Pages

Monday, 19 March 2018

Persediaan Trip Ke New Zealand 2017 – Bekalan Makanan


Jay Emm oooo Jay Emmm...pe nak jadi dengan ko ni..orang lain nak tulis blog..nko pun nak..enti baru mana..entri baru? 😅

Tak ada entri baru...blog walking pun dah kurang...adehlaaa

Pejam pejam celik..ehh..mana entri baru ni...hari tu bukan main lagi cakap 'nak rajin update blog..kalau boleh paling kurang 4 entri...ciss..hangat-hangat tahi fefen jek hihihih.

Setiap minggu SS mesti tanya "Bila nak up entri baru" adehlaaa...tak ada idea nak taip tapi entri nak update tu banyak....SS selalu pesan...upload dulu gambar pastu taip la sikit-sikit, entri tak panjang pun x pe janji ada entri...

JM nak sambung entri Trip ke New Zealand...entri sebelum ni boleh korek kat sini Harga Tiket Flight ke New Zealand

Bila dah dapat tiket flight, banyak persediaan perlu buat..

1. Senaraikan tempat-tempat yang akan dikunjungi dan Scenic Lookup
2. Dapatkan MAP New Zealand
3. Sediakan full itirenary
4. Buat tempahan tempat penginapan
5. Booking tiket flight dari Auckland ke Christchurch
6. Booking kereta sewa
7. Buat senarai semak item yang akan dibawa..jumlah tshirt, seluar, stoking, tudung, toiletories, winter coat dan barang-barang berkaitan
8. Senaraikan barang makanan yang akan dibawa

So untuk entri ni, JM nak kongsi barang-barang makanan yang kami bawa sepanjang trip ke NZ.

Bila dah ada bekalan makanan, boleh cari tempat rehat untuk berkelah
Nampak tak...nasi, sambal telur dan timun...sedap gilak! timun tu manis dan fresh jauh beza rasanya dari timun kat Malaysia
Walaupun berada jauh dari Malaysia, tetap boleh makan nasi..macam mana tu?
Tips berjimat semasa travel..bawa bekal makanan dari Malaysia TETAPI pastikan check dulu jenis-jenis barang makanan yang boleh di bawak masuk terutama ke Australia dan New Zealand.

JANGAN sesuka hatik jek nak bawak semua mak nenek ye..tak pasal nanti sampai kat Kastam New Zealand masuk tong sampah..masuk tong sampah tak pe lagi jangan kena denda....mahal wooo..

Kedua-dua negara ni ada rules for restricted food terutama produk tenusu, buah buahan segar, sayur sayuran, semua jenis makanan berasaskan daging, ayam dan rempah ratus...kalau negara lain ko bawaklah rendang daging ke serunding ke ayam goreng ke..dorang tak usik..

PESANAN dari Jay Emm..kalau nak travel ke NZ dan nak jimat kos, tak nak kebulur..bawakla bekal makanan..

Kalau nak lebih jimat dan tidak membazir boleh ikut cara kami.

1. Senaraikan barang makanan yang akan di bawa dari Malaysia, pastikan jangan bawa makanan TERLARANG (yang tidak boleh dibawa masuk ke New Zealand)..contoh :

- Masakan berasaskan daging/ayam seperti serunding dan rendang
- bahan makanan yang mengandugi telur seperti kek, roti
- hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis
- minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu seperti Milo dan Nescafe 3-in-1
- buah-buahan (baik beli kat NZ....buah kiwi sedap gilak!)
- rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar
daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini (beli je perencah Brahim's)

Listkan semua barang yang akan dibawa dan kuanti bergantung kepada jumlah hari travel
2.  Senarai bahan masakan mengikut MENU yang akan dibeli di Pak N Save New Zealand (Optional)

Senarai Bento yang akan dibeli di Pak N Save New Zealand
3. Kemudian senarai Menu yang akan dimasak mengikut selera masing-masing sepanjang trip korang..jadi perut sentiasa kenyang hati pun senang 😀😋

List kan Menu sepanjang trip mengikut selera masing-masing
4. Kalau nak jimat lagi..beli perencah masakan jenama Brahim's (produk Brahim's) di Kilang Brahim's di alamat seperti berikut : 

Lot 9 & 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi, 
43650, Bandar Baru Bangi, 
Selangor, 

Harga di kilang lebih murah dari mall seperti Giant, Tesco, Eon Big, Jusco dan semua mall yang jual produk Brahim's.  Kedai kat kilang ni kecik je....waktu nak masuk kawasan kilang tu, kena isi nama pelawat dalam buku kat pondok pengawal..boleh parking kat dalam kawasan kilang..kedai tu tak jauh dari pintu masuk kilang.

Harga di kilang lebih murah..pilih mana korang nak
5. Bila semua barang makan dan masakan dah settle..jangan lupa bawak periuk nasi (rice cooker) nanti...jangan risau ye..boleh bawak periuk nasi ke New Zealand. Size periuk tu bergantung kepala bilangan ahli travel la..kalau travel bertiga takkan nak bawak periuk size 5 litre kih kih kih..buat berat beg je. Pastu listkan barang-barang asas untuk masak seperti :

- Chopping Board, buat potong bawang, sayur - beli jenis plastik...ada jual kat Daiso
- Pisau tak boleh bawak naik flight jadinya beli je kat Pak n Save
- Wapping Plastic, untuk apa plastik ni..ye boleh guna untuk wrap makanan supaya tak tumpah kalau dalam perjalanan nanti
- Bawak magic towel atau wet tissue
- Yang ni jangan lupa..plates atau pinggan plastik yang tahan panas dan sejuk..boleh beli kat Daiso

6. Bila semua dah ready...get ready untuk packing plak. Semua barang makan tu masukkan ke dalam plastik dan seal, boleh elak dari tumpah..kalau tumpah pun dalam plastik..pastu buatnya ada anjing nak hidu ke..selamat sebab dalam plastik. 

7. Kemudian masukkan semua barang makanan tu ke dalam kotak dan seal. Masukkan ke dalam luggage beg khas untuk makanan sahaja. JANGAN combine dengan beg pakaian. Sampai di airport NZ nanti dorang akan minta bukak beg makanan tau, jadi senang dorang nak check.

8. Last but not least, JM nasihatkan korang senaraikan semua barang makanan yang dibawa dan ingredient seperti ini, so bila pihak kastam tanya nanti, tunjuk je list tu...so lagi cepat urusan checking..

Kalau pihak kastam tanya korang tunjuk je list ni..kalau dia tak baca..korang tolong bacakan hihih
Listkan ingredient dalam semua bekalan makanan yang dibawa..memang agak leseh la kan..tapi apa boleh buat dah syarat begitu nak masuk NZ...
KREDIT kepada  SS..beliau yang sediakan checklist ni..JM bantu sikit-sikit je..terima kasih cayunk SS 😘

DONE! Jom terbang ke New Zealand!

New Zealand!!!! tunggu aku datang!!!! Dah selamat balik Malaysia dah pun hehehehe
BERSAMBUNG.....

120 comments:

  1. Huh! Muncul jugak entry NZ ni... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
  2. Kalu tak nak buat list pon tak pe... List tu untuk kesenangan kita bila di tanya jek... Kalau dah malas sangat... Paling senang amik gambar barang yang kita bawak... Abis citer...

    ReplyDelete
  3. Nak jimat memang kena masak sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tak sedap lain cite..yang pasti SS masak mesti sedap ahaksss

      Delete
  4. Info yang amat berguna...kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wady..untuk panduan bersama :-)

      Delete
  5. Owh ada gak makanan yang dilarang yer JM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Zumal..x leh bwk sebarangan tau

      Delete
    2. Kalau zumal bawak pancing gamaknya. Teringat bangla di pulau indah, jimat giler...

      Delete
  6. Alahaii....x sabar nak baca kisah trip seterusnya..akak plak memang x leh nak travel dalam masa terdekat ni sebab mak tgh sakit..so segala keinginan dan hasrat hati kena kuburkan dulu..pentingkan mana yang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Amanda Suria..Mak tengah sakit...sakit apa tu? Semoga mak akak cepat sihat ye..Semoga Allah cepat berikan kesembuhan kepada mak akak..amin!!!

      Delete
  7. oooo...senang la kan kalau kita dah listkan apa yg kita bawak.. torbaikk jm

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Awak bila nak sambung entri Bangkok tu..almost a year i tggu entri baru heee

      Delete
    2. hahahahaha... gambar pun tak tau hilang mana... mungkin tahun depan kot baru sambung

      Delete
    3. Nina..share lah trip ke India dan Srinagar tu :-)

      Delete
  9. Hadoi..orang rajin je mampu buat semua ni..yg malas macam mak ni baca trip Jm and the gang je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak!!! Yang RAJIN tu SS yang MALAS tu JM kih kih kih

      Delete
  10. Ku tak relaaaa buat list begituuu tapi nak bawak bekal seperiuk jugakkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kan jenis traveller sempoi jek....terjah jek..kami tak leh ikut cara Mak tu..takut!!! hihhi

      Delete
  11. Bawak peyuk dan bekal jugak jimat kan..kalo hari-hari makan luar jenuhhh sua duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. budget ciput Mak..wajib lah bawak bekal :-)

      Delete
  12. JM tak hadpdet entry takpe..sekali hapdet kalah SS punya entry 10 kuasa dua haha

    ReplyDelete
  13. Jay Emmm is back!!!!! seranggggggg!!! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Ain..awak nak serang guna apa ni..pedang ke hihih

      Delete
  14. kalau pak brahim nampak entry ni bolej jadikkan jay emm duta ni. *sedang byg jay emm pgang product pak brahim sambil pose ala-ala duta* hehehe

    ReplyDelete
  15. NK BERJALAN JAUH ELOK BUAT PERSEDIAA AWAL N RAPI

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak PI..supaya semua berjalan lancar

      Delete
  16. Replies
    1. Hai cik munger..rindu 1000%? byk nye..hihhi

      Delete
  17. boleh makan masakan Malaysia tak kira dimana anda berada ;)

    ReplyDelete
  18. yang penting kena ada sambal @ pedas

    ReplyDelete
  19. event sambal bilis pon dah membuka selera kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! betul sgt..antara sambal bilis dan masak kicap ikan..JM pilih sambal bilis :-)

      Delete
  20. preparation nak pi tempat orang ute yang penting kan kan ... selian dari RM RM RM RM RM

    ReplyDelete
  21. Tertunggu-tunggu entri JM..hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sharimah..lama x muncul..ke mana pergi?

      Delete
  22. Replies
    1. Ride ke Pantai Merdeka lagi best kan heee

      Delete
    2. pantai merdeka x kena bayar tiket flight.. harga minyak je.. hehehe

      Delete
  23. Aissssyyy.. susah juga ya jika itu ini tak boleh bawa, nak2 orang kampung seperti akak, kalau boleh ikam pekasampun nak bawa juga, kihkihkih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih...kak Umi Alya : tu lom lagi sambal belacan ek

      Delete
  24. Nice write up.. Nanti boleh husniey rujuk sini kalau nak ke NZ

    ReplyDelete
  25. baru tahu coklat pown boleh bawa.....

    ReplyDelete
  26. tq for tips:) masak semua dlm periuk nasi je ke atau ambil bilik yang complete kitchen?

    ReplyDelete
  27. new zealand.... nangis ..... bila lah boleh sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. aswaleyla : tu pun sis JM tggu bertahun baru leh jejak tau

      Delete
  28. perfect tips, JM dan SS.
    uolls are so good at this travel thing tau.
    jadik rujukan aida jugak. tapi tu lah, ntah thn bila nak ke NZ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIDA..bila kami bergabung mmg KEBABOOMM hiih

      Delete
  29. one thing, Brahims memang sedap.
    aida dulu kala la kat U beli pek Brahims ni.
    masa tu tak sebyk skang.
    boleh di makan. kena dgn tekak.

    ReplyDelete
  30. wah,complete checklist food..

    ReplyDelete
  31. Wah.. menarik ni.. terima kasoh atas perkongsian yg bermanfaat

    ReplyDelete
  32. Lama nya tk bca blog JM
    Igt akak lg tak? Huhu

    ReplyDelete
  33. Ala jm lambat up entry. Huhuhu kalau tau mcm tu kita pack mcm tips ni. Kita kebulur tau ms kt luang namtha laos...xdak makanan halal..dan makanan mmg tak lalu nk telan pun. Makan buah je spjg dua ari kat sana...

    ReplyDelete
  34. Huhuhu..jm lambat up cite ni..kalau tak, boleh laa kita pax mcm tips jm ni.

    ReplyDelete
  35. Tulah ramai yg rindu kat Jay Emmm so lepas ni janganlah malas malas ye...
    Tapi yelah, bukan senang nak buat entry yang penuh maklumat macam ni kan, JM....
    Hakak ni kalau berjalan mmg malas nak masak JM, tp agaknya kalau dah pergi travel luar negara yg susah nak dpt makanan halal, terpaksa jugaklah gamaknya merajinkan diri ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...kak Hainom!!!ye kak..Lapo nye pasal..

      Delete
  36. JM, terima kasih berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  37. Huwaaa... nangis nak sediakan checklist yang begitu detailsnya untuk sejenis yang tak berapa nak rajin macam Mrs. A ni huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih...same to me Mrs A...yang rajin tu bukan JM tapi SS

      Delete
  38. Hai Sis JM.. maaf lama x datang sini... rindunye nak komen2.. :D

    ReplyDelete
  39. Wah, g NZ, seronoknya... lapar pulak tengok senarai makanan tu..

    ReplyDelete
  40. Sambal telur n ulam timun mmang sedap..lagi2 makan dngan nasi panas.. huarrghhh... meleleh air liur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mimie..apo kabo..si kecik dah berapa tahun ek?

      Delete
  41. JM kete kita samalah.. kekeke amik dgn Cameron ker? izza

    ReplyDelete
    Replies
    1. akakaka..no plate pun sama ke? ye Izza..dgn Cameron

      Delete
  42. Best tu..my next travel list... New zealand... Owh ketat gak eh nk masuk nz.. Mcm aussie..

    ReplyDelete
  43. Penuh informasi! sangat membantu saya untuk rancang percutian ke NZ :)

    Tak sabar nak baca entri NZ yang seterusnya!

    ReplyDelete
  44. Syoknyaa JM diberi kelapangan untuk ke NZ. Dreamland Zarith tu hehe

    ReplyDelete
  45. JM klu gi travel oversea sy nk ikut blh x

    ReplyDelete
  46. JM klu gi travel oversea sy nk ikut blh..

    ReplyDelete
  47. JM klu gi travel oversea sy nk ikut blh..

    ReplyDelete
  48. Assalamualaukum JM...akak ade baca blog JM berkenaan tiket flight return tak sampai Rm1000...camner JM buat?
    Tahun depan bln okt akk nak pegi ke South Island berlapan...la ni tgh cuba dptkan flight murah...
    Tahun 2016 akk pegi North Island...tambang sorang Rm 2400...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam..nak dapat tiket murah ni pun kira REZEKI jgk..kadang setahun beli sebelum tarikh berlepas

      Delete
  49. Bestnya JM dgn Ss pergi jejalan NZ tu. Owh rupanya ada jugak item larangan yg tak boleh masuk ke NZ ghupanya ya.

    Tq JM share pengalaman dan Info.

    :)
    Miss U!

    ReplyDelete
  50. Adoi.. siap kena buat checklist makanan yang dibawa.. bagus SS.. rajin..tak pernah cuba produk brahim.. sedap eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Sha...perlu cheklist yg detail..sbb imigresen sana mmg agak strict pasal makanan di bawak masuk ke negara mereka..bila ada checklist mcm ni senang..produk brahim tu? boleh la dari tak de

      Delete
  51. Kalau dah namanya orang Malaysia, mesti tak boleh lari dari nasi. Pergi mana-mana pun mesti akan cari nasi jugak.

    ReplyDelete
  52. Terimakasih JM.. info & tips yg sgt2 membantu bakal pengunjung ke NZ

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS