Pages

Tuesday, 29 January 2013

Budget trip by train

Asalamualaikum dan selamat sejahtera to all my readers dan juga kepada semua follower blog aku ni..

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan juga kepada yang sudi menjadi follower blog aku yang baru nak berjinak-jinak menulis ni..bak kata orang jgn lihat pada luaran tapi lihat isinya..keh..keh..keh..promote lah pulak yer...

KTM
Holla...apa khabar semua pembaca hopefully you all sihat hendaknya yer..yer lah harga paling berharga adalah kesihatan, jika badan sihat, emosi jugak sihat baru hidup bermakna kan..

Kenapa aku tetiba terpanggil nak keluarkan entry 'Budget trip by train' ni..aha..ini kerana aku ingin berkongsi sedikit info bersama rakan pembaca yang tidak tahu sebenarnya terdapat perkhidmatan keretapi tanah melayu yang menghubungkan destinasi dari Malaysia ke Bangkok, Hat Yai, Thailand dan Singapore....Kepada yang sudah biasa naik keretapi ke sana sila abaikan entri ni yer..hihihih

Jadi kepada yang berhasrat untuk melancong ke Bangkok, Hat Yai dan Singapore boleh menggunakan perkhidmatan keretapi.

Bila sebut jer nak pergi melancong atau trip ke mana-mana kebanyakan lebih selesa naik flight, bas atau kenderaan sendiri berbanding menggunakan pekhidmatan keretapi ni. Biasalah kalau naik keretapi, jangka masa perjalanan ke sesuatu destinasi kekadang dua tiga kali ganda masa yang sepatutnya naik kenderaan lain kan. Sebagai contoh katakan dari KL - Johor Bahru, kalau drive sendiri agak-agak berapa jam leh sampai..kalau nak keretapi...ehehehe..mahu kematu bontot je dok....Kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman naik keretapi sekali dalam seumur hidup boleh lah mencuba nya.

Oleh kerana kelajuan keretapi ni agak 'slow' berbanding kenderaan lain, maka ia tergolong dalam kategori budget murah atau tambang murah. Kalau ada yang nak travel tetapi budget 'ciput' boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Aku tak mau citer panjang meh aku review sikit berkenaan KTM ni..

Keretapi Tanah Melayu merupakan pengendali keretapi utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajah British, apabila laluan keretapi asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antara bandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.
Sumber : KTM

Terdapat banyak laluan KTM ni dan terbahagi kepada beberapa section :

Sumber : KTM Intercity Route
 Sektor Selatan melibatkan laluan dari KL Sentral ke Seremban - Gemas - Segamat, Kluang - JB Central - Woodlands

Sektor Timur dari KL Sentral ke Seremban - Gemas - Jerantut - Kuala Lipis - Gua Musang - Dabong - Krai - Tanah Merah - Pasir Mas - Wakaf Bharu - Tumpat

Sektor Utara dari KL Sentral ke Rawang - Tanjung Malim - Tapah Road - Kampar - Batu Gajah - Ipoh - Kuala Kangsar - Taiping - Parit Buntar - Bukit Mertajam - Butterworth - Sungai Petani - Gurun - Alor Setar - Arau - Padang Besar
Untuk maklumat laluan dan masa perjalanan dengan lebih terperinci boleh rujuk timetable di bawah.

Sumber : KTM - Route Timetable
Tapi apa yang ingin aku kongsi disini adalah jadual perjalanan bagi sesiapa yang ingin ke Woodlands, Padang Besar, Hat Yai dan Bangkok. Lain-lain destinasi korang boleh refer dalam website KTM jangan malas-malas eh..

Destinasi yang menjadi pilihan kaki travel macam aku mestilah trip ke :
1. Kl Sentral - Padang Besar - Hat Yai
Tren No 20 - Senandung Langkawi
Masa bertolak 09.20 mlm dan di jangka tiba di Padang Besar jam 08.35 pagi dan 9.27 pagi di Hat Yai
Tambang : Seaters RM34.00 , Sleeper Coach Low Deck RM60.00 dan uppfer Deck RM54.00

2. KL Sentral - Woodlands Singapore
Tren No 2 - Ekspres Rakyat
Masa bertolak : 02.56 petang dan dijangka tiba pada jam 0.45 pagi

3. Butterworth - Bangkok
Tren No 35 & 36 - Ekspres Antarabangsa
Masa bertolak : 01.51 tengahari dan 02.20 petang

Kaedah pembelian tiket :

1. Online Transaction (E-Ticket)

Tempahan boleh dibuat dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Tiket tidak boleh dibeli secara dalam talian bagi perjalanan kurang daripada tempoh 48 jam dari tarikh perjalanan. Tiket konsesi tidak boleh dibeli secara online. Pelanggan boleh mencetak tiket dari pencetak PC mereka untuk digunakan sebagai tiket perjalanan yang sah. Buy your ticket online HERE


2. Tempahan melalui Email

Tempahan tiket melalui e-mel boleh dihantar seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh perjalanan. Permintaan untuk tempahan hendaklah dihantar ke alamat e-mel callcenter@ktmb.com.my This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan e-mel anda akan dibalas dalam tempoh 3 hari bekerja. Nombor rujukan tempahan (ID) akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tempahan dibuat. Tiket mesti diambil di kaunter tiket KTMB berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan.



3. Pembelian di Kaunter Tiket

Pembelian tiket di kaunter boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. tiket boleh dibeli di semua kaunter tiket intercity serta di stesen komuter terpilih.






4. Tempah tiket melalui telefon

Tempahan tiket melalui telefon boleh dibuat seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Nombor rujukan tempahan (ID) akan diberikan semasa tempahan dibuat dan tiket mesti diambil di kaunter berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan. Tempahan telefon dibuat melalui Pusat Panggilan KTMB di talian bebas tol 1-300-88-KTMB (5862) bagi panggilan tempatan atau di talian 603-22671200 bagi panggilan antarabangsa.

Kadar TAMBANG /HARGA tiket bagi setiap destinasi boleh rujuk di SINI

**Semua maklumat yang di paparkan boleh diperolehi melalui laman web KTMB, entri ini hanya sebagai alternatif rujukan sekiranya MALAS untuk merujuk kepada website tersebut. Kiranya aku ni seorang yang rajin berkongsi info dengan pembaca semua...ahahah..perasan..sebenarnya ia sebagai rujukan aku jugak...*

34 comments:

  1. Arghhh awatla takdok train dari kelate terus ke hatyai.. benci tawwww :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik..hik..hik..dekdaa..maybe lebih proper naik keter

      Delete
    2. So far tak nah lagi naik train utk travel
      sesekali best jugak kan JM
      JM best aaa dapat gi jauh2
      mana tahu oneday dapat naik satu train ngan hang
      mesti gempak...pew :-)

      Delete
  2. hi, 1st time komen kat sini
    memang sangat2 teringin nak buat train trip.
    pernah bagi idea kat kawan, diaorang cam tak berapa setuju sebab masa panjang
    betul la jugak, memang kena cuti lama sikit.
    tapi kalau ada kesempatan & geng nak pegi thanilang ngan singapore je dulu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, welcome to blog JM...ha'a..itu betul..kalau nk save masa gerak mlm..so tido je dlm ten tak la terasa lama sgt..kalau naik tren ni leh save budget..apa salahnya nyer kalau nk cuba kan..spt ckp dzhuchan..pergi yg deikat2 dulu :-)

      Delete
  3. Hello.... salam kenal ...

    Travel by train... memey jimat, tapi sangat lama masa yang kena spend... saya naik train dr Pasir Mas ke KL lebih dari 12 jam... huh serik rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..salam kenal jugak..thank's sbb singgah at my blog ni :-)
      ha'a yer..meme setuju tu..kalau dah keretapi nyer gerak 50km/jam kan..eheheh..kalau just nak rasai pengalaman sekali seumur hidup cukuplah ek.. :-)

      Delete
  4. wak pon penah naek train Key Ell pergi Kulai, sikit lg terlajak ke jay bee sbb train xde announcement yee.., uhhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik..hik..hik..sbb tu tren is not my first choice

      Delete
  5. Replies
    1. Salam kenal Azian :-)
      Terima kasih..jengah le selalu blog saya ni...hihihi

      Delete
  6. banyak info....best.....jemput ke blog kita juga yer...

    ReplyDelete
  7. Terima hajjah :-), ok2 In sha Allah

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Tengs akak manis..this entry byk mbantu...weee xsabor nk naik train ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer sama2...hee..sekali sekala travel naik tren best gak :-)

      Delete
  10. kak manis,kalo dr kl sentral nak ke bterworth cmne kalo nk naik tren ni?bterworth last station ke nt?huhu!tkt trlajak sbb first time ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ada tren from kl sentral stop kat butterworth (last station)naik Ekspress Rakyat. Boleh refer kat sini :

      http://ktmintercity.com.my/images/pdf/20130701%20jadual%20page%201%20layout%202.pdf

      Delete
  11. Hi,jari manis..bpr jam kl ke alor star.selesa x katil kalau bw baby..1st time ni nk bw anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Suri..aklau naik KTM dari KL Sentral ke Alor Setar - 12 jam perjalanan...ambil Superior Night Class katil bawah RM48..selesa...tapi pastikan biar jauh sikit dari pintu masuk ke kabin sbb nanti bunyi bising bimbang baby tak leh tdo nanti

      Delete
  12. wah jm.. good entry memng tgh tercari2 travel paling cput bajet..actually bayak juga pilihan ya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sobri : Ha'a..inilah pilihan bijak..best ape sekali sekalo naik tren..JM pun kalau ada peluang nk ripit lagi...

      Delete
  13. Assalam kak.. Tiket train ni dia kna bli awal ke. Syg nk g taiping dr kl sentral.. Spatutny sy grrak jumaat ni 4hb tp tiket tk veli lg.. Ni 1st tine travel..

    ReplyDelete
  14. Kak sy mintak tolong sgt2. Please whatsapp sy 0126838093.. Tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayun....boleh beli online...pegi ke URL ni...https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx
      pegi beli skrg...pilih destinasi...tapi sebelum tu perlu daftar dulu

      Delete
  15. Assalamualaikum jari manis. Saya nak tanya bape eh harga tiket dr jb sentral to pasir mas. Klu bole sy nak y ada katil bwh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Ain Mastura...boleh refer sini kerana byk sleeper type : http://ktmintercity.com.my/index.php/tambang

      Delete
  16. WOw....tak tau pulak so cheap. Patut lah ade kawan suka ke sama borong barang zebra

    ReplyDelete
  17. again...nice sharing JM...
    Hee...seingat Nad dulu kala waktu zaman kanak-kanak ribena je naik train...
    lepas tu tak pernah dah...

    ReplyDelete
  18. Zumal suka naik train sebab selesa. Selalu kalau pergi kl atau ke rumah family zumal mesti pilih train sebabnya sampai di stesen kl sentral macam2 ada. Boleh bersiap, makan minum dan shopping ^_^

    ReplyDelete
  19. xpernah lagi travel nai keretapi.. setakat naik ktm di KL Sentral ke Mif Vally..ke Shah alam biasa la...

    ReplyDelete
  20. dlm kos saya belajar.. ada gak subjek railway...tapi tu la.. naik mencuba tak pon..

    ReplyDelete
  21. Boleh cuba ni, good info Sis JM :))

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS