Pages

Thursday, 26 June 2014

Spring at Japan : Day 9 - Kobe Harbourland, Kobe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan,


"Hai kawan-kawan..JM in the house..lama tak update blog..windu sama JM ngak? heeee"


Kepada NanaTron...cerita Jepun belum habis lagi so jangan ke mana-mana eh..

Kepada reader dan rakan blogger yang sentiasa setia bersama blog JM ni jangan rasa jemu lah yer dan JM amat hargai support daripada korang..Tanpa kalian semua JM ibarat melukut di tepi gantang...ahaha..betul ke peribahasa ni..."Hantam saja lah labu".
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada hari ke-9 di Jepun, kami akan ke KOBE. Biasanya jika berada di Kansai Area ni orang akan masukkan Osaka, Kobe dan Nara ke dalam list itirenary. So kami juga tidak lepas peluang untuk ke sana.


Malam sebelum tu selepas balik dari USJ, JM lupa nak story..kami singgah di Namba Station konon nya nak lihat Glico Man yang femes tu. Namba Station memang besar dan luas, orang usah citer aah..memang ramai...bersimpang siur jalan nya..banyak Exit dan kalau tak tengok betul direction memang berpusing-pusing je kat dalam tu cari Exit yang betul. 

So keluar dari tren kami kami masih lagi berada di Lower Ground Floor sebab banyak shopping mall kat dalam tu. NH dan Mrs A kategori suka shopping, JM pulak jenis lebih kepada sightseeing, kalau nak beli pun tengok juga...duit pun tak banyak. So bila tengok banyak sangat shop lots tu Mrs A dan NH memang teruja lah..JM ikut je dan pada masa yang sama SY ni kurang sihat. Maybe selesema kot time tu..dia pun macam tak ada mood je nak berjalan..so just follow jugak.

Masuk kedai tu, pegi kedai ni tapi tiada yang berkenan di hati. Pastu dorang masuk pulak kedai Uniqlo pilih jean dan t-shirt..harga agak murah berbanding di Msia. JM dan SY tunggu je di luar sebab memang kami tiada plan nak beli. Lama jugak dorang dalam kedai tu..si SY dah gelisah..mungkin sebab dia tak sihat so emosi memang ke laut lah. Kalau dia sihat...dialah orang yang paling banyak bercakap dan Havoc kalau dia diam tu mesti ada something wrong.

Almost 1/2 jam menunggu si SY dah tak selesa..

SY : Jom kita balik dulu
JM : Balik dulu..then tak nak tunggu dorang ke...masih memilih lagi tu
SY : Biarlah dorang balik sendiri..dah tak larat nih
JM : Jap nak pegi tengok dorang dah bayar ke belum

JM masuk semula kedai tu...yeahh..NH dan Mrs A tengah excited memilih sebab harga agak murah..so memang teruja lah..then JM pun join sekaki eheheheh...Pastu cakap kat dorang SY nak balik dulu dia rasa tak sihat..so mereka bergegas ke kaunter untuk bayar. JM keluar dari kedai cakap pada SY..tunggu kejap ek..

Dah settle semua kami pun beredar lah..ntah kenapa tiba-tiba si SY tu jalan laju je ke depan pastu hilang dari pandangan...eh..ke mana pulak budak ni..tahu ke dia balik sensorang..train route ada pada kami ..JM merungut sendirian.

Kami semua susah hati terutama JM lah..si NH tu cool je..dia cakap nanti pandai-pandai lah dia balik sendiri. Plan asal nak ke bergambar di Glico Man yang femes tu terpaksa di batalkan kerana bimbang dengan keadaan SY yang kurang sihat tu. Kami decide untuk balik ke hotel.

Perkara lucu pulak berlaku...NH tersalah masuk gerabak untuk Wanita sahaja..ni kes kelam kabut mengingat di SY lah

NH : Ehhh..aku salah masuk gerabak lah
Mrs A : Kenapa..terus pandang keliling...semua perempuan..pastu warna dalam gerabak "PINK"
NH : Jom aaa kita masuk gerabak lain..malu aku
JM dan Mrs A : gelak bersama-sama eheheeheheh

Apabila sampai di hotel, minta kunci bilik dari reception pastu rupanya kunci bilik NH masih ada kaunter..ini bermakna SY belum sampai...Alamak semua cuak time tu...ke mana pulak di SY ni..buat orang risau je lah..Kami semua tunggu je di lobi sambil layan internet.

Selang 30 minit SY sampai..kami terus masuk ke bilik tanpa bertanya apa-apa. DRAMA betul..korang ingat jenajalan ramai-ramai tak der problem..mesti ada punya lah...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Esok nya kami akan naik tren dari Shin Osaka dan berhenti di JR Kobe Station untuk ke Kobe Harbourland

- Kobe Harborland starts just outside of JR Kobe Station and the Harborland Subway Station. Alternatively, it can be reached in a five minute walk from Meriken Park. Kobe Port Tower Admission Fee : 600 Yen

Keluar hotel pagi tu SY jalan sensorang di depan..tinggalkan kami betiga di belakang..maybe emosi belum stabil..Tanya NH..korang bercakap tak semalam dalam bilik...dia kata masing-masing membisu je..so kiranya merajuk belum habis lagi lah tu. (psst : jika SY baca entri ni jangan sentap yer)

Sampai di Shin - Osaka Station, kami temankan SY dan NH ke aras 1 untuk dapatkan Kansai West Area Pass.

Abaikan si baju merah tu..cer tengok si SY..menyendiri je..maybe mood belum ok
Boleh dapatkan Kansai JR Pass di kaunter, Aras 1 - Shin Osaka Station
Bila dah dapat Pass ni..just show to the staff at the autogate...mudah bukan
Settled..jom kita naik tren ke Kobe Station on JR Kobe Line. Semasa di dalam tren, SY duduk berjauhan dari kami..semua diam membisu..so biar lah masa merubah segala nya. Almost 30 minute akhirnya sampai di Kobe Station.

Rupanya semalam kami naik Car 5 - Car for Women Only
Kami naik car 4 - dari Shin Osaka to Kobe Station
Kobe Station
Kepada reader di luar sana, sekiranya korang ingin ke Kobe Harbourland ni mudah sahaja. Stop di Kobe Station, the follow je sign. Terdapat beberapa attraction place di sini yang sempat kami terjah antaranya :

1. Kobe Harbourland
2. Kobe Port
3. Meriken Park
4. China Town
5. Kobe Mosque

Berikut antara view yang dapat di lihat sepanjang perjalanan ke Kobe Harbourland. Suasana tenang je sebab tak ramai orang.

Follow je sign yang ada tu
Aman dan tenang je kawasan ni..kereta pun tak banyak

JM dan bunga tidak dapat di pisahkan
We are here on Spring Season
Sedikit info berkenaan Kobe Harbourland.

Kobe Harborland terletak bersebelahan pantai dan kawasan pelabuhan Kobe. Terdapat pusat membeli-belah dan hiburan seperti Umie Mall, kafe, restoran dan tempat 'dating' yang paling popular.

Terdapat 2 kompleks membeli-belah terbesar di kawasan itu adalah Mosaic dan Canal Garden. Mosaic adalah sebuah kompleks membeli-belah yang menyenangkan di sepanjang pantai dengan pelbagai butik fesyen dan pelbagai pilihan restoran menghadap ke pelabuhan. Sebuah taman hiburan kecil dengan roda ferris (ferries Wheel) didapati pada satu hujung Mosaic.

Ferries Wheel
NH menyuarakan hasrat untuk naik ferrie wheel ni, pada mulanya JM keberatan nak naik sebab view waktu malam lagi cantik...tapi dek kerana jika naik berempat so lagi murah sebab harga dalam 1 gondola tu 2500 yen. Jadi JM pun setuju. Inilah view gambar dari dalam gondola. Dulu Eye on Malaysia di Tasik Titiwangsa pun JM tak pernah naik.

Kalau habang Meng yang snap picture ni mesti lebih ohsem
JM dan Kobe Port...dah lebih kurang sama je
Kobe Port
Tiada aktviti menarik yang boleh kat sini just ambil gambar dan lihat view yang cantik tu. Dari Kobe Harbourland tu jalan je ke hadapan sikit untuk ke Kobe Port Tower. Boleh naik Kober Tower tu tapi perlukan bayaran. Kami tak nak naik dan decide untuk ke Meriken Park. Waktu ni si SY masih lagi membisu dan just follow the wind. Jika nak ke Meriken Park tu dan Kobe Port just cross jalan atau naik jejantas.

Semua tempat nak bermgabar kan..keh..keh..keh
Kami menggunakan jejantas untuk ke seberang jalan. Nampak SY jauh di hadapan sambil memakai penutup mulut
View sekitar Meriken Park
Apa yang best di Meriken Park ni..boleh access FREE WIFI. So JM, Mrs A dan NH ambil port di bawah pokok dan masing-masing leka update di laman sosial (FB, Twitter, Instagram dan Blog). Kalau dah dapat line internet ni memang dah tak peduli orang keliling terutama JM lew. Sedang masing-masing leka tu tak perasan SY tak ada kat situ..Eh ke mana pulak budak sorang ni..dah le dari tadi tak bercakap walau sepatah...

Nak tahu ke mana SY?..perlu tunggu next entri...suspend kan?...

Will be continue on Spring at Japan : Day 9 - Meriken Park & Kobe Mosque
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah ucapan terima kasih khas buat blogger Nieda Ramly kerana telah menghantar ole-oleh dari Jakarta semasa beliau bercuti ke sana. Terima kasih kak Nieda...muahhh.
Ole-ole dari Kak Nieda Ramly
Wasalam.

140 comments:

  1. wah...jeles jeles.bestnya kak JM berjimba di Jepun
    p/s: saya terbaca Kansai West tu Kanye West. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal : hahaha...tersalah baca ke akak yang tersalah tulis..almaklum lah Sal kan keje ngan sorat kabor heeee

      Delete
    2. wooow akak JM detim ngan Kanye West :D

      Delete
    3. CT : mue kecek gapo deh..teme dok pehe hahaha

      Delete
  2. Bertuahnya dapat jalan-jalan di Kobe. Banyak tempat pulak tu.

    Pretty women in red with beautiful flowers, memang padan :)

    Saya memang tak ke Kobe sebab tak lama di sana, dah tahu tak kan sempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prof NA : Kalau ke kansai area mstin include Kobe sbb byk attraction place

      Hahahah...statement prof yang ke 2 tu membuatkan JM tak lena tido..kalau tdo pun dalam senyuman.."prof pun kelakar jugak sebenarnya ek"..panda buat lawak heee..Kalau Prof tgk JM secara life mesti PITAM..jauh panggang dari api..JM potogedik heee

      Kalau 6 hari je mmg tak cukup sekurang2 nya 10 hari baru puas hati :-)

      Delete
  3. Kak JM miss u lot lot lot..hahahaha.drama ja lebih kan...

    Kemana pula SY tu...suspended dah ni..hilang kah?haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nun : Ala miss me but DRAMA je...sedih ahkak tau..sob..sob..sobb..nangis di balik pintu

      Hahaah...nampak sangat Cik Nun baca perenggan permulaan dan perenggan akhir je..tak kisah leww janji sudi singgah sini..lap uuu :-)

      Delete
    2. Uishhh....baca A to Z la kak JM...mana ada baca A ngan Z ja...
      Sedih juga nih...nak lari nagis blakng pintu gak...majuk bawa diri..huhuhu

      Delete
    3. Cik Nun : alalalala....jangan lah merajuk..meh shini meh...meh akak bagi aiskrim cornetto..cedap cangant..meh cayang bucuk vucuk tuee :-)

      Delete
    4. Yeah....kak JM hutang CN satu aiskim...weeeeee

      Delete
    5. ahahaahha...matilah ada org tuntut...janji lagi!...wokeh..wokeh...cik Nun nyer pasal BOLEH jewww

      Delete
    6. nak eskrim jugak >.< ihiiiiks..

      Delete
    7. Ehh..ada sorang lagi budak 'kecik' nak eskelim..ok..ok..nanti akak beli sorang satu...tuk Cik Nun 1 dan utk CT 1..jgn berebut eh...

      Delete
    8. Hahaha...nak prinscreen stament ni...jumpa karang nak tuntut..

      Delete
    9. print screen jugak :D

      Delete
    10. Ct..hahaha..give me 5..abis lah kak JM kita kena buli

      Delete
    11. Ahahaha korang dua ni komplot eh heeee alaaaa klau nk eskelim tu bila2 akak len lanje tp jgn mintak tiket kapal terobang hahaha jual bulu ketiak pun x laku opsssss

      Delete
    12. Hahaha...melawak2 ja kak JM....pa pun slmt bposa

      Delete
    13. Akak pun gurau jugak cik Nun heee selamat berpuasa, bangun sahur tak tadi :-)

      Delete
  4. alhamdullillah...barang dah sampai.
    Aik kenapa disorok yg satu lag tu.>>?
    Itu ole2 dari Measai tau. Akak beli masa gi Chiangmai bln 12 tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Nieda..muah..muahh..
      Hahaha..tak persan pulok tersorok...ole2 dari Chiang Mai?..ha'a mmg perasan JM tak ada lagi ole2 dari sana..sayang akak!!! meh peluk cikit

      Delete
  5. Replies
    1. saja nak kasi Syeida suspend!!..ahaks..kami pun suspend time tu..nak tahu?..Tungguuuuuu

      Delete
  6. akhirnyaaaaaaa entry baru dari akak JM.. CT tingin nak gi jepun tapi maybe dalam nombo 7/8 dalam wishlist. akak apehal menggoda sngt baju merahmu tuh.. nak cari kot merah menyala la lepas ni. baru gojes jugak wakakkaa.. banyaknya pass kak.. kalo ada rezeki pi Jepun CT mesti pening nak fikir jenis2 pass yang kena beli lah apalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai CT : malas betul akak sejak dua menjak ni nak up entri baru..perlu belajar dari CT lah agar rajin up entri hari-hari...ada je yg nak di kongsi kan :-)

      Hanya org berani je leh pakai coat warna menyakitkan mata camtu...ada bran? heeee..Hai Cik CT ni dah kerja ke belum?..kalau dh kerje leh simpan duit cikit2...in sha Allah akan terlaksana jugak nanti

      Delete
    2. hahahks sebab iols belum kerjalah boleh update entry hari hari akak JM.. doalah CT dapat kerja cepat nanti kot boleh tumpang trip akak JM hihiks.. btw CT klik klik almeera akak JM sebijik.. hihiks..

      Delete
    3. buat CT kesayangan tu...in sha Allah belum ada rezeki lagi tu...jgn putus asa..teruskan berusaha..In sha Allah sentiasa doakan yang baik-baik je tuk rakan2 blogger nih. Wowww...terima kasih budimu di kenang..akak pun klik2 gak CT nyer :-)

      Delete
    4. amin amin.. nak travel banyaaaak banyak cem akak :D weeeee ~~~

      Delete
    5. Aminnn jugakkk buat CT tu, CPuV makin bertambah aminn. Nak jenjalan nanti x de partner roger je akak i will be there gitewww heeeAm

      Delete
  7. eh.. aku dah pernah snap gamba kat kobe tu.. tapi tak berapa ohsem sebab time tu sejuk gila.

    SY tu nama dia apa?

    dia boleh jadi model motor SYM

    safee yang menunggang
    shamsul yusuf mencelah

    lepas ni SY kawan JM la jadi model

    SY merajuk..

    mati la x kenal tapi meng-keji

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila sejuk semua jari jamari yang gebus tu kecut ek bang Meng!!!

      SY tu JM yang pandai kasi nama samarana..bukan nama sebenar

      AHahahahhhhhhh...abg Meng..hader hader je dia tau...JM pun tak perasan..hadoi..tepuk dahi...betul jgak (pstt : tak nak masuk rancangan maharaja lawak ke..nanti JM voteeeeee)

      SY tu merajuk kejap je..lepas JM pujuk ok lah dia tu....

      Delete
  8. Macam2 drama ye JM. Biasalatu gi 4 org 4 perangai la nak kn hadap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik Z...dulu pergi berdua pun drama jugak..waktu tu pergi Seoul..ada yg sentap pastu Jm mengalah...ok balik..waktu pegi China pergi bertiga pun sama jugak..pastu ok balik..then kali ni pergi berempat pun sama...huhuhuh..itulah asam garam travel kan...kalau pegi Solo molo mesti sentap sensorang hahaahah

      Delete
  9. bestnya berdrama....saya pun pening....sabar je...biasa le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe MKL : BEST ke...penat tau hiks..tapi biasalah..perlu accept semua kekurangan yg ada kan..Abe MKL pergi travel ngan Chenta hati mesti x ada DRAMA kan..ke ada jugak :-)

      Delete
  10. biasalah.. saya pon kdg2 pegi bercuti ngan kwn2 ada jgk yang ada masalah.. tapi boleh settle la...
    sebelum nie sempat baca beberapa entry ja psal cuti JM kt sana.. balik kg lagi la xsempat, line tenet xda.. kena menumpang rumah org ja nk dpt tenet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zarul kerana setia ngan blog JM nih...*hugh sikit :-)
      Ha'a..itu dah jadi adat resam dalam dunia travel..perlu banyak bersabar dan tolak ansur kan?

      Delete
  11. Rasanya SY tu tak mau korang terjangkit selsema dia... Tu yang selalu duk jauh-jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lang Mie mmg POSITIVE thinking..no wonder lah bakal dapat menantu TAPI still awek muda ..ehh salah..still nampak muda remaja jew..model blog PLM tu mmg hensem..tapi melepas lah dh ada org punya..*matilah tak habis2 gatal

      Delete
    2. Hemmm..hemmm..uiish..gatal pulak tekak ni. Hehe

      Delete
    3. Cik Nun gatal tekak ke? Meh akak Jm bagi strepsil :-)

      Delete
  12. Selamat menyambut ramadhan
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Ramadhan jugak buat Irra, terima kasih sudi singgah sini
      dh try terjah blog Irra tapi kat opis ni kena block pulak..nanti try kat umah ek..nak tahu jugak citer apa yg d kongsi tu :-)

      Delete
  13. Merajuk manja namanya tu JM :) ... yelaa SY pun kurang sihat masa tu kaan, dahlaa time tu agak sejuk so memang sure badan rasa tak selesa. Insiden macam ni juga boleh buatkan kita lebih kenal dan rapat dengan travel partner kita. Ala JM, kitorang yang travel suami isteri ni kadang-kadang pun terkucil gak! Tapi selalunya tak lamalaa, baru nak tarik muncung sedepa salah sorang dah buat lawak so terus tergelak2 pulak dah.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fayreen : Ha'a..betul tu...time travel kekadang buat hubungan kita makin rapatkan ..kalau gaduh ngan pasangan pun..cer bawak gi travel mesti hilang duka lara. si SY tu merajuk tak lama..dalam next entri dh ok :-)

      Delete
  14. Alaa... kalai tak duduk bawah pokok masa update tu pun bukanlah panas mcm tempat kita. Seronoklah kakak mengikuti perjalanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Zakie...cuaca kat sana nyaman sekali seperti berada dalam bilik aircond..tapi perlu banyak minum air kerana kulit cepat kering...Blog JM ni citer pasal travel je kak...terima ksih still setia ngan blog ni..syg akak heeeee

      Delete
  15. Wah Mbak JM dan Kobe Port itu memang satu warna, satu hati, satu jiwa ? ya sama-sama merah, sama-sama comel, sama-sama cantik, hanya beda nasib saja ...hehe.
    Lama tunggu Mbak JM update Blog. Akhirnya mucul juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhhh Mas Gunadi...pujian mu terlalu menggunung tinggi tak mampu JM nak mendaki heeeee...nampak seperti kembar tak sbb dua2 merah..ngak ingat hari tu pakai jaket merah sedondon dgn kobe port..kalau sedondon dengan pacar di Kobe baru best :-)

      Mood Mbak JM mahu menulis makin menurun..meh kasi suntik vitamin rajin sikit :-)

      Delete
  16. Gitu kan SY merajuk. Kitorang xdan pi sampai Kobe Tower tu sebab yang 2 orang tu dah xfikir lain sebab nak masuk Umie je. Lawa gak view kat seberang tu. Tapi jaket merah tu juga jadi idaman Bb kan. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie dapat view Kobe Port tu pun dah cukup..seberang sana x ada yg menarik just Meriken Park dan Maritiem Museum je...Umie Mall lagi BEST utk di terjah...TAPI kalau Bie ke Kober Harbourland tu hari Sabtu atau Ahad...ada sesuatu yg menarik menanti di Meriken Park tu..nak tahu?..nanti JM kongsi dalam next entri hiksss

      Ahakss...jaket merah tu?..masuk tren ke, ke mana2 JM berjalan...rasanya JM sorang je pakai jaket MERAH...hadooii..dari jauh dah nampak..mmg susah nak hilag dari pandangan..kita same size..boleh je kalau Bie nk borrow

      Delete
  17. wah seronok nya tengok suasana dan tempat yang JM lawat ni. Moga akak ada rezeki untuk kesana jugak. Ambil kesempatan ini nak ucap Salam Ramdhan pada JM dan pembaca blog semua. Moga kita mendapat keberkatannya.
    -Kak Haneem-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Haneem!!..sihat?...JM doakan akak sentiasa sihat untuk sambut Ramadhan bulan yang mulia 2-3 hari lagi tu :-)
      Terima kasih kak Haneem..semoga Allah beri kia peluang untuk tuai sebanyak mungkin pahala yg di curahkan pada bulan itu dan mendapat rahmat daripada Aminnn.

      In Sha Allah..kalau ada rezeki giliran kak Haneem ke sana pulak..

      Delete
  18. kesian JM..kenapa la travel partner x sporting..kena la sporting baru syok..kita travel bukan nk stres2 la..adoyaiii..sabo je la..JM kena buat kuiz cm kak kiah la JM..hahahah..by the way,mcm best je ikut JM travel..tp MJ x mmpu lg nak travel jejauh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Mak Jemah or MJ...JM sini sambil lambai2 tangan..maybe dia tak sihat sbb tu emosi tak stabil..kalau tine dia sihat tu..dialah yang paling ceria dan membuatkan kami sentiasa ketawa...terima kasih SY sudi travel ngan JM heee

      Ahakss..ada gak try kuiz dari KK tu...semua kaki travel ngan ngan Kak Kiah..cer try minta partner travel beliau yg byk songeh tu try kuiz tu ..tgk ngam ke tidak...MJ dan JM..lebih kurang je kan..nampak mcm ngam je hehehehe

      Delete
    2. kann..kena bg KK idea ni..suh partner travel dia join kuiz tu..hahhahaha..kan JM - MJ dekat dekat je dh..harap2 ngam..In shaa Allah :)) kira SY ni kawan JM eh..jenuh la KK nk bawak sume penuh eroplane..kehkehkeh

      Delete
    3. ahahaha...rasa cam nak tahu siapalah gerangan yang tak ngan ngan kak kiah tu...
      Ha'a...SY tu kawan JM kenal semasa travel..dia sebenarnya kawan kepada Mrs dan NH..JM kenal dia tme nak travel je..mmg belum pernah jumpa jumpa sebelum ni...harap2 JM dan MJ serasi bersama..opsss...lain mcm je bunyi nye kan hikss

      Delete
    4. haah kan..mcm nk tau je..aritu terjah blog KK tgk ada la dia up pic org yg x ngam tu..monconggg kalah itik..kehkehkeh..tu la JM..harap kita serasi bersama..hehehhehehe..lepas2 ni boleh la jumpe togeter2..kehkehkeh

      Delete
    5. hamoi2...mcm berbalas pantun pulak kita yek..GIVE me FIVE heeeeeeeeee...
      cepat2 update citer baru dh gatal tangan mau klik2 Mak Jemah punya blog heeeee

      Delete
    6. hoyehhhh JM :)) pantun x dan kerat2 =))
      hehhehe..in shaa allah..update dah..resepi kuih muih..kehkehkeh..malu la kita JM..kita bru nk jinak2 ng blog :)) masih belajar lg..mai la follow MJ kalo sudi..kikikiki ;)

      Delete
    7. MJ : Follow DONE...jap nak add dalam bloglist..nanti leh tahu kalau ada citer baru...dulu JM pun cam tu jugak..tulis suka2 dan sebagai rujukan sendiri..keep on writing and sharing yek :-)

      Delete
  19. alah postpone plak citer misteri kehilangan SY tuhh...sila cepat sikit update ye JM!hahahaha tak sbr nak dgr citer SY nih...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ : hamoiiii..kalau citer2 suspend suka sngat lah eh hihihi...cer tengok citer pengantin malam..tak salah 19 jun tayang..ala citer Nora Danish berlakon tu..JM sanggup lagi naik roller coaster dari tgk citer hantu..asyik tekup muka je..

      sambungan tu tak lah saspend pun..teaser je lebih hiksss (*tlg maafkan hambo)

      Delete
  20. ngada2 plak SY tu..hehehe. Sure tak puas hati mana-mana lah tuh...tah2 mlm tu dia sesat ke apa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shhhhhhh...sambil pandang kiri kanan..ahahahaha takut pulak si SY tu baca...ahaha..dh tu kenapa nko up entri mcm tu ahakss...tak per kan SY..ni citer betul bukan rekaan tak der niat nk buruk kan sesiapa just nka kongsi pengalaman travel tul tak Zila London heeee

      Ahaks...nak tahu kenapa dia balik lambat malam tu...ahaaa..akan di kongsi dalam next entri kerana "JM basuh dia sikit" heee..hai SY!

      Delete
  21. pandangan saya lah kan, kalau travel lama2 ni true colour memang la keluar abih haha
    unless travel dgn kawan2 rapat. tak gitu. sentap sekejap2 takpe...jangan berlarutan smpai bwk balik malaysia sudah kan..
    takde la gambar kat Namba station tu sebab kes sentap menyentap? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuli : ada pengalaman tak kes mcm kak kiah tu...tapi kak kiah punya kes lagi kebaboomm...kalau JM jadi KK pun mmg tak tahan..mesti meletopss terus...itulah kan...bila travel ramai dan lama perlu byk bersabar..Ha'a..mlm tu mmg tak pegi pun kat Namba tu...pegi hari lain..JM ni pun bukan perfect sgt..kekadang EMOSI jugak...

      Delete
    2. JM pun kena buat kuiz personaliti gak kot sblm pilih travel mate hahahaha

      Delete
    3. ahahaha Dzuli cadangan yang bagus tu...sbb belum KETEMU yang betul NGAM lagi ni..perlu berguru dari Kak Kiah :-)

      Delete
  22. susah juga dapat geng melancung kuat merajuk ye. SY tak sihat ler tu jadi emosi pun tak stabil.
    akak rasa macam akak dah kat sana bila baca entry JM ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa..kalau lah kiranya ada tempat yang kak Yon berhajat tetapi belum kesampaian..Kak Yon boleh baca je entri travel JM yang berkaitan mesti akan terasa seperti Kak Yon pernah sampai ke sana...ehehehehe....gurau je kak..senyum2 selalu baru awek muda dan abg Saleh bertambah sayang heeee...(psst : mood jeles ngan akak buat aksi hindustan di Maldive)

      Ahaaa..betul tu..si SY tu tak sihat...bila dia dh sihat..asyik dgr suara dia je bercakap..kekadang nyanyi lagu Doraemon utk hiburkan kita orang :-)

      Delete
  23. Sy kalau tak sihat pun rasa nak pelengkung je semua org..haha

    Skrg entry JM dah kurang gambar sendirik,opss..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jea!!...ahahah...perasan eh...sebenar niat di hati tak nak letak langsung..tapi cam tak best so try kurangkan..asyik letak muka sendiri....lelama diri sendiri pun rasa bosan tgk...org yg baca lagi bohsan heeee..

      Ishh...bahaya dekat ngan Jea time dia sakit hiksss

      Delete
  24. Salam, bestkan travel, cantik semua tempat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih babYpose singgah sini, travel mmg best yg x best duit x sempat simpan :-)

      Delete
  25. salam k.JM..
    huhuhu,...tgk ferris wheel tu pun dag terasa gayat...baru tgk..belm naik lagi tu..hehe..
    cantik cantik cantik..

    alolo...mcm mana bleh tersalah tren tu.. ehhehe...kemana agaknye SY pegi ye...?

    selamat menyambut bulan ramadhan k.JM :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cma takut tggi ke, x gayat lah sbb dia pusing slow je klau gayat mmg x boleh naik cable car nih rasa kaki x jejak tanah kan :-)
      Nak tahu ke mana SY? Tunggu!!!
      Salam ramadhan jugak buat cma dan selamat berpuasa esok. Moh kita puasa yg sebenar benar puasa in sha allah :-)

      Delete
    2. salam k.JM..
      hehe..gayat jgk sikit2..tapi kalo roller coaster suka naik.. :p
      berbuka ape ari ni?

      Delete
    3. Wkomsalam Cma..kalau berani naik roller coaster tu kira tak gayat lah..kita serupa :-)
      Petang ni akak nak berbuka di Masjid :-)

      Delete
  26. suka tengok kawasan sekitar penuh ngan bunga bungaan.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SR bunga sana sini sejuk mata memandang dh le time tu mmg sejuk nyaman je mcm suhu aircond :-)

      Delete
  27. pas baca2 kat sini dan jampi2 maka kami dah masukkan dalam itinerary :D hehee... yey....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafiz azmi : ahahaha jampi katanya! X perlu jampi2 bagai ambik je FOC hahaha

      Delete
  28. wah jm..siapakah yg pakai mask itu? agak misteri indentitinya? next entry tlog bongkan ya..
    wah wah..wah..baju sanagt meriah..memng fealing oversea abih siap dgn boot sampai ke peha..
    memng mat salleh habih la :P
    eh baru prasan jm dhn kobe port samala?? compius mana satu bgunannya? ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sobyieeee : cepat sgt taip sampai tersalah2...hahaha ni mesti baca x habis, buat pe nk bongkar dah terang lg nyata yg pakai mask tu SY bukan nama sebenar hikssss
      Hahaha boots sampai ke peha rasanya lutut pun x sampai hikss biasalah klau org rendah nk pakai boots :-)
      Sama ke? Dua look in red dan dua2 ramping kan so jgn jelezzz hahaha matilah kuat perasan

      Delete
    2. maksud saya wahai akak jm.. sy tu siapakah. ? merangkap bf atau bodyguard
      rasmi spanjang trips di Japan, atau sy utk sobri yaacob.. ha..ha..
      ha..ha.. eh rampinglah sama mcm tower tu yg compius he..he..
      selamat berpuasa jm ::P

      Delete
    3. Hahaha SY yang tu bf pun tidak bodygurd pun tidak kawan semasa travel je baru kenal semasa ke Jepun hari tu
      Tapi sobyieeee yaacob aka Sy yg ini kawan tapi mesra hahaha boleh itewww jadi Jm pilih Sy yg ni boleh ahaha matilah x maluuuu
      Ramping? Ahaksss perasan je lebih ni terus terjun sg klang sbb malu
      Selamat berpuasa sobyieee maafkan tutur kata yg terlebih tu ye semua tu hanya gurauan je jgn simpan d dale hati :-)

      Delete
  29. Best nyer... Japan antara negara yang idah teringin nak lawati... bersih dan tenang jer bandar nya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam acik idah tu, akak Jm sentiasa nampak nikname di blog kawan2 tp x berani nk tegur :-) terima kasih singgah sini, i like :-)
      Haa betul tu Japan dan Korea adalah negara yg best utk d lawati bukan sahaja bersih org2 nya juga polite dan berdisiplin :-)
      Keep on reading :-)

      Delete
  30. Salam Ramadhan JM
    OPkozlah ramai yang menrindui JM ni
    lepas ni entry Buka POSE PULAK ERK hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan yg mulia buat Dila
      Heeeee ye ker terima kasih :-)
      Bukak puasa kat mana hari ni? Pagi lg tanya ek
      Jm bukak puasa kat masjid je :-) so mmg x de entri khusus lah jawab nyeSal

      Delete
  31. wah keren banget kak disana , saya perdana masuk ke blog kaka , salam kenal yah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam keal jugak buat mbak Defa, tima kasih singgah sini im really like it :-):-)

      Delete
  32. Dressing JM dengan boot high cut itu sangat stylo...hehehe...tapi ferris wheel tu bleh tahan besar gak kan??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau Lan nk tahu Jm ni klau travel obersea dressing kalah retis katanya hahaha bila balik msia semua org x percaya ehhh! Jm ke tu mcm ustazah naper kt obersea lain :-)
      Ferries wheel tu agak besar boleh muat dlm 100 person per ride. Klau ke sana try naik :-)

      Delete
    2. memang retis betul JM nie..tapi bagi saya pompuan ngan boots high c uts memang mampu buat saya turn on...hahahaha

      Delete
    3. Lan : Retis lah sangat..nak ambil jadi pelakon tambahan kat warung pun tak layak :(
      Bila lagi nk berfesyen, stylo milo bagai...time travel ke negara 4 musim je...kalau d Msia pakai gini mati sbb kena kutuk (opss puasa)
      Hamoi2...kiranya Lan jenis suka gadis yg ber stail lah ni yek..in Sha Allah..ada yg sedang menunggu di luar sana yg akan membuatkan hati Lan 'turn on" heeeee

      Delete
    4. bukan everytime tapi kena pada gaya laa JM...kalau nak pegi lepak kedai mamak pun nak pakai Boots itu something wrong namanya..hehehe..sementara menunggu nie JM carikan laa sorang..hehehe

      Regards.
      -Strider-

      Delete
    5. Kalau part tu Lan perlu cari sendiri baru AFDHOL :-)
      psstt : akak JM sendiri masih mencari2 dalam samar nih heee

      Delete
  33. Hi JM, selamat berpuasa :) after Japan, where, next trip? hehehe....can't wait for your story :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana Rjay : Sama je komen heee...tak der blog kew..mau terjah !

      Delete
  34. Hi JM selamt berpuasa, best melancong, cnatik2 gambar kat jepang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sud@is...terimak asih sudi siggah sini...terharunya heee
      Selamat berpuasa jugak

      Delete
  35. hikhikhik shian SY demam sampai merajuk dia...sebab tu duduk jauh-jauh, bila tengok gembar tersenyum pulak mrs :)
    kemain lagi OOTD jm..curlazz sangat tau!
    tak mampu mrs nak ikut OOTD JM cengini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan Mrs :-) ha'a dia x sihat sbb tu moody je klau Jm d tempat dia pun mesti reaksi yg sama
      Klau mrs nk OOTD mcm tu meh Jm ajar :-) tp rasanya mrs lagi pandai saje je tau hikss

      Delete
  36. salam ramadhan cik jarimanis travel yg jelitt tuuu., uhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Wak yang macho tu...Iftar di mana mlm nanti :-)

      Delete
  37. hye JM... SELAMAT BERPUASA... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Lily..lama tak singgah sini...windu den tau :-)
      Selamat berpuasa jugak buat Lily...masak pe ptg nih hikdd

      Delete
  38. Amboii, update kat fb yg penting tu eheh.

    Mula2 tgk menara tu ingatkan condong.. rupa2nya amik gambar senget hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekdaa : JM ni perasan ramai peminat sbb tu pantang ada FREE WIFI laju je nk update ahahaah
      ehehehe...kenkonon nk kasi nampak kreatif lah tu

      Delete
  39. Amboi...Si SY tu ada mood pulak.....Lari.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amoi..amoi..abe MKL...udah berani ya heeee..biasalah kan org x sihat MOOD ke laut :-)

      Delete
  40. Terpaksa kakak komen di sini sebab N3 puasa itu tetiba hilang pulak
    Merajuk kot sebab dah 3 hari baru kakak nak wish ye:)

    Selamat berpuasa dik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahakss..Kak Zakie..buat ape lah nak merajuk..karang tak de org nak pujuk JM tau heee
      Selamat berpuasa kak Zakie...lap u :-)

      Delete
  41. JM.. perjalanan kali ini penuh ngan drama yang suspen.
    maccam2 tempat gak JM pergi.. memanga puas bergambarler yerk..
    syioknyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak Cho Zila...benda berlaku kekadang tidak di jangka..jadi kita hanya perlu pandai handle situasi..ha'a..Jepun ni byk sngat temapt yg best..rasa tak cukup je 11 hari kat sana...heee

      Delete
  42. Wah...panjang betul rajuk SY tu... suspen baca.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora Karim : Ahahaha....sesekali terasa nk merajuk dgn harapan ada org pujuk...ade ker?..natikan sambunga nya yek

      Delete
  43. cantiknye spring kt japan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ika tengok bunga sakura yg sedang kembang mekar tu..masti lagi TERUJA tau :-)

      Delete
  44. Apa yang terjadi pada SY? Dia gi mana sampai lambat? dah macam cerita detective conan

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak JM saja nk kasi reader saspen atas kehilangan SY Tu tapi bukan misteri seperti kehilangan MH370 tu..kalau aRz MoHa nk tahu ke mana SY..telahdi bongkar dalam next entri :D

      Delete
  45. Saya pernah ke KOBE tapi kilang Kobe di penang la hehe. Bestnya ada pengalaman macam JM.
    Di jepun sediakan gerabak khas untuk wanita. tapi hairan kenapa di Malaysia tak boleh lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha...kilang KOBE di Penang...boleh lah tu..companye dari Jepun lah tu eh..
      Aha...adalah gerabak utk Wanita di Msia...mesti aRz MoHa tak tahu ni..ada tren di KL...akak JM pernah naik :-)

      Delete
  46. Replies
    1. Byk nyer aRz MoHa tinggalkan komen..kiranya boleh masuk kategori pengkomen tegar nih :-)

      Delete
    2. Itu niat dia sebetulnya. Hahahhaa semua blog dia g komen bg masuk top komentator..uwarghhhh bila mood blogwalking nak mai sepenuhnya ni

      Delete
  47. Syoknya baca catatan perjalanan JM. Mesti best jalan2 sana masa spring. Semoga satu hari saya berpeluang jejakkan kaki ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah..kalau nk ke Jepun then tak der teman JM sanggup jadi teman mu hehehehe

      Delete
  48. Best :) Alamak sebab terlalu leka bershopping lettew :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yun Sing : sis JM dan shopping bagai aur dengan tebing hihih

      Delete
  49. Kesian kat SY tak shopping kat situ yer. Seronok tengok bangunan yang design futuristik kat Jepun nie. Menarik ^_^

    ReplyDelete
  50. tanda - tanda anda pengguna tegar media sosial adalah tak toleh kiri kanan bila ada internet / wifi free ... heheheee

    ReplyDelete
  51. menariknya view-view yang JM snap ... bunga-bunga pun segar bugar, syok la kan datang time spring :)

    ReplyDelete
  52. kenapa tu merajuk plak.. macam gugirl plak..haha..

    ReplyDelete
  53. JM memang suka ambik gambar senget eh? eceli kurang like lah gambar senget ni, x feel plak... haha..jgn maraaa aarrr

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS