Pages

Wednesday, 12 December 2012

KLIA Ekspres n KLIA Transit

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Fast Train
Take the FAST TRAIN to KLIA Airport (MAS) and LCCT (Air Asia Flight)

Kali ini aku nak kongsi sedikit info berkenaan perkhidmatan transit link pantas KLIA Ekspres dan KLIA Transit Train yang boleh digunakan untuk ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Coast Carrier Terminal (LCCT). Kepada warga kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini adalah perkhidmatan pengangkutan awam yang paling reliable dan amat sesuai di gunakan. lebih cepat, selesa dan berbaloi-baloi.

Stesen KLIA Ekspress dan KLIA Transit adalah di KL Sentral dia mana terdapat 2 kaunter berbeza untuk kedua-dua train dan pastikan membeli tiket di kaunter yang berkenaan.

KLIA Ekspres adalah train tanpa henti dan laluan terus dari KL Sentral ke KLIA Airport dalam tempoh masa 30 minit tanpa henti dan tambang adalah RM35 one way. Kepada penumpang yang ingin ke KLIA Airport juga boleh drop luggage dan check in di kaunter Air Asia atau MAS yang terdapat di KL Sentral sebelum sebelum ke kaunter tiket KLIA Ekspres dan pastikan 2 jam sebelum penerbangan. Dengan ini memudahkan penumpang tanpa perlu membawa luggage bersama ke dalam train.

Jikalau korang rasa harga tiket train ekspress mahal boleh menaiki bas dari KL Sentral to KLIA Airport dengak kadar tambang RM10.90 dan tempoh masa perjalanan lebih kurang 1 jam. Jadi ikut selera masing-masing dan buatlah pilihan bijak.

Moh aku letakkan jadual KLIA Ekspress schedule from  KLIA Airport to KL Sentral. First train from KLIA to KL Sentral adalah pada jam 05.52 pagi .

KLIA to KL Central Schedule


Kepada penumpang yang ingin ke LCCT perlu menaiki transit train dari KL Central dan berhenti di stesen Salak Tinggi seperti dalam jadual dibawah. Semasa membeli tiket di kaunter ..maklumkan kepada petugas kaunter destinasi ke LCCT dan beliau akan cetak 2 tiket, 1 tiket train dan 1 tiket bas dari Salak Tinggi ke LCCT. Tiada direct train to LCCT....Apabila sampai di steen Salak Tinggi..bas akan menunggu di luar stesen dan tnjukkan tiket bas yang telah dibeli belum menaiki bas dan tempoh perjalanan dari stesen Salak Tinggi ke LCCT lebih kurang 20 minit.

Begitu juga untuk penumpang dari hentian Bandar Tasik Selatan dan Putrajaya & Cyberjaya..jika sekiranya ingin ke LCCT perlu berhenti di stesen Salak Tinggi.

Time Schedule
Jadual kadar tambang dari setiap stesen ke setiap destinasi adalah seperti di bawah sebagai rujukan.

Train fares
Korang faham tak baca jadual ni..kepada yang tidak pasti moh sini aku jelaskan sikit. Dari KL Sentral ke Bandar Tasik Selatan harga tiket Dewasa RM4.20 dan Kanak-kanak RM2.00, dari KL Sentral ke Salak Tinggi Dewasa RM12.50 dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Harga tiket ini tidak termasuk tiket shuttle bas. Kategori kanak-kanak adalah julat umur dari 2 - 12 tahun sahaja.

Kepada sesiapa yang pergi ke LCCT dari stesen Putrajaya & Cyberjaya dan berhenti di stesen Salak Tinggi harga tiket train termasuk tiket bas adalah RM5.30 (Dewasa) dan RM4.00 (Kanak-kanak). Tempoh masa perjalan dari Putrajaya & Cyberjaya ke Salak Tinggi adalah lebih kurang 10minit.

Aku attachkan lagi satu paparan untuk lebih faham.


Aku berharap agar entri aku kali ini dapat membantu dalam merancang perjalanan kepada semua yang berhajat untuk ke KLIA atau LCCT dengan menggunakan train.

Sekian perkongsian aku kali ini..byeeeeeeeeeeee...seee yaaaaaaaaaaaa....

10 comments:

  1. Pernah nak buat macamni tp kena naik turun pulaks.. malas.
    So selalu amik Aerobus kat KL Sentral 1way RM8 & return RM15.

    Eh lari topic pulok :P

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dekdaa...good info tu :-)

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya dengan kawan sekampung akan pergi ke KLIA pada 11hb 5 ni. Kami bertolak dari Pekan, Pahang dengan bas ekspres jam 10 pagi (perjalanan lebih kurang 5 jam) dan akan turun sama ada di terminal Pekeliling atau Puduraya. Kami bercadang nak amik tren ke KL Sentral untuk continue perjalanan ke KLIA. Disebabkan waktu kami akan sampai ke KL agak2 dalam pukul 2.00 petang ke 3.00 petang so ada tak jadual perjalanan bas atau tren ke KLIA dari KL Sentral pada waktu2 tersebut? Harap dapat beri panduan.Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Che Wn,

      1. Jadual penuh KLIA Ekspress boleh refer kat link ni yer : http://www.kliaekspres.com/erlsb/KLIAEkspres/TrainSchedule/tabid/93/Default.aspx

      2. Kalau nak naik bus dari KL Sentral ke KLIA pun boleh. Please refer here : http://www.skybus.com.my/schedule.html

      Delete
    2. Ok terima kasih..er tp knp x kasi copy link?

      Delete
    3. Che Wan, email kepada saya email address :-)

      Delete
  4. Copy je link yg sy bg tu ada 2 kan klau x boleh nanti sy email eh

    ReplyDelete
  5. bila nk cpy je no no no jgn nakal2 ;)
    anyway here it is ruzil_rahman at yahu dot com

    ReplyDelete
  6. Thanks for share the schedule and timing of Lcct klia transfer .

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS