Pages

Friday, 22 July 2016

Short Trip 2 Days 1 Night

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog,

"Semangat semakin hilang"

Mood malas melekat kat badan, adehh!! camne nak buat ni..kena mandi bunga ni hihihih...

Berapa lama JM tak update blog..ada yang perasan tak? semangat untuk update blog makin merudum..tolong!! minta semangat sikit..jeling SS dan Cikgu Ceketed yang rajin update tu.

Page view blog juga semakin kurang..i must do something. Bukan tak ada story nak share tapi nak mula menulis tu..adeh!!!

Nak 'jalan-jalan cari pasal' kat 'umah' kawan-kawan pun malas..huhuhuh

Hujung bulan Jun yang lepas JM ada urusan di Alor Setar, Kedah. Siapa masih ingat, JM ada update dalam IG..short trip 2 hari 1 mlm.

Bertolak dari KLIA2 seawal jam 7.00 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim lebih kurang jam 7.45 pagi.

Dari airport ke bandar boleh naik teksi berkupon, beli kat kaunter di arrival hall, harga standard ke Bandar Alor Setar RM25.00.

JM stay di Regency Hotel Alor Star, Lokasi sangat strategik just walking distance je kalau nak ke Pekan Rabu, Istana Kuning, Menara Alor Setar dan Aman Mall (sebuah shopping mall terbesar di Alor setar dan baru siap di bina beberapa tahun lepas) if i'm not mistaken.

Sebagai rujukan bersama

Friday, 1 July 2016

Salam Lebaran dari Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua reaer blog JM,


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Selagi hayat di kandung badan, perbanyak kan amalan-amalan baik terutama di bulam Ramadhan kerana pahala yang Allah berikan berlipat kali ganda kalau nak di bandingkan dengan bulan-bulan Islam yang lain.

Ahaksss...cam ayat buku tak? tapi belum boleh challenge entri Cikgu Ceketed kerana bahasa yang di gunakan sangat teratur.

Semalam JM pos beberapa keping kad raya untuk rakan blogger, balik umah petang tu tengok peti surat..mak aih!!! banyak nye kad raya...sambil senyum lebar kat peti surat tu...dan mula lah perasan diri tu RERUPIS ahakssss.

Berkeping - keping kad raya dari blogger