Pages

Thursday, 29 May 2014

Spring at Japan : Day 6 - Nara Park

Assalamualaikum dan Salam sayang buat semua reader!!!


"Ke Nara Park kite"


HiyaaaaaK!...Hiyaaaak!...Hiyaakkkk!!....Arrrgghhhhh!!!...krukkk!!....Kraaakkk!!! Hahhhhhh!!....hayoooo bunyi apa tu JM….macam-macam bunyi nampak…ahaa..itu bunyi JM sedang buat regangan dan senaman jari jemari manis ku ini….lama betul JM ambil masa nak buat sambungan stori ni. Perasaan malas makin melanda tapi bila fikirkan reader setia sedang menantikan entri baru terutama Abe MKL tu so terpaksa rajin diri (ahahahaha.,..sila muntah darah bila dengar statement ni). Jangan di layan JM yang sewel hi ahahaha. Ko jangan perasan JM..udah udah le tu.

Sudah…tak nak mengarut lagi meh kita sambung.

Siapa ingat lagi last entri JM ada story berkenaan JR Pass hilang semasa di Bamboo Forest Arashiyama kan..tapi JR Pass tu bukan JM yang punya tapi salah sorang rakan travel JM yang hensem tu siapa lagi NH a.k.a Norman Hakim heeeee.
Jadi semasa di kaunter JR Line di Arashiyama kami bertanya kan kepada staff yang betugas, kalau nak pegi ke Nara better dari Kyoto atau Osaka then beliau cakap better dari Kyoto lebih dekat katanya. So NH perlu beli tiket on JR Line untuk ke Nara Station manakala kami bertiga just guna je JR Pass yang ada tu. Agak rugi lah kat sini coz harga tiket untuk JR Line lebih mahal dari subway line. Apa boleh buat benda dah jadi so redho je lah kan.

Eh..lupa nak cakap kami sebenarnya nak pergi ke Nara Park  yang femes dengan rusa berkeliaran dan kita boleh bergaul mesra dengan rusa-rusa yang ada tu. So masing-masing memang excited lah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Nak buat ape ke Nara? ...ofcoz lah nak tengok rusa...di Nara Park tu memang femes dengan RUSA"

Nara Park (Nara Koen) adalah sebuah taman yang besar di tengah-tengah Nara. Ditubuhkan pada tahun 1880, ia adalah lokasi tarikan utama Nara termasuk Todaiji Kasuga Taisha, Kofukuji dan Muzium Nasional Nara. 

Taman ini merupakan rumah kepada beratus-ratus rusa yang berkeliaran secara bebas. Dipertimbangkan dalam Shinto sebagai utusan tuhan-tuhan, hampir 1200 rusa Nara telah menjadi simbol bandar dan telah dilantik sebagai khazanah alam. 

Seperti rusa di Miyajima, rusa Nara adalah sangat jinak, mereka agak agresif jika mereka fikir akandi beri makan. Keropok rusa untuk dijual di sekitar taman, dan rusa telah belajar untuk tunduk kepada pengunjung meminta untuk diberi makan.

Dah berangan nak buat aksi comel dengan rusa-rusa yagn cantik dan jinak ni TAPiiiiiiiiiiiiiiii...
Pastu nak buat aksi romantik macam ni jugak...TAPIIIIIIIIIIIIIIII...nak tahu apa yang jadi sila baca sampai habis heee
Kedua-dua picture di atas JM copy & paste dari google...kalau tak..bukan JM namanya heeee...Nak harap gambar cantik dari hasil tangan sendiri...hrmm...jangan haraplah masih kurang ilmu..nak lihat gambar yang ohsem boleh tengok di blog Kaki Berangan dan Abang Meng!!!

Jom...sambung!!!

JM pun dah tak ingat berapa lama kami dalam tren tapi kalau tak salah kurang dari setengah jam dah sampai di JR Nara Station. Exit sahaja dari JR Nara Station tu just follow je sign mudah sangat.

Stop at JR Nara Station on JR Line
View di luar Nara Station
Just follow je sign tu
Kami sampai di Nara Park agak lewat dalam jam 4 lebih kalau tak salah, dari JR Station perlu berjalan kaki lebih kurang 1 kilometer. Sambil berjalan sambil pose-pose sendu. Yang ni memang tak boleh tinggal…nko ambil gambar akum aku ambil gambar nko..itu biasa.

Inilah laluan untuk ke Nara Park
Pose-pose begini memang tak boleh exclude hiksss
Unik betul tiang ni..menarik perhatian kami
Selang beberapa minit akhirnya kami sampai di Nara Park Area. Ada beberapa kedai jual sovunier tapi kami tak singgah pun. Nara Park ni memang luas so kami setuju untuk ke Kofukuji Temple. Bergambar je di kawasan tu dulu.

Dah cukup baca karangan yang panjang lebar ni..moh tengok gambar yang tak seberapa ni..

Jom kita ikut arah ke Kofukuji
Moh naik tangga ni
Bergambar dulu
View dari atas
Kofukuji Temple
Pagoda
Dari Kofukuji Temple tu terus menapak ke hadapan nampak seperti kawasan taman tapi memang tak ada orang..adakah sebab dah petang. Then nampak lah 2 ekor rusa tapi SAYANG seribu kali SAYANG rusa yang kami jumpa tu mungkin dah berbulan tak mandi  dan tidak secantik yang kami duga serta tidak seperti dalam blog kawan-kawan yang lain yang pernah ke sini. 

Inilah rusa yang di maksudkan tu...
On the way nak balik tu nampak Nara National Museum taoi dah CLOSED sebab dah lewat
Nampak...hari dah petang...moh kita balik..nanti ada pulak SAKA yang ikut
Oleh kerana masa yang terhad, kami tak sempat untuk explore keseluruhan kawasan kerana Nara Park ni memang luas, sebaik-baik nya datang waktu pagi. So lebih kurang jam 6.30 petang kami naik bas di stesen berdekatan untuk balik ke JR Nara Station. Masing-masing dah penat nak jalan kaki balik ke station.

Setiba di Nara Station, 2 org hero tu singgah dulu merokok di tempat yang di sediakan, so JM cakap pada dorang nak masuk ke supermarket bersebelahan tu. Mrs A pun turut serta, nak beli bekalan makaman untuk malam ni. Kami memang kurang makan di luar seperti mana blogger DJ tu…nak save budget katanya. Selepas buat bayaran di kaunter, JM tak perasan rupanya tertinggal glove di kaunter tu….tiba-tiba JM di tegur..rupanya cashier tu cepat-cepat kejar nak pulangkan glove tu. JM memang respect betul dengan sikap orang Jepun ni.

Bila keluar dari market tu, dah tak nampak pulak mana pergi nya mamat 2 orang tu serta Mrs A. Di tempat merokok pun tak ada…tengok dalam market pun tak ada..ehh..takkan dorang nak tinggalkan JM dan balik dulu…tak mungkin…tak ada cakap apa-apa pun tadi. So tunggulah JM di depan market tu sorang-sorang almost 10 minute jugak..so mula lah timbul perasaan cuak…ke mana pulak budak-budak ni, tadi tak ada pesan apa-apa pun.

JM memang tak duduk diam dah..kejap ke kiri kejap ke kanan…dah la waktu tu sejuk pulak tu..kemudian terdengar suara orang panggil…toleh tengok rupanya SY…dia datang cari…dia cakap mereka pergi beli tempura kat kedai sebelah sana…Ya Allah..kenapa lah tak cakap…hai…sabor je lahh…

Ok..dah let’s go jom balik..malam ni kita kenduri makan tempura….

End of Day 6. Nak tahu ke mana JM pada hari ke -7…tunggguuuu!!!!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang semalam balik rumah, ada resit dari Pos Laju...ehh..siapa pulak yang hantar barang ke JM ni. Pagi tadi JM terus ke Pos Laju untuk tuntut barang yang di kirim...Berdebar-debar rasanya hiksss

Ole-ole dari London lah..Siapa boleh Guess?
Ofcoz lah dari Zila yang baru balik dari London tu..sekarang ni dia tengah update stori...
Terima kasih Zila sudi bagi ole-ole yang begitu bernilai buat JM ni..terharunya. Hari tu JM terima juga ole-ole dari Syieda, Pak Lang Mie, DJ, Emy Tak Kecik, Dzuli, Lieya...siapa lagi ek..ramai lah yang dah hantar ole-ole pada JM..memang tak terkira kat sini.

Pada 30/05/2014 (Jumaat) JM pegi ke Pos Laju untuk ambil kiriman dari Sarawak

JM terima kek Lapis Sarawak lah..dari salah sorang rakan blogger Lady Dreamer
Terima kasih Lady Dreamer a.k.a LD, .bukak je kotak tu bismilahirohmanirrohim....nyum..nyum..nyum..

memang JM suka Kek Lapis Masam Manis nih...terima kasih LD..dari jauh kek tu datang pastu bukan murah ni....huhuhuh...terharunya dapat kawan alam maya yang baik seperti ini. I Lovee U LD heeee. Jika ingin berkenalan dengan beliau boleh singgah blog ni Lady Dreamer 

Terima kasih kepada kalian semua..muah..muah...muahhh

Wasalam

164 comments:

  1. sygnya bulu rusa tu mcm serabut....cantik sunset:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eija : bulu jagi gitu sbb dah berbulan tak mandi dan letak syampoo...nasib baik tak busuk heeeeeeee

      Delete
    2. memang cantik sangat view petang tu :) ...

      Delete
  2. amboihhhhhhh makin panjang langkah kwn kite nih. syiok nyeeeeee.. nak la jugek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beb! ahakss...setahun sekali je langkah panjang...yg lelain trip dokek2 je...nanti Sarah comei tu dh besar leh bawak dia ke Disneysea :-)

      Delete
    2. setahun sekali travel? ... bestnya la kan jadi JM ni :)

      Delete
  3. salamm

    bestnye tengok rusa luar negara..kita² sini tengok rusa malaysia ajek..jangan tak tau malaysia pon dah ada panda (ada kene mengene ker)...ngeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam PokCik sukaXplo..heeee...ehh...salah...Abg SukaXplo heee...bila JM tgk rusa ni..frust sgt...better tgk rusa kat Zoo lagi berbaloi...idak pung tgk PaNDA yg cute harga berjuta tu heeeee

      Delete
  4. awat bulu rusa tu kusut masai patut ler JM takmo beraksi romantika de amor ;p
    wahhh siap dpt hadiah dr London ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahha..kopio!!...setakat sentuh boleh lah..kasar je bulu nya...x nk lah beromantika ...x cun!!
      Alhamdulillah dapat kawan alam maya yg baik hati hiksss

      Delete
  5. dah tak cantik rusa tu kan JM.. nak bergambar pun macam sedih jer :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Kak Yati..rasanya lagi cantik rusa di Zoo negara ;-)

      Delete
  6. JM, mungkin rusa tu sejuk, so dia tak mandi, maka bulu dia pun serabut ja..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den ...hahahah...betul jugak teori tu..sama cam kita jugak lah cer tak mandi sehari tak perlu lah seminggu...org duduk sebelah boleh PITAM koma sebulan

      Delete
  7. saya tak rajin nak masak macam JM....hehehehe sbb tu tpaksa makan luar aje.....hehuuuuu nara ni takdan pi aritu...semua dah malas....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi DJ! banyak duit..kalau JM yg makan luar mcm tu PARAH...so terpaksa lah rajin kan diri yg malas nih heee
      X sempat pegi..ehem2..repeat nak? hiks!!

      Delete
  8. mula mula tgk tajuk, terus teringat beautifulnara. haha kaki gossip sgt naz ni. tp cantiknya tgk gambar uols berempat ber background kan pagoda tu. nampak sgt semua pakar2 selfie ni. hehehe jeles tauuuu. sungguh ka jalan kaki 1km? pengsan naz mcm tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha..Naz..kita serupa..JM pun suka sgt baca beautifulnara..pernah dgr abg nanara tu cakap beatifulnara means beautiful country :-)

      Ala Naz..1 km tu tak terasa sgt sebab cuaca sejuk..jalan pun mendatar je..caiyok..caiyo..u can do it hiksss

      Delete
  9. Haha..dpt bayang ctuac kak JM mcari kwn dkt market tu.sti cuak abis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nun : ctauc tu ape..perkataan baru ke heheeh...saje je kan..mmg cuak gile time tu..Ya Ampun..ingatkan dorang dh tggal akak JM sensorang kat sini..mana tahu dorang ingat akak dh balik ke..Haish...geram sama Mrs A..dia x ckp..blah camtu je..tapi x nk gaduh diam je lah..dia mana boleh renggang dgn 2 org tu asyik berkepit je 24 jam..opsss

      Delete
    2. CTUAC tu.......situasi la...hahahahaha!!!
      Ayat sms.. comel kan??? Hahaha^-^

      Delete
    3. Lohhhh ahahaha gelak dulu rupanya C TUA C hayookk ini mmg perkataan org2 muda nih no wonder lah dpt msg u cbok x mlm ni, ank nk mkn ape mlm ni, i lanje. Pueh akak Jm nk hadam heee

      Delete
    4. Hahaha...selamat spm dah lepas.kalu tak abis lah penulisan...

      Delete
    5. Hahahah..Cik Nun...kreatif sungguh

      Delete
  10. JM, saya pun ada post jugak. Nanti kalo dah dapat advice err.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LD : JM ada terima email dari LD berkenaan ole2 tu tapi tak sampai lagi..nanti dh sampai JM inform ek..terima kasih..tak sabar nk makan heeee

      Delete
  11. ingatkan Nara plak ini ae kena mengena ngan beautiful nara..hahahaha...tapi gambar2 JM pun cantik what..sometimes terasa macam ade kat sana..hehehe..tapi gambar paling stylo untuk entry ini ialah gambar sunset tu..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azlan Strider : oohh..antara peminat gossip artis jugak lah ni yek..mesti hari2 baca beautifunara tu..hikss..JM pun sama
      Gambar sunset tu..ahaha..puas tau adjust nak dapat gambar camtu..tapi still tak puas hati coz tak dpt langit oren..

      Delete
  12. ala JM potong la.. apsal x ajak yang rambut blonde cekak pinggang tu posing sekali !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minah rambut blonde cekak pinggang?..jap nk tgk balik..hahahahaha...tajam betul lah mata Abang Meng ni sesuai ngan supermeng....JM yg insert pic tu pun tak perasaan ada minah kat situ...kalau bergambar ngan dia..sah-sah lah mata Abam Meng terpaku kat dia je ahhahaah

      Delete
    2. tu minah ke manah?~ wahakahak

      Delete
    3. Rei : ahaha...dua2 pun boleh rasanya auwwwww

      Delete
  13. Excitednya saya tengok JM ke Nara Park sebab sekarang saya tengah berdebar-debar nak ke Nara Ahad ni...sampai je di Osaka Airport terus nak ke Nara. Nara Park tu memang dalam list saya. Moga-moga saya dapat sampai ke sana dengan selamat.Hadiah dari Zila tu cantik-cantik belaka. Bertuah JM. Saya pun dapat hadiah dari Zila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..prof..kiranya sedang menghitung hari lah ni ye...semoga prof dapat berjumpa dgn rusa yg jinak tu byk ekor...leh beri makan kepada mereka..jgn jadi mcm kami..huhuh...dpt jumpa 2 ekor je tu pun...hrmm..kesian tengok
      Ha'a..cantik sgt ole2 dari beliau..ohh..prof pun dapat jugak..jadi prof pun bertuah jugak heeeee

      Delete
  14. Kenapa tak banyak rusa kat park tu JM ?
    dah nak tutup ke....rerusa dah layan kandang ke...
    haiseh...lenkali kene plan waktu sesuai nak pigi sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana : maybe sbb kami ke tempat yg salah..kami ke Kofukuji area..mmg tak jumpa pun kandang rusa..Nara Park tu kan luas..so tak sempat nk explore semua..huhu..sedih sgt masa suntuk time tu..better pegi pagi

      Delete
  15. Err terkejut tengok gambar rusa tu. Baru2 ni ada tengok superman return Sarang, ayah and atuk dia pi tengok rusa juga rsanya kat nara park ni lah, dan memang nampak banyak sanagt rusa berkeliaran ada kecik ada besar cantik2 plak tu. Teruja tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik Z : sbb tu kami semua FRUST...huhuhuhhu

      Delete
  16. Dapat bercanda di depam muzium pun ok juga JM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay yeay org jauh dh balik! Pak lang mie dh balik ( hai! Jm ni seronok cam ada makna je heeee)
      Rindu sebenarnya bk baca entri baru dari PLM tu
      Itu bukan bercanda tapi aksi gedik santai

      Delete
  17. Tanduk rusa tu leh tak bawak balik buat souvenir? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaahha..SS..nak mampos!!!! opss...kasar ke tak ayat ni...x sempat nk ambik tanduk tu kita dulu kena tanduk heee

      Delete
  18. Adehh sedeh la bulu rusa tu cengitu. ..keciwa mak!

    Sian jm kena tinggal. Dorg tapau ke mkn tempura kat situ gak? Kalo dorg mkn kat situ dan tinggalkan jm..memang cisbedebah namanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syieda : huhuhuh...itu je yg kami dapat..balik sambil berlinangan air mata

      Nasib baik mereka tapau..kalau dorang mkn kat sana diam2 je..it's a last trip with them huhuh

      Delete
  19. Salam JM,
    wahh rusa pun kena mandike? Hehe
    akak pun masa melawat anak di Gunma, tertingal beg kecil souviner di kedai aiskrim, berkejar pekerja tu bagi balik sambil tunduk2. Patutnya kita yg tunduk tnda tkasih. Itulah budaya dierang. Orng kita 30 tahun lgi belum tentu jg camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Kakyon,
      Ha'a...kan..sikap mereka waduh..mmg respect habis lah..kalau kat tempat kita tertinggal barang 5 second pun dh lesap..itu negara org ISLAM tu..subhanallah..ntahlah nk ckp lebih2 pun...karang..lain pulak jadinya...huhuh

      Delete
  20. oh.. rusa yang malang, lebih sebulan ngak ada yang mandikan. Tapi ribuan rusa-rusa di Istana Bogor, aku pikir ngak pernah dimandikan tapi tetap cantik-cantik.

    Oh ya baru ingat. Mbak JM pernah minta alamat rumah saya dulu, saya pikir mau kirim oleh-oleh Jepun...hehe samapi sekarang ngak pernah tiba oleh-olehnya..hiks-hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaha..Mas Gunadi kalau gitu..JM tak leh nak jawab lah..mabye rusa di Jepang kesejukan..jadi bulu nya agak kasar

      Hikss..ole-ole..masih dalam perjalanan tu...Tunggu...sikit hari sampai ye..janji mesti di kotai tak gite Mas heee

      Delete
  21. alaaa frustnya bulu rusa tu camtu...
    nasib baik diorang tak tinggalkan jm dan tapaukan tempura sekali...
    kalau tak lagi sadis, dah ler cuak 10 minit :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs : dah le bulu rusa tu keras pas tu ada 2 ekor je..tercari-cari mana yg lain..baca blog kawan2 rusa tu byk huhhu..maybe kami salah tempat rasanya..next time nk pegi lagi tempat ni hikss

      Itu lah Mrs..JM tak kisah kalau dorang tggal JM kat market tu at least ckp lah kan..karang JM dh siap boleh terus je ke sana...then boleh beli tempura tu jugak..TAPI huhhu...sabar je lah

      Delete
  22. seronok nye. bersih nye tempat dia.

    nak keychain 1 hehe. syok la dpt p sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afasz....keycahin tak de..chopstick ade..Nak?...kalau nak..email pada akak JM alamat yek

      Delete
  23. JM, p x imperial palace tu..? tngh dok pikir2 nk p ke idak... Jinak rusa tu... anak dara saya suke neh...aishhh... tp mak die yg x berapa suka... agaknya mcm manalah rupa gmbr romantik yg diambik dngn rusa tu kan.. nampak lobang idong rusa aje agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fary : tak pegi ke Imperial palace tu x sempat sbb dah petang, rusa pun x byk..better bwk budak2 tu pegi sini..beli makanan rusan..mesti seronok dorang tu nanti..mmg jinak sangat..ikut je kita minta makanan tau..

      Delete
  24. JM,
    Soalan luar kawalan..
    Cantik la your boots & winter jacket. Merah terang.. cun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu Sham : ehehehe....winter jacket tu JM beli di Gold Coast RM58 dan boots tu beli di Guangzhou dalam RM39

      Delete
  25. Sedapnya kek lapis tu. Tengah lapar nih T______T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahass...AmyZana : Kek itu jugak yg menarik perhatian ek

      Delete
  26. Nara ni memang xmasuk list sebab risau nanti emo tengok rusa xde tanduk. Kat tamab yang banyak rusa tu, diorang memang potong tanduk tu takut bahayakan visitor. Sibaik DJ berjaya racun suruh gi Miyajima so merasalah jumpa 3-4 ekor rusa. Masa tu memang xnak tengok bahagian tanduk, sedih tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie : kalau dh ke Miyajima tu boleh exclude je Nara Park ni...pegi je either one..kesian kan..Tanduk yg cantik2 di potong nyer tapi betul jugak demi keselamatan visitor

      Delete
  27. bagus lah JM dah terima souvenir tak seberapa tu..malu la tgk tulisan sendiri yang tak cantik tu :(
    walaupun tak berpengalaman yang lg best dari oranglain, tapinya kita ada jugak lah pengalaman walaupun jumpa sekor dua rusa..lagi sedih kalau ada org yang lgsung xde pengalaman..contoh terdekat adalah saya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila : Terima kasih..terharu sgt..tulisan tak cantik?..itu x penting..yang penting apa yg ingin di sampaikan :-)
      Ahaksss....tak per Zila dh ada pengalaman pegi London..lg BEST..nanti turn Zila ke sini pulak

      Delete
  28. Alahai..Siannya tengok rusa tu...heheh..
    Apa pun bila baca kisah2 Perjalanan JM mmng mnyeronokkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak MP : huhuhhu...sedih sebab rusa x banyak..org lain ke Nara Park tu dpt jumpa dgn rusa...

      Delete
  29. Replies
    1. Abe MKL : tak kesian pada JM ke..baru nk beromantika d'amor dgn rusa-rusa tu TAPI..huhuh...

      Delete
  30. Pergh mesranya rusa dgn lady tu?!
    Dia tak gigit org ke hehehe.
    Gi zoo negara dulu, punya la takut nak bg makan.. inikan pulak nak ber'mesreeee' camtu? Oh no?! :P

    Uhuhu sy je yang belum bg apa2 kat JM.. JM pun dah 2x bg kat sy.. malu pulak rasanya sob sob :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekdaa!!...takut rusa ke...alalalala...comei je tau..rusa tu jinak lah...tak perlu takut..lain lah ular ..eeee..lari x cukup tanah

      Alaaa..tak perlu berbalas-balas bagai..JM bagi ikhlas..Dekdaa sudi baca blog JM yg ntah apa2 ni pun dh kira syukur sgt

      Delete
  31. nak kek lapis skit. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rei : anga...anga...nak suap....auuummm...sedap tak?

      Delete
  32. wahh bestnya.. ada rusa dan kek lapis lagi.. arghhhh nak pegi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Penghibur?..mcm familiar je dgn nikname ni lah :-) Rusa dan kek lapis tiada kaita sebenarnya...Jepun sekarang ni semua org mampu pegi so Achik bila lagi hikss

      Delete
    2. kenal ke kita nie... blog picisan jer ^_^ berapa ye kos perjalanan ke sana ?

      Delete
    3. Alololo Achik ni..saje je tau...Aku Penghibur tu mmg glamour ada je komen kat mana2 blog yg JM singgah...picisan katanya...ye lah tuh..sambil muncngkan bibir heee...budget?..arout RM5k...detail budget nanti JM kongsi yek

      Delete
    4. oooo banyak juga kosnya..nanti kongsikan ye

      Delete
    5. Ok Acik! Dont worry nanti Jm kongsi detail budget bersama tips sekali yek

      Delete
  33. Bestnya gi jepun. Cantik² gambar ni.

    Alhamdulillah...rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza...Alhamdulillah! betul sbb hari tu mmg dpt tiket murah betul melalui MAS dlm RM900 ++ je...kalau skrg ni mmg harga nk ke sana dlm RM1000++

      Delete
    2. Saya pi dengan airasia...dapat RM800. baru pulang ke malaysia.

      Delete
  34. Tak terkata apa2. Happy to see go around the world.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan Ty : another time around...turn Ty pulak...siapa tahu kan :-)

      Delete
  35. Kesian tak leh jumpe rusa..hehe
    pegi zoo jelah JM

    Gambar sunset yg last tu chaghe..boley buat cover FB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuli : Rusa kat dalam Zoo terkurung...x leh nak belai manja like di Nara Park tu hikss

      ahahaha...gambo sunset tu?...rasa cam x puas hati jek tgk..sbb tak dpt yg langit orengg

      Delete
  36. Aloo..alo. Lamenyer tak singgah sini. Sbuk huhu..W/pun tak sempat nak update blog tapi mesti singgah sini nyer :) ttp jeles ngan JM haha. Tapi kan ape perasaan pegang rusa tak mandi tue ek hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezan : ha'a lama menyepi mana pegi..pegi berguru ke hee.e..ni mesti sibuk dgn biz shawl kan..tak per ada rezeki lebih nanti turn Ezna pulak
      Kasihan rusa tu..bulu kasar nasib baik tak gatal2 tangan lepas tu

      Delete
  37. MMg unik tol tiang tu.. Nengok tangga tu rasa ketaqq kepala lutut bila sampai atas hehehehe

    JM sampai ati taw tak kasik address..kite tggu jer address awak taw hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Mysha : alaahh..tangga tu nampak je tinggi tapi tak setinggi tangga BATU CAVE tu hikss

      Alamat?..Ya Allah..JM lupa sgt..ok..ok...sekarang jugak JM send yek

      Delete
  38. ok yang part rusa ni memang saya tak singgah time hri tu.. tak tahu kenapa.. mungkin tak minat nk tgk rusa hahaha :D
    Sama la kita ... sy pun makin mnjadi2 malas nyer nak update hahaha :P.. eh banyak hadiah Kak JM dapat bagus la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoyee...org yg di tggu sudah datang akhirnya hikss..Afif..mana pegi...ingatkan sudah tak ingat nama blog akak nih hikss..
      Tak minat sama rusa?...mesti minat giler sama PANDA kan..jgn tipu ahkak
      Entahlah...mcm tak der idea nk tulis pastu merapu je byk..karang ada yg tgk gambar je heheehhe..Hadiah?...akak pun ada terima poskad dan hadiah dari Afif tu ..terima kasih :-)

      Delete
  39. Huhu... nasib baik tak sempat menangis terpisah 10 minit.
    Kena setengah jam mahu JM pergi cari polis agaknya ye hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Nasib baik JM ni tabah..hehe..tabahlah sangat kat..dalam hati time tu Allah sahaja yg tahu..ke mana pulak budak-budak tu...kalau katakan dalam sejam dorang tak de..bukan ke balai polis tp terus balik hotel pandai2 lah dorang balik sendiri..hati kering kan ahaksss

      Delete
  40. seronoknya dapat main ngan rusa. takpelah walopun busuk tak mandi n bulu kejung2 janji dapat pegang. KK ni leleh2 je air liur tengok orang pi japang. rasanya kena menabung sakan kalo nak ke sana huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kiah sudah datang hiks...ala kak kiah..rusa kat msia pun ader cuma bezanya rusa di msia ni dalam zoo kan tak leh nk beramas mesra heeee

      Ha'a.betul tu...bertali arus dan bertalu talu rakan blogger ke sana dalam tahun ni..kiranya Jepun adalah pilihan/rumah kedua selepas Seoul..in sha allah nanti turn KK pulak.. dalam RM2500 dah boleh survive kalau nk ke sana

      Delete
  41. Wah... JM add sy dlm FB. Facebook.com/hafizazmi83 atau i_am_fiz@hotmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafiz Azmi : add dalam FB?...JM ni tak active dlm FB...nak promote kursus photograghy ke..jap ehh...

      Delete
    2. hahaha... xder nak promote apa2...nak berkawan2 jer JM.Kalau tak aktif FB x pa la... kita leh sembang2 dalam blog and email juga kalau mau minta itu alamat mau pos apa2 buah tangan dan mulut :p haha...

      Delete
    3. HA : Dh try add FB tu tapi muka org lain yg kluar..so nanti JM email yek

      Delete
  42. Untung nyaa.. dapat ole2 dari London dan dapat kek plak... Alhamdulillah murah rezeki JM.. hehehe.. cepaat sambung day 7 yer.. iols ni tatau la bila tahun nak ke jepang tapi mmg dlm wishlist so mmg teruja baca story2 JM... nk baa story2 lama2 gak.. gigih ni hahahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Fara...JM terharu sgt..sedangkan mereka yg beli ole2 tu hanya kenal di alam maya je..belum pernah berjumpa..bukan dorang je..dh ramai hantar ole2 pada JM..alhamdulillah semoga murah rezeki mereka..ohh..dh tak sabar nk tahu ke mana JM pada hari ke 7 yek..ok..ok..nanti JM cari masa utk update ek..jgn tak baca pulak heee

      hikss...in sha Allah..kalau ada rezeki lebih tak ke mana..sentiasa amalkan solat sunat Dhuha.. :-) kan ada projek Shaklee tu...mesti boleh..yakin boleh heee..Amin

      Delete
  43. wahhh.bestnye g jepun...mesti budget rm5k above kan...huhu.lambat lagi la jwbnya nk pg..berangan la dulu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fiz : Jepun mmg BEST selain Korea..ermm..hari tu budget lebih kurang harga tu utk 11 hari..nanti akak JM kongsi budget detail yek...akak dulu pun berangan jgk..alhamdulillah kalau dh rezeki senang je laluan nya..in sha Allah..nanti turn Fiz pulak...Allah lebih mengetahui kan :-)

      Delete
  44. Seronok baca travelog ni... best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Nurul Hidayah!...seronok ke...hiks..rasa mcm ada yg kurang je tau...keep on reading ek...ni yg buat JM teruja nak menulis ni bila ada yg sudi membaca :-)

      Delete
  45. Patut la tak der gambar jm beraksi manja dengan rusa ... takper lah...ada rezeki lain pulak kot. Akak dulu...sampai nara jam 11 pagi cam tu...so lepak lepak santai sambil bergurau senda ngan rusa rusa kat sana..
    ahaksss...bestnya dapat souvenir dari kenkawan maya kan...terasa diri dihargai gituuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ita..hari tu kak ita pegi area mana ek..kami ikut sign ke kofukuji temple tu...pastu jalan je terus ke depan..nampak padang yg luar...ada rusa 2 ekor je..itu pun mcm mati segan hidup tak mahu...pastu bila jln lagi ke depan nampa nara national museum..dari situ terus balik sbb dh gelap...rasa cam tak puas je tak dpt jumpa rusa yg byk tu huhhu

      Alhamdullah...JM pun terima jugak ole2 dari kak Ita...terima kasih..syg sama kamu :-)

      Delete
    2. Kami jalan terus je ke arah nara park sampai nampak pagoda 5 tingkat tu. Lepak makan kat padang tepi tu pun memang banyak rusa dah.....pastu terus je jalan melepasi museum tu sampai jumpa pintu gerbang besar...sorry tak ingat pintu gerbang tu..

      Delete
    3. Alamak Kak Ita : sah kami pun berada di laluan yg betul...memang bergambar di Pagoda 5 tingkat tu...terus je ke Nara Park sebelum masuk ke kawasan museum..kami nampak 2 ekor je rusa kat padang tu huhuh..mmg nasib JM tak baik lah hari tu huhuh

      Delete
  46. Mbak JM..Alhamdulillah kiriman oleh-oleh Jepun dari Mbak JM sudah saya terima barusan banget. Terima kasih banyak ya. Semoga Allah SWT membalas kebaikan mbak JM. Semoga saya juga suatu saat nanti dapat membalas kebaikan Mbak JM. sekali lagi terima kasih banyak Mbak JM yang baik hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat sampai. Alaaa Mas Gunadi! Ole2 biasa aja x ada yg special pun :-) Amin amin semoga Allah makbulkan doa mas tu. Jm bg ikhlas x perlu nk balas bagai cukup sekadar berbalas senyuman je, senyuman itu kan sedekah heeee

      Delete
  47. terkedu baca...arh..jeles..
    x tau la bila la saya nak sampai sini ye jm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa Yie hiksss pandai2 je bg nikname yek sobrie dh jadi Yie je, manja x manja x heeee
      In shaa allah, jika allah bg jalan dan pelang pasti ada jln nya. Budget dlm rm2500 pun dh boleh ke sana

      Delete
  48. salam sis. wahhh bestnya kat sini :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Cik ITah..sebenarnya byk lagi tempat cantik di jepun ni..kalau ada duit lebih cer terjah ke sana :-)

      Delete
  49. salam JM,
    di Jepun ni semuanya cantik2. tak perlu tinggal di hotel mahal, dihotel murah atau perkampungan pun dah cukup bagus.kalau lah muda lagi sanggup akak berhijrah kesana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalm Kak Yon..bukan sahaja cantik..tapi negara mereka BERSIH...hirup udara rasa SEGAR je..pastu dorang punya attitude..ya Ampun....bagus sgt..jauh sekali dari kita rakyat msia ni hiksss...ahahaha...jgn kata Kak Yon..JM pulak kalau boleh nk kawin dgn org jepun terus tapi SYG..mana ada org jepun tertarik dgn org msia kan ahahahaha

      Delete
    2. teringin nak kesana lagi teringat-ingat suasananya yang damai dan tenang.
      ada jer orang jepun kawin dgn org Msia JM, mana tahu jodoh JM dgn orang sana, boleh KY selalu ziarah JM bawak anakberanak berkampung kat rumah JM..hehe

      Delete
    3. Kak Yon..in sha Allah aminn...terima kasih kak Yon

      Delete
  50. muahahahahahaha...
    lawak gile JM cakap rusa tu tak mandi...
    tapi mmg series nampak macam berbulan tak mandi la rusa tu.
    mana pergi rusa yang cantik-cantiknya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ietams!...ahahaha..betu pe..bulu dia tu berserabut..kasar lak tu..cam nk letak shampoo rejoice byk2
      Itu yg pelik..ke JM yg salah pilih tempat huhuh..ke dorang dh masuk kandang sbb dh petang...kami ni je tak tahu nk balik umah lagi time tu hikss

      Delete
  51. pernah singgah sini masa nak carik info ke singapore bln 5 hari tu.. hari ni singgah lagi nak baca entri pasal japan pulak.... hohoho.... manyak syiokkk woooo.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq Eem : hari tu singgah sbb nk cari info ke singapore..so skrg singgah mesti nak cari info ke Jepun kan...sila..sila...FOC je heee..

      Delete
  52. jauh2 jalankan tengok rusa tak mandi.. takperler..jauh perjalanan luas pandangan...
    tapi tempat nyer memang cantik dan bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Cho Zila : lama tak singgah sini semua entri akak baca ehehe...terharunya JM...terima kasih akak
      AHahahah...part rusa tak mandi tu je...rasa x baloi plak leh jumpa 2 ekor je

      Delete
  53. salam JM..
    jinaknua rusa tu... die tak kejar ke kite2 yg dtg tgk die tu..? hihi..
    seronoknya..seronoknya...
    tahniah..murah rezeki dpt gift dari rakan2 blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Cma : rusa2 tu mmg jinak..kalau dia tahu dia ada pegang makanan rusa yg di jual di keda tu mahu datang gesel2 minta mkanan..mmg BEST lah hik..kalau bawak anak2 ke sini..jerit2 seronok dorang..JM yg tuo ni pun bukan main suko ni hah..opsss..kenapa tetiba ckp nogori nih

      Alhamdulillah..rakan2 blogger yg baik hati :-)

      Delete
  54. comot la rusa dia...
    rezki JM.. byk dpt souvenir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarul..sebenarnya di Nara Park ni mmg ada rusa cantik cam gambar first tu..
      Sekali JM pegi salah area..rusa yg cantik tu di Nara Park Area..rusa yg comot tak mandi tu di Tofukuji Area..huhuhhu...sedih time tu..pastu dh petang..tak sempat nk exlpore semua

      Ha'a..dapat dari rakan2 blogger yg baik hati :-)

      Delete
  55. bestnya. tapi kenapa ada macam peninggalan belanda. atau dibina oleh depa sendiri.
    Hebat kan depa kat sana sawah padi pun nampak bersih.
    Wah dah la gi bercuti balik dapat ole-ole lagiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz MoHa : kalau ada peluang, masa dan duit nanti leh bawak anak dan isteri ke Jepun tu ...mmgberbaloi melihat keindahan ciptaan Allah dan boleh belajar betapa disiplinya org Jepun..sgt juah beza ngan org Msia

      Ole2 tu?..itulah ramai rakan blogger ni baik-baik hati dan pemurah...

      Delete
  56. hasrat nak ke japan... blm lagi kesampaian.. huhuhu tak de rezeki JM nak pegang rusa comei yea... heehehh tu maknanya kena pi lagi... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora Karim : eheheeh...hasrat tu mmg ada ...soory tau dh lama tak terjah blog NK.. x sempat sgt

      Delete
  57. Wah, best dapat pegang rusa tu. Jinak yer rusa tu JM... Syok tengok gambar dan cerita JM kat Nara Park tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal : Rusa tu jinak sbb dia nk makanan..kalau ada makanan kita boleh gesel2 ngan rusa tu tau tapi sayang rusa tu comot huhhu

      Delete
  58. patut la x ada gambar romantik ngan rusa..upanya rusa tu tak ensem...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nOe : ahahaha...haruslah pilih yg hensem baru ada tarikan

      Delete
  59. Bestnye dapat travel negara orang...hehe..belum berkesempatan lagi nak travel2 mcm ni..

    JM blog Cik Mimie ade 2 satu tu memang tak berapa aktif..yang aktif blog http://norshamimi.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mimie : ok.ok...nanti akak update dalam My New Reader Bloglist

      Delete
  60. Walaupun tak penah sampai lagi Nara Machapagal,
    tapi dah mula rindukan Jepun. Pakai selipar jepun jela nak kasi ubat rindu. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rei in my heart ..opss...dgr khabar akan bermastautin di Jepun kan..so kalau JM nk ke sana lagi Rei yg JM cari :-)

      Delete
  61. Amboi JM sempat lagi buat regangan sbelum tulis entry. memang terbaiklah.. hihi.. bestnya JM dapat pi sana.. rasa nak jugak.. huhu.. tapi takpe, pasang angan-angan dulu. mana tahu nanti dapat pi kan..
    tahniah JM, balik rumah terus dapat bungkusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros_Reeza tunaikan dulu hajat nak ke Cameron tu ye hihih

      Delete
  62. blog JM dah berwajah baru.. hihi .suka, suka.. bergambar ala-ala super mdel gitu. terbaiklah JM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros_Reeza : minta maaf lama tak erjah blog ROS...x sempat..byk tul blog yg sis perlu terjah...nanti giliran blog ros pulak ye
      Ahaa..sesekali nk jugak tukar header supaya nampa FRESH...jelez ngan ros asyik tukar header je hihih

      Delete
  63. bestnya dah sampai sana...kecik2 dulu sampai sekrang teringin memang nak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best lah MamaAmir..lau boleh nk pegi tiap2 tahun tapi DUIT x cukup hhuhu

      Delete
  64. Ngah gigih menabung untuk meneroka ke seluruh dunia.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Polie : in Sha Allah semoga Allah permudahkan segala urusan ye aminnn

      Delete
  65. Gambar sis dengan rusa tu comelllll!
    Bestnya banyak dapat souveniers :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : Rusa yg comel atau akak yg CUTE hahahaha..perasan x habis2...ha'a byk kerana dpt kenal rakan blogger yg baik2 hati

      Delete
  66. bila la nak sampai jepong ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..Sai..Udaipur India leh sampai hihih..in sha Allah Jepun next year ke.mana tahu kan..tiba2 ada kursus BOS hantar ke sana :-)

      Delete
  67. Huwaa!! In the future kalau pergi Japan kena singgah tempat ni!! Bagusnya ^^ Boleh main-main dengan rusa.. hiks :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yun Sing...sudah semestinya kerana rusa kat sana jinak!!!! sgt

      Delete
  68. Sesuai ke kalau nak berbasikal kat area Nara ni sis...nampak macam berbukit and ada tangga yang tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayda Awie : sis ada baca dari blog Prof NA..beliau berbasikal di sana tetapi agak penat bila kayu di kawasan berbukit tu...Nara Park ni agak luas..kalau rasa kaki kuat better jalan kaki je lihat scenary jika x mampu better sewa basikal

      Delete
  69. Replies
    1. ingatkan abe MKL rindu kat RUSA yg bushuk tu hihih

      Delete
  70. sedih tengok bulu RUSA tu..serabut jer..huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa : dh bertahun tak mansi rasanya...SEJUK!

      Delete
  71. brother MKL readers setia JM? ... sama-sama kaki tarvel :)

    ReplyDelete
  72. seronok tengok JM travel ... terasa nak travel juga tapi ongkos tak ade :p

    ReplyDelete
  73. pokok bunga putih tu sakura ke? ...

    ReplyDelete
  74. tingginya tangga ... dah macam tangga batu caves, mau terbakor lemak :)

    ReplyDelete
  75. Rusa yg berbulan tak mandi.. Oh rusa kenapa xmandi? huhu.. Dapat tgk rusa busuk berserabut je JM ye.. Ok lah tuh dapat jugk sampai.. Maknanya kena merepeatlah lagi.. :D

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS