Pages

Tuesday, 21 January 2014

Ho Chi Minh : Last Part

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia,


"Hari ni kami santai - santai je....JM ke mana tu..nak tahu?..teruskan membaca ye"

Ini adalah kisah kami pada hari kedua...ye pada hari kedua..nak tahu tak ke mana kami pada hari ni..aha..kami tidak ke Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel, sekadar pusing-pusing sekitar town sahaja.

Keluar dari hotel seawal pagi, keluar lambat nanti rugi kerana masa itu amat bernilai..terus singgah di restoran Hajah Basiroh untuk makan nasik lemak dan Murtabak Vietnam yang sedap tu. Oleh kerana sedap, JM tapau murtabak sebagai bekalan bila lapar nanti. Destinasi pertama kami pada pagi ini adalah ke Russian Market...pernah dengar tak..ada tak sesiapa yang pernah ke sana..meh JM kongsi sedikit info berkenaan tempat ni.

Russian Market
Lokasi/Address :
Central Garden Complex,
225 Ben Chuong Duong Street
District 1
Ho Chi Minh City, Vietnam

Merupakan tarikan terbaru di HCM yang terletak dalam sebuah bangunan, tetapi kawasan jualan merangkumi 2 tingkat sahaja. Terdapat pelbagai jenis pakaian BERSAIZ BESAR terutama baju sejuk (Winter Coat), t - shirt, pakaian kasual, kasut, hangbag, luggage bag, cenderahati, pakaian kanak-kanak, jaket yang berkualiti dan sport wear yang boleh di dapati dengan harga yang rendah. Amat sesuai untuk mereka yang berbadan besar. Banyak saiz di sini dan harga boleh tawar menawar.

Opening time : 09.00 am - 10.00 pm
Urusniaga : Hanya menerima USD dan Dong sahaja
Rate Dong di HCM, 1 Juta Dong = RM152..jika rasa rate di Msia mahal..boleh tukar di HCM
Semasa ke sini USD1 = RM3.01 TAPI sekarang USD1 = RM3.30 (UWWaaaaaa)

Bagaimana nak ke sana : Teksi Vinasun sentiasa ada di depan Hotel atau simpang jalan. Bagi sahaja alamat atau cakap je Russian Market, mereka akan hantar ke sana dan tambang lebih kurang VND40 - VND50 sahaja. Masa perjalanan lebih kurang 5 - 15 minit menaiki teksi.

Kalau nak balik nanti naik je teksi kat sini
Ini lah Russian Market tu
Nampak lengang je kan - ye lah kami sampai awal dalam jam 9.00 pagi
Buka je main entrance terus masuk hahaha...nampak tak ada kedai yang tak buka lagi
Ini lah antara pakaian yang di jual
Masuk tandas ada notis ni, siapa boleh tolong translate - yang JM tahu ada perkataan Toilet di situ..kenapa tak di tukar ke perkataan Vietman...curious tak...
Hahahaha...korang perasan, notis dalam TOILET pun JM ambil...ye lah bukan apa...dalam banyak-banyak perkataan tu tetiba je boleh tulis TOILET ...curious gak eden.

Almost 2 hours kami di sana dan balik semua ke pasar bent than dengan teksi Vinasun kadar tambang VND35,000. Simpan semua barang yang telah di beli di dalam bilik hotel kemudian kami keluar semula untuk ke Independence Palace dan War Museum

Independence Palace dan War Museum

"Independence Palace (Dinh Độc Lập), also known as Reunification Palace (Vietnamese: Dinh Thống Nhất), built on the site of the former Norodom Palace, is a landmark in Ho Chi Minh City, Vietnam. It was designed by architect Ngô Viết Thụ and was the home and workplace of the President of South Vietnam during the Vietnam War. It was the site of the end of the Vietnam War during the Fall of Saigon on April 30, 1975, when a North Vietnamese Army tank crashed through its gates"

Kenapa kami nak ke sini eh...saja nak menghabiskan masa yang ada kerana duit sudah habis untuk shopping hahahaha senang je jawapan nya kan.

Nak tahu tak bagaimana nak ke sini eh..mudah je...jalan kaki tak perlu naik teksi :

1. Sebelum ni JM bagi direction untuk ke kedai kain Haji Halim kan..ingat lagi tak dalam entry part2
2. Ok...dari kedai Haji Halim tu terus jalan ke hadapan, jalan belok-belok walaupun jumpa simpang 4 jalan terus je ke hadapan. Kiranya semasa berjalan nanti kedai Haji Halim akan berada di sebelah kanan.
3. Berjalan terus sehingga jumpa simpang 3
4. Jika ke kiri akan jumpa dereta kedai sport wear dan jika ke kanan jumpa War Museum
5. Untuk ke Independence Palace pulak, dari War Museum tadi jalan je terus ke hadapan sehingga nampak main gate dan entrance booth.
6. Boleh refer gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Dari kedai Haji Halim dan Serai Restaurant berada di sebelah kanan jalan
Apabila jumpa simpang 4 - Mattana ni jalan je terus ke hadapan, bangunan mattana akan berada di sebelah kanan
Akhinrya akan nampak simpang 3 ni, jalan terus ke hadapan arah pokok-poko besar untuk kedai Sport Wear dan ke kanan jika nak ke War Musem
Jika ke kanan akan nampak pintu masuk ke War Museum
Ok..kami akan ke Sport Wear dahulu, nampak lelaki-lelaki dalam gambar di atas di persimpangan jalan tu, kan ada sorang lelaki tu tanggung sesuatu dalam kotak tu...nak tahu apa kaitan beliau dengan kami...ahakss...sila lihat gambar di bawah.

Penjual air kelapa rupanya - berat oooo tanggung benda ni
Semasa di simpang jalan tadi dia cakap kat depan tu War Museum tanap di soal, kami pun senyum je lah tanda setuju walhal dah tahu pun, kemudian dia follow kami semasa melintas jalan..ehh..kenapa ngan mamat ni kan..pastu rupanya dia minta kami beli air kelapa muda tu..manis katanya. Kami menolak dengan baik kemudian dia minta kami bergambar dengan beliau..ehh..kami bukan ARTIS hahaha. Oleh kerana memang tak ada lagi muka JM entertain dalam gambar sebelum ni...JM setuju je lah...ahaha...teruk kan.

Let's go kita ke sport wear...

Sport wear shop
Dari Sport Wear Shop ni kami terus gerak ke War Museum dan Independence Palace dan tak nak cerita panjang kita lihat gambar je lah ek.

Visiting Information

Open Hours: 7:30 a.m. to 5 p.m. daily
The ticketing window closes from 12 p.m. to 1:30 p.m.
The last admission to the museum is at 4:30 p.m.
Entrance Cost: 75 cents (100,000 VND - 15,000 VND)

War Museum
Indipendence Palace Entrance
Sebenarnya JM nak ambik gambar mamat hensem ni heee
Nak masuk dalam palace perlu ada tiket ye beli di main entrance..kami tak masuk..so ambik gambar kat luar je
Gambar - gambar sekitar Indipendence Palace dan War Museum
Saigon Notre - Dome Cathedral dan Saigon Post Office

Ini adalah antara tarikan yang terdapat di Ho Chi Minh, so let's go kita bergambar di sana.

Caranya :
1. Dari entrance Independence Palace tu, cross jalan dan melalui taman/park
2. Jalan terus je ke hadapan sehingga jumpa Notre Dame sebelah kanan
3. Post Office terletak bersebelahan dengan Notre Dame

Dari entrance Indepence Palace tu, akan nampak simpang 3 yanbg besar ni, cross jalan untuk melalui kawasan park
Jalan seperti mereka kat atas tu
Ramai yang beriadah dan ada yang menjual makanan
Mengantuk auntie ni menunggu pelanggan

Ini lah Notre Dame yang menjadi tarikan pelancong tu
Post Office terletak bersebelahan sahaja dengan Notre Dame ni

Saigom Post Office menjadi tarikan pelancong kerana senibina di dalam nya sangat cantik dan klasik
Kepada peminat dan pengumpul fridge magnet seperti JM boleh beli kat sini ye harga pun agak murah berbanding yang di dijual di pasar ben than.

Dari Post Office ni  5 minit  berjalan kaki boleh sampai ke Hard Rock Cafe Ho Chi Minh. Biasanya bagi mereka yang minat betul dengan t-shirt HRC ni, jika ke mana negara pun mesti cari kan, so untuk tidak menghampakan mereka, meh JM kongsi direction untuk ke sana secara bergambar.

Dari pintu masuk pos ofis tu jalan ikut arah seperti motosikal tu
Jalan sehingga nampak simpang ni, so masuk simpang ni jalan terus ke hdapan lagi
Dari jauh akan nampak bangunan ni
Dah sampai di HRC No Chi Minh, Vietnam....dekat je kan
Selesai sudah aktiviti kami pada hari kedua,  sebelum balik hotel siggah sebentar di Serai Restaurant. Masakan di sini bagi JM sangat sedap dan dari segi harga..no komen boleh lihat sendiri ye.

Ini lah pemilik Serai Restoran tu...ada sesiapa kenal tak, beiau dari Kajang Selangor
Nampak tak...kat Menu ada gambar KLCC tu 
Cer lihat harga makanan dan minuman kat sini
Antara dekorasi yang ada kat dalam ni..nampak tak tu bendera Malaysia
Ni antara menu kami berdua...jom makan..nyum..nyum
Sampai sahaja di hotel rehatkan badan dan mulakan aktiviti packing barang kerana esok pagi sudah mau pulang ke Malaysia. Masa penerbangan adalah jam 10.30 pagi, so agak rugi di situ kerana jika flight petang boleh jalan-jalan lagi kan.

Pada sebelah malam kami keluar menghabiskan masa pegi ke night market dan pegi SPA teman kawan JM buat medicure dan pedicure. Dalam perjalanan ke sana JM di tegur oleh seorang lady ni orang Vietnam dan dia tanya Where r u from...JM jawab Malaysia...pastu dia cakap be carefull with your things...sebab time tu JM sedang pegang TAB...dia minta masukkan ke dalam bag...thanks young lady...

Keesokan pagi selepas bersiap dan check out terus gerak ke airport...tidak perlu risau kerana depan hotel telah tersedia menanti teksi Vinasun, cakap je nak ke International Airport.

Bye-bye Ho Chi Minh dan maybe JM akan ke sini lagi

Ini adalah entri terakhir untuk bulan Januari...kita jumpa lagi bulan Februari nanti ye...Wasalam

83 comments:

  1. wahhh banyak baju size besar??menarik ni....hehehe haish JM ni buat org runsing laaaa......bila nak pi vietnam ni....hehehehe mmg teringin nak pi war museum, post office tu...haish la....

    ehem nak pi mana tu JM smpai februari baru balik?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..DJ...tempat tu mmg amat sesuai sgt ngan DJ tau coz size mcm JM ni kurang huhhu

      Ahakss..buat2 tanya lah dia ek..heee...geletek sikit

      Delete
    2. hehe jadi ke JM ambil ngn budak zack tu?happy holiday JM....jeles tau....hehehe

      Delete
    3. ala..DJ tak jadi coz JM dapat yang lebih murah sikit..beza dalam 10USD...tapi nampaknya si Zack tu mcm agak kecewa lah huhhu

      alaa..jgn lah jelez2..DJ pun sedang menghitung hari kan heee

      Delete
  2. jauh perjalanan JM
    akak tak sampai lagi ke Russian Market dan jugak Hard Rock tu dgn berjalan kaki
    nntilah gi sekali lagi kita terjah semua ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..ye ker kak...kalau mcm tu mesti hajak Cik Viva kali ni..jalan ramai2 baru best...tak lah rasa penat..tak jauh pun..jln sambil borak..tgk2 dah sampai

      Delete
  3. notis tandas tu maksudnya jagalah kebersihan TOILET kita. mmg toilet dah diwartakan sbg bahsa viet sejak tahun 1970-an lagi *matilah tipu

    ya ampooonnn popiah viet!! kat kedai makanan halal la dpt merasa popia viet kan..kalau popia viet ori..dorang letak daging pork..
    sup tulang/ekor menyelerakaann!

    bangga dengan orang kita berjaya buka biznes sampai ke luar negara...alhamdulillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Na na na na na na na...ada bunyi rentak lagu tak..eeeh...NANA!! Hamboi pandai dia ek..naper thn 1970 bukan 71 ke 72 ke heeee

      Ye betul dua2 menu tu mmg marbelus..lebih sedap dari sup buntut di kedai uncle K..tul tak abg Supermeng hahaha

      Ha'a...bila kita nk try buka restorn kat sana eh..mesti laris gila..kita letak nama Nana Manis :-)

      Delete
  4. aritu x sempat nk pergi russian market....

    geram tgk kain pasang...lawa2....ni yg rasa nak g borong n nak jual kat kl
    hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..kenapa tak sempat..kalau cam tu kalau ada next trip pegi tau hiksss

      Ha'a..betul tu...kalau bawak balik jual kat KL ni mesti habis :-)

      Delete
  5. nampak dah buleh jual air kelapa di HCM tu...

    mcm pakar je angkat bakul berat tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berattt ooo abang...mcm mau patah bahu huhuh..tak aci org tu paksa JM heeeee

      Delete
  6. kali ke 3 pegi pun saya tak sempat ke Russian Market..Air kelapa saya minum hari tu mahal, ketuk harga betul.Siap suruh ganti dia pikul kelapa tu dan bergambar.Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...rugi aaa tak ke Russian Market tu ..kalau tak leh beli winter coat murah2 hee..perlu pergi lagi lah tu heeee

      Ohh..KD pun pernah kena eh..minta bergambar...ahaha..kesia dorang tak ada org nk bergambar kan...berapa dia jual..hari tu dia cakap 1USD..tapi kami tak beli

      Delete
    2. dia mintak 150 ribu dong tp tak bg pun

      Delete
  7. kali ke 3 pegi pun saya tak sempat ke Russian Market..Air kelapa saya minum hari tu mahal, ketuk harga betul.Siap suruh ganti dia pikul kelapa tu dan bergambar.Hihihi

    ReplyDelete
  8. Waaaaaaa rupanya bnyak lagi tempat yg akak belum pergi....ruginya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak MP...ye ker...ok..ok..tapi yg penting bukan tempat shopping kan..kalau tak pegi tempat shopping mmg rugi..kalau tempat lain dari tu tak lah ralat sgt kan heee

      Delete
  9. Ni yg terasa mcm nak g je melawat HCM.. hehe.. tp nak bw entry sis JM sekali sbb blh buat reference nnt. hehe.. gurau2 je sis.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks....boleh..boleh..check in hotel yg dapat free WIFI..pastu mlm2 study dulu esok baru kluar heeee

      Delete
  10. wah hebat org malaysia siap bukak restoren kat sana yerrr... pak cik juai ayaq nyok tu mcm sporting gila ja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..bila kita nak try nasib gak eh..haha...modal tak de cakap byk kan ehehehe
      Pakcik?..ehehe...muda lagi tu...ha'a..mmg sporting..dia yg suruh JM pikul benda berat tu...aduhhh

      Delete
  11. kalau ke sana nanti, boleh cari Serai Restaurant tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi standby duit lah ye,..makanan sedap tapi mahal pastu ada service charge 10%...huhuhu

      Delete
  12. Hmmm...dah agak bila tetiba nampak sampai 2 gambar mamat berdiri kat rumput tu. Memang sah JM! Skodeng adalah nikmat kan.

    Mak aiii Feb baru nampak ye. JM gi negara sebelah 'kampung' saya tu ke? Or ada lencongan sebelum ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks...Bie...org ensem2 ni kalau tak tengok rugi tau...tak dpt tgk pun jadi lah heee

      Aha..yg sebelah kg tu lambat laie...pegi yg dokek2 dulu..1 countries but 2 cites..ala..Bie tahu tempat tu

      Delete
  13. pasni nak g lagi ke JM? nak ikut gak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah akak...tapi bukan dalam masa terdekat ni..akak nk join sekali...boleh..no prob :-)

      Delete
  14. Wah...syurga membeli belah.....boleh le buat pakej ke sana ? taukeh jalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..bila sebut HCM mmg sinonim dan syurga shopping...buat pakej?..ada ke org nk join hiksss

      Bila nk update citer HCM..saudara MKL dah ke sini kan dulu :-)

      Delete
  15. 1. Ms suka dengan lagu dlm blog nie....baru sekarang perasan
    2. Wah kat sana pun ada Russian market...ada winter coat! so kesimpulannya kena pegi sana hehehe
    3. Bangga anak malaysia ada buka kedai kat sana..sup dgn popia tu memang nampak sedap
    4. Nampak gayanya ramai yg nak join jm ke sana.....mesti meriah kan
    5. Ms pengemar tshirt HRC....satu lagi sebab harus ke sana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRS...JM suka sama kamu...baca dari A- Z heeee
      1. Mmg betul lah Ms baru perasan sebab JM baru tukar semalam..mestilah sebelum ni tak perasan heeee
      2. Ha'a..kalau nk ke negaa sejuk dan nak cari winter coat murah2..sinilah tempatnya..tapi kalau saiza Ms..kurang sikit :)
      3. Mmg sedap..sup tu marvelous..cam mkn masakan sendiri (mcm lah pandai masak) dan popiah tu..ohh..terangkat..lembut, manis, sedap....mcm2 lah....rasa
      4. Ahaksss...Ms nk join pun boleh..bila Ms beri bg tahu JM...boleh je nk jd tour guide..FOC hikss
      5. Aha...dh ada byk reason tu...harus pegi ni...

      Delete
  16. Wah ramai betul kak Bedah yang nak join JM ke HCM... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lang Mie tak nak join ke..jom lahh...jom lahhhh...kalau PLM join mesti lagi meriah

      Delete
  17. Replies
    1. peg pegi...BEST sgt.....mesti lagi tak sabar bila JM ckp camtu kan..BETUL tak tipu heeee

      Delete
  18. muka JM pn mmg cm chinese sikit, kalu jalan2 galas kelapa mmg nmpk mcm org vietnam btol la..hihhiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahakss..ramai yg ckp camtu..kalau Zura tgk muka bapak JM..lagi lah...macam komunis hahaha..muka garang
      Hahaha..no wonder org Vietnam suka sama JM...ahaks..JM pun rasa bila tgk gambar tu..ehh aku nampak cam minah Vietnam pulak...

      Delete
  19. kemungkinan ke sini lagi kah??ok ade chance nk ikut nih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fizah yang ayu hee...ahaks..in shaa allah kalau ada peluang nk pegi lagi..Ramai betul nk ikut..So kalau JM nk pergi nanti JM war warkan dalam blog..respond tau nanti :-)

      Delete
    2. Baik boss roger n out teheee ;-)

      Delete
  20. Alaaaaa JM,

    Haritu tak pergi pon Russin Market ni sbb rasa cam sama je dgn market lain. Pastu cam takde kepentingan. Tetibe nampak ade Winter coat ! Dah la nak guna Feb ni.. aaaaaaa nyesal nyaaa. mesti mUrah kan? T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Linda..ahahah.lagi panjang ala nyer

      Rugi aaaaaaaarghh tak pegi..Winter Coat tu mmg MURAHhhhh...pelbagai size..paling byk size besar..geram je tgk..nasib baik JM dah ada 4 pasang winter coat..takkan nk beli lagi kan...

      Delete
  21. cantik la design post office tuh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul GB, semua tourist mesti akan sggah sini :-)

      Delete
  22. Sampai awal.. kedai pun banyak tak buka lagi.. ni mesti kes nak borong sakan nie di russian market nie hahahaa :D
    War Museuam tu pun menarik ada pesawat tempur lama USA.. eh larat Kak JM angkat kayu jual air kelapa tu? hebattt,, :P

    Apa yang saya perasan ialah betapa bersih nyer bandar di Vietnam nie.. tak nampak sampah dan jalan yang cantik.. terpersona sekejap.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear TT Boy..ahah..ni bukan kes nak borong sakan.tapi kes tak sabor..tak nak buang masa katanya..sekali sampai lambat pulak dorang bukak :-)

      Berat sangattttttttttttt...lebih kurang 10kg...huhhuu tak sanggup

      Ha'a betul tu...cuma motosikal yg byk..sampah kurang...tapi wiring berserabut

      Delete
  23. waaa....part baju size besar tu best...hiiii harus kena pegi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza!!...eheheeh...ye mmg best kalau g tempat yg ada size kita kan..byk design dan color

      Delete
  24. Salam JM,

    Backpack yg kena jual di Russian Market n Bent Thant Market tu, JM ada nampak yg size besar? Mcm backpackers selalu guna tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kosalam Khairul,

      Ada pelbagai jenis, harga dan size backpack di kedua2 tempat tu...so piih je nak yg mana...kecik,besor semua ada..sediakan duit je :-)

      Delete
  25. saya nk kesana pada 8hb Jun ni,,so kalau nk ambil pakej jalan2 ke Delta Mekong dan Chu Chi Tunnel mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bennie : boleh ambil dgn hotel tapi agak pricey..so try ke kedai 'Assalamualaikum' dalam TAKA PLAZA. Tuan empunya kedai tu uruskan pakej ke sana

      Delete
  26. saya nk kesana pada 8hb Jun ni,,so kalau nk ambil pakej jalan2 ke Delta Mekong dan Chu Chi Tunnel mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..Benie : utk pakej ke 2 temapt tu boleh je dgn hotel tempat stay tu..tp biasa mahal lah siit. So kalau nk murah dan termasuk makan makanan HALAL boleh cari di kedai Assalamualaikum dalam TAKA Plaza atau cari Haji Halim di Kedai Haji Halim. Smua info kedua-dua kedao boleh refer dalam entri HCM/blogpost JM..ada letak kan lokasi detail dalam bentuk gambar...boleh refer sana ye

      Delete
  27. Kak JM, sy stay kt lan lan 2..jauh tak nk ke Taka Plaza?last time pi xjumpa pun...so, ingt kali ni pi nk cr gak taka plaza tu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unnie : Akak JM rasa tak jauh....follow je direction map yg akak letak dalam entri HCM nih..landmark adalah Bent than market..easy measy je..mcm mkn kacang :-)

      Delete
  28. Salam kenal jm =)..

    Selama ni silent reader je.. tp kali ni nk tanya, hehe.. selamat x eh agak2 kalau travel solo ke saigon ni? Teringin nk buat tp mcm takut sikit. Huhu

    P/s-rasa2 mcm pernah kenal jm masa zaman aktif forum mesra.net dulu... Nick name jejari manis kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak buat Didi Kar tu :-)

      Aha..kalau nak ke Saigon tu tak perlu risau..dah ramai yg buat trip solo ke sana in sha Allah selamat. Ramai je org msia di saigon so don worry. Tips paling penting sentiasa carefull walau di mana berada even di Msia pun kan :-)..better naik bas dari airport ke ben than lebih jimat...kalau naik teksi pilih vinasun teksi sbb guna meter klau teksi lain tu dorang main letak je price. Lepas ni tak perlu silent lagi..rajin2 lah tinggal komen baru wujud kemesraan heee

      Ahaa..jejari manis tu bukan JM..sbb tak pernah pulak aktif kat forum mesra.net tu..maybe org lain :-)

      Delete
  29. Hai jari manis...pertama kali terbaca tentang russian market. nampk cam menarik gak tempatnya. thanks coz banyak beri direction tentang jalan-jalan di Vietnam.sangat berguna untuk saya sbg panduan apabila ke sana. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Atiera..terima kasih kerana sudi jadikan blog JM sbg panduan. Alhamdulillah niat di hati tulis blog yang boleh beri manfaat kepada reader tercapai :-)

      Delete
  30. akak JM... busy ker? saje singgah sini nak tanye kabor... dah dpt ker poskad dari kite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Aisya Ibrahim : sis JM dh dpt..terima kasih!!!!...leh email address x?

      Delete
  31. Dalam berapa harga murtabak kat hjh basiroh tu, k.JM?
    Ada harga x kat menu?
    Sekadar berhati2:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazeck : hurmm...berapa eh...dh x ingat aroud 6,000 VND kot kalau x salah atau RM2 camtu

      Delete
  32. Macam tu rupanya dorang jual air kelapa.
    Siap jinjing (betul ke word ni?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazeck : bukan jinjing lah syg..itu pikul ahahah...try gak letak kat bahu...BERAT!!!! sgt

      Delete
  33. Ishhh..risau pulak nak masuk toilet kalau dah ada peringatan tapi x faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazeck! hahaha..x de menda lah..masuk je mcm biasa..buang dgn senang hati

      Delete
  34. Tadi ada sorang patient saya pun nak pi Vietnam 30/11/14 ni. Makcik tu x pakai tourist guide. Dia nak pi ngan anak.
    So, saya suggest dia baca blog k.JM.
    Tapi, dia misunderstand ingatkan k.JM travel agent pulak.
    Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shikin!!! sempat promote lagi tu ek hehehe...ohh...ckp je blog travel backpack..panduan kepada yg nk travel sendiri

      Delete
  35. Best sangat penerangan JM. Terima kasih sangat2. 3 entri ni akan saya print untuk bawa ke sana.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanina : ahakss..mmg tujuan tulis as a guide for readers yg nk travel sendiri so happy shopping di sana nanti :-)

      Delete
  36. Russian market pon tak jejak kot hishh rugi betul la..klu ada rezeki nk jln2 sndri je la takyah guna agent

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : hari tu travel agent tak bawak ke sana eh...rugi nya

      Delete
  37. Salam jm...nk tny tahu xpsl shipping...
    Takut jgk tersalah pilih...1lagi hotel pling dkt dgn pasar...blh bg nama hotel tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam En Sukri...shipping? JM x biasa beli alam kuantiti yg byk so x pernah ada pengalaman tu...kalau hotel paling dekat ngan pasar ben than tu..hotel hong hai loang 2 atau saigon pink 2

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS