Pages

Tuesday, 14 May 2013

Holiday : Summer at Guangzhou Day 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua blogger dan reader,

"From Guilin to Guangzhou"

Oh hoiiiiiiii.....dah hampir sebulan balik dari dari bercuti Overland China baru siapkan entri 3 hari bercuti di Guilin. Nampak nya untuk menghabiskan story sehingga ke Hong Kong ni mahu lepas raya puasa lah baru habis kan hehehehe. Tapi kawan-kawan semua jangan bosan tau..keep on reading eh.

From Guilin to Guangzhou by Train..11 jam you oulss...Ada hati nak buat trip dari Beijing - Xian - Suzhou - Hangzhou - Shanghai heheheh..entah bila verangan je lebih
Day 4 : 31/04/2013 (Ahad) seawal jam 8.30 pagi

Misi mencari Subway dan Hotel

Hari pertama di Guangzhou tetapi hari ke-4 di China. Dari Guilin ke Guangzhou dengan menaiki tren biasa dengan harga RMB200 per/pax hard sleeper bed. Untuk makluman Guilin tidak terdapat Bullet Train seperti di Beijing, Guangzhou dan Shenzen kerana Guilin sebuah bandar yang agak kekampungan giteww.

Misi mencari Subway Entrance
Sepatutnya selepas keluar sahaja dari Guangzhou Railway Station ada entrance C untuk ke Guangzhou Subway Station becoz two tren station connected to each other tapi kerana entrance tu tutup so kami terpaksa mencari alternatif lain.

Keluar dari train station, jalan terus ke hadapan sehingga kawasan payung putih tu, sebelah kiri adalah entrance untuk beli tiket dan kaunter berlepas dari stesen keretapi Guangzhou ni makna nya laluan yang kami lalu tadi untuk keluar sahaja (arrrival) kira besar jugak lah train station ni. Sampai sahaja di kawasan payung putih tu kami tanya guard yang sedang bertugas, kat mana entrance masuk subway sambil tunjuk subway map, masing-masing tak faham. Kemudian salah sorang daripada mereka tunjuk arah ke kanan..itu jer..pastu nko pandai-pandai lah nak hidup. Seperti biasa kalau nak naik subway, subway map akan sentiasa di tangan dan penghujung trip map tu dah lunyai ehehehe.

Inilah Guangzhou Subway Map tu
Selepas kami gerak ke hadapan sedikit, sebelah kanan nanti korang akan jumpa Tourist Information Centre dan bersebelahan nya adalah entrance subway dan untuk pengetahuan ini adalah pit stop di Guangzhou Railway Station. Beginilah suasana subway bawah tanah tu.

Suasana di subway
Dari stesen ni kami akan ke  Zhuhai Speacial Economic Zone Hotel yang terletak berdekatan Ximenkou Stn. Exit C . Kalau nak guna subway ni boleh beli tiket di mesin  atau beli Ca Yong Tan Cheng Card seperti Touch and Go Card tu dengan harga RMB70 di mana RMB20 adalah harga kad dan baki RMB50 boleh di gunakan untuk tambang subway. Kalau rasa tidak bebaloi boleh beli single entry tiket di vending machine dalam bentuk plastic token dan setiap pit stop RMB2 yuan dan sekiranya tempoh masa berada di Guangzhou agak lama card seperti T&G tu amat sesuai kerana setiap destinasi atau pit stop di caj RMB1.99 (ada discount kat situ) dan tak perlu beratur panjang di mesin tiket. Tak perlu risau kerana baki duit dalam Ca Yong Tan Cheng Card boleh di 'refund'. Akhir trip di Guangzhou nanti JM story kat mana nak refund ye. Kami ambil keputusan untuk beli je card ni nanti senang tak perlu beratur panjang di mesin.

Nak tahu berapa rate hotel per night boleh refer kat SINI

Direction to Zhuhai Speacial Economic Zone Hotel from Guangzhou Railway Station :
1. Ambil subway Line 2 (line warna biru) arah ke Guangzhou South Railway Station dan berhenti di Gongyuanqian Stn. untuk tukar ke Line 1 (warna kuning) arah ke Xilang
2. Naik tren kat Line 1 ke arah Xilang berhenti di Ximenkou Stn Exit C
3. Dari pintu Exit C tadi belok arah kiri di mana sebelah kanan adalah McD
4. Jalan menyusuri bangunan di arah kiri tadi terus sahaja ke hadapan tanpa perlu lintas jalan
5. Akan nampak Tesco di sebelah kanan
6. Jalan sahaja terus je hadapan dan melalui deretan kedai dan sebelah kanan badan adalah jalan raya.
7. Akan jumpa traffic light simpang empat tak perlu cross juga, just jalan ke kiri lagi meyusuri kedai-kedai jualan barang-barang kelengkapan rumah.
8. Dalam 100m dari traffic tadi hotel terletak di sebelah kiri. Dekat je tak sampai 5min pun dah sampai. (kaedahnya berjalan dalam bentuk U-turn)

Meh JM tunjuk sedikit gambar sebagai panduan ye.

Sampai sahaja di Ximenkou ambil Exit C
My friend tanya lokasi dari tourist from Shanghai
McD terletak di sebelah kanan Exit C
Jangan cross jalan ni tapi jalan arah ke kana
Akhirnya sampai juga di hotel, selesai sahaja urusan check in dan macam biasa perlu present passport di reception, masuk bilik selesai kan apa yang patut  dan dalam jam 1.00 petang keluar untuk ke destinasi yang telah di senaraikan untuk hari ini. Kami bercadang akan ke :

1. Beijing Lu Pedestrian Street (tempat shopping yang famous tu)
2. Shamian Island
3. Shangxiajiu Pedestrian Street

Sebelum tu meh JM tunjuk sikit rupa hotel yang akan kami menginap selama 4hari 3malam tu. Bilik hotel agak luas dan selesa, muat untuk 3 orang dan pastikan maklumkan bilangan guest dalam bilik sekiranya bilik untuk 2 orang tetapi yang ada 3 orang, so orang ke tiga akan di kenakan extra charge RMB50 per night.

View at Lobby
Sebelum bergerak ke destinasi pertama, perut perlu di isi dahulu so kat mana nak makan ni. Tak perlu risau kerana dari Exit C, Ximenkou Station tu jalan arah ke kanan. Jalan terus sahaja ke hadapan terdapat sebuah restoran makanan halal. Jom tengok menu yang mereka sediakan.

Kedai makanan halal - JM pun tak tahu nama kedai ni..ada sesapa boleh translate tak?
View dalam kedai dan makanan yang di jual
JM dapat lihat semua menu dan makanan yang di jual di setiap kedai hampir sama sahaja berasaskan mee atau La Mien (Mee Tarik) dan seperti biasa mereka tidak sediakan minuman jadi pandai-pandai lah bawak air mineral ok. Portion for each meal memang banyak seperti untuk 2 orang makan, pada mula nya agak terkejut, habis ke nak makan ni. Oleh kerana perut lapar, tak sedar boleh habis rupanya coz kalau cuaca sejuk ni lapar nya lain macam heee. siapa tahu yang mana satu makanan JM..opss tetiba buat teka teki pulak ye..hihihih.

Setiap kali kami masuk kedai ni, kami orang pertama dan kami orang yang last kat kedai tu samaada time kami pegi makan tu masih terlalu awal atau memang kurang pelancong ke sana. Harga makanan around RMB9 - RMB15. Macam mana nak order..ahahah..macam biasa pegi kat dinding yang ada gambar tu and then tunjuk je. Owner dan pekerja mereka yang perempuan pakai tudung/scarf tapi nampak telinga dan yang lelaki pakai kopiah putih.

Kepada yang RAJIN nak cari info berkenaan tempat makanan HALAL dan ASJID berdekatan boleh cari di http:// www.muslim2china.com

Direction to this restaurant :

1. Ximenkou Station Exit C
2. Jalan arah ke kanan dan melepasi McD
3. Jalan je terus ke kanan dan terdapat kedai-kedai di kiri dan kanan jalan
4. dalam beberapa meter akan jumpa kedai ni di sebelah kiri

Perut dan kenyang, apa lagi jom kita ronda-ronda di Beijing Lu Pedestrian Street

Destinasi 1 : Beijing Lu dan Zhongshan 5 Lu Pedestrian Street

How to get there :

From Ximenkou to Gongyuanqian Station
1. From Ximenkou Station to Gongyuangian Station (only one station)
2. Arrive at Gongyuanqian Station, take Exit C
3. Jalan terus sahaja ke hadapan, cross jalan raya tak perlu belok kiri dan kanan, akhirnya akan jumpa Beijing Lu..senang sangat

Bulan April - Sepetember sepatutnya Summer di Guangzhou tapi ketika kami sampai di sini hujan lebat sangat. Haish!!! potong mood nak membeli belah. Tapi tak perlu risau, apabila hujan jer setiap exit akan ada orang jual payung dengan harga RMB10. Di Guilin dah hujan sampai du Guangzhou pun hujan jugak,,betullah cakap Allan from Mac to Mei hujan tidak menentu.

Apa yang best sangat kat sini..yee..untuk puan-puan, tuan-tuan, abang-abang, adik kakak dan cik-cik semua kat sini lah tempat nak shopping handbag, beg troli, souviner, kasut, baju dan boleh di katakan semua ada lah. Malas nak citer panjang jom kita tengok apa yang ada.

Kalau datang hujung minggu begini lah suasana nya ramai sangat orang datang shopping memang tak selesa
Pelbagai jenis barang ada jual kat sini
Dalam survey tu dapat jugak handbag sorang satu
Oleh kerana ramai sangat orang masa ni, jadi kami just tinjau dan buat survey je dulu tapi sempat jugak grab hanbag sorang satu. Kami akan datang lagi pada hari lain untuk shopping sahaja. Yang bestnya di Guangzhou ni, belum exit dari stesen dah ada entrance masuk shopping mall..memang sesuai sangat untuk akak-akak yang suka shopping tu bak kata Ustaz Kazim Elias.

Kalau di Guilin, susah nak jumpa budak-budak muda remaja dan couple tapi di Guangzhou..huhhhh...puas mata memandang dan kebanyakan mereka fashionable dan amat berbeza berbanding suasana di Guilin. Kiranya boleh di katakan Guangzhou lebih maju dan moden dan kebanyakan mereka can speak english very well. Ada jugak nona manis yang menjual di kedai-kedai tu boleh cakap melayu you ouls..murah-murah..cheap..cheap..Malaysia bagus. Nampak sangat ramai betul orang Malaysia datang sini.

Apabila dah puas pusing kawasan keliling dan hujan dah mula reda, kami ambil keputusan nak ke Shamian Island pulak. Apa yang best sangat di Shamian Island ni, wajib ke sunat je pergi ke sana..hmmm..bagi JM biasa je tak ada apa yang menarik tapi kalau nak pergi just ambil gambar kenangan boleh aje.

Destinasi 2 : Shamian Island

The Island has great historic significance. From the Song and the Qing Dynasty, it served as an important port for Guangzhou's foreign trade. The it became a strategic point for city defense during the second Opium Wars (1856-1860). In 1859, the territory was divided into two concessions, given to France and United Kingdom (of which 4/5 went to the British and 1/5 to the French). It was then embanked and provided with streets, drainage, and imposing buildings and became home to a prosperous foreign enclave. From the late 1800s to the early 1900s, most of the public facilities were finished, including political buildings like consulates, cultural buildings like churches and schools, as well as commercial buildings like banks and firms. After 1949, the mansions there became government offices or apartment houses and the churches were turned into factories. But later they were restored, in many cases to their former splendor. Each building has a label telling its former purpose. One may start to imagine what stories these building held while viewing the plaque writing about its previous function. One example is "No.7 North Shamian Avenue" which was built during the Republican period and was formerly the Administration Bureau of Broadcasting of the Nationalist Government. The mansions there form the best preserved Western Europe style building complex in China. Forty-two out of 150 buildings are counted as the most exotic ones, Gothic, Baroque, and Neoclassical, in Guangzhou. (source : travelguidechina)

How to get there :

1. Form Gongyuanqian Station, take subway line 1 (warna kuning) arah ke Xilang and stop at Huangsha Station Exit D
2.After get out from Exit D, walk through an overpass to the bridge to reach the Island

Jom kita lihat apa yang ada kat sini

Entrance Shamian Island - free of charge
Antara view yang ada kat sini - nampak tak baru lepas hujan tu so gambar tak clear sangat
Ini antara view yang sempat kami ambil dalam cuaca agak suram pada petang tu. On the way nak balik hujan renyai-renyai..huhuhuh...bertabah lah JM
Aktiviti wajib - tinggalkan jejak buat kenangan
Misi ke tiga kami nak lihat apa yang menarik di Shanxiajiu Pedestrian Street tu. Moh ikut JM, kita ke sana. Macam mana nak ke sana eh, tak perlu bimbang, ikut direction nih.

How to get there :

1. Take Subway Line 1 (warna kuning) arah ke Guangzhou Railway Station at Huangsha Station
2. Stop at Changshou Lu Station Exit D
3. Dah sampai

Keluar sahaja dari station ni dari jauh dah nampak kedai makan HALAL, apa lagi bak kata pepatah ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal lah heeeee. Seperti biasa sepanjang Shanxiajiu Pedestrian Street terdapat pelbagai barang jualan murah..biasalah barang china kan, korang pilih je nak apa semua ada tapi sayang, setiba sahaja kami di sini hujan turun bukan renyai-renyai lagi dah tapi lebat. Potong stim lagi nak shopping kat sini so tak nak buang masa kami pergi makan kat kedai ni.

Keluar je dari Exit D akan nampak sign restoran HALAL ni dari seberang jalan
View sekitar Shangxiajiu Pedestrian Street
Ini adalah menu makan malam JM...nyum...nyum...nyum...jangan tak percaya habis tau JM makan..Alhamdulillah
Selepas makan dan seperti biasa minuman tidak di sediakan dan JM tidak perlu risau kerana makan mee ni berkuah so tak perlu minum air lagi. No wonder lah susah nak jumpa lelaki cina perut buncit opsss..jangan pulak lelaki melayu terasa ye..hehehehehe. Keluar sahaja dari kedai makan ni....alamak masih hujan, kalau nak jalan merayau-rayau kawasan sekitar tak best sangat dalam cuaca hujan macam ni so kami ambil keputusan balik hotel je. Waktu tu dah pukul 8.30 malam.

Direction to Zhuhai Economic Hotel from Changshou Lu Station :

1. Tak subway line 1 (warna kuning) stop at Ximenkou station Exit C
2. Jalan dalam 5 menit dah sampai hotel..mmg convinience lah lokasi hotel ni.

Sampai hotel dalam jam 9.00 malam, badan dah letih, penat semua ada..rehat dan sambung esok untuk ke destinasi lain pulak ye.

End of story day 1 at Guangzhou..nak tahu lagi kisah selanjut nya..tunggu lagi 3-4 hari baru JM update ye..hihihihih...babai semua....meh JM bagi fyling kiss sikit...muaahhh...heeeeeeeeee

82 comments:

  1. Replies
    1. Uikss..dear Lieya..org pertama komen tu..heee
      Ye..ye..best sgt..JM ni kalau dpt jenjalan mmg seronok sgt lah..mcm budak dpt lolipop tu hiks

      Delete
  2. Replies
    1. Wak..sama je komen setiap entry..copy n paste yer hihihihih

      Delete
    2. maksudnye wak datang wak kkomen..,bolee? ehhKkeee

      Delete
  3. JM... kenapa lak kat restoran takder sediakan air... masa saya gi beijing tiap kali makan mesti ada air teh cina.... dari saya tak minum teh cina saya jadi suka minum... masa kat sana jer la, dah balik malaysia langsung tak sentuh dah.... tak sama ke restoran beijing ngan guilin?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dear mcm pelik coz waktu JM ke beijing dulu pun sama dorang serve air tea tu tp kt guangzhou ni tak semua restoran camtu coz ada gak restoran yg JM masuk tp agak mahal harga mknan nya pastu agak besar dan exclusive mmg dorang sediakan tea tu utk restoran kecik2 yg JM masuk ni mmg tak ada air. Ada satu hsri tu tgk juga mamat cina kt meja sblh mmg xada air :-)

      Delete
  4. mee tu nampak mcm menarik! tapi tak sangka pulak kedai kat sana takde sediakan air..boleh take note ni mana tahu kalau ada rezeki ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee tu mmg sedap x rasa tepung klau dtg c ni Ms perlu try
      Sampai JM balik msia pun still nk cari mee tu heeeee

      Delete
  5. Wah JM jalan-jalan, hujan-hujan, makan-makan...

    La mien tu tak boleh tahan... slurppppp sodapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Mie,
      Dh blk dari pegi bercuti atau belum pegi lagi?
      Heeeeeee jln2 hujan2 mkn2 yer pandai en mie buat rumusan tp antara 3 tu JM pilih Jalan jalan spt nama blog sorang rskan blogger JM tu heeeeeee.
      La mien? arghhh bila d ingat kembali licin mangkuk tu JM kerjakan :-)

      Delete
  6. petua dari jm, kalau pergi cina, kena cari menu berkuah, sebab kalau makan diorang tak sediakan air, hehe...tiap kali tengok mee tu, geram rasa...nampak macam sangat sodap!! ok lah tu jm, hujan renyai-renyai je awal tu, dah lewat petang baru lebat...sempat jugak berjalan kans...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Orga,
      Hehehehe..pandai hambo yer...betul tu..kalau nak save tak nk beli air mineral..makan menu like JM iyerr..hik hik hik

      Ha'a ..kalau seharian hujan..nampak gayanya windows shopping dalam mall je lah..

      Delete
  7. JM..
    Panas sangat ke Guangzhou?
    Habislaa baju2 tebal dah tak dapat guna laah ek kt Guangzhou..
    Berat bag bagk tu bawak kann!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,
      Panas apanya..hik..hik..hik..nama jer Summer time tapi sejuk sbb hujan heeee
      So baju tebal tetap berguna lah yerrr

      Itulah..kalau nafsu shopping ni kuat sgt, kat Guilin dah beranak beg tu heeeee

      Delete
  8. Guilin tu ala2 outback sikit kan?
    Suka tempat ala2 outback ni ehehe.

    Sangat informative.. buleh curi ekekekek (curi info.. bukan cari gamba!) :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..yer yer betul tue nanti hajak lah abam ke sana...best tau :-)

      Bolehh..tapi kalau kah kasi tahu tu bukan curik maknanya heeee..kalau rasa gambar tu cantik curik pun JM tak kisah...tp JM rasa tak baloi kalu curik gambo tu ehehehe

      Delete
  9. tu dia details kan.. kalau nak gi dalam masa terdekatni dah ada gambaranlerkan... kami akan terus membacanyer.. mungkin nak ke sanatu payah, tengokjerler kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheeheh...bior detail senang pembaca nak refer nanti heee

      Alah akak ni..kenapa pulak tak boleh..boleh nyer...

      Delete
  10. Waaahhh.. Kak JM.. cukup lengkap dengan detail nyer sekali.. bagus lah.. memang sesuai nak di gunakan sebagai refer nak pi sana suatu hari nnti.. INSYALLAH..

    Best baca sambil layan gambar2 yang menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tujuan sebenar Kak JM tulis blog ni yg mana blog penuh informasi sbg panduan rakan travel giteww heeee

      Lepas travel asia barat blk travel area asia timur pulak tau :-)

      Delete
  11. hai JM,

    selalu nmpak JM di blog orang lain tapi lom terklik blog JM. arini YES sy jumpa hehe

    jumpa sesuatu yang boleh sy jadi rujukan utk next trip...setia menanti entry guangzhou-hk
    wieee

    salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Emy salam kenal kembali dan tima kasih coz sudi baca blog JM ni

      Rupanya Emy pun suka travel coz JM ada jengah blog Emy td heeeee. Boleh2 klau nk ke guangzhou refer je kat c ni FOC hhihihi

      Delete
    2. baiklah...

      rasanya entry dah habis tulis, kt x pergi travel lagi...tgh mengumpul maklumat ni :)

      JM lagi banyak berjalan nye...kt nye tempat semua Asia je...pastu kos pon rendah2 je...bajet besar x mampu lagi hehehe

      Delete
    3. Tak pe Emy..kumpul sikit2 ..lama2 jadi bukit...giteww...hiksssss

      Delete
  12. sedap ke mee tu? atau sebab lapo? sebab nampak cam banyak kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear GB,
      Dua dua sedap dan laporrrr heeeee

      Delete
  13. Haah betol tu, kat Guilin susah sikit nak jumpe budak2 muda atau kapel2 yang fashionable, macam kampung2 je semuanya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrrr..setuju dengan Jangel/Rain...kalau JM tercampak ke sana mesti mati kutu hihihhi

      Delete
  14. alamak..JM pun tumpang gumbira coz JM kena rehat kan diri dulu..kena simpan budget kalau nak jenjalan ni..

    Ha'a..standby je air botol mineral tu. Idok pun sampai kat kedai mkn nanti ce try minta air..mana tahu kalau2 dorang sediakan coz hari tu JM pun tak minta dan dorang pun tak tanya..nk minta pun tak pandai nk sebut air dalam bahasa cina heeee

    ReplyDelete
  15. part paling best time shopping tu JM
    biaq pulus kecil tapi wow heaven aaa suasana shoping shopingan tu hah

    ReplyDelete
  16. Hi JM...
    I pon sama laa duk utang entri korea since february
    Silap2 i ni, raya haji besok bru abis...

    Hmmmm pasni bole masok dlm list GZ..
    ermm mknan tu, 2 2 u pny ye...eheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Update lah cept nanti JM nk vac :-)
      Oh nono JM x boleh mkn byk coz cepat gemukssss heeeeee

      Delete
  17. Taun depan perancanganny company n ak ke guilin..jd ke tak..kalau jd I will refer yrs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa bestnya nk refer? Boleh2 np prob :-)

      Delete
  18. eii.. membuatkan cikda gatai nak pi jugak... hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...jom..jom...perlu terjah sekali..best tau hihih

      Delete
  19. hi, jm..u pergi guangzhou brape hari ye? klu saya nak pergi 5 hari 4 mlm, agak2 berapa byk duit kena ada utk mknan/transport/etc.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5H4M? harga makanan agak mahal compare tu msia example for one meal around RM6-7, kalau transport guna subway..murah..1 destination around 2yuan so kalau nk shopping barang mmg murah..so bergantung berapa byk nk shopping. Kalau nk pegi tempat menarik yg perlu entrance fee..anggaran RM1000 - RM1500 sudah cukup byk

      Delete
  20. wahh..ape pendapat JM tentang hotel yang JM stay tu?strategik x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jln kaki x sampai 5min dari hotel..bilik pun besar dan bersih

      Delete
  21. wahh..ape pendapat JM tentang hotel yang JM stay tu?strategik x?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Jm.. Teman baru mengikut blog deme. Seronok membacanya. Kot2 la boleh join sekaki. Next trip, pi mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nova,

      Terima kasih yeee keep on reading tau..Heee nak join?..kalau sudi boleh aje..Next ke Ho Chi Minh Vietnam

      Delete
  23. Woo..teman baru je pergi sana bulan Mei lalu. Memang shoping sakan untuk raya. Seronok juga pergi cu chi tunnel, menyusuri sg.mekong, river cruise. Makan je la mahal sikit tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nova....terkejut JM coz bila baca komen berkaitan Vietnam..tapi letak dalam entry Guangzhou heee..

      JM pun akan ke Vietnam on 25/10 nanti

      Delete
  24. Replies
    1. Abe MKL pun baru balik Guilin kan..x sabar nak baca kisah sambungan tu

      Delete
  25. bestnye.. sekali pergi.. cover byk tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah Fifi..alang2 seluk pekasam...ehh..alang2 dah sampai kan..ntah bila nk datang lagi :-)

      Delete
  26. Hari ni... SS nak check-in Guangzhou... Harap tuan tanah tak marah... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekezut Jay Emm!!!! bertalu2 msg masuk utk entri ni..mesti SS nk ke sana kan

      Delete
  27. Cemana tu "bandar yang agak kekampungan"??? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bandar dalam kampung...alahhhh mcm kampung baru KL tu

      Delete
  28. Bila tetiba Entrance tutup... Mesti agak kalut juga waktu tu kan? Mesti dok terpingga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dh x tentu arah..seperti monyet kena siram air sejuk hihihih

      Delete
  29. Puas membelek gambar.. "payung putih"??? ke canopy? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah....canopy eh...JM x dapat cari term tu terus ckp payung putih...main belasah je

      Delete
  30. Cara Jay Emm sama macam SS... The end of the day... Subway map akan lunyai... He He He...

    ReplyDelete
  31. Restoren yang Jay Emm pegi tu... More or less dengan restoren yang SS pegi kat Shenzhen... Pon tak de sedia air... Tercekik laaa kalu tak cari air sendiri... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau SS nak tahu...kebanyakan restoran halal...Shenzen, Guangzhou dan Guilin...mmg dorang x sediakan air..so to be safe bawa air mineral sendiri..kalau mcm JM dah biasa...minum selepas 1 jam mkn..nk perut kempis katanya

      Delete
  32. Ok... Noted dengan musim hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pegi musim hujan pastikan guna payung ping tau

      Delete
  33. Ada orang tu nampak biru... Hi Hi Hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak baju biru tu..dulu KURUS...perut kempis..skrg..skrg....malu!!!!!

      Delete
  34. Potong stim ek Jay Emm... He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau lah leh sambung balik stim tu kan best hihihhi

      Delete
  35. Kat Malaysia lelaki cina perut buncit ramai! He He He....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu apek tua!!! pastu dorang suka minum ais batu

      Delete
  36. Nak fyling kiss tu sikit... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nahhh...hambek cepat!!! tangkap masuk dalam baju kecik hihih

      Delete
  37. Kedai makanan halal itu tulis, "牛肉拉面" niurou lamian, maksudnya Beef Noodle

    ReplyDelete
  38. assalammualaikum, nak tanya dari guilin ke Guangzhou perjalanan brape jam naik tren yg byr 200rmb tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nafisya..ahaa..x perasan eh..ada sebut kat dlam entri ni..11 jam!!! kematu bontot itu sbb naik waktu malam leh tdo

      Delete
  39. Salam JM....dah lama x menjenguk blog JM...ni dtg nak korek info Guilin/Guangzhou...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS