Pages

Wednesday, 29 May 2013

Holiday : Summer at Guangzhou Day 2 Part II

Assamualaikum semua......

"Guangzhou...........Shopping time & Pearl River Cruise"

Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca setia dan juga kepada yang baru jengah blog JM ni terima kasih banyak-banyak ye. Di atas kesetiaan korang mengunjungi blog JM ni meh JM nak bagi hadiah sikit....Muaachhh...love you oulsssssssss..heeeeeeeeee

Arghh!!!!...demam malas nak update blog mula melanda..waktu awal-awal mula menulis dulu bukan main lagi rajin menulis pastu simpan sebagai draft. Tapi sekarang ni penyakit M sudah datang dan sememang nya tak ada ubat untuk penyakit ni.

Oleh kerana mood malas nak mengarang, jadi entri kali ni pendek dan ringkas je.

Misi hari ke dua Guangzhou di teruskan lagi di mana kami akan ke China plaza, Haizhu Square dan Pearl River Cruise.

Ini lah adalah sambungan daripada entri INI

Selepas selesai makan Moon Boat Restaurant (turkey style), kami terus ke Yuexiu Park Metro Station Entrance A untuk ke China Plaza Shopping Mall.

Yuexiu Park Metro Station Entrance A
Destinasi : China Plaza Mall 
Location : 33 Zhongshan Road, Metro 1 Martyr's Park. Located on top of a metro station, this is another large shopping mall with brand name department stores, clothing stores, electronics stores and restaurants.

Monday, 20 May 2013

Holiday : Summer at Guangzhou Day 2 Part I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog JM yerrrr,


"Guangzhou...Yuexiu Park"

Ada yang nak baca lagi tak sambungan story JM di Guangzhou ni...meh ikut JM..ke mana pulak hari ke 2 kami di sini TAPI sebelum ni JM nak celoteh sikit.

Harap-harap semua sihatlah ye dengan keadaan cuaca di Malaysia sekarang yang panas dan kering ni..tido malam pasang kipas paling kuat..panas u oulsss...nak pasang aircond tak mampu. Bila cuaca macam ni mula lah verangan nak migrate ke negara 4 musim..gitewww.. Lebih advance lagi boleh terpikir nak kahwin dengan orang dari negara 4 musim tu..hahahaha...nko dah terlebih berangan JM, sodar diri tu..kalau nko tu santik macam retis..mesti lah ramai queue, ini nko nak dapat sorang pun susah..hihihhi (itu suara jauh di sudut hati) hihih. Udahlah mengarut sikit-sikit..jom kita ke topik sebenar.

Pada hari ke-2 ni kami nak ke :

1. Yuexiu Park
2. China Plaza
3. Haizu Square
4. Pearl River Cruise

Tuesday, 14 May 2013

Holiday : Summer at Guangzhou Day 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua blogger dan reader,

"From Guilin to Guangzhou"

Oh hoiiiiiiii.....dah hampir sebulan balik dari dari bercuti Overland China baru siapkan entri 3 hari bercuti di Guilin. Nampak nya untuk menghabiskan story sehingga ke Hong Kong ni mahu lepas raya puasa lah baru habis kan hehehehe. Tapi kawan-kawan semua jangan bosan tau..keep on reading eh.

From Guilin to Guangzhou by Train..11 jam you oulss...Ada hati nak buat trip dari Beijing - Xian - Suzhou - Hangzhou - Shanghai heheheh..entah bila verangan je lebih
Day 4 : 31/04/2013 (Ahad) seawal jam 8.30 pagi

Thursday, 9 May 2013

Holiday : Spring at Longji, Longsheng Day 3

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua blogger dan reader,


"Spring at Longji Terrace Field"

Mohon maaf je kengkawan, agak lembab sedikit JM nak masukkan entri baru ni kerana kesibukan dan juga kemalasan heee.

Day 3 : 30/03/2013 (Sabtu) - Lokasi Longji Terrace Field, Longsheng

Kalau korang lihat gambar kat bawah ni terasa nak pergi tak tempat ni.

Longji Terrace Field
Sebelum JM cerita lebih lanjut, moh kita baca sedikit info berkenaan tempat ni.

Friday, 3 May 2013

My Blog Has Been Removed?

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my lovely readers & follower termasuklah follower baru tu :-)

Entry kali ni nak off sekejap citer pasal Guilin..nak citer sesuatu yang berlaku pada JM malam tadi.

"Mutiara kata : Jikalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita"

Mutiara kata diatas hanya sekadar selingan dan sebenarnya JM nak citer pasal benda lain..heee

Kehidupan JM bertambah ceria dan berseri-seri dengan kehadiran pembaca, pengomen dan pengikut blog JM ni. Pada awal penulisan adalah sekadar untuk suka-suka dan menulis pengalaman sendiri melancong ke luar negara dan pada masa yang sama ingin berkongsi tips dan panduan kepada semua pembaca yang suka melancong.

Bulan Mei 2013 adalah hampir genap setahun JM mula menulis blog sedangkan sebelum ni hanya sekadar blogwalking blog rakan-rakan travel yang lain dan sebagai silent reader sahaja. Terdetik di hati JM untuk mula menulis blog apabila salah seorang rakan mempunyai blog dan pengikut tersendiri, maka JM pun berhasrat untuk mengikut jejak langkah beliau. 

JM mula belajar dari zero dan hari demi hari mula buat sedikit perubahan agar blog nampak lebih ceria dan kreatif (hakikatnya masih perlu banyak belajar) dan cara penulisan perlu penambahbaikan agar pembaca tidak bosan .

Melalui blog ini juga JM mendapat ramai kawan di alam maya, walaupun kita mengenali di sebalik skrin monitor, JM amat bahagia kerana mendapat sokongan dari pembaca semua. What can i say..I LOVE OULss. Sekarang sudah menjadi rutin harian JM , setiap hari blog kengkawan akan JM terjah :-)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok..berbalik kepada tajuk sebenar, itu baru intro heee. Malam tadi semasa JM nak blogwalking blog sendiri tetiba JM dapat message seperti di bawah :

Blog Has Been Removed
Apa? Blog has been Removed... arghhh sudah kenapa tiba-tiba jadi macam ni. JM mula cuak dan mula berfikir tab kena hack ker, ada orang dengki ker dan pelbagai soalan bermain di fikiran. Kemudian JM try klik pada link 'I cant find my blog on the web, where is it?'....pastu kuar lak tulisan yang tak faham untuk di baca...ish apa dah jadik nih. Waktu tu jam 12.00 tengah malam. JM panik seketika dan try berkali kali keluar errror message yang sama. Try log-in gmail, incorrect password lah pulak..ish..kenapa jadi macam ni. Oleh kerana dah buntu, so JM ambil keputusan tido je dulu..apa-apa pun esok pagi cuba cari solution. Dalam hati Allah sahaja yang tahu dan pada masa yang sama mohon kepada Allah supaya bantu selesaikan masalah ni. Sampai macam tu sekali kan heheheh.

Tulisan apa ntah
Apabila keluar tulisan seperti diatas JM pun cari jalan bagaimana nak tukar tulis tu kepada English, so JM scroll down kat page tu ada stu combok box, try je lah klik pastu keluar senarai bahasa yang boleh di pilih. Ok, JM pilih English then klik pada link blogger dashboard, masukkan password dan hp number to get verification code. Then Alhamdulillah, boleh masuk dashboard seperti biasa dan JM try access my blog taraaaa...

Dah kembali normal
Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana blog boleh acces seperti biasa. Yahooooooo...barulah rasa hidup kembali berseri.

Kepada blogger di luar sana, kalau you all alami masalah yang sama jangan gelabah macam JM tau, ikut solution seperti JM buat tu yer.

Happy reading ok heeeeee....byeeeeeeeeeeeeeeee