Pages

Thursday, 14 March 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Yuexiu Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Hari kedua - 22 Nov 2018 (first destination)

Mesti ramai yang ternanti-nanti nak baca entri guangzhou kan hahahah...'perasan!'..kalau dah ko tu update sebulan sekali, lelama blog ko pun orang dah tak ingat..siapa Jari Manis tu? Jari Manis kat jari i ni....i tahu lah hahahah...padan muka ko JM...sape suruh ko malas nak update!

Ayuh!!! tak mau malas-malas..sementara ada mood nak taip ni, jom JM share sambungan trip ke Guangzhou.

Sebut je Guangzhou, mesti terlintas kat fikiran korang nak pergi memborong la..sebab kebanyakan mereka yang menjual kat pasar malam ke, kat pasaraya ke..dorang import product from Guangzhou tau..Why???? sebab murah gila wei!! korang bayangkan eh..beg kulit yang kualiti tu..kat Malaysia orang jual beratus ringgit tapi kat Guangzhou boleh dapat 100yuan atau anggaran RM60 ko! Korang rasa????

Bab shopping murah kat Guangzhou ni, nanti JM share dalam entri lain. JM akan listkan tempat-tempat shopping murah dan berbaloi di Guangzhou. Ada satu tempat tu, belum ada lagi blogger share, mungkin dorang pun tak tahu tempat tu boleh borong beg-beg murah gila!!! Ehhh! kalau ada rezeki nak repeat lagi la tempat tu...dompet duit leh dapat dengan harga 10yuan atau RM6!!! lawa!!

Kalau setiap hari nak pergi shopping je pun bosan jugak so perlu selitkan juga seight-seeing dalam itirenary korang. Susun itie macam geng Kitab Busuk ni buat. Awal pagi sampai ke tengahari penuhkan dengan sight-seeing dulu, tengahari pergi lunch dan solat pastu petang baru ko habiskan duit untuk shopping.

So awal pagi hari ke dua, kami plan nak pergi ke Yuexiu Park. Bukan nak pegi lepak, santai-santai, joging kat park tu tapi nak pergi jumpa dengan 5 ekor kambing gurun (five rams statue). Tujuan asal nak pergi bergambar dengan Five Rams Statue pastu tengok kalau ada kedai souviner, beli souviner sikit buat kenangan pastu pergi tempat lain pulak.

Five Statue Rams - ramai auntie baru sampai dengan bas jadi agak susah nak dapat shoot cantik
Yuexiu Park ni sebuah taman seluas 860,000 meter persegi dan mempunyai beberapa gate untuk acces ke kawasan taman ni. Tempat ni jadi tumpuan sebab ada Five Rams Statue, Menara Zhenhai, Tapak Tembok Kota Dinasti Ming dan Tapak CAnnon Square. Lets say lah....ia hanya sekadar taman yang ada bunga, tasik dan track joging mungkin kurang pelancong datang sini.

Ini bukan pertama kali JM ke Yuexiu Park, ini dah kali ke 2...kali pertama sampai tahun 2013 lima tahun yang lalu. So waktu preapare itirenary, JM confident la cakap kat geng Kita Busuk "nanti kalau nak ke Five Rams tu kita  ikut Exit A sebab dari situ lebih dekat"

Sebab dulu tahun 2013, JM masuk ikut Gate B1 (main entrance) agak jauh berjalan untuk sampai ke Five Rams Statue tu. JM boleh tahu masuk Exit A tu lebih dekat sebab waktu keluar dari park tu JM ikut Exit A. TAPI bila sampai kat park tu pada hari kejadian JM jadi blurr...tak ingat jalan nak ke Five Rams tu dari  Exit A..so memang drama la pastu hihih...Sorry dak ucok dan dak kecik.

So bagi mudahkan korang supaya tak sesat macam kami, JM share direction nak ke sana.

How to get there :
1. Stop at Yuexiu Park Station
2. Take Exit A

Turun kat Yuexiu Park Station nanti korang ambik Exit A
Bila ambik Exit A akan lalu terowong ni. Jangan takut kalau tengok lengang macam ni..ni sebab orang baru naik tren so tak ramai orang time ni. Pastu jalan terus naik escalator kat depan sana
Dari Exit A, korang toleh ke kanan akan nampak gate batu macam ni dan tasik kat sebelah yang ada sampan tu. So korang jalan je terus ke depan macam pakcik dalam gambar tu..pastu akan nampak signboard sebelah kanan seperti gambar bawah
Korang ikut je signboard ni akan jumpa Five Rams Statue tu
Apa yang berlaku kat kami pagi tu, bila dah keluar dari Exit A, kami lalu la depan tasik ni..seperti gambat kat bawah.

Tasik dan sampan kuning
Waktu ni la start 'drama' tak best. Bila sampai je depan tasik JM jadi blur..tak ingat arah nak ke Five Rams tu. SS tanya "mana five rams nye??" JM makin blurrr...pastu dok fikir dulu keluar Exit A pastu ke kanan kan jumpa moon boat restoran, tapi restoran tu tak ada...adeh!! seyes tak ingat langsung arah nak ke five rams dari tasik tu. 

SS dah gerak ke depan dengan HH. Dia dah mula baran...muka dah tak ada senyum..ye lah dia harapkan JM yang pernah sampai patutnya JM boleh guide cara nak ke sana kan..ini sampai-sampai je jadi biawak komodo hahaha...sape la tak bengang kan...padan muka ko JM hahahaha.

JM nampak HH nak cuba approach sorang amoi yang tengah tolak stroller anaknya..nak tanya dalam bahasa cina tak reti dan kebetulan kat subway card tu ada gambar five statue rams tu...dia tunjuk la card tu sambil buat isyarat nak pegi situ..pastu amoi tu cakap jom follow dia...dia pun nak ke sana..alhamdulillah...boleh cakap english rupanya..SS dan HH follow la amoi ni, JM plak membontot dari belakang tanpa bercakap sepatah pun...rasa malu kat SS dan HH..adeh!!!

Ini lah amoi yang tolong kami tunjuk arah tu
Bila jalan ke depan sikit baru la nampak signboard ni..cisss!!! nak kenna marah dulu ar hahahaha
Bila sampai kat area five rams ni ada kedai souviner baru bukak..hati dah berbunga-bunga nak beli...tapi JM sarankan korang jangan beli kat sini MAHAL!! baik beli kat One Link Plaza
Nak tengok five rams statue tu korang kena naik tangga ni
Bacalah kalau rajin hihihihi
Ini lah 5 ekor RAMS yang kacak bergaya tu
Bila dah sampai sini semua muka dan ceria...masing-masing pose-pose manja depan statue ni. Kami sampai kat Yuexiu Park ni around jam 8.00 pagi. Depan statue ni ada kedai souviner tau tapi waktu sampai tu belum bukak lagi. Jam 9.00 pagi baru kedai ni bukak. JM cakap la kat SS dan HH, dulu beli FM kat sini dapat murah sebab banyak jugak borong dulu (tahun 2013). So bila bukak je kedai kami serbu.

Ingatkan murah..sekali tanya mahal!! menyesal pulak beli banyak..10 keping FM harganya 65yuan! tapi tamak nya pasal beli beberapa keping pastu menyesal bila pegi One Link Plaza lagi murah..itulah org cakap "orang tamak selalu rugi huhuuhu"..tepuk dahi huhu
JM paling banyak borong..adeh! menyesal beli kat sini..
Dah abis bagi duit kat amoi kedai souviner, rasa nak kencing la plak. Jom cari tandas, ikut je sign yang ada kat taman ni. Jom turun tangga!!!

On the way nak ke tandas tu, nampak la amoi dan apek ni tengah bersantai sambil main sepak bulu ayam (sebuyam/chapteh). Patutla dorang ni hidup sihat, suka jaga kesihatan santai-santai kat taman.

Riadah waktu pagi
Tandas kat Yuexiu Park ni pun amalkan EKSA ke hahaha..siap ada gambar, nama tukang cuci/penjaga tandas kat dinding luar tandas tu..kat cina ni botol air kosong jadi peneman setia setiap hari
Masing-masing dah kencing, jom kita balik ke station. Rupanya tandas kami masuk tu betul-betul depan tasik dan dari tu dah nampak jalan balik ke train station Exit A. Rupanya awal pagi tadi kami dan ikut jalan jauh sikit ada lagi jalan shortcut..adoi! JM..JM...

Selesai misi bergambar dengan Five Status Rams, moh kita pergi next destination..ke mana tu???

Tunggu lagi sebulan baru ada entri baru!!! kah kah kah!

70 comments:

  1. Gosok gosok mata... wow... rajinnn 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood tgh rajin ni..pas publish entri ni dah draft next entry plak ahahaha..sekali spoil mood tgk-tgk pic untuk next entri letak mana ntah..adeh!!! minta awak nye pi leh ahahah

      Delete
  2. Exit A paling senang sebenarnya... Tapi... Boleh pulak datang hari blurr... Tak pasan pintu gerbang kt tepi kanan... Adess

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ar pasal..adoi..padan muka kena marah hahaha

      Delete
  3. Ehhh! Orang tamak x rugi laaa.... orang tamak dapat banyak! Kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Kanda sabar menanti sebulan utk entry baru... 😂

    ReplyDelete
  5. Hi kak JM!

    Finally, a new post after what it feels like forever :D

    ReplyDelete
  6. kita menjenguk sini nak tgk ganba bagsss seperti dlm blog scdha...ternyata kene tunggu lagi 6 bulan? kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akakaka..Nana!!! oitt lama x borak woiii hahaha...selalu skodeng IG jek skrg dah senyap..ke mana???

      Delete
    2. oitt belog bersawang baru skang nak hapdet sblom trip seterusnya.
      Kalau takde trip dgn IG-IG pun senyap...
      Kita tunggu ni belog sopping2 guangzhou awokkk
      Sebab thn ni maybe rancak skit berjln..nama masuk MAS privilege list..tix murah sgt..molek beno la nk ke guangzhou bwk brg ke msia kasik jual laa...

      Delete
    3. hahaha..sama lah kita Nana..ada trip ada lah blog n IG..wowww..terbaiklahhh...

      Delete
  7. Mujur ada amoi! yang baik hati ya.

    Ialah memang handsome nampaknya Ram tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handsome kan Mrs A..badan berketul2 macam body builder hahahah

      Delete
  8. Lama betul tak singgah blog JM ... tup tup dia dah jauh travel.. hehehe.. tahun ni kemana lagi??? psstt tak jenguk matta fair ke? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ako! lama awak menyepi..thn ni? ahakss..surprise!!! matta fair? x mo la pegi buat tgh bulan..pitih x dok hihih

      Delete
  9. Lama betul nak baca sambungan nya.....

    ReplyDelete
  10. wah ada kesinambungan lagi
    rupanya...hihihi

    ReplyDelete
  11. Dak kecik dok tunggu dgn sabar utk p tempat dia...

    ReplyDelete
  12. waah..rajin masuk sampai 2x!
    akak masa ke sana boleh datang rasa malas, takmo masuk. Fikir balik, rugi jugak dah sampai tak masuk. Hahaa

    ReplyDelete
  13. Kemain handsome bergaya kambing-kambing tu berposing.. kikiki..
    Lama menanti kemunculan entry baru..

    ReplyDelete
  14. Lama tak singgah blog sis JM ni. Alahai.. baru nak baca sambungan lagi.. jawabnya kena tunggu bulan depan lah ni.. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faa..ape cite skrg...dah siapkan penulisan buku ke

      Delete
  15. hai ............cuti ke hari ni?

    ReplyDelete
  16. tahun ni ke mana pula JM and the gang?

    ReplyDelete
  17. tp std la JM...pegi thn 2013 kot....mesti ada sikit lupa kan...


    #ckp berdasarkan pengalaman...heheheh

    ReplyDelete
  18. Kira glemer jugaklah kan Tukang Cuci kat sini..... standard mcm organisation chart kat ofis....Sure tak de paip yeh JM kat sana

    ReplyDelete
  19. hahaha.. penyakit malas menaip bagi seorang blogger itu biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihhihi skrg sis Jm dah rajin sikit Pha Is..sikit jek x byk hihhi

      Delete
  20. kiranya, barang2 murah "made in china" tu kebanyakannya dari Guangzhou la yer..

    ReplyDelete
  21. kulit betul ke? atau PU leather? kalau beg kulit real yang beratus boleh dapat 60, saya pun teringin la nak ke sana.. sebab dah lama teringin nak pi indon sebab khabarnya barang kulit kat sana murah. kalau Guangzhou lagi murah, baik ke sana je.. hahaha..
    nak cari jaket kulit je sebenarnya.. biasa la, rider.. x nak yg PU leather, tapi nak yang lether betul. harga kat malaysia mmg beratus2 la, kalau nk yg kualiti
    asyik sempang pasal beg kulit je.. jaket rider kulit banyak x kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit betul..mmg puas la memilih...pergi arrrr

      Delete
  22. kambing gurun pun boleh ada statue yer..

    ReplyDelete
  23. sis JM ni macam perangai isteri saya, kalau bab jalan, dia selalu lupa. hahaha.. kalau bab lain, semua dia ingat.
    tapi logic la kalau x ingat.. tempat pergi baru sekali, dah la 5 tahun lepas

    ReplyDelete
  24. ni bukan eksa ni.. kalau dah ada banyak label2 ni, dah jadi 5S nih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihih..5S dh x terpakai skrg..EKSA yg menyEKSAkan hihihi

      Delete
  25. jauh perjalanan luas pemandangkan orang kata hehe

    ReplyDelete
  26. Biasalah tu mgkin byk perubahan dh dibuat.. Sabar2 hihi

    ReplyDelete
  27. Mai nak bagi mood untuk update blog hahaha.. Macam kita bab emtri travel pandai.. Xpe la walaupu sis jm jarang update peminat blog akak sentiasa ada duk intai baca diam2 salah satunya ekin hahaha.. Hari ini rajin nak komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihhi..terima kasih Ekin..resipi apo lg nak share nanti sbb nk try masak 😬

      Delete
  28. Terowong tu macam dalam filem fiksyen

    ReplyDelete
  29. Gambar dengan kambing gurun mana? Kambing gurun solo kami tak mau 😂

    ReplyDelete
  30. cantik pulak yuexiu park ni. sampan kuning tu yang paling menarik mata ana. hehe

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS