Pages

Friday, 28 February 2020

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!!! Cisssss!! apa la ko ni JM ahahahah....marah diri sendirik!! Adeh! Sibokkkkkkkkkkkk!  ye ke sibok ke jadi penyebok hahah..nak blogwalking pun tak sempat..Macam mana nak jana income melalui blog ni..nak update blog pun malas..Issskkkk!

ADAKAH KERANA FAKTOR USIA...makin berusia ni makin malas pulak nak menulis. Seronok tengok blog kawan-kawan sentiasa ada cerita baru..

Hari ni mood JM rajin sikit so nak sambung journey story di Guangzhou China. Sambungan dari entri Baiyun & Leather Market

Sebut pasal China ni..satu dunia tahu pasal penderitaan rakyat China yang perlu berdepan dengan serangan Corona Virus atau Covid19 yang mana virus tersebut mula merebak ke beberapa buah negara lain termasuk Malaysia. Bila China dapat serangan 'seperti' ni, ekonomi negara secara tidak langsung amat terjejas begitu juga sektor pelancongan. Tiket penerbangna dijual dengan harga murah tetap tidak mendapat sambutan..tidak berani untuk menempah maut. Duduk la diam-diam kat rumah.

Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar, pengajaran dan peringatan kepada semua dan ia adalah 'teguran' bagi mereka yang BERFIKIR. Hanya mampu berdoa agar 'serangan' ini dapat dipulihkan dengan cepat dan semoga wujud kesedaran dikalangan penduduk dunia atas apa yang berlaku itu adalah 'peringatan' dari yang Maha Agung terutama bagi yang beragama Islam.

Jom sambung story trip di Guangzhou

Guangzhou Cultural Park

Tourist Map Of Guangzhou Cultural Park
24 Nov 2018 - Hari ke-4 di Guangzhou...hari ni 26 Feb 2020 masih lagi menulis mengenai trip di guangzhou selepas setahun trip ni berlalu.

Masih mencari kekuatan untuk menulis sebagai kenangan untuk diri sendiri..wah!! ayat madah berhelah sangat ko hahaha.

Plan pagi ni kalau ikut iterenary kami nak ke beli GADGET..aksesori handphone, aksesori komputer dan semua aksesori berkaitan la. Dari Malaysia lagi waktu search kat google, ramai yang recommend
New Asia International Electronic & Digital City, nak tahu cite..bila kami sampai sana..Ehh??? ni ke tempat nya..apa ni? macam menipu jek...apa boleh dibeli kat sini..aduh!!! macam buang masa jek pergi sini..FRUST tul...nak tahu kenapa? tunggu JM share next entri. Adehh!!!

Kalau ye pun nak share pasal tempat ni..tulis la detail supaya tak mudah orang tertipu!!! Waktu google dulu semua suggest tempat ni tau...tapi bukan itu yang kami carik!!!

So awal pagi tu keluar hotel, ambil train dari Beijing Lue station stop di Culture Park Station Exit A. Pastikan korang follow Line 6 (subway line warna purple eh).

Keluar sahaja dari Exit ! nanti korang akan nampak tanda jalan macam kat bawah ni XIDI 2 MALU so jalan malu-malu, follow jek arah ke RENMIN NANLU...bukan WAK LU ahahaha.

Iku arah ke kiri - RENMIN NANLU
Jalan la kami bertiga menyusuri RENMIN NANLU tu..tengok kiri kanan lengang jek jalan..tengok seberang jalan ada banyak jugak kedai jual barang-barang letrik dan aksesori komputer tau, kira kawasan ni mall yang jual perkakasan letrik dan digital..tapi tengok macam tak bukak lagi. Tengok jam kat tangan dah pukul 10.00 pagi. Then jam berapa dorang start berniaga.

Kedai bertentangan dengan Building New Asia Digital - Nanfang Building International Electronik & Digital City
Dalam 5 min mcm tu berjalan kami pun sampai la depan bangunan New Asia Digital ni, tapi tengok macam tak meriah, pintu utama bukak tetapi bila masuk dalam banyak lago shop lot belum bukak. So, jan berapa dorang bukak...bila tanya orang kat dalam tu dorang cakap jam 11.00 pagi..lagi satu jam nak tunggu, takkan nak patah balik hotel..then mana nak lepas ni???

New Asia International Electronic and Digital City - besar building nya ada beberapa tingkat
Kami masuk la tengok kat dalam..ada beberapa buah kedai jek baru nak bukak, lelain tuan kedai belum mandi agaknya sebab belum bukak
Eh tak boleh jadik ni, kalau nak tunggu sini buang sama jek..lagi satu jam kot nak tunggu. Kami decide patah balik ke arah Culture Park Station tu sebab waktu keluar dari Exit A tu ada nampak seperti taman, meriah jugak la..sampai je kat pintu masuk utama tu ada papan tanda "Culture Park"...La kat sini ke Culture Park. Memang ada baca pasal taman ni tapi kami tak plan la nak masuk taman-taman tapi kerana kedai belum bukak kita lepak kat taman ni dulu. Let Go!!!

Tak pasti la taman ni ikut musim ke, atau meriah seperti ini tiap-tiap hari tami waktu kami sampai ni memang meriah..bunga sana sini. Masuk PERCUMA!!!
Meh la layan gambar bunga-bunga kat taman ni...barulah berbunga-bunga hati tu..terutama Cik Bunga...dia kan suka bunga hihih.

Introduction to park..baca banya kali tapi tak faham-faham sebab bahasa Cina hehehe..baca lah yang bahasa inggeris tu hee
Bunga apa ni..kekwa ke? siapa tahu?

Zoom sikit!!!
Ada rama-rama..ehh kupu kupu :-)
Ajin nya dia baca buku
Bunga sana sini macam masuk FLORIA pulak tapi masuk FLORIA kena bayar..mahal pulak tu
Jom kita masuk tengok apa ada kat dalam ni

Ha..tengok puas-puas..cantik kan..tak pasti la berapa lama bunga ni bertahan kesegaran nya..tapi ada je pekerja yang akan siram nanti
Nak tengok lagi tak???? ada lagi ni heee

Hambek ko..Singa..ehh bukan..Naga..tak buat kamera ko!!
Ada air terjun tapi dilarang mandi di sini ye heee
Ramai tau..nyonya-nyonya ni datang taman buat tiachi..exercise..dorang memang rajin..pernah nampak tak nenek-nenek kita ke mak-mak kita ke yang berusia 60tahun ke atas tu pergi taman buat acara macam ni..
Puteri Hang Li Po ke tu..
Tengok jam almost 11.00 pagi, jom la kita tempat yang tak kesampaian tadi. Sebelum keluar nampak tiga orang mamat tengah jual pisang..tak nak la beli..kat Malaysia pun banyak pisang macam-macam jenis ada..hihih..pisang nangka pun ada..ehh pisang ke nangka?..

Jual pisang apa tu bang hihih
Till then..jumpa lagi ye dalam next entri...

69 comments:

  1. Akhirnya ada entry baharu! Hahaha wah ke guanzhao pula ye.

    ReplyDelete
  2. meriah Culture Park..manyak munge..bunga kekwa tu kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss U kak Nohas..ahaha konen bulan Feb..bln Dis baru nak reply..teruk tuk JM ni..nasib baik lom masuk thn baru

      Delete
  3. Tuan kedai tu tak mandi pun dia boleh berniaga rasanya cuma tgh tido kottttt

    ReplyDelete
  4. Virus peringatan utk yang takbur dengan kegagahan ekonomi yang depa ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kat Msia pun VIRUS makin menjadi jadi nya aduhhh

      Delete
  5. Wah..tempat menarik camtu masuk free je. Untung la..

    Kelakar la rupa patung bertiga jual pisang tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena bayar mmg tak masuk la kak Uji..sbb KEDEK hihihih

      Delete
  6. Cantiknya bunga-bunya tuuu..😍

    Mungkin XIDI 2 peMALU orangnya..hihi 😂

    ReplyDelete
  7. cantik betul. kalau nak travel ke China balik nanti ni kena tunggu virus issue ni habis betul. dont simply pegi lah kan even ticket murah banyak dioffer. then bukan takat ke China. nak travel mana2 pun jadi tak selesa lah. maka tahun ni akak curfew lagi lah. kaki makin gatal segatal2nya nak travel. hhhh. sedih.

    ReplyDelete
  8. Syok nya dah pi sana.. Ni kena tunggu habis virus dulu.. Mmg dah lama nak pi rumpun China ni tapi tak lepas2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh..kan MULAN..berapa lama agaknya kita kena tggu kan..COVID masih bermaharaja lela lagi ni..masih angka ribu ribu setiap hari

      Delete
  9. sakan berjalan
    tetapi sekarang cuak kalau nak pergi china
    hohohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hans..ke mana2 pun dah tak boleh dah skrg huhu

      Delete
  10. Rasanya itu bunga kekwa.
    Banyak bunga kena pakai untuk buat replika macam rama-rama tu ye.

    ReplyDelete
  11. Ehh.... mana janji janji manis mu nak update entry sehari satu? 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah..jgn kata sehari satu...sebulan satu pun lom tentu...minta vitamin sket

      Delete
  12. Nasib baik laa dah travel banyak tempat kat china tu... huh! Tapi byk lg lom pegi... adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!! tahun 2020 dah tutup buku travel..passport dah lama x cop..kalau tgk keadaan covid skrg..thn 2021 lom tentu leh travel obersea lagi..i travel ke dalam hati u lah hihihi

      Delete
  13. Entah lah bang pon tak tahu pisang pe 🤣

    ReplyDelete
  14. Tu bukan hang li po... tu che kit tek oun 🤣

    ReplyDelete
  15. Samalah kite... mcm lesu dan lemau je nak menulis blog skrg ni. Ikutkan banyak je nak benda yang nak di tulis tapi... ntah la... hmmmm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sweetie..jgn la malas mcm JM..bio JM sorang jek malas hihih

      Delete
  16. meriahnya...sukanya tgk bunga bunga tu semua....

    ReplyDelete
  17. Sampai sekarang kita semua diuji dengan virus kecik ni. Allah, ada hikmah sebaliknya.

    Culture park tu manyak munge-munge.

    Rindu JM 💜

    ReplyDelete
  18. JM! Sila lah update blog lagi!! Alang2 dah kita semua stay at home ni. hehehe. Btw, next time nak pergi Guangzhou nak refer post2 JM hehe.

    Wah ada ada adsense laa!! heheh

    -Khai kakijalans.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Khai..kalau JM lak suka baca travelog KHai ke Europe..kalau la tercapai hajat nak ke sana mmg refer entri Khai

      Delete
  19. JM bila nak update lagiiii!!

    Btw lupa lah khai dah cakap thanks ke belum eh untuk senduk haritu haha. berguna sampai skrg tauu

    khai pn ada buat GIVEAWAY. Jengahlahhh kakijalans.com! :)))))

    ReplyDelete
  20. Akak cepatlah update apa ada dalam mall tu hahahah. rindu. mishh youu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi scha..dah lama x follow perkembangan scha skrg..apa cite terkini? nantilah sis JM skodeng

      Delete
  21. Yang ni saya suka sebab ada bunga2...suka suka...jangan stop menulis sebab saya suka jadikan panduan untuk rujukan kalau nak keluar negara...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum JM

    Apakhabar?

    Semoga JM baik² dan sihat saja ya.

    Selamat menjalani ibadah bulan JM dan keluarga ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Ruby..JM sihat makin beso sejak pkpb ni..

      Delete
  23. haah., x lama lg adalah statue patung mamat jual buah durian pulak kannn., kihkihkih

    ReplyDelete
  24. hye JM!! eh lama nya tak dtg sini.. sempenan pkp ni muncul kembali kalo tak mls sungguh nak berbelog kan... best nmpak guangzhou ni bila nak ada peluang pegi pn xtau huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai lieya..apo cito skrg..masih kat johor ke or dah pindah tempat lain..apa perkembangan terkini..soalan mcm tanya celebriti lak hihi

      Delete
  25. Wah, cantik-cantik bunga kat Cultural Park tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora..bunga mmg cantik..ada ke bunga yg kacak hahaha

      Delete
  26. Alahai cantik la landscape kat sana. JM nanti tunda je azam next year 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Zumal..esok dah masuk tahun baru..nak set Azam baru lah hihi

      Delete
  27. Erkkk... Boleh komen lagi tak.. Sebab dah setahun lebih tak komen kat blog kak JM ni huhuu

    ReplyDelete
  28. biasa la tuh.. ada masa blogger semangat menulis, ada malas jadi malas.. bukan sebab usia kot.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..sib baik ckp mcm tu..sedap telinga dgr

      Delete
  29. Replies
    1. MELANCONG tak pernah tak seronok..yang tak seronok tu duit kumpul punya lama..nak abis kejap je hihih

      Delete
  30. alamak baru baca komen..lepas la peluang nak menang hihi

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS