Pages

Wednesday, 4 September 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Makam Saad Bin Abi Waqas

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 😍


EEhhhhh ada lagi ke orang yang sudi singgah kat blog JM ni…almost 5 month tak update blog..hidup lagi ke si JM ni hahahahha

"YUNK" bila you nak update blog ni? itu soalan yang kerap kali ditanya oleh SS...JM senyum je sambil cakap 'adehh..malas betul nak taip..tak tahu nak cite apa..ada ke orang nak baca blog i hihihi

Padahal banyak trip yang belum dikongsi....seronok tengok blog orang lain sentiasa ber'update' ..follower beribu..komen beratus..blog JM???? sendu jek hihihi

SS cakap apa kat JM tau.."U ni tak update blog berbulan pun....page view cecah juta-juta"  ye ke?hahahah..lawak!!!!

So hari ni JM rajinkan diri untuk update..nak share sikit pasal makam Saad bin Abi Waqas ni. Makam ni memang unik yang tak ada lagi kat Malaysia makan seperti ini yang JM pernah tengok.

Kalau nak tahu apa yang uniknya Makam ni..sila skroll lagi ke bawah. Last entri JM share pasal Masjid Saad Abi Waqas

Masjid dan Makam Saad Abi Waqas ni berada dalam kawasan yang sama dan sangat luas, dikelilingi pohon-pohon besar dan kehijauan (skema rama-rama ayatnya) hahahaha, kiranya kalau masuk kawasan masjid ni...sejuk jek. Biasa kalau kita pergi Masjid kat Malaysia..Masjid di bina di kawasan lapang..betul?

Tapi Masjid Saad Abi Waqas ni dibina di kawasan penuh dengan pepohon hijau (sastera bafak)..pepohon yang rimbun katanya kah kah kah. JM dulu sekolah menengah masuk kelas sain tulen..memang tak reti nak mengarang ayat-ayah madah berhelah ni ahaha...

Boleh tengok gambo kat bawah.

Boleh masuk kawasan masjid melalui South Gate dan North Gate. Masuk melalui South Gate lebih dekat ke tempat solat
NAMPAK????? JM kalau dah start taip...intro pun dah panjang lebar..ni tengah ada mood rajin la ni ihihihi

Kalau ikut arah North Gate ni...itulah lokasi Makam Saad Abi Waqas
Jarak dari Main Prayer Hall nak ke Makam tu agak jauh la dalam anggaran 800meter..jauh ke dekat?Bila dah masuk prayer hall..ambik pic sikit-sikit..niat nak solat dhuha la..pergi cari tempat wuduk bersebelahan masjid tu..tak de..tempat wuduk untuk lelaki jek..Kiranya kalau waktu tu korang nak terkucil pun tak de jamban untuk wanita!!

So kami bertiga pun ikut arah ke North Gate nak ziarah Makan Saad Abi Waqas.

Ni antara tembok yang terdapat di kawasan masjid..nampak menarik kan?
Ni kawasan untuk rehat-rehat. Nasib baik kat sini ada TANDAS. untuk lelaki dan wanita. Jangan cari TANDAS kat Main Prayer Hall..tak ada TANDAS untuk wanita hanya untuk lelaki sahaja
Pintu masuk lagi..ni pintu masuk nak ke kawasan Makam Saad Abi Waqas
Makam Saad Abi Waqas ada disebalik tembok ni

Laluan ke Makam
Waktu kawasan Makam dibuka untuk lawatan
Makam sahabat-sahabat Saad Abi Waqas
Nampak tak??? Makam or tanah perkuburan Saad Abi Waqas dan sahabat-sahabat beliau agak unik..makan mereka di tutup dengan kain yang berwarna dan bercorak. Ada petugas masjid yang akan membersihkan dan menyapu daun-daun kering dan kawasan makan terjaga rapi.


Ditutup dengan kain berwarna dan bercorak..itulah uniknya Makam di Quangzhou
Yang ini baru Makan Saad Abi Waqas..masuk je pintu kecik tu

Ini Makam Saad Abi Waqas
Kami masuk ziarah Makan Saad Abi Waqas dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Sahabat Nabi Muhamad S.A.W. Waktu kami ziarah cuma ada seorang lelaki juga dari Malaysia datang ziarah makam ni so tak lah sesak kat dalam tu.

Selesai ziarah kami gerak ke arah North Gate sebab ada blogger share dalam blog..ada kedai makan tak jauh dari North Gate tu...tapi hampeh...jangan kata kedai..batang hidung tuan kedai pun tak dok..adehhh!!

Ini adalah North Gate..view dari dalam kawasan masjid...berhadapan dengan North Gate ni ada tempat "Open for Wuduk" dan TOILET
Betul-betul bersebelahan North Gate tu ada kedai jual roti dan minuman...
Roti yang dijual ada Sijil HALAL...jangan risau
Dipendekkan cerita..sebab kalau taip panjang-panjang bukan ada orag baca....tengok gambar jek hahaha....

Kami beli air dan roti kat kedai tu..pastu masuk balik melalui North Gate..ambil Wuduk dulu untuk Solat Sunat Dhuha..sebelum keluar ikut South Gate dan pergi ke next destination. Bayangkan ambik wuduk..air sejuk macam air ais...grrrrrrr...sejok!!!

Dalam jam 11.30am kami gerak dari Masjid Saad Abi Waqas ke One Link Plaza...time to SHOPPINGGGG!!! hihihih

Best tak shopping kat One Link Plaza ni?...salah sorang reader komen kat blog JM..dia cakap..'shopping gila-gila kat One Link Plaza tu"..heaven la tu kan? Nak tahu heaven ke tak shopping kat situ..tunggu lagi 2-3 bulan baru JM update hahahaha...

Eh Ehh...dalam tak tahu nak taip apa tu..panjang jugak entri JM ni ahaha....Bersambung....

90 comments:

  1. Jauh kedalam nak masuk sini...masuk jauh..keluar pun sama..tapi banyak sudut menarik nak bergambar..hahaha...itu yg utama

    ReplyDelete
  2. Dah smpi JM ke maqam Saad Abi Waqas ni.. Dan masjid Saad Abi Waqas ni. Ni antara list yg CH nak pergi tapi tak pegi2 juga lagiπŸ€—

    Bagus penjagaan maqamnya ye.. tak lah seram tengok wlpn didalam pepohon kehijauan itu. Sejuk je tengok.

    Masjid Saad Abi Waqas Tu atas Bukit ye JM.. mengikut cerita ustaz, masjid itu dinamakan masjid kerinduan oleh Saad, ini kerana bila dia rindu Madinah, Mekah, Saad Akan Naik ke atas Bukit melihat kapal2 saudagar Dari Arab dtg belayar utk berniaga. Sebab itu dibina masjid diatas Bukit menghadap laut agar dpt melihat kapal2 belayar.

    Terujanya CH nak pergi..🀩

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah semoga impian CH tercapai ye..atas Bukit?? waktu JM pergi tu atas tanah landai :-)

      Delete
  3. SIAPA YANG TAK RINDU JM TU MEH BGTAU SINI! NAK KENA NI..... selalu tgok bloglist ain eh JM tak update pun. Kita tgok dari jauh je org tu komen2 dekat blog SS :P

    ReplyDelete
  4. Taktau kenapa tapi kalau blog JM dgn SS memang tak jemu baca, Taip la panjang2 mana pun. Seronok ja baca, ayat tak skema. Mcm duduk depan2 sambil dengaq korang cerita haha plsssss next nak tahu cerita pasal one link plaza tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain..betul ke ni..ke PROPA jek hihihi...macih na

      Delete
  5. Menarik kubur tu letak kain warna warni.

    One Link Plaza...mmg best sebab mcm2 ada. Sesuai utk kaki shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ujie pun dah sampai Guangzhou kan..sbb JM pun ada refer blog akak hihih

      Delete
  6. Menarik info ni.. tambah lagi pengetahuan hari ini. Thanks sharing & salam ukhwah JM :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bro KK masih sudi terjah blog JM :-)

      Delete
  7. Seronoknya dah sampai sini. Di sebalik pengembaraan ada kisahnya apatah lagi bila berkaitan dengan sahabat Rasulullah. Rasa sangat dekat di hati.

    ReplyDelete
  8. Salam JM...

    Lama tak komen kat sini. JM xyah risau org baca ke x blog JM..update jer. Boleh jadi bahan bacaan untuk diri sendiri masa-masa mendatang. Blog saya pun takde saper komen..saya still update dan sendiri baca...hahaha..syok what!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila!!!! terima kasih masih sudi singah kat blog JM..kalau nak tahu..JM pun suka tau baca blog Zila..bila baca santai jek..gamba pun cantik2..dah lama x terjah sana..lepas ni nk terjah lah..sbb byk baca cite Europe hih...

      Nampaknya lepas ni JM pun nak berfikiran mcm Zila jgk..update utk KENANGAN sendiri hihih...pastu sbg panduan jgk buat sape2 yg minaral TRAVEL macam kita ni hihih

      Delete
  9. assalam JM. apa khabar? lama sungguh tak jengok2. hehe.. JM pun makin jarang2 update. tapi ok lah masih ada juga entri terbaru. I nya blog masih koma. tak dak idea nak update (alasan saja).. HAHA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam..SUIDA..ape kabo..mcm mana study..dah graduate lom?
      AHHAHAHA KOMA sudah??? berapa lama lagi baru nk sedar tu hahaha

      Delete
  10. tulis tak panjang tak pa. buat bagi banyak entri.. haha.. kadang bahan banyak, tapi tuan badan malas nak menaip kan.. nak tulis ni kena ada hati dan jiwa, tidak tak sampai.. KAH..KAH..KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih kih kih...terima kasih masih sudi singgah sini..bila lah leh komen byk2 mcm dulu kat blog SUIDA ter

      Delete
  11. Replies
    1. nikmat tau dapat pergi obersea lebih nikmat dari mkn K F Chi hihihhi

      Delete
  12. Fuh, lama tak singgah sini. JM pun chipsmore kadang-kadang je ada kan.

    ReplyDelete
  13. JM, kita baca sampai habis tau. Ade makam jadi makan. Hehehe πŸ€—

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss JM kalau x typo x sah..sib baik baca x lah rasa penat taip hihih

      Delete
    2. InsyaAllah ramai yang membaca terutama yang bakal travel. Zumal membawang ja

      Delete
    3. Bawang putih ke merah 😜

      Delete
    4. wowww...bawang dari Obersea tu hihih

      Delete
  14. Jauh sahabat Nabi SAW mengembara kan.

    ReplyDelete
  15. Saad Abi Waqas nilah yg sebarkan Islam di China kan?

    ReplyDelete
  16. Aikk! Pesal macam sama jek mcm entry lepas... Ehhh! Macam x sama...

    ReplyDelete
  17. Huh! Nampak... Nampak... SS baru nampak Jay Emm update blog... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itew dah semakin rajin harap2 x hangat2 tahik ayam 😬

      Delete
  18. jauh jugak kembara sahabat nabi ni. kalau ikutkan perjalanan zaman dulu kan, jauh tu. subhanallah

    ReplyDelete
  19. kalau dah tidak bulan tidal update blog boleh dikatakan cukup lama.

    saya kalau lima hari tidak update blog pun sudah rasa lama juga hehehe

    ReplyDelete
  20. salam jm yg jeliterr tuu..
    x sangka ade kuburan sahabat nabi kat cina tuuu.. kanns

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. Ahakssss kat tajuk tu cite trip thn 2018...entri thn 2019..dh lama dah balik

      Delete
    2. Hehehe... Tahun ni ke mana yer? Balik kampung tak?

      Delete
    3. Kampung? banyak kampung ni..kampung yang mana? hihihih

      Delete
    4. Jenuh juga orang banyak kampung nih. Ingatkan kampung kat Seoul 😁

      Delete
    5. ada kampung sebelah ayah dan kampung sebelah mak hihih

      Delete
  22. Yunk bila nak update blog? Ha ha ha... Soklan carik pasal! 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itew dah rajin bulan ni...byk entri doh hihihhi

      Delete
  23. Replies
    1. Tak dok trip lg buat masa ni..in shaa allah coming soon heeee

      Delete
  24. hehe... mesti penatkan JM... Al fatihah utk sahabat2 nabi....

    ReplyDelete
  25. memang unik masjid dan makam dalam hutan. Baru tahu ada makam sahabat Nabi s.a.w di China. Allahuakbar. Thanks share kak JM

    ReplyDelete
  26. fefiling dah sampai sana laa bila baca entry ni. moga 1 day betul2 boleh sampai makam sahaba Nabi ni..amin

    ReplyDelete
  27. sungguh beruntung kerana melancong..

    saya pun teringin juga

    ReplyDelete
  28. Makamnya dijaga elok.. dikelilingi pokok pokok pula.. macam berada di zaman dahulu.. Sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha...sejuk jek tau bila masuk kawasan masjid ni

      Delete
  29. uniknya makam dekat sana tutup dengan kain warna warni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak reput plak kain tu kena hujan panas..mungkin dorang akan ganti yang baru bila dah rosak

      Delete
  30. ada baca sis JM baru sampai hahaha... biasa la baru panas ejin untuk ambik mood boom kembali blog

    ReplyDelete
  31. banyak betul idea menulis tu. bagus bagus.

    ReplyDelete
  32. kita baca la sis,..hihi.. lamanya hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dah buat kemunculan semula ni demi peminat rerupis sis JM ahahaha

      den.dyen..lama penyepi?? ke mano perginya

      Delete
  33. Ada ke orang nak baca blog i?

    Ish ish ish JM ni, adalah yang nak baca, (ruby lah tu) hehehe.

    Kalau idok, tak de lah aii cari u. Risau pulak tgk JM ni tak update apa², sihat ke tidak. Dah tertanya² ��

    Lega bila tengok JM mai blog Ruby. Happy woihhh macam baru jumpa pakwe. Eh eh eh. ����

    Nanti Ruby ronda² sini lagi ya. Bulan ni ruby tak update apa² kt blog, anak tak sihat, baru semalam discharge.

    Take Care JM ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ruby..masih setia dgn blog JM...cite kat blog ni x best sgt..pasal travel jek..tak pandai nak share cite lain hihih..senyum JM Bila baca komen panjang2 gini..muahh hihih

      Delete
  34. Jauh nya berjalan nk ke situ, 800m! Fuhh.

    JM, agak² nya kain² yang menitupi makam tu ditukar tak ya?

    Mesti kotor kan dengan perubahan cuaca disitu.

    Untunglah JM, tak berupdate pun, Pageview selalu naik. Retis sgt aihh.

    Tak mcm kita ni, rakyat marhaen. Wakakkakaka. Tak dak sapa nk mai nak komen 😝😝😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih...komen Ruby bukan main lagi...JM gelak bila baca hahaha..jgn ckp mcm tu..JM kan ada..JM baca heee

      Delete
  35. Wah bru bkesempatan nak blog walking,bderet dah entry JM...sgt mmberangsangkan,keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Ayda!!! lama x bersiaran..mesti sibok ni..miss u hehehehe

      Delete
  36. Banyaknya makan kat sini. Bagus nih kak JM, teruskan menulis, boleh singgah selalu. Tak dapat pergi pun baca kat sini dah terasa berada kat sana.

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS