Pages

Tuesday, 20 November 2012

Trip to Beijing 2010 (Day2)

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Annyohaseyo :-)

Apa khabar kawan-kawan dalam talian semua...harap-harap semua sihat lah yer..Aku?..Alhamdulillah sihat hendaknya.

Ok..entri aku kali ini aku mulakan dengan ayat ini "Pertambahan bilangan pembaca dan pengikut blog memberikan aku lebih bersemangat untuk terus menulis dan berkongsi pengalaman kepada semua". Power tak ayat aku...ahahah..ayat tak boleh blah. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi singgah ke blog aku yang simple ni ..aku ni tak kreatif jadi tak pandai sangat nak buat blog supaya lebih attractive tapi apa yang penting mesej yang hendak disampaikan boleh difahami oleh semua..yer tak :-).

Tak nak merapu panjang-panjang aku teruskan kepada perjalanan aku di Beijing, China untuk hari ke-2. Oh yer..aku lupa nak mention tempat penginapan kami adalah di Beijing Famous International Hotel dan nak tahu maklumat lanjut mengenai hotel ni boleh google www.baimingwei.com.

Bangun pagi sudah semestinya kena isi perut dulu..ini adalah sarapan pagi kami. Kalau kat Malaysia tak der nyer nak makan macam ni..mahu nasi lemak sebungkus dan nescafe atau teh tarik. Aku perasan dalam tempoh 6 hari aku kat sana..berat aku turun sedikit :-)


Our brekfast
Perjalanan untuk hari ke 2 (18 Mac 2010):
- Selepas sarapan pagi akan ke Jade Centre dan Crystal
- Lawatan ke Juyongguan Great Wall (Great Wall of China)
- Makan tengahari dan solat zohor
- Melawat Pusat Perubatan Baoshutang Scald Ointment
- Membeli belah di Sunshine Market
- Makan malam dan balik hotel

Seawal jam 8.00 pagi bas sudah menunggu di luar lobi hotel tetapi macam biasalah..kalau dah ramai tu..nak menunggu semua orang naik bas lambat lah sikit..tunggu orang itu..tunggu orang ni..jadi di kesempatan tu aku dan kawan-kawan yang muda remaja ni...eheheh...posing maut dulu sebelum bas bergerak. Oppsss..lupa nak bagi tahu..kami di sediakan seorang tourist guide (pemandu pelancong berbangsa China) tapi boleh cakap melayu loghat Indonesia...kelakar bila lihat orang China tapi cakap Indon..nanti aku tunjuk gambar tourst guide kami tu..namanya Andy.

Destinasi 1: Jade Centre and Crystal
Aha...kalau dah namanya Jade Centre dan Crystal memang menjadi kegilaan kaum wanita untuk membeli belah..dorang pun pandai..disebabkan kebanyakan group trip kami adalah wanita...tempat ini memang sesuai untuk kami. Aku pada mulanya ingat nak lihat-lihat jer tapi terpengaruh jugak bila tengok kawan-kawan membeli batu kristal..jadinya dapat sepasang gelang kristal. Seronok membeli belah kat China kerana 100yuan = RM50. Jom ikut aku ke Jade Centre and Crystal.

Ini Andy tourist guide kami
Apabila sampai jer di Crystal and Jade Centre kami di beri penerangan terlebih dahulu sejarah dan penemuan kristal oleh Mr. Andy..tapi macam biasalah aku ni bukan minat sangat nak mendengar nyer kan..tengah excited nak bergambar jer...ahahaha..selepas penerangan kami di bawa masuk ke ruang pameran dan sesi memilih barang kristal bermula.

Group kaki travel :-)
Sesi memilih :-)

Crytal...crystal
Selepas 1 jam berada kat sini..habis beberapa ratus yuan..kami ke destinasi ke -2 dan sebelum gerak naik bas..sempat lagi berposing maut...eheheh...agak-agak memang maut tak posing kami ni :-)


Jakun nampak salji
Destinasi 2 : Great Wall of China
Aku pun dah tak ingat berapa jarak dan tempoh masa perjalanan ke Great Wall ni..almaklumlah..trip tahun 2010 baru sekarang nak update dalam blog kan...nada suara aku macam master chef Che' Lah tak?..ahahah. Ini adalah gambar pemandangan sepanjang perjalanan kami ke sana...bukit-bukit di penuhi dan diliputi dengan salji dan pokok-pokok yang tinggal ranting..dalam bas memang kesejukan sehingga perlu pakai sarung tangan....grrr..grrrr sejukkkkk. Perjalanan yang agak lama bagi aku tidak membosankan kerana Mr. Andy suka berceloteh kekadang berkongsi cerita yang kelakar.


Salji memutih tetapi dah makin berkurang
Hoyeee..hoyeee..akhirnya kami sampai ke destinasi...Great Wall of China. Aku memang kagum melibat pembinaan tembok besar China ni..kepada sesiapa yang ingin tahu berkenaan sejarah pembinaan dan berapa panjang great wall boleh google yer....aku tak stori kat sini. Jom ikut aku mendaki tembok besar China dalam keadaan kesejukan.

Diri berlatar belakang Great WAll of China
Pendakian bermula dan pastikan kalau pergi melancong tu pakai kasut yang bersesuaian yer..kalau macam aku, aku lebih selesa pakai kasut sukan atau kasut sarung bertutup. Cuba korang llihat gambar kat belakang aku tu..tinggi tak..aha..aku akan daki dan kemudian turun semula. Kepada sesiapa yang berjaya daki ke checkpoint tertentu akan di berikan sijil pengesahan pendakian. Walaupun mendaki dalam suasana yang sejuk..penat jugak sebenarnya..makin daki makin curam bila lihat ke bawah..makin daki tangga semakin menegak. Keadaan tangga yang tidak memuaskan..pecah sana pecah sini..jadi perlu lebih berhati-hati. Jom ikut aku mendaki :-)

Pemandangan dari atas Tembok
Dapatkan plate ni..tertera I was climb Great Wall on 18/03/2010 untuk kenangan

Tembok besar China sudah tu tawan...ahahah...tak tinggi mana pun aku daki nyer..buat syarat jer...Kami berkumpul semula di dalam bas untuk bergerak ke restoran makan tengahari dan solat Zohor.


Apabila selesai makan tengahari dan solat Zohor meneruskan ke destinasi sterusnya Pusat Perubatan Baoshutang Scald Ointment. Tempat untuk mengurut/massage kaki setelah penat mendaki tadi kan.



Urutan kaki yang BEST!!!
Selepas menerima urutan daripada adik-adik kat atas tu..argghhhh...lega...hilang rasa sakit-sakit dan sengal-sengal kaki. Apabila kaki dah selesa kami teruskan perjalanan ke Sunshine Market untuk melaburkan duit kat sana sebelum bergerak untuk makan malam dan seterusnya balik duduk diam-diam berehat dalam bilik hotel bagi meneruskan destinasi untuk keesokkan harinya.

Ada tak sesiapa di luar sana..selepas baca entri aku ni berkeinginan nak pergi melancong ke Beijing China. Kalau ada..aku syorkan..korang mesti pergi memang seronok dan adventure kerana Beijing adalah antara destinasi pilihan rakyat Malaysia.

Byee..jumpa lagi dalam entri seterusnya untuk hari ke 3. Annyeonggg  :-)

11 comments:

  1. berapa lama dok kat great wall tu? semput dak mendaki masa musim sejuk ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norh dalam 1 jam lebih, semput jgk sbb kurang exercise umah pun satu tgkt je jsrang naik turun tangga tp bg yg dh biasa exersice dorang ok je. Naik 10 anak tangga berhenti pastu sambung :-)

      Delete
  2. mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii curamnya tangga!!!!!!!!!!!!! tapi alang-alang dah sampai sana, daki kan ajer la kan?? tapi paling salute kat org yg engraved kat plate tu!! tiap2 hari mendaki jugak la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a betul2 org cina ni rajin dan sanggup susah tak spt org malaysia :-)

      Delete
  3. salam JM
    selama ni tengok dalam TV jek tembok besar cine tuh...dapat tengok depan mata memang kagum la yekk..kalau boleh bawak balik batu bata balik ke malaysia buat kenangan ..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pohcik...kalau nak kutip batu bata baik tak payah..buat berat luggage je..ahaha...

      Delete
  4. Bestnyer dapat naik Great Wall tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best Zumal..sampai kat atas nanti dorang akan bagi sijil tapi kena bayar 10 yuan

      Delete
  5. Eh eh...ngerinya tengok tangga curam tuh! Memang sepanjang mendaki curam begitu ye keadaannya, sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Farrah..keadaan tangga dan setiap step tu perlu hati2 kerana ada sebahagian dah pecah dan x rata

      Delete
  6. Intai2 entri ini sis jm crystal kat tangan sis JM comel la...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS