Pages

Thursday, 10 January 2013

Pengumunan : Peraturan Permohonan Visa UMRAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan,

Kepada wanita muslim di luar sana yang ingin menunaikan Umrah pada tahun ini atau pada tahun-tahun seterusnya, di sini aku kongsikan syarat terbaru dari Kedutaan Arab Saudi berkenaan permohonan Visa UMRAH yang telah di edarkan kepada semua travel agen di Malaysia. Syarat ini telah di SAHKAN benar oleh Pihak Pengurusan Syarikat Andalusia sendiri.

Apa motif kerajaan Arab Saudi berbuat demikian...aku tiada jawapan.

Semua orang sedia maklum, apabila di sebut sahaja Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd mesti berkaitan perkhidmatan pakej UMRAH yang disediakan. Ini terbukti Syarikat Andalusia terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.

Seperti juga aku, aku telah berhasrat untuk menunaikan Umrah pada tahun ini selepas duit yang di perlukan telah mencukupi tetapi apa kan daya..Impian hanya tinggal impian.

Sila baca peraturan di bawah dengan teliti.

PENGUMUMAN : PERATURAN PERMOHONAN VISA

Semua jemaah WANITA yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah LELAKI yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan VISA UMRAH TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan di LULUSKAN Visa Umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami - Surat Nikah;

2. Bapa Kandung - Surat Beranak;

3. Adik beradik lelaki kandung - Surat Beranak;

4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara

5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa

Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan VISA UMRAH sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.

Pengumuman berkenaan PERATURAN PERMOHONAN VISA boleh di baca dari url ini : http://www.andalusia2u.com/


Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Tel No : 03-9283 1588

32 comments:

  1. laa...sedeynya..xpe la kak, xde rezeki nampaknya..mana tau tahun2 akan dtg akak akan smpai juga ke sana..niat yg baik in shaa allah, dipermudahkan Allah nanti..ada hikmahnya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Hani..mungkin akak akan bertemu Jodoh tahu ni kot..ahahaha...beragan..In Shaa Allah..Amin...

      Delete
  2. hi...
    just nak share cerita....thn 2008 saya pernah pegi umrah...time tu guna mahram abg kandung. kami pegi 11 org. malang nya masa balik malayisa, abg kandung dpt tiket balik awal sehari, saya dan dua kakak serta sorang abg ipar dpt tiket keesokan harinya. masa tu mmg tak terfikir dah psl mahram.

    bila time nak cop passport keluar, saya kena tahan. suspen toksah citer la time tu, tahula kan pak arab ni dia rasa dia jer betul, lama jugak kami berbincang, akhirnya saya dilepaskan balik.

    abg.kandung saya kata, pak arab tu sengaja sbb bila dia scan passprt, kan nampak status single, itu yg dia jd mcm tu. ada kes perempuan tu sampai kena kawen la kat sana...kalo ajak kawen xper, jgn wat tak senonoh dah...

    saya tak setuju dgn pandangan abg.kandung saya sbb saya kata kakak saya pun balik tanpa mahram tp elok jer...takder pun kena tahan. oooo skrg baru saya tahu....kalo dah umur 45thn ke atas, tumpang mahram mmg boleh. itu pasal saya jer yg sangkut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a...begitu...baru le faham...terima kasih Liza atas perkongsian ni...Kamsahamnida...eheheeh

      Delete
  3. Sedih. Norh pun dah book dgn mak..tunggu surat dr andalusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..belum ada rezeki kita eh..kita tunggu pergi bersama Mahram :-)

      Delete
  4. motif depa suruh orang perempuan kahwin cepat-cepat lah, pergi umrah bersama orang tersayang kan lagi best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga...eheheeh..kalau perempuan boleh pilih dan select mana2 lelaki..boleh je..hihih..ini nak dapat sorang pun susah wlpun berjuta org kat Malaysia ni..kena cari yang sekufu..:-) ..Tlg le doakan untuk kami yg bujang2 ni semoga leh kahwin cepat..sendiri dah berdoa..Allah belum tunaikan lagi :-)

      Delete
  5. moga dipermudahkan segalanya ye cik jarimanis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhuhhuuh...sedih belum hilang..mak yg nk ikut sekali..dh hebohkan kepada adik beradik lain..dia tak leh gu Umrah..simpati pulak pd dia..yo lah..mana tahu thn ni syarat dh lain..

      Delete
  6. I can't understand your language but i m sure you are talking about umrah travel to enjoy family tour i suggest you cheap umrah packages which provides you comfort and secure environment during your stay in Makkah.

    ReplyDelete
  7. thanks share.. baru fhm kat sini

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Cik adik Jari manis.

    ..............aku telah berhasrat untuk menunaikan Umrah pada tahun ini selepas duit yang di perlukan telah mencukupi tetapi apa kan daya..Impian hanya tinggal impian..
    KENAPALAH CIK JARIMANIS MELETAKAN DUIT SEBAGAI ALASAN SEDANGKAN CIK JARIMANIS BOLEH MENGELILINGI DUNIA LAIN.
    MOHON CIK JARIMANIS BANTU SAYA BANGUNKAN BLOG JOMUMRAH CARA MURAH.
    Saya sudah membeli tiket airasia untuk 9 orang dengan jumlah RM7XXX.

    ps; Airasia offer ke Jeddah berakhir 20 jan 2013 dengn kadar RM399 per sektor.

    ReplyDelete
  9. saya tumpang sedih baca pasal ni...sbb sy pn masih single lg..

    jgnlah ckp mcm tu suruh pompuan kawen cepat2 klu nak pergi umrah...

    jodoh tu kuasa Allah..cepat atau lambat, Tuhan yang menentukan..hrp benda ni tak dijadikan isu.
    Tuhan dah tetapkan rezeki masing2..

    mntk maaf kalau ayat ni sedikit keras. tapi ada setengah org mmg memandang rendah pada pompuan yg belum kawen lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks DATT coz leave your comment here...yes i accept it :-)

      Delete
  10. jika saya ibu tunggal dan ingin pergi bersama ibu dah ayah boleh ke saya berkongsi mahram iaitu ayah saya dengan ibu saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada fahaman JM, sekiraya ibu berumur melebihi 55 tahun, maka ibu tidak perlu mahram utk buat Visa, Jadi saudari boleh buat Visa di mana ayah sebagai Mahram

      Delete
    2. Dear, thanks 4 share dis info, actually sy pun tgh berusaha untuk pkkan cmne nk dpt visa sdgkn dh berkahwin, cuma hati suami masih belum terbuka untuk pergi ke sana, saya aje yg excited nk g.skrg ne tgh kumpul duit utk support adik lelaki yg berusia 19 tahun untuk sy tmpg mahram dia. Dan sebenarnya lagi seronok dan indah jika dpt g bersama suami, tiap2 ari berdoa moga suami setuju utk ke sana bersama saya.

      Delete
    3. Thanks Ardini coz follow my blog n leave your comment here. Betul tu..tak semua org terbukak hati nk ke sana..kekadang terdpt org yg cukup syarat dan berkemampuan tp tak terasa nk ke sama maybe blum dpt hidayah lagi.

      So Ardini jgn berputus asa..in Shaa Allah, Allah akan makbulkan doa Ardini tu terutama dlm bulan Ramadhan ni..doa cepat termakbul

      Delete
  11. Assalaimualaikum JM.

    Pertama sekali saya mohon maaf untuk komen selepas ini yang akan saya tuliskan nanti.

    1. JM, adakah dah tamat status JM sekarang, apakah komen sendiri 10 January 2013 12:10
    Ha'a Hani..mungkin akak akan bertemu Jodoh tahu ni kot..ahahaha...beragan..In Shaa Allah telah tertunai. Ataupun masih lagi seperti tulisan lain; ."halloo..JM perempuan tulen tau..masih suci lagi", soalan saya yang mana satu?

    2. Hasrah yang mulia, menunaikan UMRAH tapi tak kesampaian sebab tak ada mahram. Kalau pertanyaan saya dlm 1 telah selesai entulah masalah itu dah selesai. Kalau belum macamana. Apakah JM dah menunaikan umrah. Dari artikal ini sampai ke sekarang, saya belum nampak travel log tentang umrah yg telah JM tunaikan. Banyak tempat lain termasuk yang terbaharu ialah ke "Spring at Japan : Day 6 - Bamboo Forest, Arashiyama Kyoto". Kalau belum dan hasrat JM nak pergi akan tercapai juga dengan bawa mahram adik lelaki. bagaimana caranya boleh kunjungi ke sini (http://umrahsertaziarah.blogspot.com/2014/04/umrah-tanpa-travel-agent.html)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En Abdullah Ahmad kerana concern dgn prob saya tu...nanti saya try terjah blog tu ye

      Delete
  12. Ehmmmm.... sedih dan frust jga la dgn peraturan baru visa ni, klu mcm ni Nana pun kenalah tunggu usia mencapai 45 thn :( mudah-mudahan Allah panjangkan umur dan diberi kesempatan utk kita menziarah, ye JM :) tapi based on blog umrahsertaziarah, mcm bole gak apply visa dr Mesir....ni kena buat research & investigate ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Nana...perlu tunggu umur 45 tahun tapi lamaaaaaaaaaaaa lagi huhuhuh..harap2 lah umur panjang or di temukan jodoh aminnnn

      Delete
  13. demi untuk menjaga keselamatan kot kan? tapi bagus gak cara ni bgi nk melindungi kaum hawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopiO..ha'a..tetapi rugi kepada yang bujang dan tak de mahram like sis JM ni huhuhu

      Delete
  14. Thanks yek JM info ttg mahram nih...akak pun bercita2 ke sana. Doa2kan agar dipermudahkan akak ke sana.

    www.noramizaahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Noramiza..in shaa Allah semoga urusan akan ke sana Allah permudahkan aminnn

      Delete
  15. follow je la . janji sampai sana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan Vee....JM teringin sanant nak pegi tapi x cukup syarat huhu

      Delete
  16. Assslamualaikum...saya nak bertanya pasal pg umrah dalam keadaan hamil.kene pg cucuk vaksin jugak ke?klu xpayah cucuk tu macam mana plak caranya..sapa ade pengalaman?

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS