Pages

Monday, 14 January 2013

Hanya tinggal Kenangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kawan-kawan...

Apa perancangan korang hari ini atau tiada perancangan..lalui sahaja hari-hari mendatang dengan rutin harian...Jangan macam itueww..setiap hari kita kena ada jadual hidup supaya hidup kita ni tidak sia-sia..setiap hari di penuhi dengan perkara yang berfaedah...bak kata pepatah yang selalu kita dengar hari ini mesti lebih baik dari semalam..kalau boleh tak nak hari ini sama seperti semalam atau hari ni lebih teruk dari semalam..moh kita pertingkatkan motivasi diri....cheee wahh..bercakap macam pakar jer kan..menyampah orang dengar...ahahaha...yo lah kawe sekadar berkongsi pendapat..apa yang baik boleh jadikan panduan dan ikutan..apa yang buruk buang ke tepi...jangan simpan dalam hati...ehehe

Itu baru muqodimah..belum masuk ke topik sebonar lagi ni haaa....

Hoyeeee....kenapa tiba-tiba kuar statement IMPIAN TERCAPAI ni..apa impian aku sebenar nya..nak kahwin kah..nak melancong lagi kah...atau tunggu kenaikan pangkat selepas beberapa tahun menamatkan pengajian Degree di UKM...siapa boleh guest...eheheh...hamboi main teka teki plak yer...

Aku pasti setiap orang dalam dunia ni mempunyai impian dan angan-angan  atau aim masing-masing seperti kepada yang baru tamat pengajian sudah tentu nak dapatkan kerja yang bersesuaian, dah ada kerja mesti nak beli kereta ker..rumah ker...bila dah stabil sikit mula lah nak cari pasangan hidup kan?...dah ada pasangan nak dapat anak pulak..bila dah ada anak nak tambah anak la lagi...Ada tak sesiapa yang berangan nak kahwin lagi...eheheh..jangan macam itue yer...berangan lah untuk menambah kemesraan dalam rumahtangga, meujudkan kegembiraan dan kejujuran dalam perkahwinan kerna dalam kehidupan rumahtangga ini banyak dugaan dan cabaran...che wahh cakap macam orang berpengalaman kan..yo lah kalau tak lalui sendiri mana tahu kan...cakap boleh la...full stop :-)

Holla..bebalik kepada topik sebenar..siapa boleh guest apa impian aku sebenarnya...anyone..anyone..ehehe. In Shaa Allah..aku akan menunaikan UMRAH pada 15/02/2013 - 01/03/2013 nanti. Mesti akan ada orang cakap...alahhh..ingatkan apa tadi..eeheh..yo lah..bukan semua orang boleh pergi kerana ada yang berduit..kiranya duit bukan penghalang tetapi still belum terpanggil untuk ke sana kan..

Aku tahu sudah ramai rakan bloggers yang telah sampai ke sana ..Syukran ..Alhamdulillah..dan sekarang turn aku pulak...tidak sabar rasanya...eheheh

Setiap kali aku melancong ke obersea..rakan-rakan rapat asyik bertanya.."nko ni asyik melancong jer..bila nak pergi Umrah pulak"..aku senyum jer...In Syaa Allah....kalau aku nak pergi..aku nak bawak ibuku bersama..bila dah berdua kos nya tinggi..kalau aku nak pergi sorang..dah lama aku sampai kan..

Bukan niat nak riak ker haper..sekadar ingin berkongsi kegembiraan sahaja dan sedikt info berkaitan Travel Agent yang berkaitan.

Niat untuk ke sana sudah lama..dengan izin Allah kawan aku mesyuarakan hasrat beliau untuk ke sana..bagai pucuk di cita ulam mendatang...bila di kumpul-kumpul kami berenam telah bersetuju untuk ke sana. Aku mula merisik dan memulakan langkah mencari travel agent yang boleh menguruskan urusan umrah ni. Antara travel agent dalam senarai samaada Andalusia atau Gemilang. Sebenarnya banyak travel agent yang boleh menguruskan nya tapi selepas di buat research..aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk pergi dengan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

Aku telah memilih Andalusia Pakej Umrah dan Ziarah Cairo dengan harga RM5,990 per person bilik berempat/berenam

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No 9. Jalan Belangkas
Off Jalan Kampung Pandan
Taman Maluri
Kuala Lumpur
Tel No : 03-9283 1588
Faks No : 03-9283 7566


Apabila semua setuju, tempahan dibuat dan booking fee adalah RM300 seorang. Baki bayaran perlu dijelaskan 1 bulan sebelum bertolak. Pelbagai persiapan perlu di buat termasuk menghadiri kursus umrah yang dianjurkan , penyediaan dokumen perjalanan, passport, Visa, Medical report dan perkara-perkara berkaitan.

Jadual Penerbangan:

No Penerbangan           Tarikh           Destinasi         Berlepas       Ketibaan                Transit
      MS 961              15 Feb 2013        KUL - CAI        2200              0540 +1             BANGKOK
      MS 677              19 Feb 2013        CAI - MED       1555              1840                            -
      MS 672              01 Mac 2013       JED - CAI         1830              1940                            -
      MS 960              01 Mac 2013       CAI - KUL       2340              1805 + 1                      -

Penginapan:
Madinah  : Mubarak Silver Hotel atau Staraf
Makkah  : Hera' Palace atau Tharwat Monsia atau Wardat Aqyad Hotel atau SeSetaraf

Ini hanyalah tinggal kenangan selepas aku mendapat berita bahawa Kedutaan Arab Saudi tidak akan meluluskan PERMOHONAN VISA bagi jemaah WANITA yang pergi TANPA MAHRAM..

HANYA TINGGAL KENANGAN dan mungkin ada hikmah di atas apa  yang berlaku kan...
Wasalam.

41 comments:

  1. pulak dah.. mmg dah mcm tuh ke skarang? x boleh pegi single?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes my dear :-) hehehe dorang bimbang nanti xblk malaysia ehehe

      Delete
  2. saya pon mengalami kesedihan yg sama hari ni lps dpt call dr travel agent. padahal dah pergi bersama ibu dan bapa saudara. harap kita bersabar la...mungkin ada hikmah disebalik semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh nurul... Kenapa lak xbleh..bapa saudara kan mahram kiter huhuhu rupanya ramai kwn2 yg xdpt pegi ek sabar yerrr. Rasanyer lah thn ni mesti travel agent byk rugi sbb kebanyakan ramai yg pegi adalah wanita tanpa mahram kan mcm thn2 sblum ni boleh pegi ngan tumpang mahram

      Delete
    2. entahla..travel agent yg ckp. entah2 dorang yg mls nk apply takk...by right bapa saudara pon mahram kan...mungkin takde rezeki la tu... haah.. mmg byk kot dorang rugi. dgr nye dlm 4000 visa yg tak lepas seluruh msia.

      Delete
    3. Batu2 ni dgr khabar byk travel agent nk fight utk status x ada mahram tp nk g umrah ni :-)

      Delete
    4. Salam

      Sudah dapat tunaikan Umrah atau belum. Kalau belum dan masih menghadapi kesulitan mahram, masalah ini dapat di atasi sebab peraturan ini manusia yang wujudkan. Pasti ada cara penyelesaian. JOM ajak rakan blogger sama mengerjakan umrah sendiri atau backpacker yang perbelanjaan jauh lebih murah. JOM UMRAH

      Delete
  3. saya pun sama, sangat sedih sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun turut simpati bila nk pegi dh x leh pegi yg xnk pergi sebenarnya dorang boleh pegi tp x nk pegi lagi blum bersedia katanya hmmm kita sabar je yer

      Delete
    2. Assalaimulaikum
      Kalau belum ada cara untuk pergi UMRAH, silakan bersama kami secara backpacker. Kalau cik-cik adik sumua boleh pergi ober sea sendiri, berdua, bertiga, pergi Mekah dan Madinah tak ada masalah langsung. Dapatkan VISA dan pergilah macam pergi melancung. Cara back packer yang saya telah lalui cuma memerlukan belanja setengah dari belanja ikut pakej yang di tawarkan agensi pelancungan UMRAH.

      Jom Umrah

      Jom
      Saya bukan bermaksud nak potong rezeki syarikat berkaitan, tapi kenapa kita harus bayar lebih untukperkara yg boleh di dapati dengan harga lebih murah. JOM Umrah. Jom Ajakrakan travel yang lain tu seperti Kak Kiah

      Delete
  4. tu la kan.. sedih la gitu.. baru cadang nak g taun depan.. terus rasa down...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer syieda. .tak pe thn depan panjang masa lg mana tahu dlm masa terdekat nanti jumpa 'partner' leh g sama2 baru best ehehe

      Delete
  5. harap2 lps ni dilonggarkan sikit peraturan dia. tahun ni tetibe jd strict. kwn yg pegi tu ckp ok je last year, takde strict mcm thn ni =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a betul thn ni dorang mula dgn rules yg baru huhuhu

      Delete
    2. it's not new rules, tapi rules lama yang dilonggarkan sebelum ni

      Delete
    3. Oh yer..baru tahu...thanks for the info ye :-)

      Delete
    4. Bukanlah ketat sangat peraturan Kem Hajj Arab Saudi, cuma tek kena cara. Orang Arab ini malas sangat termasuk yg di kedutaan ( maaf bukan semua) jadi cari sebab nak reject permohon visa. Tapi ada org malaysia dalam kedutaan arab itu yang boleh tolong luruskan law dia.

      BTW niat mengerjakan Umrah hendah bersungguh-sungguh dan insya allah Alah akan permudahkan.

      JOM Umrah

      Delete
  6. kalau ada jodoh, mesti sampai jugak ke sana...saper yang tak nak pergi buat umrah kan, sedey pulak dengar ramai yang tak dapat pergi sebab peraturan baru ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a mmg ramai ada member dh beli semua kelengkapan, bila dpt tahu mmg down gila dh x bleh buat keje frust dan sedih mengenang nasib yg menimpa tp kita kena redha kan..org tu bkn sy ehh.. Sy pun frust jgk dan skrg tgh cari tikrt melancong ke tmpt lain nk release tension hihihi

      Delete
  7. sebelum ni boleh eh kalau pergi sorang?? memang best kalau dpt g umrah...one of my wishlist jugak,but not in this year..bertabahlah..
    salam kenal,blog orga n zette yg bwk sy kemari..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak...wow penunggang .bulan.putih...ehehehe..unik nikname ni..Ha'a..sblm ni boleh jer pegi sorang..mulai tahun 2013..dh tak boleh..ha'a..sy kerap jgk baca blog dorang..nak singgah blog awak jgk lah ehehehe

      Delete
  8. ASSALAMMUALAIKUM...
    Saya pun ade dengar mengenai syarat baru untuk visa umrah ni... mak saya pergi kursus setiap minggu dan ustaz ade ckap pasal nie.... anak dare tak boleh pergi tanpa mahram seperti ayah atau adik beradik lelaki..
    Saya pun gune Andalusia sbgai travel agent dan sama mcm awak, saya ambil half day tour cairo (9feb sampai 22 feb)... saya pun x tau sbb still x dpt info dari andalusia... saya akan pergi ber3 dengan ayah dan ibu.... saya try call main office andalusia tapi line buzy memanjang, call pulak contact person dalam surat yang die hantar pada saya last month pun x angkat... saya semakin risau ni... flight next week tapi confirmation tak dapat lagi, saya pun x tau status visa ni... agent andalusia dari johor ckap diorang pun x dpt nk call main office sbb line busy....huhuhu.... saya berharap sangat dapat pergi
    Ya Allah.... izinkanlah kami, panggillah kami, terima kami sebagai tetamu Mu.... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha betul tu anak dara atau sudah berkahwin tidak boleh pergi tanpa mahram tapi dalam kes wak ni tiada masalah sbb pergi bersama ibu dan ayah, so ayah memang mahram kan..tiada masalah. Berkenaan dengan caontact person di Andalusia tu sy pn mengalami masalah yg sama kalau nak selamat better pegi opos andalusiaconfrin gna dorag..pergi dptkan beg travel dan air zam-zam dari andalusia. Bukan ke sebelum penerbangan akak dpt surat berkenaan detail fligt dan juga tempat berkumpul..tak perlu risau lah..boleh pegi punya. Visa dorang akan serahkan semasa di airport nanti. Kalau nak lebih confrim pergi ke opis hq tu..selamat menunaikan umrah..sy tka dapat pegi kerana tiada mahram..huhuh

      Delete
  9. owh....tq2.... tadi sye tetap berusaha untuk call andalusia... n akhirnya dapat tembusi talian jugak tadi.... insyaallah sye brtolak 9 feb ni, semoge nanti kerajaan arab saudi dapat melonggarkan semula syaratnye seperti tahun lepas, agar semua wanita dapat menunaikan ibadat umrah dengan mudah....amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin jugak...wah bestnya...jels sgt...huhu...semoga ibadah umrah berjalan lancar..doakan untuk su jgk di sana nanti..(muka tak malu..ehehe)..

      Delete
  10. rindu utk ke sana lagi.Plan thn ni nak pegi,tp sbb beli umah so kena hold dulu.byk agenda lain yg perlu diutamakan:)
    Sy pun pergi ngan andalusia 2 thn lepas.Servis ok.now x sure hotel kauh ke x dr MH.harap2 x jauh even semua hotel dah diruntuhkan.Selamat menunaikan umrah!

    ReplyDelete
  11. Teacher hana thanks for drop by n being my blog follower :-)
    Best kan dpt pei umrah tp kes JM x dpt pegi last min andalusia inform kerajaan arab saudi xluluskan visa kpd jemaah wanita tanpa mahram kerana ada renovatin d sana. Sepatutnya 15 feb dh berangkat tp apa boleh buat x ada rezeki thn ni huhuhu

    ReplyDelete
  12. betul la. sekarang ni dah ketat pun. Saya pun sama.. impian tak tercapai.. In Sha Allah ada rezeki sampai la kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kan untuk org2 yg seperti kita ni..teruja sgt nak pergi..tapi itu lak masalah nya..yg tiada masalah plak..tak ada yg nk pegi uhuhhu

      Delete
  13. kak JM.. pasti ade hikmahnye kak.. inshaAllah.. nanti akak mesti sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Fifi...in sha Allah..berkat doa kawan2 semoga impian sis JM tercapai aminnn

      Delete
  14. kalau tumpang mahram tu xboleh ka...dulu mak saya pegi tumpang mahram

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZF : mulai tahun 2013 kerajaan arab Saudi telah memansuhkan istilah Tumpang Mahram..ibu tumpang pun x boleh heeee

      Delete
  15. InsyaAllah mana tau dlm msa terdekat ni ada rezeki yg tak dijangka dapat gi dgn en suami ;) lgiii best kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah Amin...semoga Allah permudahkan ye KopiO

      Delete
  16. insha Allah akan tercapai apa juga hajat yang baik pasti Allah perkenan kan..amin

    ReplyDelete
  17. insha Allah akan tercapai apa juga hajat yang baik pasti Allah perkenan kan..amin

    ReplyDelete
  18. Nanti kita pegi sama sama eh... Your dream my dream too... Satu satu dulu boleh?

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS