Pages

Thursday, 14 March 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Yuexiu Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Hari kedua - 22 Nov 2018 (first destination)

Mesti ramai yang ternanti-nanti nak baca entri guangzhou kan hahahah...'perasan!'..kalau dah ko tu update sebulan sekali, lelama blog ko pun orang dah tak ingat..siapa Jari Manis tu? Jari Manis kat jari i ni....i tahu lah hahahah...padan muka ko JM...sape suruh ko malas nak update!

Ayuh!!! tak mau malas-malas..sementara ada mood nak taip ni, jom JM share sambungan trip ke Guangzhou.

Sebut je Guangzhou, mesti terlintas kat fikiran korang nak pergi memborong la..sebab kebanyakan mereka yang menjual kat pasar malam ke, kat pasaraya ke..dorang import product from Guangzhou tau..Why???? sebab murah gila wei!! korang bayangkan eh..beg kulit yang kualiti tu..kat Malaysia orang jual beratus ringgit tapi kat Guangzhou boleh dapat 100yuan atau anggaran RM60 ko! Korang rasa????

Bab shopping murah kat Guangzhou ni, nanti JM share dalam entri lain. JM akan listkan tempat-tempat shopping murah dan berbaloi di Guangzhou. Ada satu tempat tu, belum ada lagi blogger share, mungkin dorang pun tak tahu tempat tu boleh borong beg-beg murah gila!!! Ehhh! kalau ada rezeki nak repeat lagi la tempat tu...dompet duit leh dapat dengan harga 10yuan atau RM6!!! lawa!!

Kalau setiap hari nak pergi shopping je pun bosan jugak so perlu selitkan juga seight-seeing dalam itirenary korang. Susun itie macam geng Kitab Busuk ni buat. Awal pagi sampai ke tengahari penuhkan dengan sight-seeing dulu, tengahari pergi lunch dan solat pastu petang baru ko habiskan duit untuk shopping.

So awal pagi hari ke dua, kami plan nak pergi ke Yuexiu Park. Bukan nak pegi lepak, santai-santai, joging kat park tu tapi nak pergi jumpa dengan 5 ekor kambing gurun (five rams statue). Tujuan asal nak pergi bergambar dengan Five Rams Statue pastu tengok kalau ada kedai souviner, beli souviner sikit buat kenangan pastu pergi tempat lain pulak.

Five Statue Rams - ramai auntie baru sampai dengan bas jadi agak susah nak dapat shoot cantik