Pages

Friday, 23 November 2012

Trip to Beijing 2010 (Last Day)

Assalamualaikum kengkawan semua...

Inilah adalah entri terakhir selama aku bercuti di Beijing pada 2010 yang lalu...macam tak percaya rupanya dah 2 tahun berlalu tetapi pengalaman bercuti di sana masih segar dalam ingatan..maknanya aku ni masih muda lagi la kan...eheheh

Pada hari terakhir di kami akan bergerak ke Tianjin dari Beijing dengan menaiki Bullet Train..pada mulanya kami akan naik bas tetapi masing-masing nak cuba pulak naik Bullet Train kan...bila lagi..so bayaran dikenakan adalah 100yuan = RM50 untuk ke Tianjin stesen.

Good bye Beijing - Beijing Famous International Hotel Entrance
Pagi hari terakhir kami begerak ke Beijing-Tianjin train station. Kepada sesiapa yang travel secara backpacker boleh rujuk di url http://www.beijingchina.net.cn untuk mengetahui jadual perjalanan, harga tiket dan sebagainya melalui url yang aku kepilkan. Inilah rupanya bullet train tu..

Bullet Train
Oleh kerana semua tiket di uruskan oleh tourist guide kami..so perlu nak kelam kabut pergi beli tiket di kaunter ..hanya tunggu masa unutk boarding sahaja dan seperti biasa aktiviti kami sebelum berlepas adalah..BERGAMBAR..ehehehe...jom tengok..

Inilah rupa train station tu..unik tak?





Okehh.dah puas bergambo...jom naik train



Bullet train ni..speed mencapai melebihi 300km/j..akan tetapi semasa kami berada dalam train tidak terasa pergerakan nya..ibarat bergerak 'smooth' jer..memang aku respect dengan teknologi mereka.





Holllaaaa...akhirnya kami sampai ke Tianjin...tak lama kami di sini sekadar touch down dan snap beberapa keping gambar buat kenangan. Kami jugak di bawa melawat ke Tianjin Ancient Culture dan Tianjin Snack Market. Oleh kerana duit dah hampir habis membeli belah di Beijing, jadi di sini hanya sekadar mencuci mata sahaja :-).

Welcome to Tianjin


Berikut adalah sekitar Tianjin Ancient Culture dan Tianjin Snack Market.



Cepat sahaja masa berlalu..kami mula bergerak ke Airport untuk pulang ke pangkal jalan..ehh salah..bertolak balik ke Malaysia..bye..bye..China..kalau ada umur panjang..kalau ada rezeki dan peluang aku nak datang lagi ke Beijing secara backpacker pulak :-)
Check in luggage
Tamat sudah perjalanan aku melancong ke Beijing selamat 6H5M, kepada sesiapa yang berhajat ke sini boleh jadikan itirenary ni sebagai panduan. Banyak lagi tempat menarik di sini sebenarnya..oleh kerana budget yang kami bayar RM1000 sahaja untuk ALL IN..so ini yang kami dapat..kira ok lah kan.

byee...dah penat menaip..nak tido jap :-)

10 comments:

  1. rm1000 tu termasuk tiket flight ke?

    ReplyDelete
  2. salam JM
    err..ada lagi ke pakej camnih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam PohCik...wahh..rajin nya BW citer lelama :-)
      JM ada gak try tanya...tapi sayang dh tak ada huhuh

      Delete
  3. JM, bajet RM1000 tu keseluruhan termasuk flight ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..betul tu Zumal..itu sbb terus je grab tanpa fikir panjang :-)

      Delete
  4. wow menari untund dpt juga tgk secara real kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a...mmg best arghh show tu Yana..terpegun kami

      Delete
  5. Intai nice entri nanti kalu sesiapa yg nk g ekin suruh follow sis JM hihihi

    ReplyDelete
  6. sekarang ni dah tak dapatlah harga tu kan.. makin tinggi ..

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS