Pages

Monday, 30 September 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Panduan ke Masjid Huaisheng/Huaisheng Mosque

Asslamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Bila dah selesai di Canton tower kami gerak plak ke destinasi seterusnya ke HUaisheng mosque/Masjid Huaisheng

Hari ni 23 Nov 2018 (Hari ke -3 di Guangzhou)

1. Awal pagi kami melawat Canton Tower. Boleh baca kat SINI
2. Kemudian kami akan ke Huaisheng Mosque
3. Dari Huaisheng Mosque kami pergi shopping di Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre

Huaisheng Mosque Guangzhou
Bagaimana cara nak ke sini????
Direction to Huaisheng Mosque/Panduan ke Masjid Huaisheng
1.Get in metro Line 3 (line warna oren)
2. Stop at Ximenkou Station
3. Exit B


Tengok macam senang je kan nak pergi Huaisheng Mosque ni...HAKIKAT nya tak mudah. Walaupun kami semua dah print screen map, dah ada kita busuk semua tapi still blur bila sampai Ximenkou Station Exit B.

Waktu nak buat kitab busuk pun ada jugak cari info cara nak ke sini tapi tak ada blogger yang share detail dan tak jelas. JM punya style bila dah ada pengalaman pergi satu-satu tempat tu bila balik je Msia, JM suka share direction yang jelas supaya mudahkan orang lain.

Keluar sahaja dari Exit B, depan tu main road so tak pasti nak ke kiri ke kanan. Bukak kitab busuk, fokus pada nama jalan, so kami try arah ke kiri dulu..jalan beberapa meter macam tak sama seperti dalam kitab. Pastu HH pergi tanya kat kedai jual air, surat khabar..tunjuk la Q Card yang ada gambar Huaisheng Mosque dan alamat dalam bahasa China..orang tu blur-blur tak tahu..padahal dah ada alamat kot..takkan ko tak tahu jalan tu kat mana kan???

Pastu kami decide ikut arah ke kanan dari Exit B tadi, jalan je sambil mata tengok signboard jalan. Kalau ikut map dalam kitab busuk tu kena masuk simpang ke kanan tapi sebab tak confident dan  risau salah simpang. HH try tanya orang-orang kat tepi jalan pun tak tahu kat mana tempat tu.

Apabila kuar dari Exit B Ximekou Station korang akan nampak tandas awam dan pejabat pos sebelah kanan..sebelah kiri main road
So kami jalan ke depan sikit, ada nampak Volunteers Kiosk.

Volunteers Kiosk tak jauh dari pejabat pos tadi
So HH pergi la tanya kat Volunteers yang kerja kat situ..

Ni la tempat HH tanya tu..semua pekerja dia dah tua-tua hihih...yang sorang pekerja tu ambik gambo ahahaha...JM dan SS pun tukang ambik gambar sebab nak update dalam blog hahahah
Nampak!!! HH tunjuk kitab busuk dan Q Card kepada salah sorang volunteers tu..dok geleng-geleng kepala blur tak tahu kat mana..ha sudah..ko nak jadi volunteers sepatutnya ko kena jadi professor serba tahu. 

Merekalah harapan kami..ye lah, kerja kat Volunteers Kiosk so infomasi yang kami nak tahu..tempat kami rujuk. Pastu SS suruh HH tunjuk kitab busuk yang ada tulis Huaisheng Mosque dalam bahasa China dengan alamat sekali..nasib baik salah sorang tu tahu kat mana masjid tu. 

Alhamdulillah...dia tunjuk arah kat kami. Kita ni kalau tak tempat orang tempat yang kita tak biasa pergi..kalau tak tahu arah jalan tu jangan berat mulut nak bertanya. Kalau ko sombong tak nak bertanya..sesat la ko kat situ hihihhi..

Itu yang bestnya travel ni..bukan sekadar pergi ambik gambo, shopping then balik..kita kena feel the nature, blend together with local people and feel their life kat sana. So we can lean something. Bila balik Msia nanti boleh la share kat orang-orang kampung..apa yang best kat Guangzhou ni..giteww hihihi.

Jom ikut saya katanya hihih..kami membontot kat belakang sebab nak ambik gambo
Auntie tu bawak kami sampai ke simpang pertama dari Volunteers Kiosk tadi. 

Korang nampak GUANTA LU ni, ikut arah ke kanan
Dari simpang ke kanan tadi jalan jek terus sehingga jumpa simpamg 4, belok ke kiri arah kat Guangta Road
Kalau tengok board tu dia tulis Huaisheng Temple tapi sebenarnya Huaisheng Mosque
Kalau nampak menara/Lighthouse ni dah betul la tu
Alhamdulillah akhir kami ke sini berpandukan juga kepada map yang kami print dari google map. Tujuan pergi sini nak solat sunat pastu nak cari makanan halal..Ye lah, kalau pergi tempat-tempat macam ni, nak carik makanal HALAL cari masjid....mesti banyak kedai jual makanan HALAL.

JM ni suka share direction dalam bentuk map supaya mudah bagi backpackers yang buat trip tanpa bantuan travel ajen boleh rujuk. Allah berfirman " kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita" :-) dan kita juga dapat pahala selagi sesuatu yang bermanfaat tu menjadi rujukan orang lain.

Direction to Huaisheng Mosque
Kalau sesat lagi tak tahu lah nak cakap macam mana. Kalau nak mudah tak nak pening-pening kepala, ikut jek travel agen tetapi kalau jenis suka travel sendiri boleh rujuk blog Jari Manis Travel List.....Hahahahah....promote blog sendiri..

Next entri JM akan share gambar-gambar Masjid Huaisheng dan kedai makanan HALAL...

Teruskan setia bersama blog JM....bulan ni terlebih rajin pulak update blog hahahaha.

44 comments:

  1. Membontot kat belakang ek jay emm? 🤣

    ReplyDelete
  2. Kita mudahkan org... org mudahkan kita... asalkan org tu bukan org utan... org utan x fhm... 🤣

    ReplyDelete
  3. Kalu sesat... amik flight tiket balik mesia 🤣

    ReplyDelete
  4. Pelik ramai yg xtau tempat tu. .. Mgkin depa tak paham kot

    ReplyDelete
  5. jelesnya akk tengok list jalan jalan JM. mesti byk pengalaman nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak Lalu sudi jengah blog JM..alhamdulillah selagi ada rezeki lebih, kesihatan yang baik nak panjangkan langkah heee

      Delete
  6. akk dah follow blog awak. ada fb x. nanti add akk ye Puan Cik Anakat fb. seronok tengok experience awak jalan jalan.

    ReplyDelete
  7. hahahha kelakar la aunty tu amik gmbaq HH, Jm amik gambaq dia dri belakang kikiki

    ReplyDelete
  8. Bagus la JM ni. Seee bgi direction mmg betul2 satu2 supaya org senang faham. Maybe yg volunteer tu bukan org situ? hahaha cuba husnuzon kikiki. Tapi still dekat dgn tempat dorang kan hmmm musykil. Belum profesor mungkin bru spm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada yang sesat lagi follow map ni tak tahulah..baik ikut travel agen jek hihih

      Delete
  9. Malu bertanya sesat jalan yedok JM. Kalau dah sesat tu menangis la tepi jalan kahkah

    ReplyDelete
  10. Tips tuuu. kalau travel negara yg penduduk islam minoriti cari masjid mesti jmpa kedai makanan halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu Ain..pandai nya..anak siapalah ni hihih

      Delete
  11. JM gigih cari masjid.,
    JM gigih gak lakar peta .. knape x paki google map je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak tak baca la tu dalam entri JM dah cite..

      Delete
    2. ok ok wak dh baca psl ggogle map yg JM print.. tp maseh gigih lakar peta sendiri.. hebatt

      Delete
    3. Ye Wak..nak tahu sbb ape JM gigih buat map tu?? Sbb JM x nak org lain rasa susah nak cari tempat tu mcm mana JM lalui..so bg sesiapa nk ke sini boleh refer map yg JM share..allah akan permudahkan urusan kita kalau kita mudahkan urusan org lain..x gitew Wak??

      Delete
  12. Akak nampak sejuk ja cuaca kt sana...

    ReplyDelete
  13. Salam. Saya pun dah lama tak update blog..saje melawat kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam...abe MKL..patutlah masuk jek blog x de entri baru..x mcm dulu..entri bertalu2 bagai kompang d palu hihih

      Delete
  14. Semangat melihat JM menerbitkan satu blog terkini, saya pun menerbitkan satu blog setelah sekian lama menyepi. Tq JM.

    ReplyDelete
  15. Patut la depa tak tau, masjid pun depa tulis temple

    ReplyDelete
  16. ok terasa gak..sbb akak dah pegi tapi pun tak tulis dgn jelas direction. haha
    sebab...tak reti nak explain. kena lukis mcm JM la kan..terbaik la JM!

    akak tanya staf hotel, bahasa ayam itik. Last2 akak sebut muslim..islam..baru dia paham. Dia just tunjuk arah, pastu rayau la cari signboard jln Guang Ta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ujie..hiihi...x pe masing-masing ada kelebihan berbeza..cuma jgn malu bertanya jek

      Delete
  17. Alhamdulillah..ada panduan..xie xie JM...bagus gak ada makcik2 yg buat volunteer service macm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak Nohas..manalah tahu ada rezeki JM nk ke sini lagi leh refer map ni jek heee

      Delete
  18. Semoga kegigihan JM melakar map ini akan memudahkan pencarian masjid ini..
    You are the best JM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah aaminn..semoga bermanfaat buat yang mencari

      Delete
  19. Seronok tgk org travel jauh2...rasa nk pi je hehe

    ReplyDelete
  20. Membotot ya, nasib tak kena kentut. Hahaha. Unik kan ada rumah api kat dengan masjid tu

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS