Pages

Friday, 28 February 2020

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!!! Cisssss!! apa la ko ni JM ahahahah....marah diri sendirik!! Adeh! Sibokkkkkkkkkkkk!  ye ke sibok ke jadi penyebok hahah..nak blogwalking pun tak sempat..Macam mana nak jana income melalui blog ni..nak update blog pun malas..Issskkkk!

ADAKAH KERANA FAKTOR USIA...makin berusia ni makin malas pulak nak menulis. Seronok tengok blog kawan-kawan sentiasa ada cerita baru..

Hari ni mood JM rajin sikit so nak sambung journey story di Guangzhou China. Sambungan dari entri Baiyun & Leather Market

Sebut pasal China ni..satu dunia tahu pasal penderitaan rakyat China yang perlu berdepan dengan serangan Corona Virus atau Covid19 yang mana virus tersebut mula merebak ke beberapa buah negara lain termasuk Malaysia. Bila China dapat serangan 'seperti' ni, ekonomi negara secara tidak langsung amat terjejas begitu juga sektor pelancongan. Tiket penerbangna dijual dengan harga murah tetap tidak mendapat sambutan..tidak berani untuk menempah maut. Duduk la diam-diam kat rumah.

Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar, pengajaran dan peringatan kepada semua dan ia adalah 'teguran' bagi mereka yang BERFIKIR. Hanya mampu berdoa agar 'serangan' ini dapat dipulihkan dengan cepat dan semoga wujud kesedaran dikalangan penduduk dunia atas apa yang berlaku itu adalah 'peringatan' dari yang Maha Agung terutama bagi yang beragama Islam.

Jom sambung story trip di Guangzhou

Guangzhou Cultural Park

Tourist Map Of Guangzhou Cultural Park