Pages

Monday, 28 April 2014

Spring at Japan : Ueno Area, Tokyo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat sekalian,


Hoyeee...meh kita tutup buku lama ...buka buku baru yee

Hari ke dua 05 April 2014 (Sabtu)

“Misi mencari Sakura di Ueno Park”

SPRING SEASON MEMANG SINONIM DENGAN BUNGA SAKURA.

Sakura di sana sini
Inilah adalah kami pertama JM join travel bersama 2 org jejaka tampan, eh tampan ke..dan kali pertama juga JM berkenalan dengan dorang. So pada mula nya agak kekok sebab masing-masing masih belum kenal hati budi dan tak pasti kami akan serasi atau tidak. Jadi biar masa menentukan segalanya...haa..boleh gitew.

Rupanya anggapan JM meleset kerana pada mulanya agak kekok tetapi apabila mula berbicara dan breaking ais kami mula serasi bersama dalam semua hal. Enjoy sangat kerana mereka sporting morting.

Biasanyan JM travel berdua dalam trip-trip sebelum ni dan trip bertiga semasa ke Guilin. Semua bersama kawan perempuan tetapi bila trip bersama lelaki begitu banyak perbezaan nya. Kiranya lebih enjoy dan selamat jika ada jejaka dalam setiap trip..ehh..yer ke…itu pendapat masing-masing lah ek

Ok kita sambung citer..

Seawal jam 4.30 pagi dah bangun untuk solat Subuh, ya ampun kalau di Malaysia amat susah nak bangun waktu ni untuk solat hajat atau tahajjud kan, kemudian jam 5.30 pagi dah terang benderang di luar seperti jam 7.30 pagi di Malaysia.

Lepas solat sambung tidur semula sebab dah plan keluar jam 9.00 pagi camtu tak nak rushing sangat. Alhamdulillah bilik hotel agak besar dan comfortable yang best nya hotel di Jepun ni mereka sediakan pijama/baju tidur dan toiletories yang lengkap serta botol Syampoo dan Bath Foam yang bersaiz besar, memang puas lah mandi sambil menyanyi-nyanyi dalam bathroom tu. Pengalaman JM travel ke negara-negara lain biasanya dorang letak dalam bekas yang kecil dan akan refill everyday kan. 

Satu lagi part yang JM nk kongsi adalah TANDAS. Semua orang yang datang ke sini mesti akan ambil gambar tandas tul tak?..apa? ada yang tak mengaku ke..ahaha..jangan tipu sebab tandas kat sini user friendly you ouls...kalau tak percaya tanya sama blogger DJ dan Bibie Karim. Kalau nak tahu JM ni jenis susah nak 'melabur' kalau pegi bercuti ni kekadang tu 2-3 hari sekali baru terasa TETAPI sepanjang di Jepun..Alhamdulillah..boleh di katakan setiap pagi mesti cari TANDAS...memang serasi betul perut JM dengan tandas kat sini. Yang best nya bila letak montot atas mangkuk tu rasa suam je then automatic akan kuar air like music supaya orang kat luar luar tak dengar time ploop..ploop tu...ahaahah..BUSUK lah JM ni kan...Pastu bila dah duduk cam malas nak bangun sebab seronok menggunakan sistem bidet yang boleh cuci bahagian depan dan belakang. Then tandas di tempat awam juga bersih dan wangi jer jauh beza dari Malaysia.

Tandas yang membuatkan JM melabur setiap hari..terima kasih tandas heeee
Cukuppppppp!!..citer pasal tandar je pun almost 1 minute.

Dari segi kebersihan bilik,  bila kami balik je ke hotel setiap malam..wahhh..dah kemas dapat tuala dan baju tidur yang telah di cuci.

Oleh kerana sarapan pagi tidak sediakan, kami dah bawak bekalan makanan dari Msia tapi trip kali ni JM tak bawak maggie tapi beralih kepada Nasi Goreng dan Beriyani keluaran Brahim’s serta milo 3 in 1

Ehh..banyak pulak membebelnya kat sini, ada ke orang nak baca nanti dorang scroll tengok gambar je. Mari kita lihat ke mana JM pada hari kedua di bumi Tokyo.

Today’s planning going to Ueno Area :

- Ueno Park
- Ameyayokocho Market
- Sen-soji Tempple, Nakamise - Asakusa
- Sumida Park & Tokyo Sky Tree
- Akihabara Electronic Town

Ueno and Akihabara  area attraction place
Selepas sarapan pagi di hotel,  kami mula bergerak ke Akebonobashi Station dalam 3-5 minit jalan kaki.

At Akebonobashi Stn - Lengang je pagi ni
Destinasi 1 : Ueno Park

Ueno Park is just next to JR Ueno Station by JR Yamanote Line. Easiest access is provided by the station’s “Park Exit.
- Stop at JR Ueno Station by JR Yamanote Line
- Arrive at Ueno Station and follow sign “Park Exit”

Ueno Park also can be reach by JR Yamanote Line, Subway Ginza Line or Hibiya Line. Which line you will take depend on where are you now.

How to get there from Akebonobashi Station (ini adalah route yang kami follow) :

- From Akebonobashi Stn (S03) going to Morishita Stn (E13) arah ke Motoyawata on Shinjuku Line
- Stop at Morishita Stn (E13) and transfer to Oedo Line, take train to Kasuga stop at Ueno – Okachimachi Stn (E09)
- Then transfer to Ginza Line arah ke Asakusa and stop at Ueno Stn (G16)

From Akebonobashi to Morishita Station
Lengang je dalam tren so ada tempat untuk duduk. Muka ceria nak bersakura SAN
Jika korang dari dari stesen yang berbeza dari JM, jangan follow route ni tapi pastikan dari mana korang berada mesti the last destination is Ueno Station on Ginza Line or Hibiya Line. Ehh paham ke tidak ni…mana my blogger friend niL, Syieda, Liza, Faricika dan ramai lagi yang akan ke sana tahun ni jangan fenin-fenin ek….mudah je sebenarnya. Pastikan tahu line mana nak naik, kat mana nk stop dan di mana nak transfer line.

From Morishita Stn to Ueno -okchimachi Stn. Ini lah 2 jejaka tampan yang JM maksudkan tu heee
Tiket boleh beli di mesin kerana terdapat dwibahasa dan jika nak jimat boleh beli One-Day Pass Ticket. Berapa harga nya boleh refer dalam entri sebelum ni.

Perjalanan kami pagi itu ke Ueno Park berjalan lancar dan tiada tragedi kena penyek dalam tren seperti blogger Azra mungkin kerana hari Sabtu tak perlu berebut dengan orang nak pergi kerja.

Keluar sahaja dari Ueno stesen akan nampak papan informasi seperti di bawah sebagai rujukan atau just follow the crowd yang ramai tu. Lintas ke seberang jalan dah sampai.

From Ueno - okachimachi tranfer to Ueno Stn, take exit A1 to A5
Arrive at Ueno Station
Keluar dari Ueno Stn akan nampak signboard ni and just follow the direction
Ha..ini adalah akibatnya kalau pegi hujung minggu..

Masing-masing cross jalan untuk ke Ueno Park
Selfie bersama selautan manusia
Si baju MERAH..kalau hilang pun tak risau nak cari kerana warna yang menonjol
Sebaik sahaja sampai di sana ya Ampun ramai betul pengunjung sehingga jalan bersentuh bahu dan agak sukar mencari lokasi yang menarik untuk pose maut. Masing-masing bentang tikar dan kain berhanami bersantai bersama keluarga dan orang tersayang di bawah pokok SAKURA sambil makan-makan dan minum…meriah betul

Tips : Elakkan pergi ke Uenno Park pada hari Sabtu dan Ahad kerana pengunjung terlalu RAMAI dan agak sukar untuk pose-pose maut di bawah pokok SAKURA.

Tak nak cerita panjang lagi meh la kita berSAKURA..masing-masing dah excited ni..Tangan tak henti-henti klik..klik..klik

Haa..ada model lak kat sini
Ramai yang berhanami di bawah pokok sakura
#Sakura 1
#Sakura 2 - Ramai betul pelancong
#Sakura 3 - Nak juga tu tanyang muka kat sin hiksss
#Sakura 4 - meh kita ZOOM sikit
#Sakura 5 - Putih mata hitam ku
Kepada pengunjung yang datang bersama anak-anak boleh ke Zoo yang terdapat di Ueno Park ni.
Hoyeee...we are here- Ueno Park
Apabila dah puas lihat bunga sakura yang cantik tu, rehat sekejap makan bekalan, JM sediakan milo panas dalan termos dan roti gardenia.

Hampir 1 jam di sana kami beredar dan pegi pulak ke Ameyayokocho yang terletak hanya bersebelahan dengan Ueno Park just cross the road. Mana-mana tempat pun ramai orang waktu ni, kami jalan survey kedai yang ada. Terdapat kedai kosmetik, kedai sovinier, hand bag, t-shirt I Love Tokyo, gerai buah dan mamca-macam lagi yang mana bagi JM harga nya agak berpatutan. Di sini sempat rembat 2 pasang handbag bernilai 1000yen setiap satu dan FM berhaga 500yen untuk 3 keping agak cantik. Bagi JM harga barang di sini agak murah berbanding tempat lain.

Tengok tu ramai ke tidak orang
Tak lama kami di sini malas nak bersesak - sesak dengan orang ramai, dapat barang terus blaaaahh
Dah! Let’s go kita ke desinasi ke 2 : Senso-ji Temple, Nakamise Stree di Asakusa

Dari Ueno Park - Dalam tren on the way ke Asakusa Station
p/s : Psstt..mohon maaf lah ye..muka JM bersepah dalam entry ni..karang ada yang termuntah darah ahahah

Alaaaaaaaaaaaaa..JM dah penat mengarang..boleh tak kita sambung dalam next entry...Pleeaasssee hikss..

Sambung lagi yek!!!

127 comments:

  1. Saya disiniiiiii...tgh jot down semua info...walaupun macam susah jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda : JM rasa Europe lagi susah tau...SENANG je...ermm mcm mana nk buat bagi senang..meh JM jampi2 sikit heee

      Delete
  2. wow! cuaca amat besttttt walaupun ramai orang. bertuah JM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. John : cuaca memainkan peranan penting kan..kalau cuaca x cantik gambar pun x cantik..dh le org dlm gambar tu dh kurang 'cantik' hihihi

      Delete
  3. salam JM macm over crowed jer park tu...manusia cam lebih menonjol dr bunga sakura...kena pergi hari bekerja kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Nasa, itulah..ramai betul umat manus cam nak bertawaf di Mekah kan..nasib baik cuaca sejuk...kalau lah panas dan berpeluh mahu kembang semangkuk hidung tarik napas tahan napas

      Delete
  4. JM, banyak bebeno transfer station korang amik utk pi Ueno park tu ... awat tak naik JR pi Ueno tu.. covered by JR pass kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Azra....dari Akebonobashi naik subway ke Shinjuku dari Shinjuku ambik JR Line ke Ueno Park tapi aweks2 ni nk naik subway..jauh katanya kalau ikut route JR..walhal FREE kan..i polowww je lah

      Delete
    2. kekekek..kekdahnye nak merase naik subway ehh.. kalau kitorang, jauh takpe, janji tak banyak berjalan utk tukar station .. letihhh turun naik tangga huhuhu

      Delete
    3. eheeheheh...bebudak yg polow JM ni stamina dorang kuat..ntah Vitamin ape lah dorang makan..tak pernah merungut sakit kaki...JM pun kuat jgak hahaah

      Delete
  5. Wah...tak petik sakura kah? Gambar manja dengan Cik abang tak adakah? hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe MKL : JM dah patahkan beberapa ranting pokok SAKURA tu...pastu senyap2 masuk beg
      Hambooii...nak jugak gambar tu...mestilah ada...nanti JM masuk dlm entri hahahah

      Delete
  6. Dear John : Pic profile dh tukar..i like!!!...cuaca mmg best..seharian tak hujan..langit pulak biru tidak berawan....kalau John snap pic ni rasanya 100x lebih cantik...JM jatuh centa ngan gambar2 di Swiss tu

    ReplyDelete
  7. Laaaaa tak pg tgok Panda? Ueno terkenal dengan pandanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ren : tgk sign Save the PANDA kat entrance tu je..dorang ni tak minat nk masuk Zoo..kalau JM masuk sorang...tak x feel

      Delete
  8. Bawa blk tak bunga sakura tu JM?? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandang kiri pandang kanan x ada org nampak terus patahkan ranting masuk beg, belum sampai msia yg putih jd hitam sbb ambik x minta kebenaran huhuhu Cik Nun, kesian kan

      Delete
    2. Sampai airport sah buang terus apa bunga sakura tu!!hahaha.next time pandang atas bawah sama k..kiri kanan tak cukup lengkap.hehe (^_^)

      Delete
    3. Cik Nun : hahahaah...mugkin kot..sebenar tak perlu pandang pun sbb ALLAH sedang melihat..opsss...mcm2 alasan kan...TAPI bunga tu tak ada BAU

      Delete
    4. Lah..tak ada bau ke..indah khabar dari rupa bunga tu yer..hihi

      Delete
    5. Cik Nun : Tak wangi tak pe janji cantik.. hikss

      Delete
  9. Tandas di Jepun memang tip top, buat entri khas pun takpe... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putri : klau mcm tu JM nak letak tajuk "tandas! Nkolah pujaan hatiku tanpa mu hatiku jadi x tentu" boleh giteww :D

      Delete
    2. Hahaha! Ok je, blog JM kan .... Tp serius, putri tak bole nak lari dr compare part ni dan kebersihan bila pegi Seoul, memg Jepun lebih tip top ops

      Delete
    3. Putri : Betul tu...bersih dorang tahap GABAN..... :D

      Delete
  10. JM...kami tak pegi kot euno sbb tak cukup masa...kami ni tak suka bandar....rimas...so serang area2 yg urban the legend jer...hihihi....itu pun kalo tiket balik lps...errrr skrg ni kami blm beli tiket balik lg....huhuhuhu...

    Pssttt....calling for syieda....u dah ada tiket balik? Hihihihi

    JM...satu nak tanya...ada jumpa tak t-shirt kolar V yg tulis TOKYO. Bukan I love tokyo ker apa...seketul jer TOKYO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza x pasti lak yg berkolar kebanyakan nya yg JM jumpa round neck, maybe kwn2 yg pernah ke sana boleh tlg

      Delete
    2. yg round neck tu ada lah ek? my fren awal2 lg dah pesan suh beli baju tu...huhuhu tp jenis kirim ayer liur ni mmg malas la kan....sbb nanti last2 kira souvenir lah jadinya...

      pssstt syieda....my travel partner tgh tunggu promo utk beli tiket balik....ai takut karang terus keje sana jer kalo takder tiket balik ni...hahahaha

      JM : ai baru baca psl ajak gi travel sama2 kat blog Meng...hihihi blh jerrr tp tak tahu bila la kan....sbb utk thn ni rasanya jepun jer kot.... kita gi NZ nak JM? gi dlm 4-5 org, blh sewa van. sy baca kat blog leez...wow daebak...

      Delete
    3. Liza : Ckp pada org yg pesan tu..pesan air liur tak main hokeyy..telan je air liur tu..brg Japan mahal ok..ko ingat aku kaya..ahaha...tapi ckp le bebaik kang kena penampor heee

      Projek ke NZ tu mmg salah satu angan2 JM tu..ha'a best jer blia baca dari blog Leez..jom..jom..nanti calling lah yek

      Delete
    4. Gitewww la nak meninggalkan ku sengsorang kat sini.

      Delete
    5. nak ikut nak ikut gak heeeeee

      Delete
  11. Tandas kat jepun memang tip top kan JM. Samaada dalam bilik hotel atau public toilet...memang kelazzz....
    Jelezzzzz aaaa tengok bunga sakura bersepah, memang cantik betul pemandangan.
    Adik manis baju merah memang comei, takpa banyak gambar sejuk mata memandang hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ita: tandas tu kan JM rasa cam nk beli bwk balik 1 pasang d umah
      Sejuk mata memandang sakura tu mmg betul tp klau sejuk mata memandang JM tu uhuk uhuk

      Delete
  12. mmm...

    awak buat saya rasa nak gi jepun juga

    semuanya kerana tandas!

    dan sakura jugak la of kos. hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha GB pun nk g jepun sbb tandas kew mmg kuat penangan tandas d jepun ni sbb jm pun jatuh hati dgn tandas coz jm dpt melabur dgn lawas skali awwwww busyukkk

      Delete
  13. Wah macam ada keserasian dengan mamat dua orang tu... Pray for JM... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Pak Lang Mie ni ada ada je tau, JM mmg mesra ngan semua worang tapi nk amin kan jgk lah

      Delete
    2. Nak Pray for JM jugakkkk!

      Hehe

      Delete
    3. niL : Amin jugak...terima kasih niL..syg sama kamu heee

      Delete
    4. Hamooii DJ pun nak jugak tu heee..ok..ok..JM pun amin lah..in sha Allah kalau ada jodoh tidak ke mana..heeeee tapi tak tahu lah dgn siapa kan..JM pun nk doakan utk DJ dan niL jgk

      Delete
  14. tak sempat nak inzal la JM..cepat sambungggg~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana: lamanya ambik masa nk inzal sambil lap peluh jantan

      Delete
    2. wehhh terkekek aku gelak !! #bagitowel

      Delete
    3. Nana : Nok nk towel ke..meh ambik towel Good MORNING ni

      Delete
  15. part minum2 bawah pokok sakura tu selalu ada dlm citer jepun & sin chan
    sekali jm post gambar real..peh..mengundang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuli..JM ni jarang nk layan citer Jepun kecuali kartun Sin Chan dan Superman je...itu pun boleh bilang..TAPI kalau drama Korea...pantang ada citer baru :-)

      Nanti datang lah sini leh bentang tikar..JM pun berangan nk bentang tikar ngan Mr Right nih heeee

      Delete
  16. warh..memang cantik bile time bunga sakura nie kembang :) semalam dah tengok tiket g jepun sebab terpengaruh dengan JM lah nie haha ^_^
    JM jom pergi lagi sekali haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezan : Camno..dapat tak tiket ke Jepang tu..aik...baru hari kedua JM di sana itu pun belum habis citer lagi dah terpengaruh..ahaha...kalau habis entri tuk hari ke 11..rasanya...mesti dh tak senang duduk heee

      Delete
  17. JM, takper..ckp jelaa topik jamban tuh banyak2.
    Ai tak kisah..suker lagik
    Sebab jamban adalah penentuan kepada fun atau tak travel itu...
    kannnn!

    Hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. niL : JM pun pernah dgr..niL pun bukan main serasi gak ngan tandas ni kan..upon arrive kat eport je terus carik tandas tul x hee...lambang rumah yg bersih adalah TANDAS yg bersih...adoi...citer pasal jamban lah pulak eheeheh
      JM mmg FUN sgt travel di Jepang coz JAMBAN sana telah menawan hatiku

      Delete
  18. adolaaaa…sib baik ko highlight psl jamban (org brunei panggil jamban ok not tandas) awal2 N3, pastu ditutup dgn keindahan sakura…klu dok haru dok ingat jamban japang sepanjang harini. huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose : Hahahaha...Jamban?..jamban pun jamban lah..glemer jamban Jepang ni..ishh rasa mcm nak buat peluk tido je

      Delete
  19. Blog Travel JM adalah yang terbak!
    Details lengkap bagai
    Boleh dapat BLOG terbaik! insyallah...

    ** Sonok aa JM dapat tengok Bunga Sakura
    time ku pergi dulu hanya dapat tengok Ranting je sadis la
    syok kan gi japan, Culture budaya orangnya sangat Bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dila : eh..ye ker..tapi ada gak org bosan nk baca..JM ni tak pandai nk tulis benda2 kelakar..bukan Raja Lawak huhuh Hamooi..BLOG TERBAEK ahahahtu tak tahan dgr..biasa2 je..sbg panduan kepada kengkawan yg baru nk belajar TRAVEL katakan

      ** Dila..bila lagi nk repeat coz lain musim lain viewnya..sgt OHSEM tau

      Delete
  20. Memang tandas jepun hebat boleh buat satu entry penuh.. dengan semua benda automatik nyer..
    ada heater.. air pancut.. buka penutup pun automatik.. masuk je lampu on keluar lampu off.. hahahaa :p
    memang ralat sket la untuk first time user macam saya hahahaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tandas versi TT Boy sudah datang....ahahaha...tandas..tandas ohh tandas...ahaahah..byk2 negara akak JM pegi..tandas di JEPUN paling canggih itu belum tgk benda lain lagi semua serba canggih..kalau lah org kg masuk tandas d jepun bagaimana reaksi dorang ek...mesti mcm tikus tgk besi..nk melabur terus tak jadi..ari tu akak cuak jugak..mcm mana nk flush ni rupanya lalu je tangan pada sensor terus kuar air..ayoo..lama gak dok cari ahahahaah

      Delete
  21. haa..kan dah cakap. tu malas nak jenguk blog JM. kan dah ada gamba sakura full bloom. adui..terkanang jiwo den. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa bang...ehhh Rei hiks...jangan la macam tu..dalam 2-3 entry je ada sakura bloom ni...rugi tau kalau tak tgk sakura ni..ntah bila nk leh tgk lagi kan..terkanang jiwo?..meh sini nk bagi ubat gegat...opsss hahaahah

      Jom lah ikut JM kita ke Seoul tgk Sakura next year..nak? heee

      Delete
  22. akak kena membuang setiap hari, kalau tak tak selesa sj perut.
    dah melepas tu lega hati ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nieda...dorang ckp rahsia kulit yang cantik adalah org yg dapat membuang setiap hari..kiranya kurang toksik dalam badan..mesti kulit kak Nieda pun cantik kan..Ehh...citer TANDAS lagi...bila nk habis ni eheheeh

      Delete
  23. tandaspun tandasler... janji memang istimewakan... memang bab itu kit akena kagum ngan orang jepun... harap jiwa orang kitapun sama cam gitu bersemangat untuk jadikan keberseihan amalan murni...
    amboi bersakura gitu.. meamng rugiler tak gambar sakan2 kat situ yerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zila..JM pun pelik..tandas kita yg di bekalkan air pun..bila masuk...ya Ampun....hancingggg...Agama Islam kan mementing kan kebersihan..itulah bergantung kepada akhlak dan disiplin jugak kan sbb org Jepun mmg sgt tggi disiplin mereka dan di pupuk sejak kecil lagi..Ada gak area yg tandas x sediakan paip..sib baik JM bawak botol kosong spare

      JM pegi spring season nk kejar sakura lah..mmg puas hati :-)

      Delete
  24. yeay suka tandas kat Jepanggg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ!!....citer TANDAS lagi...ahahahaa..busyuk ahh..meh nyanyi sikit khas buat tandas2 di Jepun...tandas oh tandas kenapa nko nyaman..mcm mana aku tak nyaman..org nk guna aku..org nak guna aku

      Delete
    2. Baru ni gi Labuan, sampai kat jeti...berfikir doplopat kali nak masuk. Dari jauh dah dapat aura xbest. Teruslah ingat tandas kat sana. hahaha tandas lagi!

      Delete
    3. Waduhhh..Bie..dari jauh lagi dh dpt aura x best..mmg teruk sgt sihh..Islam mementingkan kebersihan...tapi hasilnya..yeaayy..tak di nafikan tandas di Jepun mmg BEST...100x like

      Delete
  25. Pelik juga mbak JM, satu kota cuma mbak JM saya lihat yang pakai baju merah. Orang Jepun pantang pakai baju merah ke ? nasib baik di Jepun bukan di Spain, boleh dikejar Banteng Mbak JM pakai baju merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas Gunadi : Aper..Mbak JM nampak PELIK..ehehe..bukan Mas Gunadi je..JM pun rasa pelik..sambil tgk org keliling..eh tak de plak org pakai baju merah cili cam JM ni...dari jauh dah nampak..itulah JM ni berani berfesyen..lantak lah org nk ckp pe..bila begambar je JM yg paling menonjol kan...ni yg membuatkan kawan JM senang nak cari dalam lautan org tu

      Delete
  26. cantik betol sakura tuh yerk...lg best kalu dpt berkelah makan kt bwh pokok cm org lain buat tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura : kalau tengah blooming mmg cantik..penuh pohon pokok tu dengan bunga..daun sikit2 dua tiga helai je..pastu yg paling best scene apa tau..JM dh berangan nk bercanda dibawah pokok sakura bersama teman hidup pastu letak kepala di atas peha dia then sambil memandang bunga sakura yg sedang berguguran...aduhh..ROMANTIK abis...SPRING in my HEART giteww..ahahaah...jgn termuntah ngan statement ni ahhaah..verangan x hengat donia..

      Delete
    2. erkk...very the hindustan hokay !!!! hahaahahahahaah

      Delete
    3. Zura Lee : mana menghilang windu sgt sama kamu hikss

      Delete
  27. wow weeee.. apa lagi JM mengorat la salah sorg tu mana tau boleh buat suami. hikhik. gurau ja JM.. cntik sgt bunga sakura tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieyaaaaaa...uhuk..uhuk..uhukk..JM ni PEMALuuuuuuuuuuuu...pastu x ada skill mengorat2 nih ahahaha...nakal noo
      Siapa cakap bunga SAKURA x cantik...tak tahulah..mesti dia 'buta' heee

      Delete
  28. Ha..ha..dnt worry JM..selagi x phm akn ku baca lagi dn lagi dn lagi..cuma prob skrg ni masalah tenet kt rumah dh 2 hr kong... la ni dok bergntung kat line maxis yg suam2 kuku ni... ape2 pon I akn terjah siem reap dulu tau bru ke jpn..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok...Fery..baca sampai boleh khatam tau hikss..Aha..pegi Siem Reap dulu..tak leh rushing x best :-) Jepun x kan ke mana...dia setia menunggu

      Delete
  29. aishh.. tgk gmbr bebunga sakura tu, hati ini melonjak2 rasa nak mem booking tiket thn dpn nak bersakura san jgk.. hehe...in shaa Allah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..Cik Nurul..cepat2 booking..pastu simpan duit jgk tau..SAKURA mmg cantik sgt tak jemu mata memandang :-)

      Delete
    2. hee.. aishh rugi plk tak join member CN je japan baru2 ni.. tp mmg tak dpt nk join. huhu.. next year, in shaa Allah.. geram je tgk bunga2 sakura tu.. :)

      Delete
    3. CN : tak pe..SAKURA ni every year ada..so in sha Allah..ada rezeki leh sampai..kalau tak de org teman..akak JM kan hado hikss

      Delete
    4. terbaikkk la sis JM ni.. hehe..haa, kalau nnt CN takde teman mengembara bersama, akan di maklumkan.. hehe

      Delete
    5. anytime CN..i'm waiting 4 u :-)

      Delete
  30. bestnyaa!!
    sakura tu cantik sangat..
    JM, kalau ade plan nak ke guangzhou roger saya ehh!! nak ikuttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ietams yg menawan dgn shawl baru tu heee...sbb tu yg JM ni terkedik2 bila dapat lihat sakura tu heee
      Guangzhou?...alooooohh..JM dah pernah ke sana maybe belum ada plan dlm masa terdekat ni huhuhu..maybe one day..in sha Allah

      Delete
  31. SubhanAllah canteknyer ciptaan Allah...

    Amboi mmg friendly la toilet bowlnyer siap ada lagu lagik hehehe... Psst.. JM series dengki ngan baju merah tu..dari dulu lagik...huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mysha...semua ciptaan Allah cantik kan :-)
      Baju merah tu? merah cili api tu..tak sakit mate ke heeee..kalau nk pinjam JM boleh bagi :-)

      Delete
  32. Org suka travel ni mmg tak kisah kalau first time jumpa & travel sama2 pastu. Asalkan sekepala, ye dak..

    Tapi nak #prayforJM jugak, kot2 dapat makan ns minyak free ke ti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jea yg cute tu : Pic profile dh BERTUKAR lah..baru nampak FRESH
      Ha'a..kalau sekepala baru ngam..kalau tak, ada yg kena tggal atau masing2 bwk haluan sendiri..

      Ehh...naper tetiba ramai pray for JM ni..conpius den..tapi tak per lah..perkara baik di Amin kan semoga Allah perkenan heee..nk nasi minyak FREE..in shaa Allah semua sahabat and reader JM akan di jemput :-)

      Delete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. hari tu masa pegi korea ada gak terjumpa tandas ala-ala cengini, itupun dah jakun gak tengok
    kalau jumpa macam yang kat japan nie tatau lah macam mana hehehe...
    ramainya umat manusia kat sini..nasib cuaca elok kalau panas mau pitam agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs : kalau mrs masuk tandas di jepun ni mesti tak nk kuar..dh la wangi, pastu tangan tak basah coz caoz leh wash guna bidet tu tapi ada gak certain tempat like di Hakone yg x ada paip tu..ada bau jgk
      Mmg ramai sesangat..cuaca terang dan dingin sekali spt dalam bilik aircond..kalau x mcm2 bau kuar

      Delete
  35. wahhh....puas jamu mata dgn keindahan sakura...puas tgk gambar yg cantik2 semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Kak Kam..lama tak singgah tau..rindu JM sama kak Kam hikss
      Kak Kam..tunggu next entry...byk lagi SAKURA yg akan kongsi :-)

      Delete
  36. siyes cantek bunga2 sakura tu!! best nyer JM asek g jenjalan2 je =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aIEn : ye mmg siyeess tak tipu..cantik sgt..kalah lahkt msia ada bunga ni..ofcos JM akan pre shoot wedding di bawah pohon sakura ni..at the same time..bunga2 tu berguguran di tiup angin..walla weihh..ahahaha..berangan x abih2

      Itulah gaya idup ore buje..ada duit lebih sikit jln je lahh heee

      Delete
  37. Eh gambar toilet tu harus ngaku.. memey snap gambarpun hahaha.

    Wow kagumnya siap ada music.. tak terpikir pulak ada benda camtu.. music rancak ke tu?

    Sama le kita.. sanggup tahan semata2 mls nak masuk tandas awam kat maaysia ni.
    Kalau masuk pun sangaaaaaattttt terpaksa huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekda : Hahahaha...toilet Jepun mmg glamour
      Music light2 je...betul tu...kalau masuk pun tahan je idung

      Delete
  38. Planning nak ke Ueno & Ameyeya tu lebur. Hahaha xpe boleh jadikan alasan untuk repeat. Autumn pun lawa kot park tu. Haha ada hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa Bie..ada kisah di sebaliknya ke..kongsi lah nanti...ahahah..ada misi meripit..ofcos lah..mana cukup nak cover semua tempat menarik di Jepun tu kan..so kalau boleh tu moh kita cover semua musim di sana..baru complete

      Delete
    2. Kisah nye...sebab syok sangat berjalan kat Harajuku. Ntah apa ditenung xtau lah. Sejuk sangat masa tu, so kitorang lepak dalam kedai sambil layan makan kebab. Haha.

      Delete
  39. hai JM.. i am your new reader :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aima...terima kasih sudi singgah sini..keep on reading ye :-)

      Delete
  40. waaahhhhh nk nangis rasa nya tgok pic sakura nih! -_-' cantikkkkkk nya...cantik tak terkata...bunga ni ada bau tak JM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopio : JM try gak letak kat lobang idung pastu sedut kuat2...tak aa BAU huhhuhu.....ahahahah...mmg cantik DEAR..JM curik gak petik hikss

      Delete
  41. ok hari ni baru nak khatam entry2 japang yang KK miss. heeee bestnye JM! piknik di bawah sakura gituh. begitu menggiurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kiah : terima kasih kerana sudi singgah sini..cer KK plan ke Jepun pulak best tau

      Delete
  42. Serius jeles dengan JM. Dapat melihat dunia luar. terima kasih kerana berkongsi dengan semua. Tak pernah sampai dapat tengok gambar pun jadi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa aRz MoHA : tak perlu nk jelez sgt..biasa2 je tu..maybe ini rezeki akak JM sbb still single n abelable..lain lah org tu rezeki bersama isteri dan anak tersayang :-)

      Delete
  43. Suka betul baca catatan perjalanan Sis JM. Terperinci! Lagi satu, I like the fact yang Kak JM survey betul2 sesuatu destinasi tu sebelum pergi. Bestlah! Rasanya saya tak terbuat macam tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : begitulah cara sis JM travel supaya tak kelam kabut di sana nanti dan is going smoothly tapi kekadang ada gak sesat barat tu. Pastu bila dh dapat info yg betul x sabar nk balik kongsi di blog supaya senang nanti mereka yg nak travel boleh refer je sini :-)

      Delete
  44. Wah, citer tandas jadi trending yer JM... Cantik tengok pepohon sakura kat Ueno Park tu. Zumal dapat tengok bunga angsana jew berguguran tiap2 tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal : kalau nak tahu boleh tido dalam tandas di Jepun ni ..wangi hahah...perut sis JM sentiasa nk membuang bila masuk tandas tu..masyuk!!! ahahah

      Delete
  45. Hi, I plan to visit japan next year, and maybe as a solo traveler. Thanks a lot for your info. If you don't mind, could you share your itinerary? And is it possible to email you if I have further questions?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Atiq, thanks for your comment. Please refer to my latest entry :-)

      Delete
  46. ehhhh baru perasan... trip ke tokyo ada jejaka gittew - bodyguard ea...
    hihihih....

    untong lah tokyo toilet ada bidet.... okinawa tak ada...hik hik hik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaaa...dah tahu sape ke Okinaa hiksss..yes bodyguard yg sporting Huda

      Delete
  47. sakura sana sini, bestnya ... sekarang kat malaysia pun dah ada pokok ala-ala sakura :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss msia pun dh ada musim spring kan zie has

      Delete
  48. JM ni kan ... panjang mukadimah cerita pasal toilet :p

    ReplyDelete
  49. apesal kat jepun ni, sana-sini ramai orang sangat ni ... tak selesa nak berwindow shopping camni :)

    ReplyDelete
  50. Bestnya berkelah bawah sakura.. Kat Malaysia ni klu nak berkelah best kat tepi air terjun..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suida..dh lama x mandi air terjun mcm best plak

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS