Pages

Friday, 8 May 2015

Autumn at Seoul & Busan : Gamcheon Cultural Village Part1

Assalamualaikum dan salam sayang semua,


Lama betul kan JM tak publish cerita travel, ramai tertunggu - tunggu sambungan story trip JM ke Busan. Meh JM sambung trip Autum di South Korea sebelum semua hilang dari ingatan dan bak kata beberapa rakan maya..harap-harap entri ni tak masuk museum hihihihhi.

Ini adalah sambungan dari Cappadosia Turkish Kebab House Busan

Hari ke-2 di Busan, tetapi hari ke -9 di South Korea...hari ke -9 uoulsss!!!!

Hari ni kami decide nak ke Gamcheon Cultural Village.

Gamcheon Cultural Village
Sedikit info untuk perkongsian bersama :

Perkampungan ni berpenghuni ye bukan rumah kosong. Mengikut cerita yang JM baca...nampak tak, JM study dulu sebelum up entri ni supaya rakan reader faham maksud yang di sampaikan.

Dulu perkampungan ni seperti rumah setinggan, tak terurus kemudian ada idea untuk majukan tempat ni menjadi salah satu tourist attraction. Jadi pihak berkuasa yang terlibat telah mengupah mereka yang mempunyai kebolehan dalam seni untuk membuat dekorasi dengan lukisan mural di dinding rumah, tembok, kedai-kedai makan dan kedai souviner. Semuanya di cat dengan cantik. Projek seni ini bermula seawal tahun 2009 ke 2010.


Sebelum keluar hotel prepare breakfast dulu. Kalau stay di Sam Wong Jang GH ni memang tak ada dapur untuk memasak ye, jadi kalau nak panaskan nasi atau apa-apa makan sila gunakan microwave yang terletak di pintu masuk GH aras bawah. Kalau nak air panas, ada water dispenser di aras 2.

Itu lah rutin JM setiap pagi dan malam naik turun tangga dari aras 3 untuk guna microwave dan ambil air panas itu sebab bontot dan betis semakin mengecil. Bila balik msia je semua bahagian mengembang sob sob sob.

Lepas dah siapkan diri, kami keluar dari GH dalam jam 9.00 pagi tetapi cuaca pagi tu mendung je.

Laluan dari GH ke Jagalchi Station Exit 10
Baru jalan dalam 100 meter titik hujan dan turun...alamak macam mana ni..nak teruskan atau pusing balik ke GH. Tanya kawan dia pulak tanya JM balik ehehehe tak ada keputusan. Kami berteduh sekejap di depan kedai Paris Baguette.

Then JM cakap, kita redah je lah..hujan ni tak lebat..dalam hati tu berdoa supaya kat sana tak hujan.

Kami lalu undergroud Jagalchi Station, banyak kedai di laluan undergroud ni, ada jual t-shirt, kasut sukan, barang letrik, barang kosmetik dan macam-macam ada. Tapi satu je JM kurang senang dengan orang Busan ni sebab dorang pandang seperti kita ni Alien tak seperti mereka di Seoul City.

Ini adalah DIRECTION yang dapat dari rakan blogger yang pernah ke sana. Kami try follow this direction tapi ada kekeliruan di situ.

Oleh kerana kami stay di Sam Wong Jang GH, Exit 10 jadi jika nak ke Gamcheon Culture Village 

1. Masuk ke Jagalchi Stn melalui Exit 10 tu, guna laluan underground dan keluar ikut Exit 1
2. Apabila keluar dari Jagalchi Stn Exit 1, buat U-Turn, jangan jalan terus
3, Bila dah buat U-turn, jalan terus ke hadapan sehingga ke hujung jalan kemudian ambil kiri
4. Ada bus stop tak berbumbung, then ada signboard berwarna hijau seperti di bawah dan tunggi bus kat sana.
5. Jika nak ke Gamcheon Village ni naik bus No 2 atau 2-1 ye.

Dari Exit 10 jagalchi station, lalu underground dan cari Exit 1
Bus stop di Exit 1, sebenarnya bukan tunggu bas kat sini. Nampak kat sebelah tu ada construction
Semasa kami tunggu di bus stop tu, ada sorang Ahjussi tu bagi signal dan cakap hangul minta kami tunggu bas di seberang jalan. Ehhh...ahjussi ni tahu ke kami nak ke mana kan.

Mula tu kami buat tak tahu je, terus tunggu kat bus stop tu, then dia datang lagi minta kami ke seberang jalan. Memang kami perasan bus stop yang kami tunggu ada construction.

JM pun cakap kat member, jom lah kita seberang..memang ada satu lagi bus stop berhadapan kedai GS25 Mart. Sebelah kedai GS25 Mart tu kedai Cham Mart. Kami pun tunggu bus di depan kedai ni, tak lama bus No 2 sampai.

Pastikan tunggu bas di depan kedai Cham Mart ni ye...kalau orang msia sebut Cermat! hihihi
Bila naik bas tu, guna T-Money dan touch di device kat depan tangga bas tu, kalau guna cash masukkan dalam slot mesin dalam bas. Tambang bas 900 won.

Bus tu kecik dan pendek je..lebih kurang ada 12 seat je kalau tak salah lebih kurang besar sikit dari Van. Waktu kami naik banyak seat kosong jadi ada lah peluang nak duduk.

Dalam pertengahan jalan, ada satu group tourist dari Msia naik, mereka pun akan ke sana. JM ada dengar perbualan dari salah sorang tu...ehh..kita nak turun kat mana eh...waktu bila nak tekan loceng. JM yang dengar ni terus mencelah....tak perlu risau, bus ni last stop di Gamcheon...then budak tu pun senyum.

Nampak tak..JM cakap macam dah pernah ke sana kan..jawab dengan confident sekali ngeh ngeh ngeh.

Laluan nak ke perkampungan tu agak sempit dan jalan raya berbukit dan mendaki kerana ia terletak di kawasan tanah tinggi. Waktu dalam bas hujan dah mula turun...aduhhh...potong stim betul!!!!

Dalam 20 min macam tu kami sampai di Gamcheon Cultural Village atau lebih di kenali "Korea Santorini" kerana rumah-rumah di perkampungan ini berwarna warni dan kedudukan berlapis-lapis tetapi bukan seperti kuih lapis ye..jauh panggang dari api. Terletak di kawasan berbukit jadi jika korang ke sini siap sedia lah kaki tu sebab nanti perlu naik turun tangga yang tinggi dan sempit.

Turun dari bas hujan semakin lebat, kami berdua berlarian cari tempat berteduh. Di laluan masuk ke perkampungan ni ada kedai runcit, kami singgah beli payung sorang satu. JM pilih warna kuning, kalau ada warna pink, ofcoz akan beli kah kah kah...PINK sentiasa di hati. Harga sekaki payung 3,000 won, kalau raincoat 6,000 won.

Ini lah laluan utama
Follow je arrow tu
Kami beli payung di kedai runcit ni
Masing-masing dah dapat payung jom kita explore apa yang menarik kat sini. Datang sini tiada bayaran masuk ye....FREE...cuma kalau nak MAP Village tu boleh beli di information counter or souviner shop, harga 2,000 won each. JM nasihatkan tak perlu beli map tu...tak sesat lah.

Kami jalan follow je ahjuma ni
Waktu ni hujan renyai-renyai, orang pun tak ramai. Kalau dah hujan tu memang tak selesa nak buat pose paling seksi...seksa adalah....mana tangan tu nak pegang payung pastu nak pegang kamera lagi. Jadi gambar pun main snap je mana sempat.

Tempat wajib tinggalkan jejak
Ada cafe juga
Nampak tak..dinding rumah di hias cantik
Follow je arrow ni untuk ke Observatory Infomation..boleh lihat view keseluruhan perkampungan ni. astikan datang ke sini dalam waktu dari jam 9.00 pagi sehinga 6.00 petang sahaja
View dari Observatory Information
Hujan semakin lebat dan masing -masing dah tak selesa kawan JM cakap kita balik je lah dulu esok kalau tak hujan kita datang lagi.

Terus, kami jalan arah entrance tadi dan tunggu bas di seberang jalan betul-betul di hadapan entrance.

Bila naik bas tu nanti pastikan touch T-Money dan harga nya 900 won. Tak perlu risau ye kerana bas ini akan berhenti di tempat kita naik tadi. Turun dari bas kami tak terus balik tapi naik tren dari Jagalchi Stn Exit 1 untuk ke .....................nak tahu destinasi seterusnya...next entri lah ye..boleh?

Nampak perbezaan antara 2 kasut tu...orang Busan tak seperti Seoul...Penampilan di Seoul city perfect tetapi di Busan ...hurmmm
Sebagai penutup JM nak kongsi direction ke Gamcheon yang lebih mudah.

1. Dari Jagalchi Station, ambil exit 3
2. Keluar je dari exit 3 tu, akan nampak Shinhan Bank sebelah kiri, sebelah kanan jalan besar
3. Jalan ke hadapan sedikit, belok ke kiri...jalan terus ke hadapan sehingga hujung blok
4. Apabila dah sampai hujung blok tu ada 4 junction belok ke kiri sekali lagi
5. Jalan terus sehingga jumpa jalan besar dan pandang kanan. Bus stop ke Gamcheon terletak di sebelah kanan berhadapan kedai Cham Mart dan GS25 Mart. Cara ni lebih mudah.

JM nak kongsi rasa gembira kat sini...gembira kerana bulan Mei ni JM terima lagi 'hadiah' dari rakan blogger...sesungguhnya seronok berblog bila dapat kenal rakan alam maya yang baik hati dan pemurah. Terima kasih kepada yang memberi. 

Kepada yang tersenarai dalam list Top Commentar blog JM..jangan malu-malu sila emailkan alamat ye.

1. Hadiah sempena ulang tahun kelahiran daripada blogger Acik Watie...Terima kasih Acik Watie, sis JM dah terima..jika ingin berkenalan dengan beliau sila klik link Acik Watie Menulis

FM dari Acik Watie
2. Pemberian dari blogger CT Humairah, ramai yang kenal kan dengan CT ni kerana beliau rajin 'mengebom blog' ...kalau blog kena BOM.....CT punya keje lah tu....Baru-baru ni CT bercuti ke Cameron, so ada sedikit ole-ole untuk ahkak gojes ni ehehehe...beliau tahu JM ni fanatik PINK, jadi di hadiahkan Teh berperisa strawberry...kotak warna Pink...ihihih....cam tahu-tahu je tau...i likee!!

Teh perisa strawberry
3. Terkejut 'mak' balik tadi ada sampul kecil...hadiah Top Commentar April blog Sue, penulis blog Sihat itu Nikmat . Rasanya dah lama tak singgah 'rumah'beliau, boleh pulak nama tersangkut...Jom kita serang blog Sue. Terima kasih Sue kerana bulan Mac yang lepas JM dapat tasbih counter. Memang tak rugi daat kenal dengan Sue, apa lagi jom berkenalan dengan Sue.

Pin tudung dari Sue
p/s  JM perlu luangkan masa membalas komen kawan-kawan dan balas kunjugan...terima kasih yang tak jemu-jemu datang menjengah blog JM...kunjungan anda sangat di hargai...tunggu turn JM mengebom ye!

422 comments:

  1. Cantiknya permandangan cultural village tu.. berwarna warni. Suasana persekitaran dlm gambar2 JM ni pun nampak menyegarkan.. natural beauty.. menarik.. thanks sharing JM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan bro KK nak puji JM nampak natural beauty hihihih...village ni sgt bersih..kami ke sana waktu hujan..so mmg SEGAR lah hihihih

      psst : bro KK dah email alamat ke JM belum?

      Delete
  2. Kalu aku ke korea *ntah taktau bile...
    Busan la yg aku rase menarik nk jejak..

    Dorang pandang JM cam alien Sbb terpegun dengan stail ko kot jm..hehe

    Kalu aku gi sana aku nk buat stail yuna lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm arghhh Nana....next year heeeee...Busan ni x lah menarik compare to Seoul...agak Bosan sbb oppa ensem semua kat Seoul ngeh ngeh ngeh...perangai gedik dah datang

      ahahahaha...JM punya OOTD tak menahan...RERUPIS lah konon...kat msia pakai mcm makcik jual sayor heeee

      Delete
  3. cantiknya rumah2 tu, colorful sangat! kalau bergambo kat sini mesti lawa2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan guna kamera canggih..kalau guna camera cap ayam jadi cakor ayam nanti..ye Mazni heheheh

      Delete
  4. Hikhikhik kaki orang Busan manalah yg sis bawak balik Msia tuh ;)
    Bestnya entri baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kalau SS tengok, jadi bahan kaki orang tu :)

      Delete
    2. yunk ohhhh yunk... Jangan kutuk lebih2 kaki busuk tu leh x? I gi perth pon macam tu taw! Ha Ha Ha...

      Delete
  5. Cantiknya view perkampungan tu! Sis, dkt House of Darkness photo gallery ada apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah...try gak masuk...sis JM masuk sorang...nk tunjuk berani lah konon...keluar dengan rasa x puas hati..rumah tu GELAP..x de lampu...itu sbb it's call House of Darkness...terkono den!!!...rumah tu kosong

      Delete
    2. Kosong je? Hmmmm apa tarikannya? Rumahnya macam rumah2 lain kat situ ke sis?

      Delete
    3. GELAP tak de lampu laaa best... Keh Keh Keh...

      Delete
  6. colourful dan ceria tempatnya.. agak-agak kalau betul-betul explore keseluruhan tempat ni makan masa berapa lama ye sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayda : kalau semua tempat nk take pic then dgn laluan yg agak mendaki dan bertangga tu perlukan lebih kurang 2 jam tapi kalau just nk tinggalkan tapak kaki je 1/2 jam dah cukup heeeee

      Delete
  7. asalamualaikum jm

    yeah akhirnya dapat tembusi rumah jm...
    tak sia2 bawa kapak... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkomsalam kak Yan...kah kah kah...kasihan...perlu ber kapak bagai

      Delete
    2. kalu pondok SS kena bawak gergaji! keh keh keh..

      Delete
  8. Wah, ada direction ke Gamcheon.. bagus2..sebab iolz dgr member2 iolz byk yang sesat nak peg Gamcheon nih..... korea tu iolz takda hati nak pegi sgt, iolz pun taktau kenapa... tapi, sebab ramai sgt dah pegi, mcm tempat wajib plak.. tengok la camna, kalau pegi nanti, of course iolz akan rujuk disini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Fadli....dorang sesat tu sbb x study betul2....senang je nk ke sana jika prepare awal..

      Biasanya kaum wanita je suka ke Korea ni banding dgn kaum lelaki..yang lelaki suka ke Phuket hohohoho

      Delete
  9. Wah JM boleh jadi pemandu pelancong la ek, sampai duduk dalam bas pendek tu yang sekejap pun boleh terangkan kat orang lain destinasi bas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe....kalau ibu Zarith nak tahu tentang tempat2 menarik di Korea email je JM eh

      Delete
    2. Pemandu Pelancong katanyaa... Kalu dengan SS Pemandu Pelencong! keh keh keh...

      Delete
  10. Model kak umah tu nok selfie sokmo hihihi

    ReplyDelete
  11. Berapa bajetnduit g sini akak.. tnya mcm la kita ni p sana hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak Ekin...ribu ribu je ngeh ngeh ngeh

      Delete
    2. tudiaaaa.. dia main ribu ribu JE ooookay..

      Delete
    3. kalau ada ratusan ringgit jgn mimpi tau CT heee...tapi kalau nk ikut SS ke Bandung mmg cukup ratusan ringgit tu :-)

      Delete
    4. Dengar tu CT, terus gigih kumpul duit dari sekarang. Sedap sikit leh shopping hihihi.
      Hmmm tapi kan sis, klu ratusan ringgit gi Bandung, cover ke nak beli souveniers? Nak tapau kain sulam lagi,...brownies sodap lagi,..

      Delete
    5. tngh nak kasi cukup tabung ke ribu ribu JE laaaa ni hahaha..

      Delete
    6. Cikgu Ceketed nak beli rumah pon boleh! TAPI... Kena kawin dengan orang Bandung! Sanggup? he he he...

      Delete
  12. Tak sesia tggu entry baru JM...leh baca yeayyyy...

    Kali ni xde byk gmbr posing maut eh JM...sbb hujan ehh...sian JM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna : nak tengok gambar posing maut haje...babab kang

      Delete
    2. Posing maut tu cemana? he he he... Bagi CONTOH!

      Delete
  13. Sedang sonok baca...tetiba...sambung next entry?? Adehhhhh....penantian 1 penyiksaan....jgn lama2 tau JM...nak baca lg nihhh.....heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu SS balik dari bercuti baru JM sambung..BOLEH? hiksss

      Delete
    2. Betul,..baru I nak ambil popcorn Sis D, citernya udah tamatttt! Nak lagi! Nak lagi!

      Delete
    3. Amboi...tggu SS ehh...mcm lama jer lagi nih....

      Farrah...nk skit popcorn tu...smntara tggu JM dan SS balik....hahahaajah

      Delete
    4. Ok! Jay Emm dah boleh sambung! Ha Ha Ha...

      Delete
  14. Waalaikumusalam akak cayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke cayang sis JM Ekin...buktikan!

      Delete
    2. Kalau saya cakap sayang kena buktikan juga ke sis? :)

      Delete
  15. Lukisan yg sangat cantik dan menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lah kat M'sia boleh create satu perkampungan mcm ni tak Ekin eh....agak2nya boleh hilang tak bau longkang tu..kat sini BERSIH

      Delete
    2. Nak hilang bau longkang senang aje! Semua orang kena pakai sepit baju kat hidung! Ha Ha Ha...

      Delete
  16. Naik teksi lagi murah Jay EM... sebab short cut terus kesana... Sam Won Jang tak boleh tahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada short cut eh PLM...buka ikut laluan bas eh..PLM pun x suka Sam Wong Jang...Last trip on April JM stay di Woori GH..mmg BEST gile...BERSIH..ada kitchen...lengkap..lokasi sgt menarik..kalau ke sana lagi nak stay lagi di Woori GH tu

      Delete
    2. tempat yang ada dapur la senang sket kan.. nak masak nasi ke telur ke senang..

      Delete
    3. kalau CT nak masak tom yam ke tom ging ke semua boleh...bawak je bahan2 utk masak..buat seperti sis JM..beli periuk kat sana..lepas tu masak spagetti lagi uollsss...DAPUR itu kita yg punya..tapi pastikan dapur sentiasa bersih sbb staff yg jaga tu PEMBERSIH..

      so CT..kalau nk ke Busan....sila BOOK Woori GH..lepas book..mmg dont worry lagi heeee

      Delete
    4. Short cut tu JM maknanya tak payah naik subway pastu sambung dg bas lagi...lebih cepat dan jimat...

      Delete
    5. ohh tu ke maksudnya....same to me lah PLM..keluar je dari GH..terus ke bus stop...kalau stay di Woori GH tu lagi mudah....x sampai 5 min jalan dah sampai bus stop..klau stay di Sam Wong Jang dalam 10 min berjalan ke bus stop..kalau lah JM ke Busan lagi..apa agaknya respond PLM kan heheheh

      Delete
    6. heeee gitu sekali Akak JM rekemen.. bolehlah consider miahaha..
      janji nak yang senang n bleh masak2.. tapi jap..

      masak tomyam ? serious ?

      Delete
    7. saya ingat, kampung ini pernah saya baca di blog pak Mie. terkenal kampung ini di Busan. memang unik dan menarik.
      jarang kelihatan orang ya di kampung itu Mbak JM ?

      Delete
  17. Lukisan yg sangat cantik dan menarik

    ReplyDelete
  18. Teringin sangat nak pergi cultural village ni kalau ada rezeki nak pergi Korea. Tengok gambar kak JM buat saya lagi excited :D

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Hai Zakiah Anum...kalau duit byk...nak berhenti keje...nak tukar profesion kepada keje TRAVEL je...idok pun jadi Tourist Guide :-)

      Delete
  20. Next time kalo nak ke Korea kena angkut JM laa supaya tak sesat dan sentiasa berada di jalan yang benar. Jommmmmm..... :)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum JM, hari ni kaknoor jenjlaan sampai sini awal pagi, bestnya tengok perkampongan Gamcheon tu, berwarna warni, bunga-bungaan yg menarik, geram kaknoor, dan jeles jugak tengok JM jenjalan sana sini diwaktu muda belia ni, kaknoor dah separuh abad pun belum berkesempatan lagi hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kak Noor dah pegi Europe...berganda2 JM jeles ngan kak Noor tau

      Delete
    2. itu lah JM rezeki kaknoor kesana, belum lagi ada rezeki ke busan ni alah bosan lah kalau gini heheee

      Delete
  22. cantik rumah kat situ colourful gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau umah Eyda letak cat colourfull cam pelangi tu nak tak hihihi

      Delete
    2. ohhh noo, nanti kata umah pusat asuhan plak.. hehehe..

      Delete
  23. Kesian kat JM hujan la plak ... nak berjalan pun sure tak best kan

    ReplyDelete
  24. Salam JM,

    Trip baru ni x sempat nak ke sini dan sebenarnya byk tmpt x cover gara2 travelmates yg x sporting!Hihihi
    Kena repeat lagi jawabnya...

    Tapi..kta org dapat tengok Jinhae Cherry Blossom Festival Apr 2015 pun dah kira bersyukur sangat!=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Yani,
      Travelmate x sporting..ITULAH part yang paling x BEST...boleh menyebabkan nak travel SOLO!!!

      Ha'a...bila nk update ber SAKURA di JINHAE tu..cantik bebenor..boleh jatuh biji mata tgk bunga sakura yg th blooming tu...kami x ke sana sbb time JM kat sana dah tinggal ranting sob sob sob

      Delete
  25. JM punya direction mmg boleh faham. Kalo g busan cari info di blog JM pasti puas hati...

    Rumah colorful bila kita tgk pun syok..ceria je rasa..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue...tima kasih kerana bagi sis JM hadiah..terus update dalam entri nih :-)

      Delete
  26. Bersambung.... hehe.. kampung ni tak silap ada bnyk kali running man wat pengambaran kat sana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suida...Running Man? siapa tu ngeh ngeh ngeh

      Delete
  27. sebab SS tgh bercoti laagi, harap JM leh update entry cepat..klu x bosan lah I..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suida...lagi BOSAN baca entri JM ni compare to entri dari SS :-)

      Delete
    2. Entri sis JM dan SS saling melengkapi apa,...update lagi update lagi!

      Delete
    3. Haip! Haippp! Apa compare2 nih!!! I'ouls mana boleb lawan otai! Sweetheart plak tuh... Ha Ha Ha...

      Delete
  28. gambar bunga banyak2 tu, nampak macam kaki org plak kan.. patung ke kayu tu JM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patung ke kayu?..apa yang Suida nampak? ahakss....cari nahas..soal balik kan?

      Delete
  29. akhirnya..JM update! cantiknya rumah-rumah tu..kalau Santorini Greece putih kat Busan ni kaler-kaler plak. nape ek ramai kata Busan tak sebest Seoul? budak dalam bas tu tak kenal ke JM??ish..ish..dia x tau orang Koya pun tampal artikel JM kat kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busan ni ala-ala kampung ramai ahjuma dan ahjusi...dekat laut....Seoul bandar metropolitan...like KL

      Nasib baik mereka x kenal Sal..susah nanti...x larat sis JM nak layan ahahaha (tunggu lah buat statement tunggu di keji hihih)

      Delete
    2. Budak dlm bas tu bukan reader blog akak kita. Dia main redah je kot...tu yg 'fening' tak tahu nak turun bas mana :)

      Delete
  30. Salam pagi Jumaat JM.. semoga vogue sentiasa :))
    Next week, Nurul akan ke Ho chi minh.. pestime ni nak gi sana.. huyeayyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Nurul Hidayah...Kalau ke HCM..be carefull ngan belonging dan bargain utk dapat harga yg memuaskan hati tau

      Delete
  31. macam pernah nampak location ni untuk running man. tak sure betul ke tak. tapi akan diusahakan untuk terjah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz..dah ada tiket lom :-)

      Delete
    2. belom lagi. tgh tunggu murah je terus grab. hihi

      Delete
  32. menarik cuktural vilage tu., cantik lukisan kat dinding2 rumah tu kan! :))

    ReplyDelete
  33. mrs suka dengar dialect orang busan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beza eh Mrs...nampak sgt...dah 2 kali ke sana JM still x leh nk beza hohoho...tapi dialect org JEJU mmg ketara lain nya

      Delete
    2. Dialect orang Busan tu cemana Mrs Smile? Cer bunyikan skit! Kah Kah Kah...

      Delete
  34. macam pernah nampak dlam kshow running man lah tempat ni... hehe..
    noted, payung mmg benda wajib bawa bila autumn... betul? ini pertanyaan.. hehe.. :D
    macam selalu nak hujan je kan kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shad..hurmm...x pasti sbb selama di Seoul tak de hujan..bila sampai ke Busan hujan tapi sehari tu je..mmg cuaca x menentu..klau nk save budget standby je dari Msia..kalau x hujan boleh berpayung time panas :-)

      Delete
  35. Wow cukup menarik...bila agaknya dpt sampai......

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Aby.....jom ikut JM next year nak? hihihih

      psst : x nk join daki gunung Rinjani ke?

      Delete
    2. Malu la org tk ajak pun......rinjani tu ada mcm phu kradeng tak ? Klau mcm kinabalu tu .....takut la....takut pancit.
      next klu gi korea tu pelawa la.....

      Delete
    3. En Aby....sila baca blog Zilla...ada detail...nak ke Korea tu...budget ribu.....-:)

      Delete
  36. Cantiknya bangunan berwarna warni yang berada di Gamcheon Cultural Village kak JM :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sbb this place adalah one of attraction yg harus di terjah Nabihah...nampak spt lukisan kan

      Delete
  37. Replies
    1. TAHU...abe MKL dah kabor 3x keh keh keh

      Delete
    2. hehehe Uncle amek mood tu Akak JM..
      kena sebut banyak kali baru berkobar2..

      Delete
    3. Abe MKL tu dah x sabo nak g jumpa Jang Nara hehehehe

      Delete
    4. hehehe veteran dah la Jang Nara tu.. retis kpop yang mudo2 tu la..
      nanti Acik Cinta pelekuk kepala kita kang =P

      Delete
    5. Bestnya MKL nak ke sana

      Delete
  38. Waaaa...byk dpt hadiah dr rakan2 yeee...JM..nak teh seuncang....hahahaahaaha..

    Sonok dpt kengkawan yg sntiasa igt kt kita kan...berblog xrugi pon kan...dpt ramai kwn hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak pegi beli sendiri...ahahaha...nampak!..kedekut kan...jgn kata seuncang...sekotak pun boleh..tapi kotak kosong je lah heeeee

      Delete
    2. Hahahaah..dh agak dh...saje nk test...keh keh keh

      Delete
  39. Village ni salah satu dari wishlist saya. Kalau terjah sini mcm better pegi pagi-pagi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better pagi Kay...sejuk sikit..tapi kalau pegi petang leh dapat view mlm...cantik gak

      Delete
  40. cantiknya bunga2 xjemu dipndng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM tahu..kak PARIDAH mmg minat bunga kan..terutama ORKID..tul tak?

      Delete
  41. JM ... dah lupa dah cite pasal JM nih , lambat nau nau updatenya hahahahahhahahaaa .... suka baca cite JM , sebab JM cuba seboleh boleh kasi details ...

    Dan suka JM ... sebab JM tak jemu jemu tinggalkan tapak ke rumah kita ....

    :)

    ReplyDelete
  42. Kak JM ni umpama inspirasi kitaorang untuk terus berblogging. Eh! Village yang ada colorful buildings tu memang menarik la. Kena singgah ni bila datang Korea nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. POJIE!!!!!! jangan!!!! sis JM malas nak update blog...tulis sesedap rasa je hehehe

      Harus pegi ke koya tau..ehh..jap Wajiib sebenarnyan hihih...sbb Pojie pun dh ala2 korean guy :-)

      Delete
    2. blog POJIE dalam libur !!!! hahaha gigih bace cakap kat ayah.. tahu bloh pojie tapi jadi silent reader hakhak..

      Delete
    3. alaaa CT ni..nape silent je..Pojie tu peramah :-) dah le hensem ahahaha

      Delete
  43. alamak tulisan iols yg buruk itu hakhak.. maluuuuu wakakaka.. dah rasmi ke ? ada tak tidur malam mimoi CT ? dah siap jampi tu kasi Akak JM rindu bayangan kat CT wakakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan comot tak pe janji orgnya sweet..bijak pulak tu eheheh..Mimpi? x de lah pulak...sis JM mimpi SS je hohohoho

      Delete
    2. Hahaha tak cukup strong jampi CT tu, dik. Mandrem SS nggak bisa dikalahin!

      Delete
    3. hahahaha iyeeelah mimpi SS jeee kite x boleh masuk dalam mimpi pun.. iyeeela iyeeela.. Kak Farrah mmp CT okay ? huhuhu..

      Delete
    4. Ehhh... Ada orang mimpi titew laaaa... Ha Ha Ha....

      Delete
  44. naaaak pegi village ni.. cantik gila rumah2 diorang ni..
    orang cakap kalo beli peta dia dapat cop cop kat peta tu.. kat certain tempat bleh cop cop..
    nak cop ke apaaaa ni punya prangai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT..betul...boleh kumpul cop tapi sis JM malas...plus nak save budget!!!

      Delete
    2. Cop cop kat certain tempat tu kiranya macam bukti kita dah sampai kat tempat tulah ye,...

      Delete
    3. hehehe Akak JM xpe banyak kali da sampai.. yg bru first time nak sampai ni truja nak beli n buat semua benda =D

      Delete
  45. macam nk sama dgn rumah stinggan kat brazil je rumah2 kaki bukit tu...

    ReplyDelete
  46. Replies
    1. hidung JM mmg dah kembang ni abe MKL...boleh tak nk 'edit' kat Koya hehehehe

      Delete
  47. Kalau tengok keindahannya memang terpikat nak pergi. Anak kak zai tak minat pergi Korea tapi kak zai teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Zai..kenapa x minat..biasa budak remaja perempuan mmg teruja kalau sebut korea ni...termasuklah JM yg dh x remaja lagi nih heeeee

      Delete
  48. Kalau kat mesia leh wat cam kpg tu jugak kan best...byk jugak stiggan yg berp9tensi utk wat mcm ni...tp kena bersungguh la kan heheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan yang bernas macam beras! jangan lupa kasi nama SETING GARDEN! keh keh keh...

      Delete
    2. Deanna...cadang tu mcm x boleh di realisasikan kalau minda org msia masih di takuk lama

      Delete
    3. ahahahaha....setinggan jadi Seting Garden...bijak SS..ishhh...nape JM x terpikir eh...nampaknya JM masih berfikir di 'dalam kota' heeeee

      Delete
  49. cantiknya bumbung dia color biru
    ni taip2 cepat2
    berebut ngan cik abe nak online haha
    nanti akak nak sambun baca semula :)

    ReplyDelete
  50. wah...warna warni kehidupan!!!nice...dulu masa g busan tak sempat explore sini...terjah haeundae beach je...semuanya sebab drama haeundae lover...btw..mmg daebak!

    ReplyDelete
  51. Menarik tmpt ni...ada kena mendaki tangga tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa? Putri Maryam dah fobia ngan tangga ke hehehe...ada tangga utk di daki tapi x tggi

      Delete
  52. lamaaa nye tak jengah sini ke bzian melanda T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe KopiO...sis JM pun x sempat terjah jugak...fair lah tu...sis faham :-)

      Delete
  53. sungguj detil entry mbak JM. selau lengkap, mudah bagi orang lain yg akan ke sana. Blog mbak JM memang terbaik lah.

    btw. komen sudah lebih seratus, saya ngak lihat mbak SS komen ? kemana mbak SS ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas Gunadi....tak nak ke Korea ke...Mbak SS pegi bercuti ke Bandung...hari ni hari ke 2 beliau di sana...sunyi dong dia x de sob sob sob

      psst : sorry Mas...lama JM x singgah di blog..ada free time nanti JM singgah ye :-)

      Delete
    2. oh..mbak SS lagi di Bandung. sama dong. saya juga lagi di Bandung sudah seminggu Mbak JM. kerja luar kota ke Ciwidey dekat kawah putih. ada projek.

      saya busy entry baru juga ngak ada Mba JM. entry masih yg itu itu saja.

      Delete
    3. saya ingin juga ke korea mbak JM. tapi nanti setelah Malaysia, Brunei, Filipina, Myanmar dan negara Asean semua khatam. lbaru lanjut ke Asia timur, lanjut ke Asia selatan. bertahap gitu..hehe.

      Delete
    4. walaupun ramai yg komen. ngak ada komen mbak SS terasa kurang..hehe. Mudah mudahan ketemu mbak SS di Bandung nih.

      Delete
    5. Mbak SS dah balik...ada jumpa dia x di kawah putih..dia pakai t-shirt merah

      Delete
  54. cantik kampung die.. berwarne warni.. ceria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sbb ia jadi salah satu tarikan di Busan Fifi...

      psst : alamat Fifi masih sama kan...sis JM nk pos small gift as a top comentar

      Delete
  55. kalau ke gamcheon rasanya saya sesat walaupun ada petunjuk yang sis JM bagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...PAROH!..dah ada direction lengkap pun leh sesat.....byk sgt mkn buah langsat ni....sis JM lak yg pelik sikit...boleh sesat di msia tapi kurang sesat di Korea...guna Waze di msia pun boleh sesat..FRUST tul

      Delete
  56. Sis JM tegur tak orang malaysia tu...dah sampai sana sama-sama jalan ka atau masing masing ikut haluan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami berbalas senyuman je...masing2 bawa diri

      Delete
  57. Finally..entry Gamcheon ni keluar..uwaaa....saya dah selamat balik. Tapi saya tak ikut direction mcm akak. Saya naik subway. nanti saya share kat blog.

    Psstt..jadi tak pergi ke Gamcheon hari esoknya tu? Hehe. Tapi Gamcheon ni memang cantikkan kan. N...orang2 Busan memang tengok kita macam alien je..eh..even kat luar Seoul, macam hari tu saya pergi Goyang, Ilsan, diorang tengok kita macam nak telan je. Kita pun fikir, apa la yang tak kena dengan aku ni. Apa2 pun, pengalaman tu best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. FiZ pegi Gamcheon naik subway? boleh jugak tapi perlu jln sikit kan?

      Ha'a...betul..org BUSAN suka pandang..sbb x ramai org 'bertudung' ke sana...kan AA baru je buka route ke Busan tu

      Delete
  58. Ehh..yang laluan utama tu..masa saya pergi takde pun bunga sebanyak tu...hhuhu...tak aci betul...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. FiZ pegi bulan Mei..meme lah dah togel...waktu sesuai Mac - Mid April....time sis JM tu pun dh tinggal hujung2 je...udpate cepat nk tahu your story..rasa nk repeat x?

      Delete
  59. Comel je nampak rumah tu dari jauh, macam lego...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal....itu dari jauh...kalau tgk dari dekat?

      Delete
  60. Jenuh scroll baru dapat komen.... Marvelous

    ReplyDelete
  61. Replies
    1. arghh..missss u a lottttttttttttttttttt..sampai x de mood nk reply komen..see?

      Delete
  62. Sis JM rajin nya naik turun naik turun ya. Di Malaysia rajin macam ni tak? Tanya ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat msia. x byk tangga....cuma tangga opis je...x puas!

      Delete
  63. Tahniah sis JM dapat hadiah dari rakan Blogger...

    Sis JM CT huraikan ni Blog nya apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arz...tunggu small gift dari sis JM....masih guna alamat yang sama kan

      Delete
  64. I reserved my comment about this entry... Tunggu! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah komen masuk bertalu2...welcome back home dear....barulah berseri 'rumah' i nih...yahhoooooooo!!!!

      Delete
  65. cantiknya bangunan cafe tu :-)

    ReplyDelete
  66. ooo idea mendeko dinding yg dh lusuh tu draipada org sana la ye..skrg kn dh bnyk wall art kn??..
    dah hujan tak leh plak bejalan2 ye...

    wow rezekiiii bnyk dpt hadiah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO...small gift utk u pun ada gak...tggu utk di ngepos je

      Delete
  67. ehhh dah lainn la... dh hijau la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..eh...dia datang...dia datang lah....mesti hujan lepas ni hihihihi

      Delete
  68. Assalamaualaikum kak JM.. lamanya Ros tak sampai sini.. dah berubah wajah dah pun blog ni. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Rose...sib baik x datang selepas 1 tahun...takut nanti blog dan tuan blog lesap hahahahaah

      Delete
  69. Gambo Gamcheon Cultural Village tu cun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cun mcm Jay Em tak? kah kah kah...sila muntah jauh2

      Delete
  70. Busan memang agak kerap hujan... Hu Hu Hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb apa eh...adakah kerana kedudukan tepi laut

      Delete
  71. "pose paling seksi"... Katanya... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi paling seksi tapi...tapi...utk tatapan diri sendiri je...so sila said I Love U dulu kalau nk tgk hahaahha

      Delete
  72. "Tanya kawan dia pulak tanya JM balik"... Nape comel sangat kawan u tu? Nak kenal boleh? Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia peMALU itu sbb gambar dia x ada dalam blog ni

      Delete
  73. Kalu Jay Emm nak tahu... Most my friend Korean dulu dari Busan... Dorang memang suke pakai slipar berstokin macam tu... SS pon terikut sama... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh...ye..kira org Busan ni kurang jaga penampilan lah ek..okey..REJEcT heeee

      Delete
  74. Tak adil dapat teh sobeyi! My peberet sobeyi tu... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS