Pages

Friday, 14 December 2012

Inilah Jakarta Part1

Assalamualaikum to all and Salam Sejahtera,

Ini adalah kisah percutian terakhir aku untuk tahun 2012 pada awal Desember lalu. Destinasi aku kali ini adalah ke Jakarta Indonesia selama 4H3M dan pengalaman pertama aku ke sana. Ini bukan pertama kali aku ke Indonesia kerna sebelum ini aku pernah jejak ke Bandung, Padang dan Bukit Tinggi. Jadinya aku sudah boleh jangkakan bagaimana suasana dan keadaan di negara tersebut dan memang tiada banyak bedanya. Apa yang pasti Jakarta lebih maju dari Bandung dari segi ekonomi dan sosialnya..pada pendapat aku la..Dari segi kesesakan lalulintas memang tidak boleh dielakkan.

Welcome Monumen
Macet Bangat

Percutian kali ini melibatkan rombongan seramai 9 orang masing-masing bawa keluarga dan aku bersama adik aku yang paling bongsu berumur 10 tahun. Walaupun nampak ramai tetapi semua berjalan lancar. Trip kali ini tidak melibatkan mana-mana travel agent kerana salah seorang ahli rombongan kami telah mempunyai pengalaman 2 kali ke Jakarta dan kali ini adalah trip kali ke 3 beliau.

Tibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta (Terminal 3)..seawal jam 8.00 pagi waktu Jakarta dan jam 9.00 pagi waktu Malaysia kami dah touch down...yang ni pun korang kena alert..jangan ikut waktu malaysia kerna waktu Jakarta 1 jam lewat dari Malaysia. Kalau rasa keliru sila tukar waktu jam tangan anda kepada waktu Malaysia hokeyy...Turun jer dari pesawat terdapat bas AirAsia sedang menunggu..cuak jugak pada mulanya..nak ke mana pulak ni..rupanya perlu naik bas terebut untuk ke Terminal 3. Kenapa terminal 3?..rupanya di Airport Jakarta ni terdapat 3 terminal untuk ke destinasi yang berbeza..Terminal 1 khas untuk domestic destination, Terminal 2 untuk bakal-bakal haji dan Terminal 3 untuk international destination. Jikalau di tanya oleh bapak taksi terminal mana satu..korang jangan salah pulak yer...

Oleh kerana ahli rombongan kami ramai dan budget travel pulak tu..makan Tunes Hotel Pasar Baru (Hotel baru) di Jakarta menjadi pilihan. Ramai lagi pemandu teksi yang masih tidak tahu akan keujudan hotel ini. Semasa kami kabarkan kepada pemandu teksi nak ke sana..kami berikan alamat..dan sebutnya bukan Tunes tetapi tuu..neeii hotel dan agak kelakar bunyinya..bagi kami bilang aja apa-apa bunyi nya..pokoknya kami sampai...hihih.

Berikut aku letakkan itirenary day1 sebagai rujukan kepada sesiapa yang pertama kali nak ke sana dan secara backpacker macam kami.

Dari Airport ke Hotel
1. Keluar sahaja dari Arrival Hall, terus ke taxi stand dan pastikan naik teksi warna biru (bluebird) yang mana boleh dipercayai dan semua hotel di Jakarta menggunakan khidmat/perkhidmatan tekni ini. Aku akan masukkan gambar kat bawah.

Teksi Blue Bird
 2. Maklumkan kepada pemandu teksi destinasi yang hendak di tuju.
3. Default fares adalah Rp6000 terpampang pada teksi meter
4. Teksi di Jakarta..bayaran tol dan tiket masuk ke parking penumpang yang kena sediakan
5. Tempoh perjalanan dari airport ke Tunes Hotel jangkaan masa 45minit - 1 jam bergantung kepada traffic
6. Kami menggunakan perkhidmatan kereta 10 seaters dan kadar tambang adalah Rp265 ribu.

Tunes Hotel, Pasar Baru, Jakarta
Kami check in di Hotel tunes...nak save budget katanya..sekali..kalau nak toileteries, cable tv dan aircond kena charge harga lain..kiranya hotel ni ..bayar apa yang kita nak guna..kepada sesiapa yang memang perlukan semua tu aku rasa hotel tune memang tidak sesuai untuk korang. Yo lah..kalau ambik toileteris bayarannya Rp39,500, Cable TV Rp39,500 untuk 24 hours (1 hari)..kalau nak 2 hari korang darab je 2..dah berapa kena bayar...bila total up semua tak save budget pun. Nasib baik leww..rate waktu aku pergi hari tu 1juta Rupiah = RM326..jadi kalau Rp39 ribu tu lebih kurang RM12.

Di sebalik itu..tunes hotel ni ada menyediakan perkhidmatan snap pic percuma di ruang lobi...kalau korang nak ambil gambar hari-hari pun boleh setiap 1 jam pun boleh tiada sebarang charge kemudian hantar ke alamat email masing-masing sebagai kenangan. Aku ?...apa lagi...posing sakan ler..bukan selalu kan..inilah hasilnya...ehehe...welcome to Tunes Hotel Pasar Pasar Baru Jakarta.

Sesi FREE photo :-)

Kami tiba di hotel agak awal masih belum boleh check in, just drop luggage kat lobby..jam 2 kami akan datang semula. Seperti aku cakap sebelum ni, semua hotel di Jakarta menyediakan perkhidmatan teksi bluebird. Kalau korang nak ke mana sahaja, just maklumkan kepada receptionist nanti dorang akan tolong panggil/dapatkan teksi. Bagi kami teksi adalah pengangkutan utama kami di sana.

Destinasi pertama hari pertama : Pasar Tanah Abang

View sekitar Pasar Abang
Sebelum ke sana aku mendapat sumber bahawa inilah syurga membeli belah kepada kaum wanita, pasar tanah abang merupakan pusat jualan pakaian pelbagai jenis fabrik, jenis, design, kain, telekung, t-shirt, kemeja dan pelbagai lagi dan berada dalam 8 tingkat. Setiap floor terdapat perlbagai jenis pakaian yang dijual dan lebih kurang seperti Pasar Baru di Bandung.

Direction to Pasar Tanah Abang :
1. Gunakan perkhidmatan teksi bermeter bluebird
2. Jarak perjalanan lebih kurang 20 minit dari Tunes Hotel bergantung kepada traffic
3. Tambang teksi bermeter lebih kurang Rp22 ribu

Hampir 4 jam kami di sana...hari pertama sahaja aku sudah habiskan 2 juta di Pasar Tanah Abang..gila tak?..ehheehe..apa taknya semua pakaian murah-murah termasuk kain telekung, kain pelikat, kain sarung..Woowww...disebabkan adik beradik ramai..perlu lah beli barang sepasang sorang kan...Lepas dah penat berjalan, memilih dan masing-masing dah lapar..singgah makan dahulu di food court aras 8. Untuk bertolak balik ke hotel agak susah untuk dapat teksi dengan keadaan jalan yang sesak, korang perlu berjalan keluar sedikit dari bangunan melintas ke seberang atau keluar ke sebelah kiri bangunan untuk mendapatkan teksi.

Nasi padang ke ni
Sampai sahaja di hotel selepas urusan check in, masing-masing kepenatan dan tiada aktiviti selepas itu.

End of day one...nanti aku sambung untuk day 2 pulak yer...wasalam..

40 comments:

  1. mmg syiok jkt ni. dah berkali2 pegi pon nk pg lagi insyaAllah march dpan. tix return 90 je. 180 pg bdua laki bini. tanah abg tu dah tentu la syiok. cuba pg mall2 yg besar2, brg2 branded dia pon byk yg lagi murah dr kita. x berkelip mate memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah murah tue jelesnyer dpt tix murah hehehe ha'a betul tu rambang mata mcm semua nk beli wak blk msia :-) .. ..kat mangga 2 pun murah

      Delete
  2. Replies
    1. Wowwww tirana aduka mcm nama hero malaya hihih salam kenal :-) part 2 yerr tunggu!!!!!! Hihihi

      Delete
  3. Aahaha lawok nya dorg sebut nama hotel tu...

    Ades masih failed la dgn currency rupiah nih.
    Berjuta-juta... berpinau mato den hahaha.
    Mesti masa gi poket berkepuk kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a dekdaa siap guna caculator hp nak convert :-) iyolah bwk berjuta jgk blk poket kosong hehehe

      Delete

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  5. Hi,

    Nak tanya.. Rasa nya budget time korang shopping kat Jakarta tu brape ek? Next month I pg Jakarta, So I nak tau how much should I bring to Jakarta. Shopping tak nak yg mahal2. Thanks! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai,

      Ritu JM bw RM1000 include duit shopping, mkn, teksi, transport dan entrance fee utk masuk park coz x shopping sgt.

      Tpi klau semata nk shopping RM500 dh cukup coz jakarta brg murah dan perlu pandai bargain. Berapa byk nkbwk bergantung kpd berapa byk nk beli yer

      Delete
  6. teringin nk kesana plak...kt indon ni makanan dia bleh tahan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : ada kedai yg sedap tapi harga?..PITAM!!!

      Delete
  7. Alamak, kak. Gambar akhir buat saya terliur. Hari ni jalan2 Jakarta pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : seronok tak..duduk depan pc semua negara dia dah sampai hihihi..lawak lah

      Delete
    2. Hahahaah seronokkk! Adik saya yang kaki travel selalu gelakkan saya. Saya dok rumah pun sampai serata tempat dah ;)

      Delete
  8. Thanks.... info yg menarik utk panduan...

    ReplyDelete
  9. Zumal pun dapat merantau ke Jakarta lak hari nie ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal : nk ke mana aja..boleh cari kat blog nih kecuali Europe ye heee

      Delete
  10. woww.. syoknya makan nasi padang dalam tu.. hihi

    ReplyDelete
  11. jadi mahal semula lah hotel tu kalau macam tu kan ..

    ReplyDelete
  12. pelik lak bila hotel boleh charge asing2 mcm tu . x mesra pelanggan lah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee : itulah konsep Tune Hotel like Air Asia

      Delete
  13. Sama seperti bandung, itinerari ke jakarta juga sudah lama diperam. Kali ini jika dpt kesini, Mekja ada satu misi yang perlu dilaksanakan. Impian yg perlu direalitikan :)

    ReplyDelete
  14. Membazir je amik tuneiii ni sbnrnya... Ada hotel lg berbaloi! All provide!

    ReplyDelete
  15. Jay emm pakai merah nampak muda 10 tahun... He he he

    ReplyDelete
  16. Ok! Terbaik! SS pon plan 1st day nak ke Tanah Abang dulu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey cantik! so x perlu simpan duit byk pas shopping

      Delete
  17. Kalu Jay Emm nyoping 4 jam... SS 8 jam ntah2... Hadoiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg JM pun minat shopping...mesti sama naik ngan SS

      Delete
  18. Sy tak leh lupa insiden kat Tanah Abang ni, naik tuk tuk, kena tipu,
    lepas tu berlari-lari plak kejar bas...haruuuuu tapi kenangan manis sangat ☺

    ReplyDelete
  19. 4 jam shopping.. berapa banyak kalori dh tu hilang..huhu..

    ok noted terminal 3 ya..

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS