Pages

Tuesday, 17 December 2013

Bersuka ria di USS Singapore : Day1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca budiman,


Ini adalah sanbungan story dari entry Tiket Murah ke USS dan kepada sesiapa yang belum membaca boleh refer sana yer.

Tengok ko...tajuk bukan main kan...bersuka ria di Universal Studio Singapore...seperti kanak-kanak ribena pulak sedangkan umur pun dah menjangkun ehem..ehem..ehem..biarlah RAHSIA asalkan hati muda baru nampak muda seperti Rozita Che Wan tu heeeeeeeeee. Tapi tak boleh lah compare JM dengan beliau jauh panggang dari api dari segala segi katanya.

Ok..malas nak celoteh panjang-panjang sebab hampir seminggu JM tak keluarkan entri baru..ada sesiapa tertunggu-tunggu tak nak baca new entry ni...harap maaflah ye..nama blog pun Jari Manis : Travel List haruslah citer pasal travel je..kalau tak ada travel ke mana-mana tak adalah citer nak di kongsi..so duduk je lah diam-diam tak gitu heeee.

Oh yer sebelum terlupa JM nak kongsi kegembiraan di sini kerana semalam pada 16/12/2013 (Isnin) JM terima POSKAD from ISTANBUL you oulsss.....sejak JM bergiat aktif dalam dunia blogging ni (ahaha...aktif lah sangatkan) dan kenal ramai kawan-kawan di alam maya, JM telah menerima beberapa keping poskad dari mereka seperti poskad dari Armsterdam (Ayu Fatarina), daripada TTBoy (poskad dari Borneo) dan terkini daripada Syieda..beliau sedang menjelajah Europe dan tak pasti dah balik Ms'a ke belum. Thanks Syieda coz ingat pada JM..eee..sayang ketat2 sama kamu. Kepada mereka yang tidak kenal siapakah orang nya..boleh skodeng kat SINI. Meh JM kongsi gambar poskad tu..belum dapat jejak kaki ke sana..dapat poskad pun jadi lah kan....

Thanks a lot Syieda..bila lah turn JM pulak nak said Instanbul aku datang
Kisah percutian ke USS ni dah lama sebenarnya iaitu pada bulan November bulan kelahiran JM..konon nya nak sambut besday di sana bersama anak saudara yang lahir pada hari yang sama dengan JM tu. Tapi misi itu tidak kesampaian kerana ibunya baru sahaja lepas bersalin, so burn je lah tiketnya. Jadi kami berempat sahaja yang avalaible iaitu adik bongsu, mak dan sorang rakan travel JM. Ini adalah trip kali ke 2 JM ke sana so tak lah begitu excited sangat.

Bertolak dari LCC Terrminal seawal jam 7.25 pagi dan dijangka tiba di Senai International Airport, Johor Bahru pada jam 8.15 pagi. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 45min memang tidak terasa kebosanan nya kerana belum sempat nak habiskan suapan meal yang di order dan dapat isyarat akan landing....ahaha...kelakar...

View sekitar Senai International Airport, Johor Bahru
Ada pelbagai cara sebenarnya nak ke USS Singapore ni, so pilih lah sahaja option yagn ada seperti :

1. Naik bas dari Kuala Lumpur - Stesen Larkin, JB..naik bas dari sana masuk Singapore then stop di stesen MRT, naik tren terus ke USS
2. Drive sendiri dari KL ke USS
3. Naik flight ke Senai Airport JB, naik bas dari Tune Hotel (ni cara yang JM buat)
4. Naik flight ke Singapore, naik train ke USS

Jika ingin info yang lebih detail klik di Panduan ke USS

Keluar sahaja dari arrival hall terus cari kaunter yang menjual tiket teksi ke Tune Hotel dengan harga RM44 sebuah teksi. Jarak perjalanan lebih kurang 30 min bergantung kepada traffic. Semua sedia maklum ye kalau booking tune hotel ni tidak seperti hotel-hotel lain harga sebilik adalah all in, tapi kalau tune hotel harga mengikut apa yang kita nak sebagai contoh kalau bilik berkipas tanpa aircond harga lain dan jika tanpa toiletories harganya lain. So kiranya bayar apa yang kita nak je.

Sampai di hotel jam 10.00 pagi jadinya belum boleh check-in kerana early check-in jam 2.00 petang. Alamak, apa kami nak buat ni almost 4 hours baru leh check in, bila minta check-in je terus perlu bayar RM15..tak kisah lah kan leh lepak dalam bilik, sekali check bilik yang kami booking jenis Quad room belum di kemaskan lagi dengan alasan tak cukup houskeeper..haish ..geram betul.

Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru
Oleh kerana tiket bas ke USS esok belum dibeli, so keluar dari pintu hotel tu aaa Syarikat Odessey yang terletak betul-betul bersebelahan kedai 7-eleven. JM beli tiket untuk 4 orang pergi dan balik dengan harga RM30 seorang dan jika beli melalui Tune Hotel semasa booking bilik boleh dapat harga RM25.00 seorang. Jadi esok pagi seawal jam 7.30 pagi kami perlu menunggu di pintu masuk hotel kerana bas akan bertolak dari sana.

Kaunter syarikat bas Odyssey tu terletak di bawah tangga tu
Beli tiket bas kat sini. Mereka juga menyediakan tiket untuk ke Legoland. Kalau belum belim tiket ke USS pun boleh beli kat sini tapi agak mahal
Sekiranya risau tiket bas habis kalau nak beli on the spot boleh booking dulu :

ODYSSEY LUXURY LINER
Shuttle Service/Package Universal Studio
From Tune Hotel - USS - Tune Hotel

Alamat :
Tune Hotel Danga BAy
Lot PTB 22819, Jalan Skudai Mukim
Bandar Johor Bahru
80200 Johor Bahru

Person In Charge : Roslina
Phone No : 017 - 718 5022
Email : rosefashionista@gmail.com

Terdapat 2 pilihan masa bas bergerak ke USS samada 7.30 pagi (pergi) - 7.30 mlm (balik) atau 10.30 pagi (pergi) - 10.30 mlm (balik). Sudah semestinya naik baik seawal pagi kan sbb USS pun tutup jam 6.30 petang.

Selesai urusan beli tiket, tanya pada recceptionist di kaunter apa yang menarik di sekitar JB ni kerana belum boleh masuk bilik mahu ronda-ronda kawasan sekitar kemudian beliau menyatakan bahawa tiada tempat yang menarik selain Legoland dan shopping mall. Maybe ada tempat menarik tapi beliau tak tahu..JM pun tak pasti. Bila di tanya berkenaan Dangan Bay, beliau tidak syorkan kerana dalam proses penambakan...tidak berbaloi untuk ke sana.

JM tengok waktu tu masing-masing mata dah kuyu je sebab pagi tadi bangun jam 4.00 pagi dek kerana nak naik flight jam 7.15 pagi. So kami decide nak tidur di surau yang di sediakan di aras 1 sehingga waktu check in.

Jam 2.00 petang check-in dan terus lah lepak dalam bilik sehingga ke malam dan buat aktiviti bebas. Keluar cari makan tengahari dan makan malam je di kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel.

Sekiranya korang tak nak menginap di Tune Hotel boleh juga cuba KOZI Hotel yang terletak di kawasan berhampiran. Jika mahu maklumat lanjut boleh rujuk di KOZI Hotel. Selain dari itu terdapat beberapa lagi hotel di kawasan yang sama seperti Hotel Budget di Danga Bay JB. Mohon jasa baik tuan punya blog JM letak link blog beliau di sini.

Kalau korang tak nak menginap di hotel pun boleh, drive dan parking je di kawasan Tune Hotel tu, terus je naik bas ke USS.

End of day 1 tanpa aktiviti menarik yang di lakukan.

Jumpa lagi dalam next entry bila JM ada kelapangan ye..babai!!

67 comments:

  1. assalamualaikum kak JM, bagusnya kak buatkan entry yang amat menarik ini. saya percaya entry ini mampu membantu mereka yang akan ke USS nanti. terutamanya mereka memuja kak JM. kagum saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Jari Masam..ahaks...dah macam adik berasik lak..Jari Masam VS Jari Manis heeee..Ha'a..harap2 begitulah..itu tujuan sebenar JM keluarkan entry ni pun :-)....Memuja katannya...ahakss...buat akak malu2 rimau je tau

      Eh..lama tak singgah sini..alang2 tu kasi alamat ..email pada akak...kalau ada alaamt blog pun kasi jgk ..nak skodeng kalau ada masa free nanti :-)

      Delete
    2. uishhh ada jari masam plak...
      lepas ni ada x jari pahit, jari masin.. hihi

      Delete
  2. ala JM ingt dah masuk USS td...hehe sy pnh duk tune tu dulu masa nakpi legoland..ok la bersih...selesa...tp takleh expect more la kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahakss...DJ..belum agi...baru INTRO...ha'a dari segi kebersihan tu jer betul bersih...yang lain2 tu paham2 je lah ye heee

      Delete
  3. Saya pun duk Tune Hotel masa nak gi USS aritu. Memang xde mende boleh dibuat, sibaik aritu sampai JB dah agak tengahari. Buang masa kat JPO jelah kitorang aritu. Memang murah if beli direct ticket Odyssey masa booking bilik kat Tune. Ok, next entry please.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..betul tu...kalau nk tdo sana better sampai lewat petang..kalau tak mmg kebosanan tahap yang tggi nanti heeee

      Delete
  4. Thnks atas prkongsian ni dear..akak berhajat nak ke sana lagi ngan fmly..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..akak...kalau g ngan family better naik bas je dari Tune Hotel ni..tak perlu nk peming2...jimat lak tu kalau g ngan family..JM pun kalau ke sana lagi...nak naik je bas dari TH ni

      Delete
  5. happy besday jm!! takde tiup-tiup lilin ke dengan yang tersayang ke? hehe...tak pernah lagi dok dekat Tune Hotel ni, ramai yang cakap okay, tapi tula...tak sampai seru lagi kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear ORga...terima kasih...tiup lilin ngna irg tersyg?...huhuhhu jgn di tanya soalanitu buat JM sedih je tau heeeee

      Tune Hotel tu ok berdasarkan harga yg dibayae lerr..boleh lah..lantai tak ada carpet, TV, Aircond semua kena bayar kalau nak..itu yg tak best..tak sampai seru nk tdo sana atau nk ke USS heee..JM kalau ada hotel lain maybe TH ni bukan pilhan kot..Hamboi..heee

      Delete
  6. Happy birthday.....semoga bertambah ceria..best lawatan JM tempoh hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...mesti lah best...kalau nk tahu lebih tepat tggun next entry tau :-)

      Best tak cuti ke Korean on Winter tu :)

      Delete
  7. JM, ok ke area Tune Hotel Danga Bay ni? mksud putri senang ke carik makan n jalan2, shopping2...putri tak book hotel kat JB lg ni, baru done book kt SG je....member putri nk gi USS, putri nk gi Zoo, gimana tu ya bu...hehehhe (meluah perasaan plak kat blog JM ni...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..kalau Tune Hotel ni ada beberapa kedai makan kat kawasan sekitar tu tapi kebanyak seperti kopitiam, pizza dan kedai mkn ikan bakar. ADa sebuah kedai makan di belakang bangunan kopitiam tadi. Agak jauh dari tempat shopping so perlu minta receptionist call teksi ambil di hotel..sbb lokasi tune hotel ni berhadapan dengan jalan besar/highway...kalau nk ke USS naik bas mmg sesuai tdi kat sini.

      Putri nk ke Singapore naik apa..kalau tak naik bas better jgn tdo ni agak tak sesuai..kalau nk ke Zoo tu perlu naik teksi lah..better cari hotel lain yg dekat ngan shopping mail

      JM hanya suggetkan hotel ni kalau nk ke USS menggunakan perkhidmatan bas..lain dari tu...mmg tak sesuai

      Delete
  8. Mana gambar bilek Tune Hotels nih? Takkan gambar kat lobi je kot hehehe.

    Ada orang perli saya... "kalau mu tu kaya sangat.. nape tak duduk tune hotels jah kalau gi mana2?".
    Errrr dari ceruk manakah dia agaknya ye kata TUNE HOTEL TU HOTEL MEWAH? :D

    ReplyDelete
  9. ahaak....lepas bangun tdo baru leh check in..jadi mood dah ke laut..malas nk ambik gambo

    Lorr..ada org ckp mcm tu..mmg org yg ckp tu tak ada ILMU...ahahah..lawak..di katanya Tune Hotel tu MEWAH..usah di layan org mcm tu buat sakit jiwa je....cara dia ckp pun dah tahu org nya yg mcm mana..ee...tak suka kan..nth2 dia tak pernah tdo hotel kot

    ReplyDelete
  10. tak sabar nak tunggu entri dalam ussni... memang kalau nak gi naik bas ke uss hotel tune sesuaikan... haritu nak gi legoland akak duk hotel kat area sini gak comeljer hoteltu hotel zoom in tak silap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..akak next entry JM citer suasana di USS pulak..ye ..kalau nk ke USS by bus boleh tdo kat Tune Hotel ni

      Ha'a betul tu ..selain TH..ada lagi hotel lain yg boleh d jadikan pilihan

      Delete
  11. Assalamualaikum.. Naik lagi nama TT Boy kat situ,, kenapa tak buat link sekali hahahah.. pape pun thanks :D
    By the way Kak JM sihat? bertanya kabar sebab entry ni ada beberapa typo.. yg mana Kak JM jarang buat typo.. pape pn harap sihat selalu..

    Tune Hotel .. best tak?? Baru ni di Pekan Baru pun nak try Tune Hotel tapi tak jadi.. sebab ada lagi Hotel yg murah dan best hehee.. :D tapi bila baca Kak JM bayar RM 15.00 untuk masuk awal tapi bilik bersepah.. so mmg pangkah la awal2 dgn Tune ni hehehe.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Aha...perasan eh..ada salah spelling kat situ..saje sebenarnya coz dah perasan dah salah taip bagi bagi chance ada tak org perasan..ahahaahah...rupnya ada org baca bait per bait...suka nya...tak sia2 tulis panjang2 hehehe

      Tune Hotel ni not bad jgk tapi yg tak best tu kalau nk TV perlu byr..kalau nk toiletories byr lain, kalau nk aircond harga lain pulak..pastu bilik mmg tak ber carpet...dari segi service pun biasa2 je..kalau ada hotel lain yg hara lebih kurang atau lagi murah..better hotel lain

      Delete
    2. Memang banyak pun hotel lain yang harga murah service lagi bagus :D

      Delete
    3. Ye..betul..kalau mcm tu TH adalah last option..

      Delete
  12. Teringat kenangan kita kat sana dulu...mcm2 pengalaman...paling kelakar bab buang tiket bas...knor rasanya yg buang tu..sue lak terketaq2 pas naik roller coster kt pyramid tu hihi...cadang nk g sana lg nanti next year...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...bila ingat semula..pelbagai aksi lucu..mana gan sue yg takut ngan maskot tu lagi heeee

      Delete
  13. Teringat kenangan kita kat sana dulu...mcm2 pengalaman...paling kelakar bab buang tiket bas...knor rasanya yg buang tu..sue lak terketaq2 pas naik roller coster kt pyramid tu hihi...cadang nk g sana lg nanti next year...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..pegi lah...ada ride transformer...best sgt..akak naik 2 kali..klau boleh nak naik 5 kali ehehe...dulu time kita pegi belum siap

      Delete
  14. Akak tak pernah duduk Tune hotel ni. Orang kata sangat minima dalam biliknya. Iye ke JM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu akak...kiranya kalau akak nk TV, nak toiloteries, aircond perlu bayar harga lain..kiranya harga bilik lain...kiranya ada ADD ON kat situ..

      Delete
  15. weeeeeee... JM nak pegi jugak la... "_" kawan Liya cakap dia sampai tak nak balik bila sampai kat USS.. punya lah seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...best sgt lah tu sampai tak nak balik...ye bagi mereka yg belum pernah ke Ocean Park HK, Everland Korea atau mana-mana park kat tempat lain..maybe akan rasa FUN sgt..tp kalau pernah ke tempat yg lebih grand akan rasa biasa2 je..TAPI still seronok ke sini...heeee

      Delete
  16. Cepat JM update lagik... nak baca nih.. sila sambung cepat hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..ye...nanti ada masa free JM update yee...

      Delete
  17. USS mmg syiokk ooO tp lps naik cylon rllercster trs rasa myesal haha pusing2 kpala guweh dong

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...JM mmg suka naik roller coaster..dalam takut2 tu nk naik jugak..

      Delete
  18. hamboi, berjalan di USS lagik kakak.... heee
    nape tak turun je terus di Changi, leh jalan-jalan di Vivo, bergambar di sekitar Hourbour Square.
    Anyway, jalan jgn tak jalan kak JM ye... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee...kalau sebut akak JM mesti sononim ngan kaki jalan kan..siapa lagi kaki jln kalau bukan ahkak JM ni ahaksss
      Aha...budget ciput so tak leh guna cara tu...

      Kalau tak jalan tu..bukan akak JM namanya..mungkin akak lain...Hai..lama tak update you oulss..mesti sibuk outstation lagi ni khennnn

      Delete
  19. Salam JM, seronok baca blog ni..
    Wah ni bukan setakat bersuka ria kat USS, tapi bersukaria disini sana..banyak JM jalan2 ya..
    Kak ada juga pi Singapore tu 2x, sekali ngan bas (stay kat hotel di JB) n sekali ngan teksi terus dari Senai airport to hotel at Sngpore...dua pengalaman yg berbeza...
    Teruskan menulis dear, kerana kak suka membaca pengalaman dan infos yg dituliskan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kom kak Reen..seronok katanya..ahaks....terharu tau..ni yg buat JM bertambah semangat nk tulis blog ni heee

      Akak nk tahu..JM ni kaki jalan..hobi utama adalah melancong..dh boleh nk stop..tpidek kerana budget..so pergerakan terhad...ha'a..kiranya akak dah penah ke USS lah eh...

      Ok..ok....kalau ada pembaca budiman mcm akak ni..haruslah JM akan terus menulis..dan akak haruslah terus baca blog JM ni..ahaks...Akak email pada JM alamat..coz JM nk hantar sobiner kepada pembaca blog JM..

      Delete
  20. sernok baca info travel JM ni
    happy dah meriah
    dapat tak tengok PARADE kat USS ni JM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PARADE?..huhuh..tak sempat coz time tu JM pegi layan show Rock n Roll

      Delete
  21. JM!!!!!!!! rindu sama kamu........... lama tak datang jengok sini :)
    next entry pls...nak gak baca pengalaman kat USS version JM walaupun dah pernah jejak sampai sini hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRsssss....lama tak muncul kat sini...rindu jugak sama kamu heeee

      Ahak...sibuk sikit lah lately...nanti ada masa free JM cuba update ye :-) Versi JM biasa2 je

      Delete
  22. terima kasih letak link blog saya berkenaan hotel budget johor bahru ye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tuan punya blog tak marah...risau jgk sebenarnya...yo lah..benda baik haruslah di kongsi kan..boleh tambah kenalan di blog Fareez nanti..tak giteww hikss

      Delete
  23. Salam dik, kak ni nak bertanya psl hotel California kat hongkong tu, ada bbrapa soalan ni, nak minta penjelasan
    1. Ok ker hotel ni, pintu masuk kat bwh tu msuk dri mna ya, sbb hotel ni berada di 4th floor.
    2. Ada tak coffee/tea maker or electric kettle
    3. Klau tngok gmbr, dinding bilik air tu mcm blur je.. mcm nmpk je klau kita nak melepaskan hajat
    klau pi dgn kwn2, sure dorang ganggu dan gelak2
    Hehehe..
    Oh ya, nnti kak email ads kak utk dpt kan sobenir tu, JM pun email kak juga boleh kita tukar2 sobenir, boleh gitu kan? Or klau rajin jemputlah singgah kat reenjohan77.blogspot.com (disini JM.akn lebih kenali diri kak) TQ.
    JM pun tulis la apa2 lgi, tak semestinya travel je, lama lah tunggu next post tu, kak suka baca n baca fm JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam kak Reen, aha...berkenaan California Hotel tu..boleh2...
      1. Hotel ni ok sbb ada guard jaga di pintu lift nak masuk tu. Kalau nak tahu direction leh baca entry JM ke HK..ada detail direction
      2. Electric kettle di sediakan..kalau tak ada minta je pada receptionist tapi perlu bawak milo/coffee or tea sendiri
      3. Tak lah...tak nampak...so make sure kawan jgn skodeng heee

      Aha..boleh je...kalau bab tukar2 sobiner ni JM mmg suka..ok2..nanti JM singgah kat blog tu :-)

      Delete
  24. Salam JM,

    Amboi bnyk dapat souvenir...seronok eii..? He...he... ape projek terbaru? Baru balik USS ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Farikica,

      Ahakss...mestilah suka....hiks..projek terbaru?..dah lama dah projek ni..tapi tak habis2 update lagi...dh nk masuk thn baru dan projek baru katanya :-)

      Delete
  25. Last time akak g 2 tahun lepas, mesti banyak lagi rides baru yang dah bukak kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Noor...ha'a..sekarang dah byk...dulu JM pergi pun byk ride yg belum siap..sbb tu repat lagi thn ni hiksss

      Delete
  26. rindunye kat JM....sob sobbb sobbb

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM demammmmmmmmmm selesema...lalmost a week...hari ni pun kepala masih pusing2..lama betul tak singgah kat blog kesayangan ni...rupanya ramai jugak org windu sma JM heee

      Delete
  27. Terima kasih JM berkongsi maklumat utk ke sana : )
    Seronoknyer dapat souvenir : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Miesha...nanti kalau nk ke sana leh ikut cara JM ni jek hiksss

      Ha'a...tanda ingatan dari kawan2 kan :-)..mestilah seronok heeee

      Delete
  28. Adikku bilakah sambungannya... tak sabar dah akakni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zila...JM demam selesema almost a week...hari ni pun masih pening2 lalat..suara masih serak2 basah...nanti JM cuba sambung strory tu ye..dh ramai minta kuarkan entri baru ni... :-)

      Delete
  29. Salam....kak JM...sy pun tgh on the way nk ke USS ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkomsalam glokala, enjoy ur holiday! ::-)

      Delete
  30. Info JM lengkap memudahkan zumal buat rujukan. Hehe ;)

    ReplyDelete
  31. thanx kak JM untuk entry ni, lengkap :) suka! kalau Ros yang dah di Jb ni, naik dari larkin lah mudah kan :)

    ReplyDelete
  32. Lahir bulan November rupenyeee.. He He He...

    ReplyDelete
  33. klu tanya sis apa yg menarik kat jb tu , sis pun x blh jawab ... danga bay sekarang dah menarik dah . yg lain jgn tanya ya ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danga Bay skrg dah tak best cam dulu... Tempat cina je...

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS