Pages

Saturday, 28 February 2015

Autumn at Seoul & Busan : Itaewon & Hangang River (Full Story)

Assalamualaikum and saranghaeyo my lovely readers,


This is LAST entry for Februari, esok 1 Mac 2015 cepat betul masa berlalu. Dua tiga hari ni Notebook buat hal..maybe perlu format. Frust tul tak dapat blog walking dengan lancar.

JM ada terbaca entri dari blog 'Ako' beliau baru balik dari Seoul selepas 'berwinter' di sana. Satu statement yang menarik perhatian JM adalah " patutlah ada orang pergi bercuti ke Seoul berkali-kali...senang, mudah dan murah..."

Yess!!! memang betul dan tidak dinafikan. Tiada masalah untuk jalan-jalan di area Seoul yang paling penting bijak membaca subway map, tahu cara nak pegi ke semua attraction place dan yang paling penting kaki mesti kuat jika tak, kaki akan cramp kerana perlu banyak menapak dan turun naik tangga subway. Itu sebab orang Korea kurus dan ramping serta kaki dorang juga cantik. Selama JM di sana, memang terasa penurunan berat badan, betis dan peha bak tiang lampu tapi bila balik Msia, tak sampai 2 minggu je badan seperti kayu balak.

Meh sambung cite jalan-jalan di Seoul entah bila nak tamat, semoga rakan reader masih bersabar ye. Hari ini hari terakhir di Seoul kerana esok kami akan ke Busan.
                         
Setelah puas berjimba di Namsan Tower, kami naik bus No. 3 stop di Seoul Station, dari sini kami akan ke Itaewon.

Sebut je Itaewon, kepada yang pernah ke Seoul mesti tahu, ini lah 'perkampungan' orang Islam kerana terletak Central Mosque of Seoul, kedai makanan HALAL dan kedai-kedai yang menjual roti dan barang masakan yang di jamin HALAL.

Perut dah menyanyi lagu Super Junior - MaMAcita!!!! jika tak pernah dengar sila cari dalam You Tube. Betul ke perut menyanyi? Sila guna imaginasi tahap tertinggi ahaahah.

Kami nak makan Korean Muslim Food. Rugi lah jika ke Korea tak makan makanan Korea..so kami ke Murree Restoran yang femes di kalangan Msian Tourist tu. Highly Recommended!.

Murree - Korean Muslim Food

Saturday, 21 February 2015

Autumn at Seoul & Busan : Namsan Tower (Full Story)


Assalamualaikum dan happy holiday to all my lovely readers,


Dari mana nak mula eh...selepas Subuh terus buka blog nk update entri, sorting gambar then termanggu seketika...nak tulis apa ni eh...trip dah lama so apa yang berlaku pada hari ke - 6 pun JM dah lupa.

Tak nak buang masa, stop sekejap masuk dapur goreng bihun untuk sarapan pagi bersama adik-adik.  

Lepas sarapan terus cerate new post tapi masih tak ada idea nak tulis....sekarang sudah jam 11.30 pagi. 

Selepas Zohor baru boleh tulis dengan aman bila idea datang "mencurah-curah" ahahaah.....nak publish entri ni pun perlu ada idea jugak tau jika tak nanti entri tu 'kosong' je. Jom tengok gambar dulu.

Ihsan Picture from Google : View Namsan Tower pada 3 musim berbeza, Musim Luruh, Salji dan Bunga
The N Seoul Tower, officially the YTN Seoul Tower and commonly known as the Namsan Tower or Seoul Tower, is a communication and observation tower located on Namsan Mountain in central Seoul, South Korea. At 236m, it marks the highest point in Seoul.

Jika lihat 3 pictures kat atas nih which season korang nak pegi...kalau tanya JM semua season tu nak pegi kecuali Summer Season. So Seoul...wait for me on another trip...opppssss!!!

Wednesday, 18 February 2015

Autumn at Seoul & Busan : Namsan Park & Hangang River

Assalamualaikum dan salam sayang to all my lovely reader,


Entri Seoul belum tamat, asyik kekangan masa je nak update kerana lebih utamakan blog walking or balas kunjungan semua rakan reader yang datang komen di blog JM ni.

So apa kata JM hidangkan korang dengan beberapa picture ni dulu sebelum 'up' full entri..Aci tak?

Bagi yang first time ke Seoul mesti akan masukkan Namsan Park dan Hangang River dalam list of attraction kan...ini kali kedua JM ke tempat-tempat ni, dulu Spring Season then sekarang Autumn dan view sangat berbeza dan kedua-dua nya CANTIK!!!
Namsan Tower
Sarangheyo my lovely reader - wearing FREE Hanbok di Namsan Park
Jalan-jalan di Hangang River - dah tak der beza antara JM dan Gerbang LOVE tu
Cukup ini dulu esok cuti CNY JM sambung Full entri..okey?

Saturday, 14 February 2015

TERUJA mak NOK!!!!

Assalamualaikum dam salam sayang semua readers blog JM,


Aha...hari ni JM nak tanya lah kepada bloggers sekalian selaku reader/pembaca blog JM.

Apakah saat, masa dan ketika yang membuatkan korang rasa sangat teruja, gembira, hati berbunga-bunga dan rasa sangat senang hati sebagai seorang penulis blog?

Lovely Face - image from google
Jika soalan itu di ajukan kepada JM...yessss..ini jawapan nya.

Sunday, 8 February 2015

Autumn at Seoul & Busan : Mount Seorak, Sokcho

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,



Jom ikut JM naik Gunung pulak..

Day 5 : 27 Oktober 2014

What!!! 27 Oktober 2014? hari ni 08 February 2015 sudah JM oi...berapa lama entri ni tertunggak almost 3 bulan belum habis cerita lagi kan. Harap-haraplah rakan-rakan di luar sana masih SUDI singgah dan lihat gambar-gambar yang di kongsi walaupun tak cantik. Tak baca pun x pe, JM tak kisah heeee. Jika ada penyakit malas beginilah jadi nya so kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana janganlah ambil si JM ni buat menantu ye ehehehe. 

Ok jom..kita sambung. Bagi traveller yang pernah ke Seoul mesti akan masukkan Mount Sorak dalam list itirenary kan. Why? kenapa perlu ke sana? apa yang best sangat kat sana tu? Bukan ke hanya Gunung Seorak je..

Okey! masing-masing ada taste dan persepsi yang berbeza, jika di tanya pada JM berbaloi tak ke sana then jawapan nya YES! memang berbaloi jika pergi Autumn Season (musim luruh) kerana di sana view sangat cantik kerana daun-daun pokok Gingko bertukar warna. Ia lebih kepada seightseeing kalau nak bershopping di sini bukan tempatnya.

Tapi jika nak lihat view yang lain boleh try on Winter dan Spring.

Tak percaya? moh ikut JM!...Entri banyak gambar dari bercerita.

Jika ada yang bertanya : Bagaimana cara untuk ke Mount Seorak ni JM? sila klik LINK BIRU di atas ye.

Sebelum
Selepas...tak gayat ke JM berdiri kat tepi tebing tu
Aha...nampak tak JM berada di atas Mount Seorak tapi bukan kat puncak lagi tau, kami tak naik ke puncak dan nak tahu kenapa? sila lah baca hiksss.

Tuesday, 3 February 2015

Thank you my Lovely READERS

Asslamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog JM,


Cepat betul masa berlalu, rasa baru je masuk tahun baru 2015, hari ni dah 3 Februari 2015.

Setiap awal bulan mesti akan update pengkomen tegar setiap bulan termasuk lah blogger JM ni :-)

Syukur ke hadrat ilahi kerana baru 2 tahun menulis blog tapi JM dapat ramai kenalan di alam maya. Terima kasih semua yang rajin datang ke blog Jari Manis : Travel List. Seperti biasa kepada mereka yang rajin tinggalkan komen terutama Top 10 Komentar Jan 2015 ada 'small gift' buat korang. 

Top 10 Commentar Jan 2015
Mereka yang tersenarai memang tidak asing lagi dalam dunia blog kerana mereka juga antara top commentar di blog rakan-rakan JM yang lain.