Pages

Wednesday, 23 March 2016

Trip Solo : Reclining Buddha di Wat Pho, Bangkok

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader blog JM,


Pejam celik pejam celik almost 3 month JM tak kongsi kisah travel...ke lebih dari tu..Ada yang masih nak follow my travel trip tak?

Meh JM sambung story percutian SOLO ke Bangkok City.

AMARAN!!! entri ni panjang dan banyak gambar...

Semuanya bermula di sini..ehhh cam TV Al Hijrah lak hihihi

Wordless Wednesday : Do Not Miss Me!!!
Trip Solo : Dari Don Mueng Airport ke Bangkok City
Trip Solo : Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, Bangkok
Trip Solo :Cabaran Mencari Silom Avenue Inn Hotel, Bangkok

Semua link di atas kisah hari pertama di Bangkok City. Baru hari pertama 4 entri, kalau 7 hari di Bangkok, agak-agak berapa lama baru habis kisah trip ni kih kih kih...sabar lah ye.

Hari ke -2 di Bangkok City - 24 Julai 2015 (Jumaat)

Kebanyakan pelancong akan ke sini jika ke Bangkok. Hari ni plan nak ke Wat Pho dan Grand Palace yang terletak di sepanjang Chao Phraya River tu.

Wat Pho
Jam 5.00 pagi bangun, ready apa yang patut....jam 7.00 pagi turun ke cafe. Agak leceh kalau stay di Silom Avenue Inn ni, mereka tak sediakan kettle untuk masak air dan juga coffee or tea dalam sachet tu. Kalau nak stay kat sini bawak milo or nescafe sendiri.

Dorang cuma sediakan drinking water je 2 botol setiap hari. So pagi turun lobi, minta air panas, bancuh milo pastu cicah biskut tiger buat alas perut sebelum makan tengahari.

Satu lagi part tak best tentang hotel ni, wifi dalam bilik sangat slow kekadang terus disconnet, kalau nak dapat line wifi laju turun ke lobi.

Selesai sarapan, mulakan langkah dengan bismillah terus keluar hotel gerak ke Surasak Station lebih kurang 10 min dari hotel. Boleh refer MAP kat link NI

JM keluar seawal jam 7.30 pagi, kalau nak ke Surasak Stn memang ikut laluan ke sekolah...salah satunya Bangkok Christian College...memang saing dengan budak-budak sekolah..agak sesak lah. Untung nya tak perlu rasa takut bila jalan sorang waktu tu.

Cuaca di Bangkok sangat panas tak seperti panas kat msia...panas berangin dan lembab kalau di Bangkok panas kering dan kita akan cepat berpeluh.

Tips dari JM, pakai baju dari kain cotton, pakai sunblock, tak perlu makeup tebal-tebal, bawak air mineral letak dalam backpack dan kalau boleh bawak topi or cap.

Nak ke Wat Pho senang sangat bak kata SS..seperti gajah makan sugar cane, kalau bagi JM memang sangat mudah seperti kacang lupakan kulit....ehh..boleh tak perumpamaan macam tu hiihih....belasah je.

Direction ke Wat Pho, Wat Arun, Grand Palace, China Town, Asiatique Front, semua arah yang sama.

1. Tak kisah kat mana korang stay, pastikan naik BTS Skytrain turun di Saphan Taksin Stn
2. Dari Saphan Taksin Stn, ambil Exit 2
3. Dari Exit 2 tadi, turun tangga, jalan terus ke depan dan korang akan nampak Sathom Pier (CEN), Chao Phraya River
4. Naik boat di Sathorn Pier (CEN) untuk ke What Pho, What Arun, China Town atau Grand Palace tetapi pit stop atau Pier yang berbeza.
5. Tambang bot hanya 15 bhat sekali naik. Sila sediakan wang kecil.
6. Jika ingin ke Wat Pho, sila turun di Tha Tien Pier (N8), jalan terus ke jalan utama, Maha Rat Road dan belok ke kanan dan Wat Pho di sebelah kiri. 

Tips : 

1. Bagi elakkan dari tersalah naik bot, setiap bot ada FLAG, jadi pastikan naik bot yang mempunyai FLAG warna BIRU dari Central Pier

2. Kalau nak balik ke Central Pier boleh naik bot yang ada FLAG warna OREN

Sampai di Surasak Stn, JM terus ke kaunter dan beli One Day Pass Ticket dengan harga THB140. Bagi JM, lebih untung kalau beli one day pass ni boleh turun naik tren sesuka hati dan nilai sekali touch THB1. (ni JM tak salah tulis)

One Day pass menguntungkan
Menariknya bila guna pass ni tak perlu nak beratur panjang beli tiket di mesin atau kaunterk terus ke auto gate tu....touch je.

Ingat ye..beli tiket di Mesin bukan di Kaunter. Pekerja di kaunter tu tugas nya tukar Note kepada Coin.

Senang je nak beli tiket kat mesin tu, mula pilih destinasi..setiap destinasi di wakili dengan nombor sbg contoh dari Surasak Stn (S5) ke Saphan Taksin (S6)..jadi step 1 pilih S6, kemudian mesin akan display fare, masukkan coin...ambil tiket dan baki kalau ada..siap!!!

Mesin Tiket
Perlu di ingat, semua tiket tren beli di mesin dan hanya guna duit syiling atau coin sahaja. Jika ada duit kertas di tangan, sila beratur di kaunter untuk tukar kepada syiling.

Jika stay di Silom Avenue Inn Hotel, hanya satu station sahaja dari Surasak Stn to Saphan Taksin Stn 
Stop di Saphan Taksin arah ke Bang Wa Stn
Sampai di Saphan Taksin, sila ikut Exit 2
Dari Exit 2 tadi, turun ikut tangga ni ah jalan terus ke hadapan
Chao Phraya River Cruise sila naik bot yang ada FLAG warna BIRU 
Naik bot kat sini Sathorn Pier (CEN)
Waktu sampai di Sathorn Pier ni, JM pun risau jugak nak naik bot yang mana satu, so nasib baik sebelum ke sini ada buat sedikit pembacaan ..jika nak ke Wat Pho sila naik bot yang ada flag warna BIRU, terikat di bumbung bot.

Ramai penumpang yang menunggu, so JM pun cari tempat untuk duduk sementara bot sampai. Kebanyakan orang tempatan, jadi boleh di katakan JM sorang je bertudung waktu tu.

Lima minit camtu bot pun sampai, tapi jangan haraplah boleh duduk dalam bot tu....penuh! Tak perlu risau sebab tak jauh pun nak ke Tha Tien Pier N8 tu. Masuk je dalam bot nanti ada konductor datang collect tambang THB15 seorang, jadi jangan bagi note besar nanti dia tak layan.

Penumpang dalam bot
Ni lah tiket THB 15 tu
Waktu dalam bot tu pastikan tengok sebelah kanan bot tau, sebab semua pier di sebelah kanan jangan terlepas pier lak nanti. Tak lama pun dalam bot selang beberapa pier je terus sampai ke pier N8 tu.

Bila bot nak berhenti di setiap pier tu, seorang pekerja akan tiup wisel means dah sampai next stop, kemudian dia lemparkan tali ke atas deck untuk di ikat, bila tiada lagi penumpang turun dari bot, dia akan tiup semula wisel tanda bot dah boleh gerak semula.

Jadi bila korang dengar je bunyi wisel tu get ready lah nak turun..jangan terhegeh-hegeh lagi kang kena tinggal.

Salah satu view di Chao Phraya River
Pekerja bot
Nak ke Wat Pho turun kat Pier ni
Turun dari bot masuk ikut pintu ni
Kemudian akan lalu kawasan gerai-gerai makan, jalan hingga jumpa jalan besar, Maharaj Road
Turun je dari pier N8 tu, keluar ikut jalan seperti dalam gambar di atas..jalan hingga ke main road or Maha Rat Road.

Thanon Maha Rat
Dari van warna biru tu lah JM keluar tadi kemudian belok ke kiri dan korang akan nampak entrance ke Wat Pho
Waktu Operasi 8.00am - 05.00 pm setiap hari
Bila nampak je sign ni terus senyum..dah sampai tempat yang di tuju. Nak tengok "Buddha Baring" sebenarnya biasa tengok Buddha Duduk atau berdiri je.

Wat Pho, atau Wat Phra Chetuphon diketahui umum kepada rakyat Thailand, terkenal dengan 'Reclining Buddha'. Pada keluasan 20 ekar, ia adalah Wat terbesar di Bangkok, dan secara teknikal Wat tertua kerana ia dibina sekitar 200 tahun sebelum Bangkok menjadi ibu negara Thailand. Walau bagaimanapun, Wat pada hari ini tiada persamaan dengan yang asalnya dibina , kerana ia telah hampir keseluruhannya dibina semula oleh Rama I apabila dipindahkan ke Bangkok. Wat ini mendapat penghormatan kerana mempunyai kedua-dua imej Buddha baring terbesar dan paling banyak imej Buddha di Thailand.

Follow je arrow ni
Inilah pintu masuk utama
Masuk je entrance tadi, kaunter tiket di sebelah kiri
Harga tiket masuk 100 Baht, ada kupon FREE drinking water boleh tukar nanti
Bila dah ada tiket, ikut laluan ni...tak ada pun orang check tiket waktu JM ke sini
Waktu beli tiket tu..JM sorang je kat kaunter memang tak ada orang lain...blurr gak sekejap..mungkin tempat ni bukan tourist port atau JM sampai terlalu awal. Tengok jam tangan dah pukul 9.00 pagi...tapi masih lengang.

Bila dah melepasi laluan check tiket tu tercari-cari juga kat mana "Reclining Buddha" tu tapi tak kelihatan. Pastu pergi tukar kupon untuk ambil drinking water free.

Baru jam 9.00 pagi tapi panas nya tu macam jam 12.00 tengahari. Berpeluh!!!!

JM duduk dan minum air dulu...dahaga ni! tempat ni luas...jadi sebelum explore kita isi tenaga. Waktu JM tengah santai-santai tu lah baru nampak bangunan yang menempatkan Reclining Buddha tu....betul-betul di sebelah kiosk tukar kupon tadi. TAPI belum boleh masuk...buka kepada umum jam 10.00 pagi.

Jadi JM pun merayau lah dulu di kawasan sekeliling. Nak tahu apa yang ada di Wat Pho ni selain Reclining Buddha tu...moh kita...Waktu ni orang masih tak ramai.

Ini lah antara view yang boleh di lihat

ZOOM sikit..terpegun dengan ukiran ni
Di sebalik blok-blok bangunan tu korang akan boleh tengok ni...

Dah nama pun Wat..patung Buddha bersepah
Zoom sikit..haip!!!! tengok kat mana tu..
Nah!!!! 
Ada lagi!!!
Dah cukuplah tu...bila dah penat pusing kiri pusing kanan semuanya patung Budda je....tak kuasa i...kang lama-lama kat kawasan macam ni risau pulak ada yang mengikut balik nanti.

JM pun pusing balik ke tempat 'Reclining Buddha' tadi. Mak aih!!! ramai lak orang...tadi kosong. Nak masuk ke dalam tempat Buddha baring ni perlu bukak kasut ye dan pakai kasut khas yang di sediakan...sebab masuk tempat 'suci' katanya.

Masuk je...JM rasa FRUST!!! Why?

Orang ramai...pastu Buddha Baring tu di sebalik tiang besar tu...
Tengok! macam mana nak tembak!!!!
Teropong di celah-celah tiang tu nampak TIAK je huhuh
Punya lah susah nak dapat shot seperti kat bawah ni...Q!!! ikut turn..dah macam retis tau 'Reclining Buddha' ni..kalah JM yang RERUPIS ni kah kah kah

Nah!!! ni je my best shot...
Ada juga tempat 'ibadah'
Ni je yang menarik di Wat Pho..kalau korang kurang minat tempat-tempat macam ni boleh skip. Kalau datang dengan family bersama anak-anak kecil tu..tolong lah skip tempat ni...tak sesuai.

Yuk!!! kita ke destinasi lain plak...

Keluar ikut pintu ni..dijaga oleh 2 tok misai..pintu masuk dan pintu keluar berbeza
Bila keluar ikut pintu ni..tiba-tiba ada orang beri salam.."Assalamualaikum!!!!"

Ehhh siapa lak beri salam ni...detik hati kecil JM..."Waalaikumussalam!!!"

Rupanya ada guard kat luar pintu menghala ke jalan raya. Dia tanya JM dari mana? JM cakaplah....Malaysia....dia dari Hatyai

JM mula terfikir..nak pulak dia kerja guard di Wat ni mungkin terpaksa kot.

Pastu JM tanya arah ke Grand Palace....sebenarnya dah tahu cuma nak confirm betul ke tidak.

#Bersambung!!!! 

Fuhhhh....3 hari baru siap satu entri..memang bengang bila dapat tahu entri kena curik!!!

263 comments:

  1. Panjangnye... Ok nak baca... Ahakss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah baca..nanti mengantuk!

      Delete
    2. Mmg nk suruh mata ngantuk.. Ahakss

      Delete
    3. habis jgk khatam sebelum tido... hihihihi.. TBH1 = RM??? Malas nak convert kat google

      Delete
    4. Amboi ss kul 4 pagi x tido lagi..

      Delete
    5. Ikhwan..lebih kurang seposen...murah kan

      Delete
    6. Malam tadi tido lena... He He He..

      Delete
    7. syukur..jika tak dah jadi PANDA

      Delete
    8. woowww.. mmg murah klau 10sen... Hihihi SS jadi panda...

      Delete
  2. Kalu makeup tebal2... Bukan backpacker namanya... Tu bedakpacker... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh ngeh ngeh...nak makeup tebal-tebal baik masuk fashion show je

      Delete
    2. hahahaha.. Buat yg suka makeup tebal2 tu kena ingat pesan sis JM ni... :D Jngan jadi bedakpacker..

      Delete
    3. Bedakpacke? Kalau woodywoodpacker?

      Delete
    4. hahahhaha.. bedakpackerr pun bolehh.. menarik gak tu.. heheheh :p

      Delete
    5. Hahahaha bedakpacker pun jadi. Ya SS. Hihihi

      Delete
  3. Kalu tertanggal flag matik laa sesat! Ahaksss

    ReplyDelete
  4. Bagi note besar dia tak layan lagi bagus... Naik FREE! Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe...naik FREE ok lagi..kang kena halau turun matik!

      Delete
    2. bot tak de kaki Suida hihihi

      Delete
    3. bot ada sayap.. bole kuak lentang..keh keh keh :P

      Delete
  5. Buddha cangkung Jay Emm pernah tengok x? Ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Harap2 entry ini x di kopi teh lagi! Cis!!

    ReplyDelete
  7. Ada je idea SS ni...bedakpaker katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Nieda...x tdo lagi..g tdo esok nak g sekolah hiihihi...SS memang otak GELIGA hihih

      Delete
  8. Halus seni ukirnya...JM perasan tak...ke warna warni tu yang buat PC tertarik...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye PC!!! mmg terpegun ngan ukiran tu...perfect...PC dah terima lum small gift dari JM

      Delete
  9. best nye travel solo. tadi baru sembang dengan foreigner baru balik dari bangkok. dia cakap best, kat sana hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. aswaleyla...ramai 'anak ayam'..foreigner suka lah ihihih

      Delete
  10. Woww..Beraninya sis JM jadi lone ranger sorg2...

    p/s:Pesal SS tak ikut trip yang ni??hiihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS pegi tahun 2014.. Jay Emm pegi 2015!

      Delete
    2. hahahaha.. oooooo SS dah berangkat dulu ler.... pastu turun ilmu kat Sis JM...heheheheehe

      Delete
    3. Jadi kamus rujukan Trip... kelasssssss :D

      Delete
  11. Rasanya kat Malaysia pon kena wak tiket touch n go mcm ni.. senang sikit kot.. hehehee

    ReplyDelete
  12. pernah tgk kat TV1 "backpacker bersama moji" yang dia pegi kat wat pho ni.. Mampu tgk jelah.. Masuk blog sis JM mampu baca n tgk gambar jelahhh.. hihihi

    ReplyDelete
  13. hi, dear sis JM ...tq singgah blog NIA . =) ...salam perkenalan ..tak abis lagi baca entry JM yang nie . esok NIA sambung baca . (^_^)

    ReplyDelete
  14. SIS JM pergi sorang sorang lawat buddha ? macam seram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana TKK...seram ke? biasa je..lagi seram kalau Buddha tu tegur "Hai datang sorang je?"

      Delete
    2. Hahahaa.. Klau buddha tu tegur apa yg Sis JM nak buat??.... ahakss..

      Delete
    3. eeeeee... memang tak masuk la.. hehe

      Delete
  15. ayat merah bawah sekali , menunujuk kan bertapa Sis JM ni gigih sanagt menaip dengan penuh semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana..kalau x gigih..merajuk my reader blog nanti kih kih kih..psst : smlm sis JM dah pos ole2 tuk Yana tau..dapat nanti maklum ehh

      Delete
  16. Replies
    1. Yana...kalau curi lagi mmg pancung ahaksss

      Delete
    2. Kita kasi kerat itu tangan... gewamm sungguh ngan budak suka copy paste tu... eeee

      Delete
  17. Yeay... dah sambung....
    kipidap sister... dongibup

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan smoga semnagat SJM , terus menerus bersemangat

      Delete
    2. Huda...kalau tulis pun bukan Huda baca hahahah...stmt minta penampor!

      Delete
    3. hahahhha... JM rela ditamporr gamaknya ye..hehehee :p

      Delete
  18. Alhamdulillah educative trip JM, tu la saya pun pernah ke bangkok tido hotel tak da tingkap cuma lubang pintu ja, takutnya..macam trap ja heeeeee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. babYpose...perghh..tido bilik camtu.lebih teruk dari dalam penjara hahahaah

      Delete
  19. Welcome back kak JM, rindu nak baca entry macam ni dari akak :D

    Saya pon suka ukiran dekat Wat Pho ni, halus dan warna dia menarik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..rindu my entri je..ingatkan rindu sis JM ngeh ngeh ngeh..psst..Kay..tadi sis dah pos laju barang utk Kay tau...dah receive let me know eh

      Delete
  20. ramainya macam ada makan free situ..haha

    ReplyDelete
  21. Ayat last..colour merah tu...tanda2 marah masih belum reda hehe..Ouchh!!..sakitnya tu disini! hehe..sabar JM..

    ReplyDelete
  22. perh jm..banyak2 nampak ketiak ja.. jnuh gak
    kna tunggyu turn ya.. yg last tu siap bg salam lg tu..

    ReplyDelete
  23. Nilah namanya expectation vs reality. .last2 nmpk tiak je.hadoi

    ReplyDelete
  24. Jm...fridge magnet dh sampai. Thanks tau . sorry lama x mai komen. Opis block byk website. Ni gigih pakai hp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Sal ke ni..baru nak tanya..dah terim lom FM tu..sama2

      Delete
  25. Macam seram g wat sorang2..kot lemah semangat baik x payah pergi

    ReplyDelete
  26. Samala sy kalau taip entry travel. Satu entry smpi berhari2

    ReplyDelete
  27. DULU MASA SEKOLAH RENDAH PERNAH MELAWAT TEMPAT PATUNG BUDDHA BERBARING DI PULAU PINANG...MENYESAL PULA KENAPA BOLEH SAMPAI KE SITU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss..kak PI..masa muda2 tu masih 'blur'...kak Paridah..JM ada pos ole2 utk akak tau..kalau dapat nanti let me know eh

      Delete
    2. TKSH BANYAK JM KIRIM KAK HADIAH..DH KAK TERIMA TADI...BUAT SUSAH JM SAJA..APAPUN KAK SUKA SGT.

      Delete
  28. Banyaknya Info dr blog JM ni, Sha nk g Bangkok 2/4 ni...dah siap note semua refer dr blog2 lain..byk yg amik Chao Phraya One Day Pass dgn harga b150...rupanya kalau takat nk g Wat Pho/Grand Palace bayar b15 dlm boat jer eh....cecepat JM smbg story hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha...x perlu ambil One Day Pass tu...beli je tiket semasa naik boat tu lebih kurang RM1.50 je..lagi MURAH...baki duit tu leh makan di Yana Restoran..tom yam dia..fuhh..marbeles..ehh ter promote lak heeee

      Delete
  29. akak suka tgk pic ukiran kt wat tu..sangat cantik dan kreatif dia org ya JM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak Kam..terfikir gak..berapa lama dorang ambil masa nka siapkan semua...kak Kam..dah terima lum small gift dari JM..dah lama pos

      Delete
  30. tu buddha malas, baringgg aje kejanya.. haha..dia buat dari emas kan KJM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di salut dengan emas itu sbb dia SOMBONG..di letak di balik tiang besor Suida ;p

      Delete
    2. Hahaah dah dibalut emas, wajiblah sombong! Tak yah nak keje dah :)

      Delete
    3. Dulu ingat Buddha tu tuhan bagi penganutnya..rupanya buddha ni manusia yang 'alim' yg mereka hormati..tapi ini buddha pe-ma-las... haha...

      Delete
  31. bru dapt tgk buddha baring tu...yang dekat Penang pown rietta xtgk lgi...hehehe...sebelum nie tgk watt dalam buku sejarah je....

    PS : JM, FM tu dah sampai...sangat chantek...rietta mmg minat bunga ros, nak nak yang warna merah...tq yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rietta..tak yah tgk lah bukan cantik pung...ahaksss..FM tu? ofcos lah..i know ur taste heee

      Delete
  32. enjoy tengok gambar entry ni disamping penulisan JM pada part2 yang kelaka. Enjoy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue..kelakar? JM rasa kelakar baca komen Sue hihih

      Delete
  33. Powerlaaa akak. Saya kalau pi travel kat luar kena at least ada sorang lg temankan. Hiuhiu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana..power rangers ke hihih...takut gak sebenarnya

      Delete
  34. Replies
    1. sape? sape abe MKL..dah terima lom small gift dari JM

      Delete
  35. kalau dia tak layan sebab bagi duit besar, makna kata naik bot free lah kan? mihahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu makna yang kata..sis JM kata nanti dia suruh turun ;p

      Delete
  36. besar jugak buddha tu.. tapi kan, dia tak penat ke asek tongkat kepala... bagi la satu tongkat hekmat kat dia.. kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firah!!!tak nak lah bagi..baik duit beli tongkat tu guna utk beli tiket flight kih kih kih

      firah..ooo firah.,..dah terima lom small gift dari sis JM ni

      Delete
  37. eija pon g jgk wat pho ni..area sini buah2 jual murahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eija..buah pe..buah dada? opsss ahaha..ha'a..agak murah lah..sis JM tergoda terus beli buah nenas...manis!

      Delete
  38. wow cantik betul senibina wat pho tu! ntah kenapa, saya tergelak jap tgk buddha baring tu.. pestime dengar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? ahahaha..biasa Buddha duduk or berdiri kan..this one Buddha pemalas..itu sedap nak baring je

      Mazni!! bila dah terima small gift dari sis JM nanti let me know ehh..macih!

      Delete
  39. tudia datang dah smbungan travelogue....santai sungguh Buddha tu baring macam tepi pantai,anyway nice shot walaupun terhalang dengan tiang-tiang gabak tu..

    Dah terima gift,gigih betul custom made fridge magnet tu...berjuta-juta mekasih ssangat sis :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih gak buat Ayda coz support blog sis JM yg bohsan ni ihhihi

      Delete
  40. Replies
    1. ye Nani...itu sbb kena baring..kalau biar dia tegak mahu sama tggi KLCC..ahaksss..itu sis JM tipu

      Delete
  41. assalamualaikum JM
    aduhhh JM jalan lagi tengok buddha baring ke
    gambar yang lain pun manariksss tu
    sementara muda ni jalan lah JM sepuas nya dan se mau nya kann

    ReplyDelete
  42. Kiriman cenderahati dari JM bunda dah terima, Terima kasih JM.

    ReplyDelete
  43. JM is back! Laa mcm tuh rupa Budhha baring ya hehe nampak ketiak yang tak tahan tuh

    ReplyDelete
  44. Halal food kt sini mcm mana eh.sng cri x

    ReplyDelete
  45. pening tgk tulisan thailand pusing-pusing @___@
    berpinau mata..hehe..

    ReplyDelete
  46. Wah wah eah. Solo trip ni mmg mncabar. Tabik spring Jm.

    ReplyDelete
  47. assalamulaikum datang sini tinggal jejak sat.... nak tanya sihat ke... sebab org di sini dah lama tak datang bertandang ke rumah kita... mana la taw dah tak sudi kawan dengan kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni ayat merajuk ke ayat sentap nih? Buat akak throwbacak zaman2 sekolah je. Awak tak sudi kawan dengan kita eh?! ;)

      Delete
  48. adeh.. nak datang komen je tengok SS da monopoly.. aaaiyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS x monopoly... Dia saidina jek... Ahaksss

      Delete
    2. Kalau bukan SS siapa lagi,..dia Ketua Hulubalang blog Jari Manis ;)

      Delete
  49. akhirnya ada pun entry travelogue yang baru =D

    ReplyDelete
  50. kena baca dari mula balik ni.. nak refresh jalan citer akak guano. lupa da =P

    ReplyDelete
  51. peeergh cayalah Kak JM.. 5AM dah jaga =D

    ReplyDelete
  52. bila baca citer2 pi Thailand ni CT xleh nak relate apa2.. sebab sendiri tak pernah sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita pi sama2 ye, Cik SYM. Akak pun belum pernah sampai sana lagi ;)

      Delete
  53. eheh wajib kan patung2 buddha emas tu semua.. ada yang besar kan ? tp paling besar still kat Malaysia ehehe.. yang berdiri statik tu gabak betoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa yang kat Malaysia tu akak pernah pergi Ct ;)

      Delete
  54. seronok naik bot di Chao Phraya..tapi tengok sungainya, menggerunkan..

    ReplyDelete
  55. Kalau dah ke sana tak tinggal singgah kat patong emas berbaring, duduk semua ada kan
    Kakak tapi tengok macam ngeri pulak hihi... penakut kakak ni JM

    #maybe what you sent is on the way dear. Don't worry..

    ReplyDelete
  56. Assalam JM..... singgah sini tengahari.
    Pergi sorang ke? Hish.....lain kali ajaklah pak we teman hihi....kalau mak gi travel sorang sorang harus duk hotel jer hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm. saya pun dulu ke Bangkok sorang2

      Delete
    2. Mana ada org pi bangkok sorang2... Naik Air Asia mesti ramai2... Keh keh keh...

      Delete
  57. Assalam JM..
    Baru hari ini sempat singgah..
    Terima kasih bagi akak ole2..
    Semalam akak terima ole2 tu..
    Tak sempat nak buat entri..
    Terharu akak dgn ingatan JM ni..

    ReplyDelete
  58. Banyak nya tempat menarik kat sana, tinggalan sejarah sangat menarik untuk dilawati kan?

    ReplyDelete
  59. Alamak entry panjang.. kena amik sehari semalam baca ni..keh keh keh :P

    ReplyDelete
  60. hahhahaha.. banyokk gambooo.. ! entry by caption gambo ker..? hahaha :p

    ReplyDelete
  61. Ehhh lupa.. JM mummy mai bertandang.. kopi ker.. Biskut tongkat ker..? mai la huluq sikit..kikikiki :P

    ReplyDelete
  62. JM kenapa amik gamabq ketiaq ni.. hehehe :P

    ReplyDelete
  63. Banyak patung buddha.. Kalo mummy mau pitam tengok..hehhee :p

    ReplyDelete
  64. Mummy pun sakit hati kalo ada orang sesuka je amik entry kita pastu tempek kat blog dia.. Entry report Suruhanjaya Komunikasi dan media tu.. mummy pernah buat.. terus dia blok website tu.. padan muka! hhhehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang pantang dengan blogger copy paste,..semua dia copy (artikel, info dan apa2lah) and simply paste kat blog dia. Yang jenis ciplak entri blog orang buat macam entri sendiri ni lagilah saya pantang. Tak payah berblogging la kalau niat begitu. Nak cari duit, banyak lagi cara lain :)

      Delete
  65. assalamualaikum JM, terima kasih barangnya sudah selamat sampai

    ReplyDelete
  66. singgah sini membawa perkhabaran..hehehe... tq so much :)

    http://www.masturadin.com/2016/03/kiriman-istimewa-dari-jari-manis.html

    ReplyDelete
  67. ptung budha dia ada jantina lak ya ... heh heh heh ... klu pi wat lain pun lbh krg sama je kit dgn wat tu JM . rasanya , kat thailand org Islam kena sembunyikan identiti kot ... tetiba terfikir soal rezeki barakah lak ... ermmm .

    ReplyDelete
  68. Pernah datang sini, masa tu ramai gila monk dia. Tengah panas pula, rasanya dia orang macam ada graduation ceremony. Tapi boleh nampak kesungguhan sebab semua duduk relax je bwah mentari.

    ReplyDelete
  69. Tahniah...akhirnya mbak JM bikin entry juga..hehe.

    ReplyDelete
  70. Tak pernah sampai sini lagi...huk...huk..

    ReplyDelete
  71. Thanks for the ole2...actually tu kat address rumah lama. Nanti saya ambik.
    Thanks again JM. Moga murah rezeki selalu. Boleh travel lagi...aamiin

    ReplyDelete
  72. Wow..SOLO je!
    Entri JM cukup detail, mmg amik masa lama nak siapkan. Dan mmg sgt sakit ati bila ada yg curik.

    Apapun..teruskan tulis detail gini..sgt membantu org mcm akak. Byk pahala JM nih..:D

    - k.ujie -
    Malas nk sign out ^__^

    ReplyDelete
  73. Knock! Knock! Assalamu'alaikum, saya datang ni Sis JM.
    Sawadikap!

    ReplyDelete
  74. Heheheh puas kena payung gambar! OK, nak baca jap :)

    ReplyDelete
  75. Hihihi ayat terakhir entri ni sewajarnya BOLD, UNDERLINE dan kasik BESAU ;)

    ReplyDelete
  76. Kahkahakah sesak napas baca perumpamaan seperti gajah makan sugarcane dgn seperti kacang lupakan kulity tu ;P

    ReplyDelete
  77. Sally macam teringin nak explore Thailand sebenarnya...kalau dapat travel aroung Chiang Mai, Bangkok ke kan...fuhh!

    ReplyDelete
  78. JM... kakak dah receive FM semalam
    Jemputlah jenguk rumah kakak dah jadikan entri:)
    TQ so much dear!

    ReplyDelete
  79. berani ek..sorang2.hehhe...tapi seronoknya travel negara orang

    ReplyDelete
  80. berani ek..sorang2.hehhe...tapi seronoknya travel negara orang

    ReplyDelete
  81. beraninya kak JM travel solo.. apapun tahniah berjaya juga pergi dan balik dengan selamat..

    ReplyDelete
  82. Mak aii, berderet, tk layatlah nk baca komen berderet tu.

    Fm kiriman jm selamat sampai, tq sangat ..cayang jm..hi hi..ni ikut ank murid akk yg selalu ckp sayang ticer..

    Err...patung tu buat dari emas ke? Elok je kuningnya.

    ReplyDelete
  83. kak JM.. masuk tempat ni tak penuh bau colok ke??
    aiyoo kalau saya dah senak kepala pening bagai dah

    ReplyDelete
  84. huhuhu tak tau laa sis JM.. hari2 dah p ushar kat kaunter, tak nampak bayang pun.. sis JM letak nam penuh kan?

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS