Pages

Saturday, 9 March 2013

Journey to HatYai : Ice Dome

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan,

Mohon maaf lah yer kerana lambat update sambungan cerita di HatYai. Kepada yang ter'miss' entry sebelum ni boleh baca di sini  Journey to HatYai : part1

Trip kami ke HatYai hanya 2H1M...walaupun masa yang singkat..tetapi kami semua puas hati kerana boleh di katakan semua tempat sempat kami cover dalam masa separuh hari.

Selepas selesai check-in, masuk bilik buat apa yang patut kami turun ke Lobi dan Mr Sucheep dah tersenyum dari jauh..tadi dia dah cakap...you all pegi check in, i tunggu di lobi..(he speak in english yer..JM yang translate kat sini)..lama jugak kami kat dalam bilik tadi..ingatkan dia dah tak ada..tapi rupanya setia menunggu...

Sampai je kat bawah..kami mula discuss..kita nak ke mana dulu ni..pastu we alls confirm semula dengan Mr Sucheep..betul ker 500 baht include 4 destination without extra charge...dia mengangguk setuju dan beliau setuju bayaran di buat selepas kami pulang semula ke hotel....wahh.....ini sudah cukup bagus...wink..wink..wink..let's go baby...eheheeh

Kepada yang ingin ke Thailand dan perlukan perkhidmaan tuk tuk dan servis terbaik, JM syorkan korang call no ni..

Mr Sucheep
Thailand Phone : 085-081 6430
Malaysia Phone : +6685 081 6430

Tuk tuk yang akan kami naik
Discuss dengan Mr Sucheep - Map of attraction places
Let's go to the first destination
Destinasi 1 : Ice Dome
Adress : HatYai Park,  
             Kanchanavanich Road, Sub-district Kor Hong, HatYai Songkla 90110

Admission Fee : Child 200 THB,  Adult 300 THB (include Jacket & Glove Only)
Free of Charge : Disable, Senior 70 years old
Open Hour : 0900 am - 20.00 pm

ICE DOME - The only one of Ice Wonderland experience amazing Ice Lantern Festival 7th, be excited with colorful lantern in the park starting 25 Dec 2012 to 30 April 2013 at HatYai Park from 07.00 pm - 22.00pm.

Ice Dome terletak di HatYai Park,  kira-kira 7km dari bandar HatYai. Di sini juga terletaknya HatYai Cable Car, Planetarium, Art Galery, Watercycle Boat, dan Hat Yai Lantern.Mari kita merasai dunia kesejukan bagi suhu di bawah -15'C dan maklumat lanjut boleh di perolehi di www.hatyaiicedome.com atau kilik di SINI.

Jom ikut JM, kita lihat apa yang ada dalam Ice Dome...

Sampai awal, belum boleh masuk..kita bergambar dulu
Kami sampai 15min sebelum entry berikutnya..so apa lagi ambil gambar di kawasan luar terlebih dahulu. Terdapat sesuatu yang menjadi kemusykilan kepada JM kerana Mr Sucheep siap bagi kat kita orang brouchure/pamplet tempat-tempat menarik yang boleh di lawati di HatYai dan beliau lagak seperti seorang tourist guide. Apabila masuk je ke Ice Dome, dia turut serta dan menceritakan kepada kami setiap satu replika yang terdapat di dalamnya.

Ice Dome ini sebenarmya menempatkan replika ais mercu tanda atau tarikan bagi setiap negara seperti KLCC Kuala Lumpur, Marina Bay Sand Singapore, Notre Dame Cathederal Vietnam, Omar Ali Saifuddin Mosque Brunei, Angkor Wat Siem Reap, TAT Mascot, Pura Ulun Danu Bratan, Jeepneys, Aquarium World, Corousel, Ice Slider, HatYai Ice Dome Logo, ASEAN logo, HatYai Municipality logo, Jurassic Park, Shwedagon Pagoda, Bang Pa-In summer Palace dan Ice Bar.

 
Marina Bay Sand, Singapore
Patuxai

Mr Sucheep sedang beri penerangan 
Kepada yang ingin merasai pengalaman berada dalam suhu -15'C boleh ler masuk Ice Dome ni yer..kami berada di dalam tu lebih kurang 30min dan air hidung mula meleleh keluar dan ada rakan JM dah tak sabar nak keluar dari sana sebab tak tahan sejuk.  Jom layan gambar lagi.
memang sejuk argghh dalam ni
Banyak lagi sebenarnya gambar tu..tapi takkan JM nak upload semua kan...bagaimana reader semua, boleh dapat gambaran tak....apa yang terdapat dalam Ice Dome ni. Dah puas bergambar..masing-masing kesejukan..di pintu keluar ada jua soviner, JM beli satu fridge magnet Ice Dome berharga 79baht. Moh ikut JM ke destinasi ke 2 - Chang Puak Camp untuk naik gajah pulak..

Bersambung....


76 comments:

  1. JM,

    nnt JM edit balik yer..mengangguk..bukan mengangkuk..mcm lain jer...hehehe..

    bestnya tmpt yg JM pg ni..lain dr yg lain...mmg trs jth cinta nk pg hatyai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekekekeek.....thanks dear...
      nak cepat nyer pasal..pastu tak semak semula..ok..nanti JM update..ehhh
      Ada peluang nanti pegi tau..cari Mr Sucheep ni :-)

      Delete
  2. THB500 tu untuk seorang ke? memang berbaloi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Mie
      THB500 untuk kami 4 orang..so kiranya seorang bayar dalam THB125 je

      Delete
    2. Murah yak amat... untungla...

      Delete
    3. Iutlah En Mie..nasib kami baik time tu..Alhamdulillah...
      En Mie dah pernah pegi HatYai kan...takkan nk pegi lagi..tapi kalau ada hasrat nak pergi lagi leh call Mr Sucheep ni... :-)

      Delete
  3. sonok kann jalaanss.., ehhHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lah seronok...dua ronok..3 ronok dan beronok ronok Wakkkkkkk heheheh

      Delete
  4. boleh amek nama pakcik tuktuk tu. thank you for the info. ade plan nk terjah hatyai lagi sbbnya dulu pegi hanya mcm utk persinggahan je. ingtkan sempat nk g floating market tp dh malam smpai. maybe this time nk try naik train lak. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..ada gak baca entry John eh salah..hihih..Henry Fox pasal trip ke HatYai tu..terus ke Krabi kan..pastu just drop by di HatYai dan belum habis explore. Boleh jer call uncle ni, dia bagi kami business card dan pesan kalau dtg HatYai call...bagi JM..dia highly recommended. Seronok juga travel ngan tren boleh katakan JM nak pegi lagi ngan tren tp bawak mak ngan adik2 lak..heeeeeeeeeee

      Delete
  5. Masa pi Hatyai 2 tahun lepas tak pi sini.... eh masa tu menda ni dah ada ke belum ha??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tahun lepas maknanya thn 2011 eh..kalau tak salah info Nov 2011 dah ada..
      Kalau mcm tu SR perlu repeat nih.. :-)

      Delete
  6. Ok.. buleh imagine doh tu.
    Plan nak gi hatyai gak.. akan diambil no. mr suchep ni ehehe tq tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe..dekdaa..
      Pegi la..mmg best kalau dpt Mr Sucheep tu..highly recommended

      Delete
  7. nice nye meja buat dengan ice tuh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaksssss..GB nk tahu...sejuk montot..heeeeeeeeeee
      duduk sekejap semata-mata nk ambik gambo

      Delete
  8. hye JM. Saya nak g hatyai dgn kawan-kawan opis besok. HEHEE

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh...bestnye..naik train ke flight..nanti balik update story tau :-)

      Delete
  9. salam hai JM....before ke hatyai ada baca entry JM tentang hatyai..thanks memag banyak membantu n yag paling best dapat jugak jumpa dengan Mr.Sucheep tu.memang terbaik.anyway thanks JM,entry yg Jm buat memag banyak gak membantu kalau nk travel tempat yg JM pernah pergi hihhiihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayu, ah haaa...dah selamat balik Msia yer..ohh best jumpa Mr Sucheep yer..ehem..ehem...hihhi

      Yer sama2..itulah tujuan utama JM tulis blog ni sbg panduan kepada traveller yg try nak backpacker..keep on reading ye..ambil yang baik2 je yg tak baik tu buang heeee

      Delete
  10. JM stay kat hotel mana... best tak hotel tu. Rasa mcm minggu fepsn nsk terjah hatyai. Kalau naik bas JM rasa selamat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lee GArdens Hotel..mmg best dan lokasi yg strategik..boleh baca all entry about hatyai..semua JM dah story..ada kawan JM naik bas ke sana..Alhamdulillah selamat...

      Delete
  11. Jm klau mcm tiket Balik ktm 2 bli kt mane.kt kl central ke kt sana

    ReplyDelete
  12. Jm klau mcm tiket Balik ktm 2 bli kt mane.kt kl central ke kt sana

    ReplyDelete
  13. JM... nombor Mr. Sucheep (+66850816430) nie adakah hp? Boleh guna whatapps atau LINe utk contact dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie, itu no HP Mr sucheep..boleh CALL tapi kalau whatapps x pasti

      Delete
  14. Kalu ikot hrga malaysia berape?plan nk g hjung thun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ariey : Kalau harga Malaysia around RM30 Adult and RM20 for Child (included jacket n glove)..best tempat ni harus pegi :-)

      Delete
    2. Total budget all ni dalam RM300 je Arie Arman

      Delete
  15. bagus la driver tuk2 tu siap bleh jdi tourist guard lgi...
    dh penuh ais batu confirm kejung dlm tu hahha ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : mmg bertuah kami dapat kenal mr Sucheep tu..beliau jadi tourist guide tanpa di minta..baik pulak tu
      Aahahah..mmmg sejuk sgt!

      Delete
  16. Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809

    ReplyDelete
  17. Bestnya berdingin-dinginan kat ICE DOME tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dear..baru nk reply komen nih huhu..bukan dingin lagi dah Farrah.,,mmg sejuk gile arghh..kalau x pakai jaket tu mmg x leh tahan

      Delete
    2. Ye ke? Kena bawak selimut gebar sekali la nampak gayanya. Baru2 ni ada tengok dalam rancangan mana tah, cantik ye sis dalam ice dome ni. :)

      Delete
    3. Farrah..cantik tp kecik dan mahal skrg

      Delete
  18. ice dorm saya pergi tapi xmasuk pon.. sbb nk jimat duit..nk floating market..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZF : x rugi pun kalau x masuk kerana Floating Market tu lagi best dari Ice Dome :-)

      Delete
    2. Floating market? I like! I like!

      Delete
    3. Carilah masa ke Hatyai tu cikgu Ceketed...naik train je :-)

      Delete
  19. tak puas tengok gambar.. hihi.. bagus la pakcik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi...klau nak puas masuk je terus dalam gambar tu hehehehe

      Delete
  20. utglah dpt tourist guide free ... klu saya confirm x thn sejuk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee...kalau x tahan sejuk jgn masuk hihihih...tapi ada baju sejuk di sediakan

      Delete
  21. Replies
    1. Vera Huang...please click Newer Post ye :-)

      Delete
  22. Bagus gak servis mr sucheep tu, transport + tourist guide :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami beruntung jumpa beliau Farrah...sporting habis...asyik bergurau je

      Delete
    2. Best kan ada rezeki dapat jumpa orang begitu. Paling tak best klu kita sbg tourist orang tempatan ambil kesempatan.

      Delete
    3. Ada yg ckp dia masih hidup 😬 Yg pasti mr boon is the best

      Delete
  23. Haaaa.... macam menarik...

    X sama ngan Icity tu kan?

    ReplyDelete
  24. Baju sejuk disediakan atau kna bawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok... SS TOLONG jawapkan soalan tahun 2015 punya... ha ha ha... #caripasal Baju sejuk disediakan... ha ha ha....

      Delete
  25. kena pakai baju sejuk juga ni.. dh la tak tahan sejuk. hehee

    ReplyDelete
  26. Apsal berkerut muka baca map? ha ha ha... adoiii...

    ReplyDelete
  27. Apsal berkerut muka baca map? ha ha ha... adoiii...

    ReplyDelete
  28. banyak kali call sucep ni dah tak dpt dahh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke SS? tak de rezeki lah nak jumpa Suchep yang peramah tu..his action dh mcm tourist guide tau

      Delete
  29. Mr. Suchep bisa bahasa melayu kah kak? saya dari Indon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Furi Windari..mr suchep faham bahasa thai dan inggeris sahaja..tsk dpt deal dgn mr suchep boleh cari mr boon hatyai..servis tip top

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS