Pages

Friday, 1 July 2016

Salam Lebaran dari Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua reaer blog JM,


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Selagi hayat di kandung badan, perbanyak kan amalan-amalan baik terutama di bulam Ramadhan kerana pahala yang Allah berikan berlipat kali ganda kalau nak di bandingkan dengan bulan-bulan Islam yang lain.

Ahaksss...cam ayat buku tak? tapi belum boleh challenge entri Cikgu Ceketed kerana bahasa yang di gunakan sangat teratur.

Semalam JM pos beberapa keping kad raya untuk rakan blogger, balik umah petang tu tengok peti surat..mak aih!!! banyak nye kad raya...sambil senyum lebar kat peti surat tu...dan mula lah perasan diri tu RERUPIS ahakssss.

Berkeping - keping kad raya dari blogger
Masuk rumah je terus bukak satu persatu sampul kad raya tu, tak sabar nak tahu siapalah yang masih ingat sama JM tu.

******Kad Raya 1 - dari Blogger Scdha Sein (SS)*****

Mestilah hati berbunga riang bila dapat kad raya dari blogger femes SS tu..ahaksss..terima kasih SS...love u!!! Pas raya kita 'dating' ehhhh

Kad raya dari SS..apa yang tertulis kat dalam kad tu tak boleh nak share kat sini...terlalu special hehehe

                           ******Kad Raya 2 - dari Blogger Farrah MF*****

Kad raya yang paling sweet kerana kad tu hasil kerja tangan sendiri, siapa lagi yang kreatif kalau tak si Cikgu Ceketed tu. Kreatif, rajin, pandai masak, bijak memang complete pakej.

Sweet tak?
Thank you Farrah
Kepada Cikgu Ceketed, sis JM juga ingin mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita di alam maya. Kalau tak salah almost 3 years kan kita kenal tapi tak pernah jumpa. In sha Allah satu hari nanti nak jumpa juga insan yang sangat rajin dan kreatif ni.


******Kad Raya 3 - dari ibu Cekebon*****

Bila buka sampul ke tiga ni JM perasan kenapa tulisan atas sampul tu sama seperti tulisan Cikgu Ceketed jek, pastu kad raya hand made. Cikgu Ceketed salah hantar 2 keping kad ke. Bila bukak je kad ada sekeping kertas kat dalam tu, tulisan bulat-bulat, JM dah boleh agak dari siapa..JM baca sambil senyum..dan pada masa yang sama rasa sebak!!!...nak tengok tak kad tu....

Salam Syawal
Rasa sebak bila baca pantun ni
Pandai tak Ibu Rose berpantun..sweet sangat...bukan sahaja JM kenal Cikgu Ceketed, JM juga dapat berkenalan dengan ibu CC sekali. Sangat terharu dapat mengenali beliau juga ibu angkat SS tau. 

Kepada Ibu Cekebon, JM sangat terharu di atas kiriman kad raya ni, terima kasih di atas ingatan..Love u muahh!!! JM harap sangat kita berjumpa suatu hari nanti, JM, SS, HH, Cikgu Ceketed dan Ibu Cekebon. Di bulan yang mulia ini JM doakan Ibu Cekebon sekeluarga sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah aminnnn.


******Kad Raya 4 - dari Blogger Yana Yani****

Setiap tahun JM tak pernah missed, mesti dapat kad raya dari YY ni
Yana Yani seorang blogger dan juga ibu kepada 2 orang anak yang sangat cute.  Kami juga tidak pernah berjumpa tetapi perkenalan di alam maya membuatkan kami menjadi semakin rapat.

Kepada YY, baru tengahari tadi sis pos kad raya untuk YY tau,..balik rumah petang ehh..ada kad raya dari YY lak..ahakss...hati berbunga-bunga lah...ye YY..same to me..0 - 0 ehhh


******Kad Raya 5 - dari Blogger Mak Gojes****

SS perlu baca ni hihihhi
Waalaikumussalam Mak!!!! statement Mak buat JM gelak sorang-sorang kih kih kih. Mak nak tahu tak, siang tadi JM ada pos kad raya untuk Mak tau...balik rumah tak sangka lak dapat kad raya dari Mak ni..warna biru pun tak pe...JM suka je..cantik gak biru pun..jeling SS hihihhi.

Terima kasih Mak atas ingatan dan kiriman kad raya ni..sayang Mak tu!!!


******Kad Raya 6 - dari Blogger Syida****

Yang ni lak kad raya dari Syida, orang Jay Bee. JM pun dah lama kenal Syida ni tapi tak pernah juga jumpa. Cikgu Syida ni pun kaki travel tau. Setiap tahun kalau tak salah, JM mesti dapat kad raya dari dia. Kepada Cikgu Syida..nak kuih raya eh...nanti JM pos heeeee.

Ringkas je kad dari Syida ni heeee

******Kad Raya 7 - dari Blogger Deanna Morni****

Halloooo!!! KD!!! ke mana menyepi..mesti sibuk sangat ni sebab dah lama tak menyerikan ruang-ruang komen di blog JM ni...tiba-tiba semalam JM dapat kad raya dari KD ni..terima kasih KD masih ingat JM..Bila balik kampung Sarawak tu?  Selamat hari raya KD....bila kita nak jumpa ni?

Seterusnya kad dari Kameq Deanna

******Kad Raya 8 - dari Blogger DJ****

Yang ni memang surprise..kad raya dari DJ...setiap tahun JM terima kad raya dari rakan blogger sorang ni. Terima kasih DJ...JM doakan DJ sentiasa sihat dan lebih banyak tempat lagi untuk travel eh. Minta maaf tau lama tak singgah di blog, ada masa nanti JM main-main kat sana heeee. Open House? ahaksss...tak pandai masak jom kita makan kat kedai je lah eh...

Selamat hari raya DJ..terima kasih atas kiriman kad raya ni...

******Kad Raya 9 - dari Blogger sis Vee ****

Terima kasih sis Vee atas kiriman kad raya sebagai pengganti diri tu. Hati-hati ye memandu balik kampung nanti dan ingat pada orang tersayang. JM juga nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. JM doakan sis Vee sentiasa sihat dan cepat bertemu jodoh..aminnnnn

 
Kad raya bersama sekeping FM Floria Putrajaya

******Kad Raya 10 - dari Blogger Zarul Farhana ****

Waalaikumussalam ZF!!! sis JM sihat je ni alhamdulillah. Selamat hari raya juga buat ZF tu maaf zahir dan batin juga eh...ke mana lama menyepi..dah lama tak komain kat blog sis JM ni...dah lama kan tak update blog.

Ye ke isterimewa hihihi

******Kad Raya 11 - dari Blogger Mazuriah ****

Maz!! ooo Maz!!! kita dah terima kad raya dari awak ni..jauh datang tau kad raya ni hihihi. Berapa pasang baju raya tahun ni Maz?  ahaksss..yeye..JM makan sambil ingat Maz ehh....Terima kasih atas kiriman kad raya ni..tiap-tiap tahun JM dapat dari awak....Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Teman travel JM ke Surabaya dan Yogja 
Ada lagi tak yang nak pos kad raya untuk JM...ahaksss

Kepada semua rakan blogger dan pembaca, di kesempatan bulan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi, JM dengan rendah hati ingin memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita di alam maya. JM tahu sebagai insan biasa kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kekadang mengeluarkan kata-kata mengguris perasaan. Kosong-kosong ye dan semoga perkenalan di alam maya ni berpanjangan ..Aminnnn

145 comments:

  1. Fuyoooo! Entry baru... He He He...

    ReplyDelete
  2. Statement bakal kena keji "pas raya kita dating"... Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  3. Insyallah... One fine day... Akan ada sesi JJCM a.k.a Jalan Jalan Cuci Mata SELANGOR! Insyaallah akan jmpe gak org selangor... Itu pon kalu org selangor sudi laaa... Ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. Mak memang suka cari pasal! Kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. Next year SS nak buat kad raya sendiri laaa... Sape nak kad raya dari SS? Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  6. SS nak ucapkan Selamat Hari Raya buat Jay Emm sekeluarga... Semoga ceria di aidilfitri...
    * Jaga Tuan Red elok2... Dia masih teruna... Ahakssss...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum JM..

    apa khabar ?
    sihat ?

    di doakan sihat dan baik2 aje :)

    wahh..byk tu kad raya.. mesti hati berbunga2 masa baca kad kan.. hehehe...

    selamat hari raya JM..salam aidilfitri..
    terima kasih gift hari tu..

    muah setepekkk...

    terima kasih atas ukhwah ni... :)

    ReplyDelete
  8. Entri baru! Entri baru! Nilah entri rerupis namanya! Jap,..saya belum abis urusan. Nanti datang balik!

    ReplyDelete
  9. Nampak kad raya saya dan Cekebon :)

    ReplyDelete
  10. Syoknya dapat banyak. Tahun ni ain dpt kumpul 2 ja dari blogger. hehe. nak post ni mcm takleh dah lpas raya lah gamaknya yedok ? hehe Selamat hari raya Aidilfitri Maaf zahir & batin sis JM.

    ReplyDelete
  11. Wahhh, banyaknya kad! :) btw, Selamat Hari Raya Aidilfiri!

    ReplyDelete
  12. banyaknya kad raya dapat kan....aRz baru dua...hehee

    selamat hari raya buat sis JM semoga menemui apa yang diimpikan dalam hidup....
    raya nanti jangan banyak makan kuih raya nanti sakit perut...

    semoga terus travel dan berkongsi dengan kami semua...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sudi singgah di blog aRz...sejak awal ramadhan mood menulis hilang dibawa pasar ramadhan....apatah lagi blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi ni apasal pasar Ramadhan yang dipersalahkan ni? ;)

      Delete
  14. Waaa~ bestnya JM dapat kad raya banyak tue dari kawan-kawan blog . Sama lah kita ye JM . Mohon maaf jika ada terkasar bahasa . Salam 0-0 ... =)

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya Kak JM :) Minta maaf kalau ada terkasar bahasa ya :)

    ReplyDelete
  16. semoga sampai ke pangkuan keluarga

    ReplyDelete
  17. wahhh, banyaknyaaa.. huntunggg JM..")
    wawa wish je laa boleh? hihi

    selamat menyambut hari raya JM, maaf zahir batin..")

    ReplyDelete
  18. Wahh meriahnya JM!!... tahun depan klu dipanjangkn umo, nak juga bagi kad raya kat kengkawan lah... seronok pulak tengok hihii.... :) :)

    ReplyDelete
  19. kad raya dari kak Farrah memang cantik! untung sape dapat kad tu. lagi untung kalau dapat orabf yang buat kad tu.ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh?! Hahaha statement Sal melayakkan diri dapat duit raya ;)

      Delete
  20. kad saya hantar belum sampai ke kak JM? mohon jangan share tulisan saya yang buruk tu..haha

    ReplyDelete
  21. tahun ni dapat satu je kad raya.. sobsssss

    ReplyDelete
  22. seronoknya dapat banyak kad raya T^T Saya dh lama x dapat kad raya hahaha

    ReplyDelete
  23. salam lebaran buat sis JM...

    ReplyDelete
  24. Untuk Sis JM selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  25. Minta maaf kalau ada silap salah .. :)

    ReplyDelete
  26. P/s : nak duit raya .. Hehehe

    ReplyDelete
  27. Ini baru rerupis betul..byk kad peminat nya

    ReplyDelete
  28. Amboi SS tulis apa tu?? 18sx ke? hehe

    ReplyDelete
  29. Selamat berpuasa dan Selamat hari raya JM...aamiin atas doa JM tu

    ReplyDelete
  30. selamat hari raya JM . mesti dah kat kg ni . sunyi je komen ... heheheeee

    ReplyDelete
  31. wow Akak JM memang rerupis sungguh ni.. waaah.. abg posmen tu mesti wonder sapalah Jari Manis ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posmen Putrajaya semua kenal dgn Jari Manis :)

      Delete
  32. tahun ni CT xde pun hantar kad kat sesiapa.. terkejar2 nak urus hidup sendiri..
    xdan pun nak beli kad ke apa ke..

    ReplyDelete
  33. tapi ingatan tu sentiasa dalam hati =)

    ReplyDelete
  34. Knock knock datang lagi sambung lawatan!
    Ahaks, baca ayat intro dah buat saya gelak mengekek!

    ReplyDelete
  35. Makin besaula lobang idung Cekebon pantun dia masuk dalam blog rerupis!

    ReplyDelete
  36. Tau tak bersungguh-sungguh dia mengarang pantun. Dia karang satu untuk SS dan satu untuk sis JM. Dah habis karang pantun, tersandar kat kerusi urut, "Kak, ibu penat!!" Puas kitorang gelakkan dia penat buat pantun sampai kena duduk kat kerusi urut :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS pon penat... Cari karang di lautan... he he he...

      Delete
    2. Jumpa dak karang di lautan tu? :)

      Delete
    3. Siput je banyak... Tu pon kasi Jay emm... Ha Ha ha..

      Delete
  37. Dah 3 tahun dah ye? Ingat lagi entri pertama saya komen kat blog ni masa bulan puasa gak :)

    ReplyDelete
  38. Insya Allah, moga satu hari ada rezeki kita jumpa ya. Doakan cekebon sentiasa sihat dan kuat supaya saya leh angkut dia jumpa u all semua :)

    ReplyDelete
  39. Kad Yana Yani sangat menarik sebab ajak kita ingat tentang mereka di Syria :)

    ReplyDelete
  40. Orang muda dapat banyak kad raya. Kita yang dah sangat senior ni dapat kad raya dari kedai letrik je itu pun kerana beli brg kat dia. Ha ha.

    ReplyDelete
  41. Salam singgah sini JM.... wahh...meriahnya kad raya.....Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin jug Jm dari MD...

    ReplyDelete
  42. salam JM, salam lebaran.terima kasih byk2 sbb post kan fridge magnet, rupanya dh lama dpt, stuck kat mail room lama, maaf lambat inform.

    Selamat Hari Raya!!

    ReplyDelete
  43. bertuahnya badan dpt byk kad raya! mcm retis plak...

    ReplyDelete
  44. banyaknya kad raya ye....

    selamat hari raya Sis ~~~ take care semasa beraya di perantauan.. ehh !

    ReplyDelete
  45. selamat hari raya JM...ampun maaf dipinta...hihihi

    ReplyDelete
  46. Salam lebaran JM
    Lama x jenguk kat sini...

    Moga raya tahun ni memberi keberkatan buat JM sekeluarga

    ReplyDelete
  47. Selamat Hari Raya JM...maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
  48. Sama la juga dgn saya....Selamat Hati Raya....maaf zahir batin...

    Dah lama x dpt kad raya....masih tersimpan lagi kad raya yg lama2....

    ReplyDelete
  49. helooo kak.. knock2 lagi ni.. ada orang kat rumah x ? ke beraya lagi ehe..

    ReplyDelete
  50. Wah! meriahnya dengan kad raya. Selamat Hari Raya Sis JM :D

    ReplyDelete
  51. Selamat hari raya sis!maaf zahir & batin:)

    ReplyDelete
  52. Selamat Hari Raya JM..Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  53. Selamat hari raya JM. maaf zahir batin..")

    ReplyDelete
  54. selamat Hari Raya sis JM kalau salah silap harap dimaafkan ya...

    ReplyDelete
  55. Banyak tu dapat kad raya :)
    Selamat Hari Raya JM. Moga lebaran kali ini lebih bermakna :)

    ReplyDelete
  56. perghhh,,wujud lagi kad raya zaman sekarang ni,,ingat da pupus..hahahaha..selamat berhari raya JM!

    ReplyDelete
  57. Dear All..terima kasih atas ucapan raya dari uolss...tak sempat nk reply lagi..free nanti JM reply one by one eh..pastu cari masa nk blog walking jugak..byk 'hutang' ni huhuh...muahh!

    ReplyDelete
  58. akak datang nak beraya ni..
    ada lagi ke saki baki kuih raya..

    ReplyDelete
  59. Wahhh..Banyaknya kad raya sis JM. Seronoknya dapat kad raya. Huhu..

    Selamat Hari Raya sis JM. =)

    ReplyDelete
  60. Selamat hari raya sis JM...rindunyeeee... lama tak jejak kaki kat sini :)

    ReplyDelete
  61. Banyaknya kad raya Sis JM dapat.. rerupis la kata kan..hehehehe.. Tahun ni xsempat nak buat semua ni..blog pun makin menjauh...heee

    ReplyDelete
  62. sekejap jew dah nak seminggu berhari raya

    ReplyDelete
  63. bila nak buat rumah terbuka di hari raya

    ReplyDelete
  64. sebab bila tak ade hari raya tak der laa rumah terbukaa

    ReplyDelete
  65. bila hari raya hari hari makan kuih raya

    ReplyDelete
  66. Replies
    1. Jay Emm suka ketupat palas...
      * Tolong jawapkan... He He He..

      Delete
  67. makan lontong ngan kuah kacang pon sodap di hari raya ;)
    makanan wajib orang Johor katanya

    ReplyDelete
  68. kalo ket Negeri 9, makanan yg sodap adalah lemang ngan rendag masak cili api

    ReplyDelete
  69. ket Melaka pula mcam biasa rendag ngan ketupat , lagi sodap kalo ketupat tue dianyam sendiri

    ReplyDelete
  70. Utara depa makan rendangn ngan pulut

    ReplyDelete
  71. ade jew makanan sampingan yang lain

    ReplyDelete
  72. banyaknya kad raya sis JM..

    ReplyDelete
  73. selamat hari raya maaf zahir batin KJM.. tahun ni tak dak kad raya kat kawan2.. huhu..

    ReplyDelete
  74. Selamat Hari Raya sis..! Banyak dapat kad raya.. Singgah dan follow blog sis.. Jmput singgah blog reen.. :D

    ReplyDelete
  75. SALAM LEBARAN JM N FAMILI...BANYAKNYA DPT KAD RAYA TU..BAGI KAK ALAMAT JM YA NK KIRIM KAD RAYA JUGA..
    paridah.ishak@gmail.com

    ReplyDelete
  76. banyak kad raya ...
    selamat hari raya JM maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  77. salam JM, jgn lupe singgah entry ni! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/daehan-minguk-giveaway-by-siti-yang.html

    ReplyDelete
  78. selamat hari raya maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  79. Salam aidilfitri JM... wow... bestnyer nengok kad raya JM.... banyak tu.... hehe

    ReplyDelete
  80. Banyaknya dapat kad raya! :D

    ReplyDelete
  81. Srlamat hari raya aidilfitri JM. Apa la special sgt kad raya SS tu. Hihi

    Maaf zahir batin ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg special sgt kad tu Jay Emm? Share laaa.. Ha Ha Ha....

      Delete
  82. jm. nanie ada buat entry khas utk JM DAN ss. nk ucap terima kasih..

    http://nurulharnanikasmari.blogspot.my/2016/07/terima-kasih-daun-keladi-lain-kali.html

    ReplyDelete
  83. Comell sangat semuaaaa~ Berbalas2 kad raya. Dah lama xbuat. Hihi.
    Selamat hari raya sis JM dan semua. ;)

    ReplyDelete
  84. Assalamualaikum Sis JM , yana datang yana datang

    ReplyDelete
  85. datang nak beraya , maaf lama sangat bercuti , ni baru ada masa dan mood

    ReplyDelete
  86. Taqabballahu minna wa minkum.

    maafkan salah silap saya sepanjang berkenalan disini.

    Selamat hari raya kak Jari Manis :)

    ReplyDelete
  87. Terima kasih atas kiriman kad raya buat yana :) walaupun datang lepas hari raya tapi dalam bulan syawal juga

    ReplyDelete
  88. alamak rerupis dapat banyak kad raya, ramai peminat wooooo

    ReplyDelete
  89. yana pun dah nak jadi macam kak jm , tak berupdate blog :)

    ReplyDelete
  90. bezanya sisJm punya blog selalu ada yang singgah yana punya sunyi sepi kakkakaka

    ReplyDelete
  91. salam, JM. jmeput join GA sy. Lau sis tak mau join, ajak kengkawan join hahah. tq :p

    http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html

    ReplyDelete
  92. Selamat hari raya aidilfitri Sis JM....

    ReplyDelete
  93. Selamat hari raya... mohon maaf lahir batin


    Regrads www.travellingaddict.com

    ReplyDelete
  94. Bila sis JM nak update blog lagi ni? Hehe.. Memang bersawang dah ni. ;P

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum... sis JM... wahhh banyak kad raya... retis kan...

    ReplyDelete
  96. Selamat Hari Raya Sis JM dari ekin dan abe hihihihihi maaf kalau salah n silap

    ReplyDelete
  97. kita dating lagiii nieee nak kutip duit raya ahakss

    ReplyDelete
  98. wahhhh banyaknya.. nina ada 5 ja. hehee
    tahun depan boleh pos. bak alamat JM

    ReplyDelete
  99. Tolong sapu-sapukan habuk dekat sini.. hehehehe

    ReplyDelete
  100. selamat hari raya JM. hehe. sory lambat wish

    ReplyDelete
  101. banyaknya kad raya yg JM dapat ... selamat hari raya JM. maaf zahir dan batin ... maaf lah yer kalau ada tersalah/ terkasar sepanjang komen kat sini :)

    ReplyDelete
  102. banyaknyaaaa kad rayaaaa (*^っ^)/ taun nihh xdpt kad raya pon. hahahha

    slamat hari raya kak jm d(-_^)

    ReplyDelete
  103. masuk entry raya pulak. hehehe
    jangan risau thn dpn nina hntar kt sis. dh ad alamat heheh

    ReplyDelete
  104. masuk entry raya pulak. hehehe
    jangan risau thn dpn nina hntar kt sis. dh ad alamat heheh

    ReplyDelete
  105. smapai nak raya balik baru ayu bace post ni sis jm..
    ahhahahaha

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS