..Instant Maggie memang aku tak pernah tinggal..mana-mana aku pergi mesti aku bawak..termasuklah sambal ikan bilis kering ker, milo 3 in 1 ker itu untuk tempat yang susah nak cari makanan HALAL la. Tapi kekadang nak juga merasa makan HALAL di negara luar tapi taste memang tak boleh challenge Malaysia...Malaysia syurga makanan.

7. Tabungan/Saving

Kalau nak melancong kena sediakan tabung untuk melancong tau..macam mana aku..setiap bulan memang aku dah tolak ke tepi siap-siap duit tabung melancong..aku tak nak usik duit tu...dan macam tabung bencana alam...ahahah....kalau aku tak buat macam tu nanti aku akan terguna untuk benda lain..kekadang benda aku tak perlu pun aku terbeli...ahaah

8. Tukaran Wang/Money Changer

Part ini pun aku ambil kira tau...aku akan survey semua tempat yang boleh dapat tukaran wang dengan rate yang rendah. Aku selalu follow rate kat website Bank Negara Malaysia...tips nya kalau rate USD jatuh...nilai matawang lain pun turut jatuh..tetapi bukan selalu lah kan, kena rajin check. Kalau di lihat trend bulan Oktober 2012 ni rate USD dalam 3.04 - 3.06..murah kan...IDR pulak dalam RM318 untuk satu juta. Waktu dan ketika rate matawang tengah murah..time aku capat-cepat pergi tukar dan simpan walaupun travel time aku lambat lagi....lebih jimat kan...ahahaha...macam aku cakap lah..kena rajin...eheeh

9. Passport

Satu lagi tips aku nak kongsi berkenaan passport antarabangsa. Bagi sesiapa yang suka travel seperti aku ni seelok-eloknya buat passort untuk tempoh 5 tahun bukan apa...kalau korang buat untuk tempoh 2 tahun denga harga RM100 tu akan rugi sedikit kerana 6 bulan sebelum tamat kena perbaharui kemudian tempoh sah lagi 6 bulan tersebut tidak akan dimasukkan kedalam passport yang baru. Lain kesnya kalau passport untuk 5 tahu dengan harga RM300 tu lebih untung. korang tak perlu kerap nak pergi imigresen untuk renew passport yang kekadang ambil masih sehari baru dapat passport baru, kemudian 6 bulan berbaki dari passport lama akan dimasukkan ke dalam passport yang baru. Lebih untung bukan...jadi tepuk dada tanya selera dan buatlah pilihan bijak...ehehe

Ini sahaja tips yang aku mampu kongsi dengan kawan-kawan semua. kalau boleh ikut..ikut lah yer...kalau ada lagi tips nak di tambah pun boleh. Sekadar berkongsi pengalaman kepada pembaca semua. Sehingga jumpa di lain siaran yer...Sayonara/Gracias ..

21 comments:

  1. perfectoooooo!!!!

    sokong sesokongnya semua part dlm entry ni. terutamanya part kawan2 yg dok comparekan status kita dengan status mereka. so sama mcm awak, saya pun rasionalkan dorang dengan fakta yang sama. mereka dpt kepuasan dengan family mereka.. dan saya dpt kepuasan dengan cara begini. tuhan tu maha adil. Dia tarik yg ini.. Dia hulur yg itu.
    kekadang tu.. kitew setiap bulan sanggup buat2 tak nampak jer benda yang diidam2kan. kengkonon tu nak saving utk travel nanti. almaklumlah.. kitew ni makan gaji. haruslah gaji pun cukup2 makan jer. tapi tak de mananya nak saving bagai.. kalau memang dah boros...tercuit jugak la saving tu. jadinya bila travel,takat yang hado jer. kekekekekeke..

    eh terpanjang pulak khutbah ari selasa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohhoooooooooooo...bestnya dah jumpa SOULMATE...ehehehe...jiwa kita sama...terima kasih syieda...suka..suka..suka sgtttttttttt...panjang pun tak apa..janji sampai maksudnya..hihih

      Delete
    2. sampai ek maksudnya??? kekekkekeke....tak pe la org nak cakap apa.. janji kita puaskan mata sendiri kat negara orang. kekekekeke...

      Delete
  2. salam saya ada tnya lg soalan kat entri australia tu..mohon reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha jap sy check sy dh reply rasanya nk lg cdpat dpt jawapan email jer :-)

      Delete
  3. likeeee!! :D

    apa pun biaq p lah apa orang nak ckp.yg penting, kita enjoyyyy!! :D

    ReplyDelete
  4. Hai zila, selalu jgk baca blog zila ahaaa betul tu setuju sgt :-) jgn peduli dgn ckp org kerana kekadang x menguntungkan hihihi yg penting we know who we are eche che ehehe

    ReplyDelete
  5. wah...kelaz ko Mariah buat tip bajet travel lagik...akak x penah maelancong...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kakk sbg panduan semmmua termasuk JM leww

      Aper akak tk pernah melancong? Ye ker heeee

      Delete
  6. Salam sis....kire sis x pakai travel agen mse pergi vietnam ea? hotel yg sis pilih tu ok x?
    makanan n communication kat sane cm ne? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kom Athirah :-)
      Terlebih dahulu terima kasih coz sudi baca blog kak JM ni :-)
      Ha'a..pergi sendiri, lokasi hotel yg strategik dekat ngan pasar bent than..depan hotel ada kedai mkanan halal

      dalam pasar bent than borang boleh cakp melayu..kebanyakan boleh ckp english..don't worry
      Boleh baca entri Vietnam tu..kiranya bulan 11 2013 nanti trip kak JM utk kali ke 3 ke Vietnam..gitewww..pegi sendiri save budget heee

      Delete
  7. tak pandai la nak buget coz xpandai n tak tahu pasal mata wang nih... sis bleh tlg x?

    ReplyDelete

  8. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  10. TENGSS ATAS INFO YANG SANGAT BERGUNA NI..BUI DH EMAIL JM..(ADA BENDA NAK TANYA)..BOLEHKAN?HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah reply..tanya je...kalau JM tahu..JM bantu... :-)

      Delete
  11. Replies
    1. Thanks ZF singgah sini...JM suka berkongsi info sbg rujukan kpd semua :-)

      Delete
  12. masalahnya sekarang RM lak yang naik . ntah bila nak turun . USD turun selalu je ...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS