Pages

Friday, 9 May 2014

Spring at Japan : Day 3 - Roppongi Area & Odaiba Park

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

" NO more SAKURA heeeeee"

Nak citer ape ek hari ni hrmmm...susah jugak sebenarnya nak menulis, nak buat susunan ayat lagi TAPI belasah je lah janji boleh di jadikan rujukan buat diri sendiri kalau nak repeat trip ke Jepun nih. 

Ramai rakan blogger sedang update citer Jepun, so sila jangan BOSAN untuk baca kisah perjalanan mereka yang tidak kurang menarik nya kerana masing-masing melalui pengalaman berbeza walaupun destinasi yang sama. 

Boleh juga terjah blog my fellow friend DJ, Bibie dan Azra. TTBoy juga sudah ke Jepun cuma story beliau belum UP lagi begitu juga blog yang menjadi KGHAIRAHAN JM untuk membaca...blog Supermeng Malaya...setiap entri beliau sangat menarik dan tertarik. Tengok tu siap guna ayat ghairah yang tak tahan tu..nasib baik bukan Datin Ghairah...hayooooo...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah sambungan dari Harajuku Station kami akan ke Roppongi Area...Terdapat banyak tourist attraction kat sini tapi kami berhasrat untuk ke Hard Rock Cafe je.

Hard Rock Cafe Roppongi
So many attraction spot at Roppongi Area
JM ada terbaca from somebody punya blog tapi tak ingat siapa punya, kepada peminat barang HRC boleh cari di sini so kami decide untuk ke sana. Mengikut kepada satu direction yang JM dapat stop di Roppongi Stn, cari McD tengah renovate then HRC di belakang McD.

Jadi kami pun follow seperti direction tu tetapi malangnya selepas beberapa ketika berjalan tak jumpa - jumpa McD yang di cari....waktu tu Norman Hakim (NH) dam Sabri Yunus (SY) dah maju ke depan. JM dan Mrs A still lagi jalan lenggang kangkung kat belakang.

JM dan Mrs A stop sekejap, rasa cam tak puas hati..eh kita macam dah salah arah ni..panggil mereka berdua untuk pusing balik. Kemudian masuk ke dalam Family Mart kedai serbaneka seperti 7 e-leven kalau di Msia. JM cuba tanya cashier tu kat mana McD pastu dia cakap tak ada McD kat area tu. So tak pe lah..alang-alang dah masuk kedai tu beli beberapa ketul origini buat bekalan untuk esok.

Jadi kami keluar dari kedai Family Mart tu pusing ke arah kami datang tadi...arah ke stesen ada simpang besar kat situ then jalan je ikut simpang tu...SY cakap kita jalan je lah ikut simpang ni..kalau nasib baik jumpa lah kan..kalau tak kita balik je..sambil - sambil jalan tu kami jumpa kedai makanan HALAL...ofcoz lah TURKISH Restaurant, ape lagi..melonjak lah hati setiap orang..dah beberapa hari ni tak jumpa nasik..masing-masing excited. Kalau tak jumpa HRC nanti, balik kita singgah makan kat sini.

Kami terus lagi jalan ke depan...nampak kedai 100 yen di sebelah kanan jalan tapi TUTUP..alaa frust nya baru nak ricky apa yang ada.  Tak pe..kita jalan lagi then NH menjerit....tu ha...HRC..nak tahu kat mana tempat nya meh JM kongsi kat sini.

Direction to Hard Rock Cafe Roppongi :
1. Stop at Roppong Station on Hibiya or Oedo Line
2. Arrive at stn take Exit 3
3. Dari Exit 3 dari gerak arah ke kanan sehingga nampak simpang dan tertera Gaienhigashi-dori
4. Dari simpang tu belok ke kana lagi, jalan terus ke hadapan akan nampak restoran HALAL di sebelah kiri dan kedai 100 yen di sebelah kanan
5. Jalan terus ke depan dalam 100 meter akan nampak simpang ke HRC sebelah kanan

"Paham ke tidak direction ni...tak paham...ok...meh JM citer dalam bentuk bergambar pulak"

Dari Exit 3,  belok kanan akan nampak simpang 3 ni..then terus belok ke kanan
Belok ke kanan its mean follow Gaienhigashi - dori ni
Dari simpang 3 tu nanti akan nampak Roppongi Roppongi di sebelah kiri
Dari simpang tadi, Ikut je arah kerea bergerak tu
Akan nampak kedai 100 yen di sebelah kanan jalan CLOSED on SUNDAY
HALAL Restaurant terletak di sebelah kiri jalan
Kami hanya melihat Tokyo Tower dari kajauhan
Dari kedai 100 yen tadi jalan teus ke hadapan sehingga jumpa kedai ni..pandang ke kanan akan nampak Hard Rock Shop
Hard Rock Cafe terletak di belakang kedai Tenkaippin Roppongi dan bukan McD

Reaksi muka excited sampai sini
JM was here..tak beli apa-apa pun..Mrs A pilih, pilih dan pilih last end up tak ada size...haishh...
Udah jom..kalau tak jadi beli moh kita pegi makan...dah lapar sangat dah ni. Mrs A memang macam tu..kalau boleh shopping memang tak ingat nak makan...ahaha..matilah kalau dia baca entri ni.

Then kami gerak ke Turkish restaurant tadi dan JM pilih menu nasi bersama daging lembu berharga 1000 yen lebih kurang RM32.00 for one meal + air kosong je. Jangan jangka harga yang murah kat sini ye.

Sebelum - banyak nyer boleh habis ke nih
Selepas...hahaahha..tak boleh habis konon
Sambil makan sambil bincang nak ke mana lepas ni. Selepas dapat kata sepakat kami akan ke Odaiba Park.

Usai makan, on the way ke train station, si SY cakap..eh itu bukan kawan JM ke..mana?..terserempak pulak dengan si Bie and the gang nak ke HRC jugak. Time tu nak cepat so sempat bergambar sekejap ngan Bie. Tanya Bie nk ke mana, dia cakap nak ke HRC..chee wahh..JM dengan confident bagilah direction..padahal JM pun sesat pada mula nya ahahhaha...ntah-ntah Bie dah tahu lokasi tu...

Odaiba Park
1. Dari Roppongi Station, stop at Shimbashi Station
2. Dari Shimbashi Stn ambil train ke Odaiba Stn

Ada pelbagai attraction place di Odaiba Park like :
1. Fuji TV Building
2. Aquacity Odaiba
3. Statue of Liberty
4. Rainbow Bridge
5. DiverCity Toko Plaza

Sebaik sampai sahaja di Odaiba Park..Ya Ampun nak bercakap pun tak boleh gigi terketar-ketar...sejukkkkkkkkkkkkkkkk sangat seperti berendah badan dalam ais batu. Nak ambil gambar pun tak ada mood...asyik...grrrrr....grrrr....grrrr je..

View waktu malam memang cantik tapi dek kerana sejuk sangat...kami cepat-capat snap apa yang patut pastu terus lari masuk ke Aquacity.

Rainbow Bridge and Tokyo Tower
Sejuk gile time ni mencucuk sampai ke tulang
Statue of Liberty
Fuji TV dan Aquacity Odaiba terletak bersebelahan. Fuji TV Building memang. Lampu akan bertukar tukar warna mengikut rentak lagu
Masuk je ke Aquacity, ternampak lah kedai buat sale...Mak ni budget ciput so window shopping je lah nok...

Selepas tiada yang berkenan di hati terus naik train balik ke hotel

Oh maaii...hasrat di hati nak tulis pendek je..tapi panjang jugak JM membebel kosong kat sini ye...yukkk sambung lagi untuk hari ke 4 di Tokyo nanti.

Assalamualaikum..babai!!

51 comments:

  1. cantik pulak pandangan malam dekat rainbow bridge tu... tambah pulak dengan tokyo tower merah... aishhhh -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq sue, klau nk ke odaiba park tu better pegi waktu mlm view mmg ohsem tp pastikan pakai baju tebal sgt sejokkkkk menggigil2 asyik nk terkencing je opssss

      Delete
  2. alahai kesian JM ...
    kenapa aaa, dari tadi dok klik tak dpt entry ni. dah mlm baru dpt baca entry JM ni....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nieda, kekadang rasa cam travel sensorang tak teman nk borak walhal kami x bergaduh pun nuhuhu
      Tadi mmg ada mslah teknikal skikit akak :-)

      Delete
  3. hamboi kawan JM punya nama...kerlassss kau JM...hahahaha alamak ada story sedih ke JM kat sana?jgn biarkan ia mempengaruhi andaaa....hahahaha aiyak JM dah nak masuk hari ke 4 nih....aduhaiii....malasnya nak update blog nih...haishhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dj! Ahahaha sbb ramai rupa dorang ala2 retis so Jm kasi mereka glemer sikit kat sini. Byk citer sedih sebenarnya mula x nk kongsi kat sini nk citer yg elok2 je tp hati x boleh tu yg terstory gak tu mmg sabar je lah layan perasaan sorang2 until the last day
      Jgn malas2 nanti x sempat habis dh nk terobang lagi tu meh sini Jm suntik vitamin RjD

      Delete
  4. kesian JM kene sisihkan oleh Mrs A, takpe ramai kat sini nak berborak dgn JM tau. untungla dia~ hiks. banyak makan nampak dia kat kedai halal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear John yg jauh d perantauan, good luck for ur exam ok. View d interlaken tu mmg ohsem dan Jm kenal siapa budak gayat tu ahaha. Klau Jm ofcoz akan buat aksi titanic kat atas tu hammmoi. Reply komen kat sini sbb x boleh komen d blog
      Kesian kan, dh rasa spt travel sorang2 je sbb x de rakan borak apa boleh buat nasib bdn dpt kwn camtu huhu. Ahaha lapar sgt tu yg licin dan nasib baik ada rakan blogger dan reader yg baik hati termasuk lah John tu :-)

      Delete
  5. Jalan2 dengan retis rupanya.... disorang tu kesejukan... tu yg asyik nak berkepit..
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha sbb tu Jm pun fefeeling cam retis gak Pak Lang Mie, Jm pun sejuk gak naper nk cari dorang Jm kan ade ke rasa lain klau kepit ngan lain jantina ni....ishhh bila lah dpt rasa nk kepit camtu :-)

      Delete
  6. Lah ye ke kena tinggal. Kalau x memasing nak cepat haritu, boleh je borak lepak2 kan. Hihi.

    Odaiba memang sejuk. Kitorang gi masa first day kat Tokyo. Nak cari gundam famous xjumpa sebab sejuk sangat, xlarat jalan jauh. Tangga kat Hotel Nikko tu lawa. JM perasan x. Diorang ni memang suka main ngan lampu. Kreatip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Bie..Odaiba Park tu mmg sejuk..kiranya kalau nk ke sana next time perlu wear baju yg lebih tebal kan..pastu bab penggunaan lampu orag jepun ni mmg kreatif..ha'a..betul ada bergambar kat depan tangga tu tapi gambar gegar sbb SEJUKKKK..so tak tempek kat sini

      Delete
  7. Blog abam Supermeng la yang cite pasal HRC tu..rasanya lah.

    Btw murah juga makanan Turkish tu. 1000 yen kira ok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Rei ingat2 kafe batu keras katanya heeee ehhh dh balik dari jln jauh tu
      Min prize leh 500yen utk kebab dek kerana lapar belasah nasik :-)

      Delete
  8. teruja nak gi lagi ni JM
    nice Photo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Dilla yg snap pic ni lagi ohsem rasanya :-)

      Delete
    2. amboiiiiii Kak Dila nak gi lagi yew........ saya ni yg belum sampai lagi ni camne.......

      Delete
    3. SR..tak per nanti leh ikut kak Dilla tu...dia leh jd tour guide..tapi Tiha nk tggal kat sape -)

      Delete
  9. tiap kali baca entri JM, teringat kat tokyo.. serius, rindu.. kami pernah chat2 ngn pekerja kat HRC tu.. he is french and funny guy! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zette : bila nk repeat!..ehh..entri Jepun belum publish lagi kan...tak sabar nk baca versi Zette lak :-)

      Delete
  10. bergambar ngn statue of liberty tu blh le perasan dok kat US kejap kan... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoyeee...Zura dh datang sini...JM tertuggu mana si Zura ni coz dia tak pernah missed baca dan komen blog JM hiksss
      Ha'a...walau tak mampu nk ke sana bergambar kat sini pun jadi lah heee
      psstt : Dh terima lum ole2 dari JM..post on 29 April

      Delete
    2. dah dapat lama dah..maaf baru inform..terharu sgt sebab barang2 kt jepun kan mahal2... terima kasey byk ye JM....

      Delete
  11. Excited kan muka tu.. lepas tu pulak pinggan tu yg penuh terus kosong lincin... huhuhuu...
    TTBoy tu belum update lagi la kisah jepun dia .. nk bagi jalan pada kakak dia sorang ni update dulu.. huhuhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab lapar sangat selepas beberapa tak jumpa nasik...mmg berselera lah
      Aha..cecepat habiskan citer London tu..nak baca versi Jepun TTBoy pulak..mesti lebih menarik coz gi Winter kan..mesti ada salji

      Delete
    2. Motif datang waktu winter bukan salji tapi sebab murah dan tak crowd sangat hahaha :D
      Insyallah entry england dah abis huhuhuu.. tunggu masa sket nak buat entry kepun ni huhuuu

      Delete
    3. Time x ramai org yg best kan klau ramai pun x pe x ada bau peluh bagai
      Afif! Lambat pun x pe in sha allah akak x kan missed tuk baca :-)

      Delete
  12. Replies
    1. Eija : Hikssss...part yg paling di sukai tu :-)

      Delete
  13. hamboi licin pinggan tu...selera nampaknya ;)
    ok next heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaah...Mrs..JM dah kebulur sebenarnya time tu...dh lama tak jumpa nasik...nikmat betul like org urut kaki heee

      Delete
  14. Warg2x... feeling mcm p us..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pai : tu je yang mampu..US jauh sekali lah nk berangan :-)

      Delete
    2. hhaha..insyaAllah,.xlama lagi sampaila JM ke US tu

      Delete
  15. Wargh2x..bestnye feeling2mcm p us

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pai...tak dapat pegi US...dapat feeling pun jadilah.mana tahu one day nanti dpt pegi dgn buah hati ahaksss

      Delete
  16. wahhhh! makin kagum dgn JM.. merata berjalan kat jepun ni..
    kuat kakinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ietams : Kalau dah sampai tu..rasa rugi lak kalau tak jejak kaki tempat2 yg ada..itu pun belum habis round lagi...skrg ni dh verangan nk repeat nih :-)

      Delete
  17. naper ada komen cakap kne tinggal, asek bekepit sume tu. KK baca takder pong.
    JM edit kah?

    sabo ye JM (pandai je sabo kan orang.. kalo sendiri harus berkajang2 meluah perasaan kat blog kekekeke)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kiah : mulanya JM ingat org yg di maksudkan tu tak baca..sekali dia sound dalam FB..dia tak puas hati apa yg JM tulis tu..sedangkan benda tu betul...so terpaksa lah edit. Terus sampai sekarang kami tak bertegur sapa..marah betul dia pada JM..sedangkan tiada niat pun nk bergaduh ke apa..cuma cerita situasi semasa di sana spt yg Kak Kiah story drama KK di Korea hari tu..Nasib baik rakan travel KK jenis tak mengamuk...

      Delete
  18. Buat kesekian kalinya, dengan penuh rasa kagum,...saya rasa entri2 Sis JM dah boleh jadi travel guides utk orang pergi melancong. Complete! Tak perlu guna travel agent dah... :)

    ReplyDelete
  19. penuh kot daging dalam pinggan ... berbaloi la dengan harga, siap habis licin lagi :)

    ReplyDelete
  20. statue of liberty tu ada kat jepun gak rupanya ;) ...

    ReplyDelete
  21. cantik view waktu malam ... especially bridge tu :)

    ReplyDelete
  22. enjoying read your story.. macam baca novel..xleh stop..see u next entry..hehe

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS