Pages

Friday, 7 March 2014

Siem Reap : Kingdoms of Cambodia (3)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua rakan-rakan JM tu,


Ini adalah sambungan story dari Siem Reap : Kingdoms of Cambodia (2)

I'm back!!!!.....Masuk je ofis ada bengkel selama 10 hari....sepuloh hari you ouls...tak berasap kepala den ni ha...minggu ni dan minggu depan...fengsan...tak sempat nak mengadap pc nak celoteh kat dalam blog ni, so dek kerana tak boleh nak menahan diri untuk baca dan komen blog kawan-kawan tu, Jm curi-curi baca guna Samsung TAB.

MESTI semua rakan Jm dah tak sabar-sabar nak lihat rupa James Bond yang Jm jumpa di James Bond Island tempoh hari kan...ahahahaha...JB celup je tu..kepada mereka yang nak lihat perlu tunggu sehingga Jm habiskan dulu story percutian ke Cambodia...kemudian baru Jm sambung story percutian ke Krabi dan Phuket Thailand...boleh macam tu?

OLEH kerana percutian ke Siem Reap berlaku pada bulan Januari yang lepas, Jm terpaksa bukak semula buku catatan sebelum membuat sambungan cerita ni. Ok..masih lagi kisah percutian pada hari pertama di SR..apa?..hari pertama pun belum habis strory lagi...bulan berapa pulak nak sambung kisah percutian ke Thai Land ni...ahahahaa..sabor ye yeop.

Okeyy...let's go ikut Jm memburu Sunset di Tasik Ton Le Sap.

Gambar dari kamera Lumix jadi hasilnya kurang Inzal -  leh tak guna term ni Abang Meng
Selepas balik dari National Museum ke hotel pada jam 12.00 tenghari, Salim berjanji akan jemput kami semula pada jam 3.00 petang untuk ke Tasik Ton Le Sap. Aktiviti utama adalah untuk menembak sunset dan aktiviti sampingan nak lihat kehidupan harian penduduk SR di Floating Village.

Seperti di janjikan, jam 3.00 petang kami turun ke lobi dan Salim telah sedia menunggu dengan penuh sabar. Ingat tak, Jm pernah hebahkan sebelum ini bahawa cuaca pada bulan Januari amat nyaman kiranya walaupun panas tapi tidak berpeluh.

Tempoh perjalanan ke Tasik Ton Le Sap dari Rithy Rine Angkor Hotel mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan keadaan sebahagian jalan yang tidak bertar dan berhabuk serta selari dengan kelajuan tuk tuk. Sepanjang perjalanan kami di hidangi dengan rumah-rumah penduduk di sepanjang jalan raya yang tidak berpintu, agak usang, kecil dan berdindngkan buluh dan bertiang tinggi bagi mengelakkan banjir apabila musim hujan.

Jm kongsi sedikit gambar sebagai gambaran kepada keadaan yang di maksudkan tu. Salim singgah sebentar di stesen minyak untuk mengisi minyak tuk tuk.

Beginilah keadaan dan rupa stesen minyak di Siem Riep
Perjalanan di teruskan lagi dan get ready memakai mask.

Salim mebawa tuk tuk dengan berhemah dan setiap kali terkena bonggol kerana jalan tidak rata beliau akan minta maaf..sorry...sory...tergelak je kami
Beginilah keadaan rumah yang Jm maksudkan tu
Dalam pada tu terpandang lah sesuatu yang menarik perhatian tapi tak sempat nak ambil gambar, pastu minta Salim pusing semula tuk tuk semata-mata nak ambik gambar tu. Nak tahu apa yang menarik perhatian kami!!!!!

Sorry makcik...kami ambil gambar dengan sengaja
Akhirnya kami sampai tempat yang di tuju iaitu Pier untuk naik bot ke Tasik Ton Le Sap.

Dari jauh dah nampak tasik tu...jalan memang tidak ber tar
Sebaik sampai sahaja, terus ke kaunter untuk beli tiket sekali harga USD20 per person..WHAT!!!! mahal tu...seingat Jm pernah baca blog kawan-kawan sebelum ni lebih kurang USD15 and below, so kami tak terus beli but Jm discuss sekejap ngan kawan. Jm cakap pada kawan, mahal tu USD20 kalau dalam RM almost RM60++ tu...macam tak berbaloi je dan kawan pun sama pendapat. Pastu you oul nak tahu apa yang Jm buat...ehehehe...

Terus...terus pergi mengadu ngan Salim sambil buat muka sedih (perlu pandai berlakon sikit time ni).

JM : Salim (panggil dengan manja ahahaahha) mahal lah harga tiket tu USD20 kalau boleh dapat USD15 ke ok jugak. Kalau mahal cam tu kami tak jadi lah ber sunset kat sana...rasa tak berbaloi

Salim : Oh..ye...meh sini kita buat pandai...dia suruh follow pegi tempat tersembunyi sikit di balik tiang pastu dia cakap biar saya yang tolong belikan tiket. Kalau orang local leh dapat harga tu...tak pasti harga berapa Salim dapat tapi yang pasti kami masing-masing bagi kepada Salim USD15 

Kami tunggu dengan penuh sabar di sebalik tiang tu, kemudian Salim datang bersama tiket...Yahhooo...kami senyum riang kerana dapat harga tiket murah. Terdetik pulak dalam hati Jm..kalau lah cakap USD10 je...agak-agak boleh dapat tak ek?

Semasa kami sampai baru sahaja satu group dah naik bot..so tinggal kami berdua dalam sbuah bot..mmg privacy lah
Sebelum kami naik bot tadi, Salim dah pesan...nanti jika dorang minta beli beras untuk sedekah kepada komuniti yang ada kat situ jangan beli, then kami tanya kenapa...beliau cakap naik ke darat nanti dia bagi tahu so kami follow tanpa banyak soal.

Rupanya setiap bot di sediakan seorang tour guide dan 2 orang yang akan kemudi bot tu nanti. Kami di temani oleh seorang anak muda bernama Kord dan masih belajar di sekolah tinggi di bandar SR. Beliau kerja sambilan sebagai tour guide untuk menampung kos pembelajaran dan beliau tinggal bersama nenek.

Beliau memulakan bicara tanpa perlu di minta dan menceritakan sejarah SR, kehidupan harian penduduk di Floating Village, bagaimana penduduk mencari rezeki setiap hari dan keadaan rumah terapung yang akan sentiasa berubah kedudukan setiap kali banjir dan setiap kali air surut. Jika nak tahu apa yang di kongsikan bersama kami Jm pun dah lupa so perlu datang sendiri ye heheeh.

Inilah Kord yang Jm maksudkan tu - selaku tour guide kami
Mari ikut JM kita lihat apa yang ada di sekitar tasik Ton Le Sap ni.

Antara bot pelancong ke Floating Village
Floating Village
Kemudian kami dibawa untuk melihat keadaan sekolah anak-anak penduduk di sini dan semua bekalan makanan serta beras adalah ihsan  dan sumbangan dari pelancong katanya. Pelancong yang ingin menderma boleh membeli barang keperluan seperti beras di pusat komuniti seperti gambar di bawah.

Ini adalah suasana dan keadan sekolah di sini...nampak tidak seperti sekolah tetapi lebih kepada rumah kebajikan
Ini adalah pusat komuniti, kepada mereka yang ingin menderama boleh beli beras dan hantar ke sekolah tadi
Kord ada bertanya kepada kami sama ada nak beli ke tak beras di pusat komuniti tu, tapi di sebabkan Salim dah pesan kepada kami, so kami batalkan hasrat tu maybe ada kisah di sebaliknya. Perjalanan di teruskan ke kedai souviner untuk melihat sangkar ikan dan buaya. Di kawasan ini kanak-kanak bermain dengan ular itu biasa dan jika nak bergambar perlu bayar USD1. Kord menceritakan ramai kanak-kanak di sini tidak bersekolah kerana ibu bapa mereka paksa untuk keluar bekerja dan duit yang di terima akan di gunakan untuk berjudi atau minum minuman keras.

Kedai souviner dan sankar peliharaan ikan dan buaya
Kanak-kanak di sini dah biasa dengan air dan boleh lompat dari satu perahu ke perahu yang lain, ada yang merayu-rayu minta sedekah dari pelancong
Ini pulak adalah port untuk menebak sunse
Hari semakin petang, matahari mula menghilangkan diri dan saat-saat yang kami tunggu telah tiba. Kami tidak bercadang untuk tembak sunset di port yang disediakan, just tembak dari atas bot sahaja.

Cantik sungguh ciptaan Allah
Kami mula bergerak menuju ke jeti sambil menikmati keindahan sunset.

Sunset mula menghilangkan diri
Jeti untuk ke Tasik Ton Le Sap
Jika ada orang bertanya kepada Jm berbaloi tak bayar USD20 (kalau beli tiket sendiri/foreigner) untuk menembak sunset, bagi Jm memang tidak berbaloi dengan harganya kerana gambar sunset boleh je ambil dari jeti kerana view dari sini juga cantik dengan warna langit yang kuning ke orengan (boleh ke ayat ni) belasah je hahahaah.

Setiba di jeti kami tanya pada SAlim kenapa tidak benarkan beli beras di komuniti tu, then Salim cakap selepas kita beli beras tu  dorang akan hantar ke sekolah tadi, kemudian apabila seua pelancong dah balik, semua beras tadi akan di pulangkan semula ke pusat komuniti tu. Oh!!...begitu rupanya.

On the way balik ke bandar SR kami singgah di kampung berhampiran untuk solat maghrib. Terdapat sebuah masjid yang di dirikan hasil derma dari seorang dermawan dari Malaysia. Rakan blogger DJ juga pernah solat disini. Kami di sambut dengan mesra sekali oleh jemaah masjid dan ketika ini Jm dapat 'cuti'.

Masjid semasa kami on the way untuk ke Tasik Ton Le Sap
Singgah solat di sini semasa on the way balik ke bandar Siem Reap
Sampai sahaja di bandar SR kami singgah di Old Market untuk melihat barang-barang atau ole-ole yang boleh di beli. Seperti biasa di sini banyak kedai so survey dahulu harga setiap kedai tu kerana harga totally different. Masih belum puas sebenarnya shopping di sini so kami akan datang lagi sebelum ke Phnom Penh.

Pelbagai jenis pakaian dan alas meja di jual di sini. FM juga murah
Kami beli table colth di kedai ni kerana harga murah berbanding kedai-kedai lain
Selesai sudah aktiviti kami pada hari pertama di SR dan nantikan percutian yang lebih menarik pada hari kedua nanti.

Salam sayang dari JM....bye!!!

80 comments:

  1. Banyak juga orang islam di Kamboja ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ramai Gunadi sbb tu setiap kali menjelang hari raya korban je ramai rakyat msia memberi sumbangan korban utk rakyat kemboja...ehh...salam kenal...dan terima kasih singgah sini :-)

      Delete
  2. Kuat menipu juga diaorang ni...

    Wah JM double bercuti nampaknya... hehe

    Kain alas meja tu macam kain songket pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Itulah Pak Lang Mie...seriyau jugak kami tapi maybe bukan semua kan
      - Itu tanda nya Allah sayang sama JM ni heeee (kebetulan kan)
      - Ha'a..alas meja tu mmg tenunan songket, kain silk tu TAPI jgn coba2 buat kain sarung plak heee

      Delete
  3. Saya kasihan tengok kehidupan mereka...tapi deme kuat menipu...entah di mana letaknya nilai kemanusiaan...mungkin kesan peperangan dan desakan hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a betul tu saudara MKL...sbb tu kami tak ikhlas nak bagi melainkan masuk kan kedalam tabung masjid je..

      Delete
  4. Kesian nya tengok rumah2 tu semua. Dah macam view some part kat KK ni juga. Tapi part menipu derma beras tu memang xpatut. Ish, xpatut! Ha ulang 2x tu.

    Entri ni buat kaki Bibie gatal2 nak jejak SR dah. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer bie, mmg daif kehdupan doran ni no wonder lah ramai rakyat buat korban di sana. Part menipu tu jm pun x sangka dorang leh buat cenggitu maybe sbb desakan hidup

      Harus pegi tau, jm pun klau ada peluang nk pegi lg :-)

      Delete
  5. naik sampan ...eh bot macam kat vietnam pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a nieda naik bot di sungai mekong kan :-)

      Delete
  6. Daif sungguh kehidupan diorang ni ye? dah tu siap menipu lagi... ish ish... risau plak den Kak JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farel, klau dh hidup susah dan tiada pendapatan tetap kais pagi mkn pagi so itu je cara mudah dan cepat utk dpt duit untuk survive hidup. tak perlu risau lah mohon kpd allah beri perlindungan :-)

      Delete
  7. sangat daif kehidupan rakyat dia orang ni yer..... syukur kita yang jadi rakyat Malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SR Bila tgk je terus jm rasa sgt bersyukur jd rakyat msia

      Delete
  8. Alahai best nyer dia tgk sunset tu :D
    Rumah bertiang tinggi.. rumah atas bot kat sana memang kesian kan..
    Mak sy msuk hospital.. Kak Jm tolong doakan yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afif mcm mana ngan mak dh kuar spital ke blom. Akak doakan yg baik2 buat mak eh aminnnn

      Delete
    2. Alhamdulillah mak dah kuar dan tak perlukan lagi alat penafasan..
      Thanks doakan.. hari tu kak anash datang jenguk mak kat hospital.. tapi akak kat cambodia tak sempat la :P

      Delete
    3. Alhamdulillah itu yg nk dgr..kalau ada peluang akak jumpa mak TT boy semasa majlis TT lah hik hik hik..itupun kalau di jemput tapi entah bila kan..ke dh hampir2 heeeee

      Delete
  9. JM, cantik2 la table cloth tu....
    Sunset guna kamera lumix pun tetap cunns

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putri, mmg cantik coz halus sulaman nya sib baik bwk duit sikit klau x mmg borong abis :-)
      Puas hati betul boleh tgk sunset kerana cuaca cantik :-)P

      Delete
  10. Replies
    1. Den, itulah caranya dorang dpt duit dgn murah so klau berpeluang ke sana nanti jgn mudah nk kasi tau

      Delete
  11. suka tengok rumah rumah dia urang tu
    belakangnya sawah kan
    mesti sejuk jek hah no KIPAS

    sekali pandang keadaan negeri dia urang ni macam Vietnam pulak kan'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah x berpintu sbb x da brg berharga then x perlu risau brg hilang. Maybe mlm agak sejuklah kan. Haa Dilla lebih kurang d vietnam tp tp rasanya vietnam lebih maju ye dak

      Delete
  12. mmg zalim gile mak bapak dorang tk bg skolah paksa suh keje, duit tu nnt dorang jgk yg sebat wt berjudi..cm celaka jer !!

    baik jgk yerk tourguide JM tu tk paksa2 suh beli beras tuh..JM ckp tknk, dia ok jerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura betul tu, jm dgr pun mmg simpati dgn nasib budak2 ni nk hulur 1 atau 2 usd pun x jadi
      Ha'a dia x paksa boleh bg dgn ikhlas :-)Jm

      Delete
  13. table cloth shantek...boleh pakai time raya..beli byk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Nana, beli sepasang je sbb budget ciput...budget travel katanya...rugi plak sbb kualiti mmg superb...halus tenunan nya..leh dapat USD8 sepasang...beli di kedai auntie ni..kedai lain mahal

      Delete
  14. bagus jm dah warning awal-awal, kalau nak join jugak aktiviti ni, try mintak salim dapatkan tiket $10, kalau tak, ajak pergi tempat lain jer...baik sungguh salim ni, teringin nak jumpa dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga, Salim ni mmg baik dan caring tau..coz selama kami di sana, setiap hari dia akan bekalkan air botol mineral sejuk tuk kami 2 kali sehari..mmg hilang dahaga..tak perlu risau nk beli air :-)

      Delete
  15. ala JB tak keluar lagiler ... susah bebenoler hidupnyer yerk.. zaman 70an dikampung akakpun tak seteruk itu.. kalau dah lapo memang ramai yang jadi penipu.... sebabtu dalam Islam digalakkan kita jadi kaya....
    Salimtu bagusler... memang sesuailer kalau orang nak kesana cari diani yerk.... kiranya dia ni kategori jujur...
    nak tenogk keindahan alam semulajadipn kena bayar yerk...
    tengok cam dalam gambartu dia naik besenjer dalam airtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak Zila...lagi susah dari msia sebelum merdeka kan..ye dak..ha'a mereka sanggup buat apa sahaja janji dpt duit.
      Salim tu bagi JM mmg baik..kepada mereka yg perlukan perkhidmatan tuk tuk JM highly recommend..fasih berbahsa melayu pulak tu..Ha'a...masuk dalam besen pastu dayung...

      Delete
  16. daif nya kehidupan mereka kan buat kita rasa bersyukur dapat tinggal di dalam rumah yang sempurna. kalao tour guide macam salim ni ok la kan ... tak mengambil kesempatan malahan banyak membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lieya...bila ke sana lihat sendiri kehidupan mereka, Jm insaf sedikit :-) bersyukur sgt kita menjadi rakyat msia..Ha'a..betul tu maybe Salim juga beragama Islam so dia ada sifat kejujuran...baik pulak tu..nak tahu apa layanan baik pada kita org..tggu nanti JM citer :-)

      Delete
  17. Replies
    1. Salam kenal kembali bhasyr..thanks coz singgah sini :-)

      Delete
  18. Hamboi naik bot berdua je? kelas kou kak maria. kekeke
    Part shopping tu macam menggamit je nak ke sana.
    bab menipu tu di mana-mana ada...sama je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a Ren..untung kan akak!!! sambil letak tangan ke baru -:)
      Bab shopping tu mmg geram jek kalau bawak duit sikit...
      Ha'a kan..harap2 kita tak kena tipu :-)

      Delete
  19. JM pembetulan, saya pun tak solat kat situ...jamak katanye...hehehe tp dulu masjid tu tak siap lagi...dah siap eh skng...dulu kami duk kat masjid lama atas air...rindu plak kat SR ni...bestnya naik bot tu kan...dulu ramai2 kanak2 kejar mtk sedekah...susah hidup diorg ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ : Oh..ye ker...ha'a dah siap sekarang tapi jemaah tak ramai...betul2...budak2 ni tak ada rasa malu nk minta...kita pulak rasa malu nk bagi coz kasi sorang yg lain pun nk jgk..pastu travel budget kan :-)

      Delete
  20. wow jm.. terujanya tgok kat kemboja..actually 2 blan lg saya nak p sana.. misi kmanusian..
    serius good information byak gambaran yg dah dberi.. nice shoot kat candi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sobri..lagi 2 bln its mean bulan Mei lah eh...harap2 tak ujan time tu karang x best nak jalan2...nak ambik gambar pun tak cantik langit tak biru

      Delete
  21. ye ke..alamak saya mana la tau..kenapa sana season hujan kes sis..almaklumlah org yg ajak.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti x baca sis nyer entry bln yg sesuai utk ke sana :-) tp x per semua tu dari allah semoga cuaca cantik nanti

      Delete
  22. salam.. kak jari manis.. aritu balik cambodia kena airport tax x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam mis fairuz, ahaaa hari tu x perlu byr airport tax, naper miss kena byr ke

      Delete
    2. xpun..tp byk review yg kata kena byr usd25..siap tgok kt tourism info dorg pn kena bayar...rugi usd25 tu xguna..klu x shopping sakan

      Delete
    3. Ahaa..Pai, hari tu pun akak dapat info yg sama..pastu mmg dh allocate ke tepi USD25 tu..then bila sampai PP..tanya tauke kedai tu dia dari johor ..dia cakap tak perlu byr coz dh include semasa beli tiket flight..so apa lagi kami enjoy lah habiskan baki yg ada tu heeee

      Delete
  23. BTW, salim sgt baik.. sy baru balik dr cambodia jugak..gunakan perkhidmatan salim ni dr 9h - 12 mac baru baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kan salim mmg sgt baik dan highly recommend kepada sesiapa yg ingin ke sana, klau akak ke sana lg mesti akan cari beliau :-)

      Delete
    2. tula..sy aritu book salim dr bulan 10..haha...excited n nak secure punya pasal.. JM pai aritu pergi seminggu hehe..memang puas..from Phnom Penh-Kampot-Kep-Silhanoukville-Battambang-Siem Reap.. Plan asal nk ke Pursat tp last minit cancel hehe.. Nanti try pergi pulau2 diCambodia.. jumpa ramai foreigner cakap best.. dorang ramai ke Rabbit Island.. Sempatla jugak experience naik local bus dorg 13 jam..

      Delete
    3. woww..lagi hebat smiggu leh cover sampai ke Kampot, KEp, Silhanoukville, Battambang termasuk SR dan PP tu..Wowow sekali lagi mmg kagum..nanti leh akak try tempat2 ni pulak..apa yg bes eh kat sana..then berapa Salim tu charge?

      Delete
    4. battambang boleh naik bamboo train aka norry..battambang pn tenang jugak..pai rasa dorg tengah nak bangunkan battambang..ada few kawasan ala2 area night market dekat SR..silhanoukville tu ada pantai2 yg cantik..kat situ ada airport jugak..silhanoukville nampak maju sket.. tp serious nak repeat lg..pai stay kt occhateaul beach aritu.. kampot best klu kita overnight sana..sebab boleh pergi tour dekat bokor national park..ktorang xsempat aritu..kep pn pantai yang cantik..kep dah dekat sempadan vietnam..1st sampai nmpk mcm songkhla beach, thailand..kat situ ada crab market..boleh tgok org tangkap ketam secara berjemaah..hehe.pastu ada org jual makanan2..ada islam..sempat beli 4 ekor sotong bakar yg besar utk lunch dlm RM2 gitu je..

      salim sampai kesudah cakap up to us.. kita sesama islam..ikutla nak bagi berapa dy terima.. saya stay 9-12..9 mac petang br sampai. 12 mac pagi dah flight balik. ktorg bg 55usd.. dgn few KR yg tinggal.. bajet awal nak kasik 45usd je..tp mcm baik sgt salim ni melayan so kami topupla sorg sikit niat sedekah... mula2 takut xcukup..tp email dy kata byk plak..

      Delete
    5. Pai, penjelasan yg menarik...argghh..ni yg buat akak nk pegi lagi ni..nak pegi semua tempat yg Pai ckp tu...ahaha...murahnya kalau pegi semua tempat tu bayar 55USD..Kira Salim tu tak berkira lahh...jauh kan nak semua tempat tu...Pai tak ada blog ke..kongsi la pengalaman ke sana :-)

      Delete
  24. xde blog pn kak..haha..malas nak menulis..tp sgt suka blogwalking haha..hari2 klik blog akak, kak lily, kaki berangan, janggel haha..ktorg x pergi pn war n national museum ..cuma lalu je..nak amek gmbr pn malas sebab almost a week kan kat sana so dah bosan dgn sejarah..lagipon dah pulun abes abesan kat phnom penh siap nangis2 waktu kt killing field lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...ehehe...ok..ok...hari2 klik?...ahaks...meh sini email alamat ke alamat email akak..akak nak hantar ole2 :-)..akak amat menghargai org yg suka baca blog akak ni heee

      Delete
    2. wargh..ye ke!!! bagus betulla akak ni..ok2..saya sudi je menerima hehe.. dah la sy ni pengumpul tegar fridge magnet.. nnt pai email akak ye.. :-)

      Delete
    3. Aper? pengumpul tegar FM..hihih..bagai org mengantuk di sorongkan bantal lah ni ehehe..ok..ok..dah masuk sampul..tggu dari Bapak Posman yek :-)

      Delete
    4. tula rezeki..tq kak JM..semoga dirahmatiNya selalu n dapat p travel lagi n lagi

      Delete
    5. Amin...terima kasih Pai..keep on reading blog akak yg biasa2 je ni eh :-)

      Delete
    6. insyaallah..no worries..selagi semangat kaki jalan tu ada dlm hati saya confirm selalu je baca travel2 blog ni hehe

      Delete
    7. Salam Pai..lama x dgr khabar..sihat keww? heeee

      Delete
  25. wah... menariknye Tasik Ton Le Sap... yang ni pon kami tak pergi.. rase rugilak.. tapi agak mahal ea bayaran masuk sane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luna Maya : opsss...Luna Paris, Tak pergi pun tak per coz harga tiket agak mahal..kalau nk ambik gambar sunset tu dari jeti pun boleh dpt view cantek :-)

      Delete
  26. boleh plak menipu pasal beras tu kan? tapi tu la reality kehidupan dorang yg kaya makin kaya yg msikin beterusan susahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopioliamuais : Ha'a...mula nya kami tak tahu..nasib baik si Salim tu dah pesan awal2..dek kerana ingin meneruskan kelangsungan hidup..mcm 2 dorang buat..

      Delete
  27. Baca penerangan panjang lebar JM rasa macam sendiri dah sampai sana. Terbaik JM teruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cara akak kongsi kita travel n aRz MoHA sbb bagi memudahkan sesiapa yg ingin ke sana..ntah2 ada yg x suka baca sbb panjang sgt hikss

      Delete
    2. Saya suka,..saya suka baca :)

      Delete
  28. Hi JM..
    Baru je lepas beli tiket flight Siem Reap lepas dapat msg dr AA yg harga tiket 51sen ( iyo la sangat)
    Sye pergi 2D1N je..sebab malas bk apply cuti.
    So nak check in kat sini.akan dijadika panduan info JM je Siem Reap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Feeza Fauzi,
      Boleh je...Free Of Charge hiksss

      Delete
  29. Wahh baru tahu rupa stesen minyak di san, haha
    Cantik masjid dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur As..bila tgk keadaan stesen minyak dorang tu nampak sedih sgt

      Delete
  30. Sis, saya nak minta kebenaran pinjam gambar2 sekitar tasik ni. Nak tunjuk kat students, ajar diorang geografi :)

    ReplyDelete
  31. Terima kasih...bebanyak atas info yg berguna...kami dah ke sana.....http://www.touringcouplerider.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Touring Couple Rider : alhamdulillah..niat tulis blog as a guide for traveller di luar sana tercapai :-)

      Delete
  32. mahal la USD20 ... agaknya kalau JM cakap kat salim USD10 pun dapat kot, kata panggil nama salim pun manja ahaks ;)

    ReplyDelete
  33. kesiannya banyak juga rumah-rumah macam tu kat sana ... bertuah kita jadi orang malaysia kan.

    chop, sempat pulak dia patah balik mengkantoikan makcik tu hehe ;p

    ReplyDelete
  34. memang cantik sunset tu ... indahnya ciptaan Allah kan :)

    erm menembak sunset boleh jer dari tepi jeti? cam tak berbaloi la USD15 tu ... kalau kat malaysia 10 hengget je kot :p

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS