Pages

Tuesday, 18 December 2012

Inilah Jakarta Last Day

Assalamualaikum kawan-kawan..dan selamat sejahtera,

Aper?...last day...iyerrr...3 hari jer aku di sana..hari ni dah masuk hari ke -3...esok udah mau pulang ya ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian....hihihi

Hari ketiga bermula jam 9.00 pagi waktu Jakarta selepas sarapan, kami gerak dengan taksi (teksi) untuk ke Taman Impian Jaya Ancol (Ancol Dreamland) Jakarta. Tempoh perjalanan hanya 20 menit dari Tunes Hotel Pasar Baru..dekat bukan..kadar tambang Rp31,000.

Apa yang menarik di Taman Impian Jaya Ancol ni...aha..Taman ini adalah seperti mini taman tema seperti di Genting Higland tetapi di tanah rata di mana terdapat pelbagai rekreasi seperti Taman Pantai, Dufan, Gondola, Hailai, Ocean Dream Samudra, Atlantis, Pasar Seni, Bowling, Seaworld, Paintball, Ancol Epic Cable Park, Ecopark dan Ancol Beach City. Antara rekreasi yang ada kami pilih untuk ke Ocean Dream Samudra dan kami minta bapak taksi drop kami di situ. Dari pagi sehingga tengahari kami di sini dan tidak sempat untuk explore rekreasi yang lain.

Apabila sampai sahaja di main entrance..seperti tol gate..perlu bayar tiket masuk Rp15,000 setiap seorang bagi dewasa dan kanak-kanak. Kami serahkan kepada bapak teksi untuk bayarkan melalui tingkap kereta..tak perlu turun.
Welcome to Ocean Dream Samudra
Di Ocean Dream Samudra terdapat pelbagai show yang melibatkan ikan lumba-lumba, badak air, singa laut, underwater show, dolphin, scorpian Pirates dan 3D & 4D Cinema. Tiket masuk adalah Rp90 ribu bagi setiap dewasa dan kanak-kanak. Sila dapatkan pamplet pada pintu masuk utama selepas beli tiket sebagai panduan untuk menyaksikan show selang 30 menit untuk setiap show. Tempat ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan jika musim cuti sekolah inilah tempatnya.

Kaunter tiket

Selepas beli tiket terus ke pintu masuk utama untuk menyaksikan show pertama..


Show pertama adalah gelagat-gelagat lucu dari beruang hitam dan badak air...gelagat mereka membuat semua hadirin terhibur dan ketawa riang termasuk lah aku...hihihhi


Seterusnya kami bergerak ke show ke dua..persembahan dari singa laut membuat tarian Oppa Gangnam Style..

Selesai sahaja show ni tanpa membuang masa kami terus ke dolphin show...amat menarik sekali..

Dolphin Show
Ada lagi ker show nya..ha'a..belum habis lagi..ke mana pulak yer... 4D Cinema

4D Cinema Show
Kemudian ke Underwater Show (mermaid show)

Underwater Theater

Lebih kurang 30 minit di sini..kami gerak ke Show Scorpion Pirate pulak..show memang best kerana adegan live..seperti melihat teater muzikal melibatkan aksi tembak menembak, bom mengebom, aksi lasak jet ski..memang kagum dengan show dorang..


Scorpion Pirates Show
Sedar tak sedar jam sudah 1.00 tengahari..masing-masing sudah lapar terutama budak-budak kecil ni...show pun dah habis, perut sudah berbunyi...tapi sebelum tu singgah dulu lihat-lihat tshirt yang di jual sebagai sourviner..kemudian ambil teksi untuk makan tengahari di WTC Mangga Dua Shopping Mall..tak susah..keluar je ke entrance Ocean Samudra tu..dah ada teksi yang menunggu...kat Mangga Dua ni terdapat pelbagai jenis barang yang dijual memang murah seperti handbag dan t-shirt. Handbag Rp50k pelbagai design dan cantik-cantik dalam RM17..aku rembat 3 buah....aku tak explore semua tingkat sebab masing-masing dah penat...kami makan tengahari di D'Cost restaurant aras 1..banyak pilihan menu sedap dan murah..aku amat rekomen kepada sesiapa yang singgah di Mangga Dua Shopping Mall ni.

Murah betul handbag kat sini
Jam 4.00 petang bergerak balik ke hotel...tambang teksi Rp26k kerana kesesakan lalulintas yang amat teruk..maybe time orang pulang dari kantor...Sampai sahaja di hotel..kepenatan..malamnya kemas beg untuk check out esok pagi. Good bye Jakarta...good bye Tunes Hotels...

View Tunes Hotel from outside
Sebelum check-out, minta receptionist panggilkan teksi untuk ke airport terminal 3...gerak ke airport mengambil masa lebih kurang 1 jam..tambang teksi termasuk tol dan parking kereta di bayar oleh penumpang yer..total Rp83k. Sampai sahaja airport terus check-in di kaunter AirAsia..kat sini kena sediakan airport tax Rp150k setiap seorang tidak kira dewasa atau kanak-kanak..so jangan leka berbelanja yer..simpan ke tepi duit untuk airport tax ni..kalau di Bandung..airport tax hanya Rp75k seorang. Ambil gambar sekeping dua sebelum berlepas sebagai kenangan...

Tandas dan Surau Lelaki
Surau dan Tandas Wanita
Tamat sudah...pengalaman bercuti ke Jakarta..ke mana pulak destinasi aku untuk tahun 2013 nanti...aha buat masa ni..awal tahun belum ada perancangan lagi ..tetapi sekiranya sempat beli tiket murah dalam masa terdekat..maybe nak ke Siam Reap Cambodia, Bali, Medan, Jogja dan Surabaya.

babaiiiiiiiiiii......jumpa lagi di lain siaran :-)

25 comments:

  1. Salam..

    Awk ke jakarta just ke safari n team park ek?? Ada ke mana2 lagi tak?? cthnya shopping..makan2..tgk view..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ngan budak2 kekdahnya so pegi shopping kt mangga 2 dan pasar tanah abang je x sempat nk pegi tgk view kt tmpt lain solid 3 hari

      Delete
    2. Assalam, nak tanya hotel kat jakarta awak book online ke? Kalau book online thru website apa yea?

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya vote cambodia hihihi.

    Ops "cik kodok" kat atas ni saya.. tersaloh login ekekek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkezut jgk mula2 nyer..ehehe..pandai dekdaa..kwn yg kaki travel minta cari tiket murah ke seam reap :-)

      Delete

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya! Hari ni saya ke Jakarta dengan JM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss..Farrah...sampai begitu sekali katanya heee

      Delete
    2. malam ni jadi burung hantu lagi. so, jalan2 bersama JM la jawabnya :)

      Delete
    3. Jgn selalu sgt jadi burung HANTU ye Farrah..sesekali jadi burung Helang ehehehe

      Delete
  6. best la taman tu...show yg underwater tu tekagum kagum tgok...hebat gak kan depa ni m'sia gak still ketinggalan ;( bila dh ada mahai betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : Msia ni masih ketinggalan jauh bab tu

      Delete
  7. bestnya kak JM.. tapi, tu lah entah bila dapat ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose : kalau nk pegi boleh...cost tak semahal ke Korea :-)

      Delete
  8. rasanya klu nak pi situ n tgk semua kena lbh 3 hari baru puas melenjan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Vee...bawak anak2 buah kat rumah tu mesti best lah

      Delete
  9. tune hotell huuu amazing ...hebat bah...

    ReplyDelete
  10. Huu, menarik sekali show2nya. Masih ada lagi ke tak ye. Maklom lah dah 2016. hihi

    tgk jer handbag teringat terus pada Mak, nak beli yg mcm mana agknya kalau berpeluang bercuti dan jumpa hndbag yg murah harganya.

    ReplyDelete
  11. Mangga dua masuk list... Depan tu pasar pagi...

    ReplyDelete
  12. Cantiknya tempat yang JM kunjungi di Jakarta ni yer -ayat poyo-

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS