Pages

Thursday, 26 December 2019

ENCORE Melaka - The place you must VISIT!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader blog JM 😍


NAMPAK tak? nampak? baru baca tajuk entri pun dah TERUJA tau..korang teruja tak? Pernah dengar pasal Encore Melaka ni? Pernah pergi ke tak? 

Semua orang tahu..sebut jenis Negeri MELAKA, sudah tentu cross in mind..negeri yang paling banyak tempat-tempat sejarah dan attraction termasuklah makanan famous negeri Melaka ASAM PODEH!!!

Kalau musim cuti sekolah je...tipulah kalau parent tak bawak anak-anak pergi bercuti kat Melaka, Pergi naik CRUISE la, Menara Taming Sari la, naik BECA lah..ehh macam-macam lah ada kat Melaka tu dan tarikan terkini ramai yang tak tahu adalah ENCORE Melaka!

ENCORE Melaka? tempat apa ni? best tak sini? Apa nak buat kalau ke sana? Betul tak? mesti akan ada orang tanya soalan-soalan seperti itu.

Nah!!!! DUTA Encore Melaka...DUTA? akakaaka....
Haaaai orang-orang Melaka hihihiih.....jangan kata orang Melaka sendiri tak tahu apa yang menarik kat Encore Melaka tu..ke orang Melaka dah puas pergi sana tapi biasanya lah kan..kalau dah dekat takkan pergi punya percayalah. Contoh seperti orang Putrajaya lah...bila tanya dah berapa kali naik Cruise Putrajaya keliling tasik? Jawapan nya tak pernah (JM lah tu)..hahahah..sedangkan orang dari negeri lain ramai yang dah naik.

SO jom ikut JM..kita tengok apa yang best kat Encore Melaka ni.. Tapi sebelum tu JM nak kongsi sedikit pasal ENCORE Melaka ni.

What is ENCORE Melaka? Is it Performing Arts Teater in Malaysia (Melaka) like Istana Budaya in Kuala Lumpur? FAHAM????

Pernah tengok bangunan Istana Budaya tak? cantik kan design dia? TETAPI design building Encore Melaka lagi SUPERB beb!!! Sangat besar dan senibina bercirikan OMBAK dan SISIK IKAN!!!! Tak percaya? nanti JM share gambar!

Nampak tak..bahagian atas bangunan tu beralun seperti ombak dan dinding seperti sisik ikan
"The Geomectric Facade has concaved arcs made out of thousand of FISH SCALE-like LED panel and 50,723 White Diamond shaped aluminium composite panels, which reflects light from the ever-changing and vibrant sky of Melaka."

Serious memang cantik sangat tempat ni, lokasi yang mudah di cari, terletak di tepi laut Selat Melaka...tapak asal adalah LAUT dan di tambak dengan tanah untuk bina Encore Melaka ni. Cuba korang bayangkan berapa kos yang untuk menyiapkan teater building yang terbesar di ASIA di atas tanah yang ditambak...asalnya LAUT!!!!

Itu sebab bangunan Encore Melaka tepi laut. Parking untuk ORang Kurang Upaya pun disediakan
Kenapa perlu ke sini? Apa yang boleh buat kalau ke sini?

1. Bergambar dengan bangunan Encore Melaka yang sangat cantik dan unik. Keunikan bangunan Encore Melaka ni menjadi tumpuan pelancong, traveller dan insta-famous. Ia juga menjadi lokasi pre-wedding dan lokasi pengantin mengambil gambar kenangan.

Welcome to Encore Melaka - Impression Series..memang impress!!!
Serious cantik sangat
Boleh tengok sunset dari sini
Zoom sikit!
2. Kepada peminat TEATER, JM syorkan korang tengok Encore Melaka Teater - An Immersive Performance yang dipentaskan di atas pentas keluasan 240meter - The Longest Stage in South East Asia dan yang lagi menarik tu bole htengok secara langsung persembahan dari 200 orang pelakon teater tempatan..200 orang tau!!! dan yang paling menarik..kedudukan/kerusi penonton teater ni boleh berputar 360darjah..bukan pentas yang bergerak..TETAPI kerusi tempat penonton ni yang berpusing..memang best sangat lah..Emang rezeki JM dapat menonton dan menikmati persembahan teater yang melibatkan multiple lifting platforms, sound and light and a 3D projection that create reality that travel through time. Nak ceritanya..bila tengok persembahan teater ni memang sangat terpukai dengan teknologi yang mereka gunakan dan komitmen setiap pelakon teater sangat kemas dan teratur.

Bagaimana nak ke sini dan kemudahan yang disediakan?

Korang waze je Encore Melaka..takkan sesat punya..terletak betul-betul tepi laut dan kawasan sekitar Encore Melaka ni dalam proses pembangunan lagi. Dalam beberapa tahun lagi akan ada bangunan yang lebih unik..sedang dalam pembangunan.

Alamat Encor Melaka : No 3 Jalan KSB - Impression 8, Impression City @ kota Syahbandar, Melaka

Memang IMPRESS betul la...waktu kami sampai hari tu dari jauh lagi dah nampak bangunan Encore Melaka tersergam indah..nampak putih dari jauh.

Kalau pergi dengan kenderaan sendiri tak perlu risau kerana banyak kemudahan tepat letak kereta disediakan, ada dalam bangunan bertingkat dan juga parking di luar kawasan lapang bangunan. Kemudahan tempat letak kereta sangat banyak.

Kemudahan surau juga disediakan bersebelahan tandas di Entrance A
Kemudahan tempat letak kereta yang besar dan luas
Bagi mereka yang menginap di hotel seperti Ramada Plaza Hotel, Swiss Garden Hotel, Majestic Hotel, The Pines Hotel, Hatten Hotel, Doubletree Hotel, Casa Del Rio Hotel, Puri Hotel, Swiss Hotel Heritage dan Swan Hotel, jana risau kerana ada Shuttle Service dari Hotel ke Encore Melaka and its FREE!!!!!
FREE pick up Shuttle from Hotel to Encore Melaka
Free Shuttle Bus and Van
Encore Melaka Teater - An Immersive Performance

Nahh!!!! bila dah puas bergambar jom kita masuk tengok Teater  - An Immersive Performance. Saat-saat yang di tunggu telah tiba, 20 minit sebelum 5.30pm, semua pemegang tiket akan masuk melalui Pinta A (entrance A) kerana show akan bermula jam 5.30pm selama 75minit.
Harga tiket standar RM148
Tiket boleh dibeli di kaunter atau beli secara online
Waktu Persembahan adalah mengikut hari :

Isnin hingga Sabtu - 5.30 pm dan 8.30 pm
Ahad                      - 2.30 pm dan 5.30 pm

Harga Tiket

Standard Seat : RM148
   
Premium Seat : RM248 

               VIP  Seat : RM568              

Wheelchair Seat : RM98

Tiket online : Tiket Online

Kepada yang berminat boleh tempah tiket sekarang sebelum 31 Dis 2019 kerana Promosi Sempena Hari Christmas dan juga ada promosi Sempena Tahun Baru China. Harga tiket lebih murah dan tempah sekarang di Ticket Online

Selepas masuk entrance A, semua penonton dikehendaki scan tiket dan handbag checking. Tidak dibenarkan bawa masuk makanan, minuman dan kamera kecuali telefon bimbit. Bagi yang bawa kamera perlu di simpan di dalam laci yang disediakan.

Tempat duduk audience yang sangat luas
Persembahan teater ni terdiri daripada 7 kisah/cerita yang berbeza (storyline) :
1st Scene - kisah Parameswara, bagaimana beliau telah terjumpa dengan kancil dan pokok melaka
2nd Scene - Kisah berkenaan Cheng Ho. Kenal tak siapa Laksamana Cheng Ho?
3rd Scene - Kisah perkahwinan Nyonya Melaka (sangat menarik)
4th Scene - Six Mothers
5th Scene - Pregnant Woman
6th Scene - Kisah Wau
7th Scene - Finale

Kisah Parameswara, terdapat 3 orang memberi penerangan bagi setiap persebahan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeri dan Bahasa Cina
Kisah Parameswara menakana Melaka sempena Pokok Melaka
Kisah Laksamana Cheng Ho di Melaka
Memang banyak scene yang sangat menarik dan cantik, JM tak boleh nak share semua kat sini, kalau korang nak tahu lebih sila la pergi tengok show ni memang sangat berbaloi.







Semua antara scene sepanjang persembahan
Jadi jangan lepaskan peluang, kunjungilah Encore Melaka!!!!!!!!!!!

21 comments:

  1. Waalaikumussalam JM. Haii 💜

    Sihat ke?

    Melaka tu memang lah g sana, jalan2 naik cruise, naik taming sari, makan². Tapi tak tahu pula pasal Encore Melaka ni. Hehe.

    Unik aihh geometri dia, beralun gitu mcm ombak. Dinding dia macam bersisik. 🤩

    Hahahaah. Pasal naik cruise di putrajaya tu kan, daku pun tak pernah naik. Hahahahah. Pergilah banyak kali ke sana pun. Wakakaka. Kita serupa

    ReplyDelete
  2. Wah..bestnya. First time baca pasal ni. Next time gi Melaka masuk list. Thank you share kak JM!

    ReplyDelete
  3. bestyaaa.. dpt invitation ke sana tp tarikh tak sure lg

    ReplyDelete
  4. bestnye....xpernah tgk teater besar, teater bdk seklah pernah la....hehehe...

    ReplyDelete
  5. harga tiket memey ohsem tu JM.. :p

    ReplyDelete
  6. Nak amik wheelchair seat boleh tak..murah sikit

    ReplyDelete
  7. Pregnant women tu pasal apa..tak penah dgq pulak

    ReplyDelete
  8. Besaq noh building ni..puas la nk tonggeng ke terbang

    ReplyDelete
  9. Gd sharing JM.
    Akak tak pernah tau ni pun.

    Tapi kan...rege tiket dia, telan air liur jap. Haha

    ReplyDelete
  10. Memang cantik snagat.. Sha dah pergi tapi kat luar je.. Tak berkesempatan nak tengok persembahan tu lagi.. Nantilah repeat.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Kena kumpul extra money nie kalau nak tengok persembahan dia.. Harganya, buat mata berpinar-pinar.. hehehe

    ReplyDelete
  12. menariknya..bangunan & show...background yg awesome setiap show..international standard, mmg berbaloi lah...negeri Melaka mmg byk kisah2 sejarah yg menarik..

    harga tiket utk standard seat mmg reasonable, masa gi tengok show di Saigon Opera House, lbh kurang mcm ni jg harga tiket..

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam sis JM.. wah dah sampai encore melaka... ekin aritu ada dapat email dapat invite suruh pergi sini la tapi tak peluang nak pergi terokai ke sana, busy dengan urusan peribadi hahaha.. seronok tengok sis dapat tengok pentunjukan macam cerita yng ditayangkan...

    ReplyDelete
  14. Waalaikumsalam. Bestnya kak JM dah sampai situ. Memang cantik binaannya. Ermm kalau sampai Melaka nak pergi laa sini.

    ReplyDelete
  15. wow! menarik, tapi hanya pementasan pasal sejarah melaka je ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sejarah melaka jek... kalu perak kena pi engkogi perak... ha ha ha
      * SS jawapkan 😬

      Delete
  16. Encore Melaka ke engkogi melaka? 😅

    ReplyDelete
  17. Apa kata kita buat family day kat melaka... 😆

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS