Pages

Wednesday, 14 November 2012

Jakarta : Wait 4 me :-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan -kawan semua,

Selamat Cuti Sekolah kepada semua cikgu dan adik-adik semua, selamat Hari Deepavali dan selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1434H (1 Muharam) pada 15 Nov 2012...

Hari ini perjalanan aku ke opis berjalan lancar kerana kurang kereta di jalanraya..sebab apa..tentulah cuti sekolah..tak ada orang sibuk nak menghantar nak ke sekolah kan..Bila time cuti sekolah ni semua parent nak bawak anak-anak dan family melancong dan bersuka ria kan..tapi aku nak nasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana sakarang musim hujan...jikalau pergi bercuti ke pantai tu..beri perhatian penuh kepada anak-anak kalian yer...

JAKARTA, Indonesia...siapa dah pernah sampai Jakarta?..aku belum pernah jejak kaki ke sana lagi..tapi aku dah beli tiket untuk ke sana pada 02 dis - 05 dis 2012...hoyyeeyyy...cuti hujung tahun dan penutup jadual destinasi pelancongan aku untuk tahun 2012..jadual pelancongan aku untuk tahun 2013 dah ader yer..destinasi tahun 2013 akan aku update kemudian.

Kenapa Jakarta menjadi destinasi pilihan..jom kita kenali Jakarta dengan lebih dekat lagi...

Jakarta, Indonesia
Sumber dari Utusan Malaysia bertarikh 08/05/2012 :

Akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, dalam laporannya hari ini berkata daripada 172,126 orang pelancong yang ke Jakarta pada bulan Mac, 14.61% adalah dari Malaysia, Jepun (9.84%), China (9.8%), Singapura (8.97%), korea Selatan (4.23%) dan Australia (3.89%).


Setelah dilihat kepada statistik diatas kita akan dapat gambaran bahawa Jakarta adalah antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan. Antara tempat-tempat menari yang boleh dilawati adalah seperti :

1. Pasar Tanah Abang (Shopping time)
2. Taman Safari (Safari bogor)
3. Taman Impian Ancol (Ancol Amusement Park)
4. National Monuent
5. Taman Mini Indonesia Indah
6. Puppet Museum
7. National Museum
8. Raguman Zoo
9. Maritime Museum
10. Monas Park
11. Merdeka Palace
12. Jakarta Old Town

Dalam perancangan percutian aku 3 destinasi utama aku warna merah adala destinasi yang akan aku pergu untuk tempoh 3H2M aku di sana. Ini kerana aku bercuti bersama ibu dan adik aku yang berumur 10 tahun...jadi amat sesuai unutk bawa ke tempat hiburan dan mainan. Percutian kali ini juga tidak menggunakan mana-mana agensi pelancongan..aku follow kawan aku yang pernah pergi ke Jakarta dengan family beliau beberapa kali sebelum ini...jadi dari segi transport di sana kawan aku yang uruskan. Mengenai maklumat detail berkaitan transport dan itirenary..akan aku updat selepas pulang dari sana nanti.

Planning Itirenary :

Day 1 : Pasar Tanah Abang
Pasar Tanah Abang
Tanah Abang terletak di Jakarta yang merupakan pasar tekstil terbesar di Asia Tenggara dan mula ditubukna sejak tahun 1735. Pasar Tanah Abang merupakan pusat perdagangan pakaian dan tekstil utama ke pelbagai wilayah di Indonesia dan Asia serta dunia. Ia merupakan lokasi tumpuan kaum Wanita yang suka membeli belah terutama dari rakyat Malaysia kerana terdapat pelbagai jenis fabrik, tekstil fesyen, kain dan pelbagai lagi dengan tawaran harga yang murah berbanding di Malayia. Ia juga merupakan tumpuan utama peniaga membeli secara borong untuk di bawa balik untuk di jual di malaysia.

Day2 : Taman Safi/Safari Bogor
Taman Safari
Taman Safari Indonesia terletak di lebuhraya antara Jakarta dan Bandung West Java. Jarak perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabagnsa Soekarno - Hatta Jakarta adalah lebih kurang 80km atau 1jam 50 min - 2 jam perjalanan bergantung kepada trafik. Sekiranya dari Bandung jarka perjalanan lebih kurang 78km dengan kereta.

Taman Safari Bogor tidak seperti Zoo biasa yang kita selalu pergi..kalau Zoo biasa semua binatang di tempatkan dalam kandang atau sangkat yang mana kita boleh lihat dari jauh. Berbeza dengan Taman Safari Bogor kerana kita boleh melihat semua binatang di dalam tersebut melalui tingkat kenderaan/kereta. Menarik bukan...tunggu apa lagi jom kita ke Taman Safari, Bogor Indonesia. Nak tahu cerita lebih lanjut tunggu selepas aku balik dari sana nanti iyeeeaaa :-).

Harga tiket ~Rp200,000 (per pax)

Day 3 : Taman Impian Ancol/Ancol Amusement Park
Taman Impian Ancol
Anggaran Kasar Budget :

1. Transport

Airport -------> Hotel ~ Rp130,000 (per taxi)
Hotel ---------> Tanah Abang --------> Hotel ~Rp100,000 (per taxi)
Hotel ---------> Taman Safari --------> Hotel ~Rp950,000 (10 pax)  ~ Rp100,000 (per person)
Hotel ---------> Taman Impian Ancol --------> Hotel ~Rp100,000 (per taxi)
Hotel ---------> Airport ~Rp130,000 (per taxi)

Anggaran harga tiket :

Taman Safari ~ Rp200,000 (per pax)
Taman Ancol - Tiket Masuk ~ Rp15,000
                     - Gelanggang Samudera ~Rp110,000
                     - SeaWorld ~Rp50,000

Aiport Tax ~Rp150,000 (per person)

Hari ini 12/11/2012 ---> 1 Juta Rupiah = RM326, 1USD = RM3.08

So boleh anggaran berapa jumlah duit yang perlu di tukar

Untuk entri penuh aktiviti aku di sana...akan aku update selepas pulang dari sana nanti.....bye..Annyeonggg..

17 comments:

  1. buhbai.....annyonggg...
    oooo nak g bercuti rupanyaaaa
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum agie next month :-) terlebih excited hihihi arasso. ...annnyonngggg :-) thank u for reading dear

      Delete
  2. Replies
    1. Kamsahamnia norh :-) insyaAllah amin. Blk tri nanti sy update ehh jgn lupa baca tau :-)

      Delete
  3. wahh....nak g jakarta...sy pernah smpai dulu ms tahun 2009. Tanah abg mcm psr baru, syurga shopping :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a...itulah..akak ada simpan lagi soubenier yg hani bg waktu balik dari jakarta tu :-) . Akak pergi ngan kawan opis plus mak dan sorang adik lelaki berumur 10 tahun.

      Delete
  4. eh, kita baru perasan la.. date travel kita sama la..
    kekekekeke..

    ReplyDelete
  5. wahhh xsampai lagi Jakarta... selamatlah ye! semoga dipermudahkan..

    pertama kali melawta blog ni.. salam ziarah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan salam perkenalan :-) ...tima kasih kerana sudi baca blog yg serba kekurangan ni :-) .. I'm enjoying reading your blog n keep writing yerrr

      Delete
  6. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete
  7. best jugak rupanya jakarta ni.akan gigih cari tic nnt;p

    ReplyDelete
  8. Suka tengok sis buat perangkaan budget, prepare itinerary,..terperinci :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Farrah..kalau x buat camtu susah nanti :-)

      Delete
  9. Intai2 entri lama hihihi masa tarikh ni ekin x berapa aktif dgn blog ni

    ReplyDelete
  10. huhu..nak cuba g indonesia ni..baca dlu pengalaman JM kat sana..hehe

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS