Pages

Friday, 6 September 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Arrival

Assamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Journey to Gold Coast is START from here"

Sesi memasukkan souviner ke dalam sampul bagi semua pembaca blog JM yang telah emailkan alamat sudah selesai dan telah di hantar kepada pak posmen. Terima kasih kepada semua termasuk silent reader yang sudi menghantar alamat, sebenarnya niat di hati JM adalah untuk merai para pembaca kerana sudi singgah dan baca blog ni. Niat JM ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Mungkin ole2 yang di kirim kecil nilainya, so JM harap semua dapat menerimanya ye. Kepada yang belum mengirim alamat....masih di alu-alukan.

Mari baca kisah perjalanan JM ke Gold Coast.

Selepas setahun penantian akhirnya hari yang di tunggu telah tiba. Semua sedia maklum bahawa JM telah melancong ke Gold Coast dan Sydney mulai 23/08/2013 sehingga 01/09/2013 bagi tempoh 9 hari 8 malam dan semua persiapan berkaitan telah di rancang dengan teliti sekali agar tiada masalah semasa di sana nanti. Semua persiapan boleh di rujuk di blogroll sebelah kanan. Alhamdulillah sepanjang berada di sana semua berjalalan lancar seperti di rancang.

Moh ikut JM kita mengembara di bumi kanggaroo. Maybe story percutian kali ini seperti entri ke China dulu di mana ia mengambil masa hampir 3 bulan untuk lengkapkan semua kisah perjalanan di sana, kemungkinan bulan disember baru selesai. Ye ke?..lamanya..mesti bosan kan..tapi tak pe JM akan cuba siapkan secepat mungkin dan itupun bergantung kepada masa dan keadaan.

Wahh..panjang nya..itu baru intro..sudilah baca penerangan yang panjang lebar ni ye

Tiket penerbangan ke Gold Coast telah di beli pada 20 Sept 2012, cuba korang kira berapa lama tiket ni di beli dan alhamdulillah JM masih sihat dan berpeluang menjejak kan kaki ke sana pada tarikh 23/08/2013.

Detail Flight :
Flight Number : D7206 (Economy Promo)
Departing : Kuala Lumpur (LCC Terminnal), Friday 23 Ogos 2013, 9.25 PM
Arrival : Gold Coast (OOL) Goolongatta Airport, Saturday 24 Ogos 2013 (7.25 AM)
Ticket Price : RM299 include Airport Tax n Fuel Surcharge (one way)

Seperti biasa 2 jam sebelum check in di kaunter Air Asia untuk drop luggage dan dapatkan boarding pass kami dah sampai di airport dan seperti biasa juga trip kali ini JM berdua sahaja dengan travelmate JM, siapa lagi kalau bukan Mrs E. Kepada yang belum kenal nanti JM show her picture ok.

Oleh kerana kami sampai di airport lebih kurang jam 7.00 malam, terus pergi timbang luggage bagi memastikan tak exceed limit kerana berat luggage masing-masing adalah 15 kg. Baru-baru ni JM dapat info dari blog Azra, no more luggage in 15kg, so perlu pandai-pandai adjust nanti. Bila sebut berkenaan berat luggage ni terdapat kisah sedih dan gembira di sebaliknya semasa nak check in di kaunter airport Gold Coast dan Sydney. Apa yang berlaku pada waktu itu, JM akan cerita apabila tiba entri berkaitan nanti....biar suspend dulu.

Kemudian kami terus ke kaunter kerana apa di lihat pada notice board, status check in OPEN dan rupanya kami orang pertama yang ada di kaunter jadi tak perlu beratur panjang. Semua urusan check in berjalan lancar, pergi isi perut dulu pastu baru boarding. Oleh kerana tak ada orang lain, sempat snap gambar ni.

Ready to Check in
Urusan imigresen dan kastam juga berjalan lancar kerana untuk trip kali ini, bekalan makanan yang JM bawa hanya lah :


1. Instant Maggie (yang ni memng wajib bawa kalau ke tempat yang susah nak dpt makanan HALAL dan mahal)
2. Tuna dalam tin
3. Kiub TomYam Maggie
4. Paket sambal ikan bilis keluaran Brahim
5. Sardin dalam tin
6. Rice Cooker small size

Ada hati sebenarnya nak bawa milo 3 in 1 atau Nescafe dan roti tapi risau pulak bila ada baca kes anjing hidu kat airport Gold Coast or Sydney. So JM batalkan sahaja niat tu coz semasa di Perth Airport tahun lepas proses imigresen berjalan lancar tiada kes selongkar beg, dorang just tanya barang makanan yang di bawa dan yang penting declare dalam arrival card. Kalau nak tahu apa yang berlaku di Airport GC, lepas ke tidak makanan yang di bawa..moh ikut JM baca sampai habis heee...suspend lagi

Masa berlepas sudah tiba dan penerbangan ke Gold Coast mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan dan di jangka tiba di Coolongatta Airport pada jam 7.25 pagi waktu Australia dan lebih kurang jam 4.00 pagi waktu Malaysia. Kenapa jadi begitu, oh ya waktu Australia 2 jam lebih cepat dari waktu Malaysia alah seperti perbezaan waktu antara Semenanjung dan Sabah tu.

Sebaik sahaja berlepas, peramugari Air Asia yang cantik-cantik tu memulakan tugas mereka mengedarkan arrival card kepada semua penumpang untuk dilengkapkan. Masing-masing tekun mengisi maklumat yang di perlukan termasuklah JM. Cuba korang perhatikan arrival card di bawah terdapat banya tanda X kan dan hanya 1 sahaja tanda 'right'. Oh yer kebetulan kawan JM ni bawak panadol so pada kotak medicine tu kami declare ubat yang di bawak masuk. Bagi yang bertanda X tu memang kami tak bawak bahan mentah seperti fruit, vegetables, meat, alchohol...kiranya memang mudah je isi form ni. Bukan bermaksud kita perlu tulis barang apa yang di  bawa tu.

Arrival Card dan view dalam flight
Dalam penerbangan kali ini kami tidak sempat nak buat pre-order meal, maybe salah JM jugak coz less than 24 hour before check in online tu baru JM terhegeh-hegeh nak book pre-meal, sekali tak boleh buat. Rupanya AA ada polisi bagi yang nak buat pre-order meal or add on must be more than 24 hours. Oleh sebab itulah JM dan member dah makan kenyang-kenyang belum naik flight. Lepas isi arrival form terus tidur dan sedar-sedar dah nak sampai.

Tips:
* Kalau nak add on luggage or meal, make sure more than 24 hours before departure. Kalau nak check in online tiada masalah..

Sebaik sahaja mendarat, turunkan semua hand luggage, terus masuk ke arrival hall dan rupanya airport GC ni kecik je lebih kecik dari LCCT dan lebih kurang Airport Guilin, China. Sebelum masuk ke kawasan kaunter immigresen akan lalu kawasan DUTY FREE dan dalam beratur tu sempat jugak kawan JM tu rebat lips gloss kalau tak salah. Terdapat 2 lorong yang mana satu lorong untuk rakyat Australia dan New Zealand dan satu lorong lagi untuk foreigner dan pastikan berada di lorong yang betul.
Banyak 'alcohol' kat sini
Sampai sahaja turn JM di kaunter Immigresen tu, terus hulurkan passport dan arrival card (dalam hati tu berdoa lah jugak supaya tiada masalah walhal dah tahu tak bawak barang terlarang, buat apa nak risau kan). Then pegawai imigresen tu tanya JM, what type of medicine that you have, so JM pun tunjuk lah sepapan panadol...it's for me..pastu pegawai tu P pada arrival card tu. Selesai sudah satu part dan belakang kaunter tadi terus ada corousel untuk ambik luggage dan beratur lagi untuk pemeriksaan kastam.

Semasa beratur tu, seorang pegawai kastam datang kepada setiap orang, maybe nak cepatkan proses pemeriksaan kan, so dia minta arrival card dan tanya ada bawa raw food tak like meat, vegetables, fruit, milk..dan of course lah kami jawab tak bawak kan. Pastu dia tanda sesuatu pada arrival card tu. Kami beratur lagi dan sehingga lah sampai kepada pegawai yang menunggu di lorong yang di tanda 1, 2 dan 3. Sampai sahaja giliran kami, hulurkan arrival card terus dia cakap proceed to lane 1. Pada mulanya kami tercengang jugak, kenapa beberapa orang sebelum kami ada yang masuk lorong 2 dan 3, tiba sahaja giliran kami perlu masuk lorong 1 pastu ada sign EXIT. JM sempat skodeng another two lane, memang ada kaunter untuk selongkar beg dan ada juga anjing kat situ..fuhh..memang kami selamat lah kan.

Kemudian JM cuba toleh ke belakang tak ada pulak yang follow...tak nak pikir panjang kami pun jalan seperti diarahkan. Sekali...taraaaaaaaaa...rupanya itu adalah lorong untuk tourist yang tidak bawak barang terlarang..hooyeeee selamat (terdetik jugak dalam hati, kalau bawak roti, milo, gula, tea, nescafe mesti lepas kan). Keluar sahaja dari kawasan tu kami nampak kaunter ni.

Ingatkan nak beli Go Card kat sini rupanya salah kaunter
Kami bercadang nak beli GoCard (kad yang akan digunakan untuk naik bas menggantikan tunai) di kaunter ni, lepas ditanya rupanya bukan di sini tetapi another kaunter.

Kat mana kaunter yang jual Go Card tu, meh JM bagi direction :

1. Keluar sahaja dari kawasan kastam tu, gerak arah ke kanan
2. Akan lalu hadapan kaunter domestic flight check in seperti gambar di bawah
3. Terus jalan ke hadapan dan akan jumpa kaunter Shuttle di sebelah seperti gambar di bawah
4. Beli GoCard di sini dengan bayaran deposit AUD10 dan kemudian add on value berapa kita nak untuk di gunakan semasa tambang bas nanti.

Nampak tak laluan ni, jalan je terus ke hadapan, sebelah kanan kaunter domestic check in
Kaunter ni ke?..no..no..belum lagi..kaunter yang lagi satu
Inilah kaunter untuk beli Go Card tu..nampak sama seperti yang pertama tadi kan..sama tapi tak serupa heeee

Apabila selesai beli Go Card dengan bayaran deposit AUD10 dan add on value AUD40, kami keluar menuggu bas no 702 dan lebih kurang jam 9.50 bus pun sampai. Angkat semua beg masuk bas, pastu terus gerak sebelum tu sempat ambik gambar (itu perkawa wajib tu heee). Lebih kurang jam 11.50 kami sampai di hotel seperti direction yang JM berikan kat atas tu

Kat mana nak tunggu bas?

1. Bertentengan dengan kaunter tadi ada pintu keluar
2. Keluar ikut pintu tu dan akan ada deretan teksi yang menunggu penumpang
3. Tunggu bersebelahan deretan teksi tadi  dan pasti ada tanda bus stop seperti gambar di bawah.
4. Jika menginap di area Surfers Paradise, pastikan naik bas bernombor 702

Kat sini lah tempat tunggu bus no 702 untuk ke Surfurs Paradise
Setiap bus stop terdapat Bus No dan Time Schedule
Ini lah Go Card
Alright!! Bus already arrive..let's go
Ehh..JM sorang je ke..taklah..4 orang..yang lain ada kat belakang kamera :-)
Kepada sesiapa yang baca entri berkaitan preparation accomodation in CG, mesti dah tahu kami akan menginap di Islander Resort, Surfers Paradise. Lokasi hotel ini amat menarik dan JM highly recommend kepada sesiapa yang ingin menginap di sini. Nak tahu kenapa ia menarik nanti JM cerita.

Direction to Islander Resort, Surfers Paradise from Airport:

1. Take bus No 702
2. Guna Go Card untuk tap pada mesin tambang bas (jgn lupa tap semasa naik dan juga turun)
3. Bas dari dan untuk ke aiport ada kemudahan untuk simpan beg seperti bas A21 dari airport HK (boleh lihat dalam gambar di bawah)
4. Last stop adalah Zone 14 - Surfers Paradise bersebelahan Apple Park, Vibe Hotel dan bertentangan dengan dengan bangunan tinggi Circle on Cavill sebelah kanan. Kalau dah nampak bangunan tu, so boleh turun kat stop ni. Sebelah kiri adalah Apple Park, ada air laut.
5. Dari stop ni, cross jalan ke arah bangunan Circle On Cavill
6. Berjalan terus ke arah kanan sehingga sampai bus stop sebelum traffic ligt
6. Dari persimpangan traffic ligt ni, belok ke kiri, jalan terus ke hadapan akan nampak Islander Resort Hotel

Sepanjang perjalanan dari airport ke Surfers Paradise akan melalui jalan highway tapi ia seperti jalan biasa di Msia dan JM sempat lihat had laju bas adalah 60-70km/jam dan beberapa kali berhenti di bus stop dan juga traffic light. Oleh sebab itu, tempoh masa perjalanan lebih kurang 1 jam untuk ke hotel. Apa yang JM boleh gambarkan di sini adalah udara dan cuaca di GC sangat bersih, langit biru dan walaupun matahari tarik tetapi seperti berada dalam aircond. Ini kerana travel on winter time dan udara akan bertambah sejuk menjelang jam 6.00 petang. Kalau di Msia jam 5.00 petang masih terang benderang kan tetapi tidak di Australia kerana jam 5.00 petang seperti jam 7.00 malan di Msia dan kebanyakan kedai tutup seawal jam 5,6 dan 7 mlm kecuali pasaraya Woolworth kalau tak salah JM jam 10 mlm.

Dari airport, pastikan stop kat sini -Surfers Paradise, sebelah kanan bangunan Circle on Cavill
Inilah adalah bangunan Circle on Cavill sebelah kanan bus top
Ini adalah Apple Park sebelah kiri bus stop
Follow sahaja direction yang JM bagi tu, akan jumpa Islander Resort Hotel
Sampai di hotel lebih kurang jam 11.50 pagi, so pihak hotel tidak benarkan untuk check in kerana polisi semua hotel di Aussie, check in jam 2.00pm dan check out jam 10.00am. So we leave our luggage kat bilik stor hotel tu sebab tak nak buang masa coz petang ni kami pelan nak ke Brisbane. Apa yang best kat sana..nak tahu perlu tunggu next entry ye.

Rasa macam dah banyak tulis, kalau lagi panjang tulis lagi bosan nak baca pastu scroll tengok gambar je heee. Kalau tak baca keseluruhan entry ni memang rugi coz banyak info kat sini terutama kepada traveller yang baru berjinak-jinak nak travel secara backpacker.

Total cost :
1. Go Card (Deposit AUD10 & Add Value AUD40) = AUD50
2. Tambang dari Airport ke Surfers Paradise stop 14- Green Zone = AUD4.68

Nanti JM sambung story perjalanan ke Brisbane.

71 comments:

  1. JM,

    teruskan menulis...detail semua info JM bagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a, kalau DATT nk ke sana nanti boleh refer sini :-)

      Delete
  2. wahhh...bestnya..saya pun plan nak ke sana tahun dpn..bolehlah jadi panduan nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoyeeee best tempat ni, mesti pegi. ..nk jdkan panduan?bole boleh d alu alukan :-)

      Delete
  3. Seronoknya baca blog awak jarmanis.. tapi saya taklah mampu seperti awak. Apa pun jemputlah baca pengalaman saya naik Sukan Luncur Udara - paraglide =)

    Romantiknya nya Dating Berdua Di atas Langit =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimak asih Mas, Tak mampu?..HM pun menabung nk pegi sini ;-)

      Wahh..mcm best tu nanti JM terjah

      Delete
  4. teringat waktu kat airport GC dlu. pegawai tu pun suh proceed ke Lane 1. terkejut gak. tp buat2 cool jela. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...org gentleman perlu cool..tak perlu gelabah

      Delete
  5. Tu dia..dah sampai dah entry yg paling ditunggu2..hehhe
    Nak g timbang tabung la dah berapa kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh Syeida leh pergi nyer..lebih kurang kos ke NZ kan

      Delete
  6. Erm... baru baca entry mukadimah pun dah khusyuk dibuatnye. cer citer lagik! leh jadi panduan nanti. Insyallah akan menjejakkan kaki ini juga ke sana. Best-best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboi..khusyuk katanya..leh caya ke nok heee

      Aha..boleh..boleh..kalau ikut guide JM mesti tak sesat heee

      Delete
  7. wow best.. Liya baca setiap patah perktaan yang JM tulis.. hehheee.. tak sabaq nak tunggu sambungan kisah ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woow witt..setiap patah perkataan tu yg tak tahan tu heee..keep on reading..kalau bosan pegi buat air milo..baca sambil cicah biskut heheeheh

      Delete
  8. haaaa... route yang saya nak buat nanti!! ley simpan entri ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..dah ada plan nampak..ok2..boleh2..nanti nk baca versi Zette pulak :-)

      Delete
  9. Tu dia, laporan sudah mari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..mie tukar jd paklang pulak..hahaha

      Delete
    2. Zila, den dah tuo... hehe

      Delete
    3. Pang Lang?..tgk profile pic cam kenal..En Mie ke tue..pesal tetiba tuko nama..tak glamour aaaa..heeee

      Yeeerr..laporan mggu ini..mggu depan laporan lain pulak..jgn tak baca heeee

      Delete
    4. JM, kan den dah kato den dah tuo... sesuailah tu... hehe

      Delete
    5. Hiks....JM yg mudo laie ni (perasan)..anak saudara panggil Mak Long..camno tu heeee

      Delete
  10. Replies
    1. Yong...Woow..cepatnya..dh minta next yer..jap JM perlu cari ilham nak karang nih heeee

      Delete
    2. JM

      Bila nak ke Kashmir ? Ada plan dan masuk dalam wish list tak utk ke sana ?
      Kalau la ada akak nak tunggu JM pi sana la then boleh refer urs...mesti lengkap punya... hehe

      Delete
    3. Yong ASP,

      Kashmir? belum ada planning lagi..apa yg menarik kat sana..
      Hahaha..itulah cara JM menulis

      Delete
  11. 1 huruf pon xtggal bc entri khusyuk giloss..ogoshhh sydney bila la nk smpai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aih..biar betik Ayu..ye ker..harap2 Ayu faham lah ye apa yg JM ngomelkan kat sini..

      Enjoy ur reading tau..lagi enjoy sambil minum nescafe :-)

      Delete
  12. Murahnya tiket ke GC RM598 pergi balik. Antara GC,Sydney, Perth dan Melbourne,mana yang lebih best untuk dikunjungi sebagai permulaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Mad, JM pergi CG balik dari Sydney..so JM belik tiket one way je ke GC tu..kalau return maybe mahal sikit

      Berkenaan 4 tempat ni JM tak boleh nk jawap which one better to visit first coz masing2 ada attraction tersendiri tapi JM belum pernah sampai Melbourne. First time pegi Perth, second time CG n Sydney..antara 3 tempat ni Sydney is the best among three coz maybe akan ada misi repeat this place :-)

      Delete
  13. walllawehh JM..detail giler ni..hahaha..senang nak refer kalo2 terbeli AA..hehehe. Bus yg JM naik tu xde beza ngn bus sy naik time kt melbourne dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila,
      Of coz lah perlu detail..nama pun blog panduan kepada traveller yg baru2 berjinak nak travel secara backpacker katanya heee...sbb JM selalu pegang prinsip "Jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita"

      Ye ker..maybe bus tu dari syarikat yang sama kan..bila agaknya turn JM ke Melbourne plak, tgk gambar Zila kat sana mcm best jee

      Delete
  14. Haizzz rindunya nak g Gold Coast balik...teringat time pas keje terkejar2 nak ke pasaraya Cole kat broadbeach cos sume kedai situ tutup awal jam 5ptg..pasaraya cole.je tutup jam 7mlm...rindu sgt2 la dgn suasana kat sana...keep on jm tak sabar nk baca n3 seterusnya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah seronok kan kalau dpt kerja dan tggal kat sana..JM rasa tenang je wlupun tak lama kat sana..udara segar, environment yg tenang, langit biru, org bwk kenderaan pun tak aa kelam kabut cam kat msia ..kiranya cam nk migrate lah ke sana..tapi apakan daya :-)

      Yeah..next entry..tggu..JM perlu cari idea nak menulis heee

      Delete
    2. Kannn sopan2 pemandunya...kalo nk jalan tanpa selipar pun oklah sepanjang dr broadbeach smp ke surfer beach tu...bersih n nyaman..haizzzz rinduuu sgt2

      Delete
    3. Ha'a pasir bersih, halus dan sejuk wlpun cuaca panah..mmg heaven lah heee

      Delete
  15. Waaa yg ditunggu dah sampai. Tak sabar nak baca citer jm ni. Paling tak sabar citer sydney ler sebab asyik bagi teaser gambar kat situ jek. Ok..akak sabar menanti dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ita, heee...teaser Sydney je lah coz dpt line internet free...teaser GC tak boleh buat coz tak ada line free..tapi GC pun best jgk..nanti JM citer :-)

      Delete
  16. perghhh...... perancangan setahun punya, haih

    ReplyDelete
  17. Huuu kalu saya travel.. milo tu wajib la bawak.. nak2 lg air kotak kecik kiut tu.. kalu tak bawak, jd mcm 1kekuranan plak hehe.

    Oh awalnya waktu check out dorang... 10pg huhuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Dekdaa, JM ni kalau travel negara yagn tak restrict baba makanan ni mmg tak kan lupada bawak milo n nescafe 3 in 1 tu..mudah kan..tpi Aussie ni susah sikit..kang tak pasal2 kena rampas..so ikut luck lah :-)

      Ha'a..check out awal check in lambat..sib baik leh leave luggage..

      Delete
  18. eeeee pandai JM suspenkan kitaorang eeeh
    Okey dah tak sabar nak baca next entry!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiks..ada unsur2 suspend sikit baru best..tak lah mendatar je citernya..heeeee

      Delete
  19. JM, satu entry yang cukup padat serta tepat dan berguna utk melancong ke GC. Rasa mcm nak booking tiket ke GC skrg juga..(goncang tabung ayam dulu..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheehhe...kelakar je tau...baru intro je terus teruja nak pegi GC tu..belum masuk citer Sydney lagi..mesti hari tu baca hari tu jgk nk beli tiket ahahah...

      Tak perlu tggu tabung ayam..ada tu duit simpan kat mana2 bank tu..leh kuarkan sikit..nanti menabung semula :-)

      Delete
  20. bila bace entry ni,rindukan gold cost n brisbane sangat2..teringat beg TA kene selongkar, milo,mushroom soup byk jugak la kene rampas..nasib baik serunding daging,kiteorg ckp serunding ikan..klo x makan nasi xberlauk laa...mesti best kan JM pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..Bella dh pernah sampai sana eh..pesal tak update dlm blog..kalau tak leh citer kes kena selongkar beg tu...seram pulak dgr...dorang camt tahu2 je JM tak bawak milo :-)

      JM ni kalau bab berjalan ke mana2 destina semua best heee..patutlah tak sudi hantar alamat tuk ole2 hiksss

      Delete
  21. JM pon tau kan TA punye blog camane,berhabuk bagai..hahaha dah lama la TA pegi.. kiteorang memang dahtahu barang ada susu takboleh bawa..tapi degil,nak cuba..kann..dah kene selongkar habis..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik kan...camna dorang tahu yg kita bwk barang terlarang..

      Delete
  22. dh alang2 bwk rice cooker tu nape JM tk bwk beras sekali yerk..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. luggage over weigth :-) pastu nk try mkn beras dari Aussie

      Delete
  23. JM, thanks for sharing step by step..boleh wat rujukan nanti kalau nk kesana nanti..kes anjing hidu bag tu memang takleh blah..tp nk wat caner dah prosedure dorang camtu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..nanti kalau nk ke sana leh refer sini in shaa allah tak sesat hiks..

      Itu lah..nasib baik kami tak perlu ke lane tu..kalau x susah nk kena samak bagai nanti

      Delete
  24. Saya akan ke sana nov ni n stay kat islander gak.thanx sgt coz bg detail camna nk ke hotel from airpot.tkyah la susah2 nk gogle.suka baca blog JM.perfect

    ReplyDelete
    Replies
    1. OH yer ker..seperti org mengantuk di sorongkan bantal lah ni...ehehe..yer follow je direction yg JM bagi ni..in shaa Allah tak sesat..keep on reading yer..

      Delete
  25. tiba2 malu pulak dgn Kak JM.. sebab kenapa boleh tak komen kat sini.. padahal dah baca huhuuu...

    Harga RM299.00 all in tu memang standard ek.. kalau dapat dah price or below just grab je la ek.. :D
    Bagus jugak entry nie sebab lagi 3 minggu akan untuk pertama kali guna AirAsia hehehe.. byk juga boleh dan tak boleh sebelum 24hours..

    Syukur lah Kak JM dapat masuk line 1.. sy pun dalam sejarah travel.. belum pernah lagi kene selongkar atau kene check dengan kastam :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,

      Komen masuk bertalu2..tgh freee ke ni..anak saudara tgh tdo ehh...hikss

      Loh..tak semestinya dah baca wajib komen..sabor je tau....more 3 week?..aha..ke mana tu..ke negeri di bawah bayu eh....akak pun menunggu next trip ujung bulan 10 nanti.

      Alhamdulillah..semua tu bergantung kepada LUCK dan kalau kita selalu ingat Allah sentiasa bersama kita..semua akan berjln lancar ..ye dokk

      Delete
    2. oh sorry la membuat komen masuk bertalu2 :D hehehheee.. bukan selalu ye dokk ..
      Insyallah.. Saya akan ke Borneo insyallah serang 4 jajahan terus hehhee..

      betul tu.. allah jua lah yg membantu para hamba nyer :D
      btw mana lagu2 sedap kat blog Kak JM nie?

      Delete
    3. Ha'a lah..baru perasan...mana pulak hilang nyer lagu tu..ok2 nanti akak check..

      Delete
  26. Bila agaknya dapat jejak kaki ke sana ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal : kalau nk pegi tp tak de org teman...roger je JM :-) tapi bila nk dpt pegi tu..boleh je menabung dari skrg :-)

      Delete
  27. alamak tadi mcam dah komen, tp tak tau la hilang ke apa.. JM saya nak tanya, kalau naik bas nak turun ke apple park tu, jauh tak nak jalan kaki ke hotel islander tu, sebab saya akan duduk di hotel grand cansellor, berdepan dengan hotel islander tu.. saya bawak 2 orang anak, so nak tau lah jauh ke nak berjalan dr apple park tu.. agak2 berapa km.. dan mmg hanya 1 stop tu je ke kita boleh turun kalau ke surfer paradise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Mimi : aha...tak jauh dalam 500m je...nanti bila stop di apple park tu, this bus stop bertentangan dengan bangunan Cavill kan..then cross the road arah ke Cavill building tu, then gerak arah ke kanan, jalan terus ke hadapan sehingga jumpa another bus stop...dari bus stop tu belok kanan untuk ke Grand Cansellor tu

      Delete
    2. Baru nak tanya soalan ni, sebab bawak byk barang and baby. Btw saya stay kat Islander jgk sbb terpengaruh dgn JM. hihi... Thanks yer JM sbb share details ni. =D

      Delete
    3. Sama-sama Honey..yang baik boleh di jadikan panduan ye..enjoy your holiday nanti

      Delete
  28. Seronok baca bnyak info.. Thanks kak JM

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS