Pages

Wednesday, 28 November 2018

Persediaan Trip ke Guangzhou China Nov 2018

Assalamulaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog JM πŸ’•,

Bismillahirrohmanirrohim

Five Rams Statue antara icon di Yuexiu Park, Guangzhou..ce kira berapa ekor RAMS..hahahaha
Meh sini JM nak kongsi RAHSIA dengan korang hihih. JM mula minat travel ni selepas join trip rombongan ke Beijing, China tahun 2010. Kawan satu kelas waktu study kat UKM dulu tanya “Nak join trip ke Beijing tak?"pakej RM1,000 je all in bawak duit shopping je untuk perjalanan 8 hari 7 mlm ke kalau tak salah. Terus la setuju sebab inilah peluang pertama kali nak travel oversea.

Ini juga pengalaman pertama kali terbang bersama Air Asia dan pergi dengan trevel agent. Pergi Beijing Musim Sejuk (Winter), memang jakun gila arrr bila tengok salji macam ABC. MasyaAllah seronok sangat, bila naik flight tu nampak awan berkepul-kepul memang tak tidur sepanjang perjalanan.

Balik sahaja dari Beijing, tahun berikutnya tahun 2011..JM dah mula ‘gian/ketagih’ nak travel lagi sebab seronoknya tengok negara orang..timbul keinginan nak explore more!! Melihat keindahan ciptaan Allah..subhanallah!!! Sejak dari tahun 2010 hingga sekarang mesti ada trip backpack yang JM selitkan setiap tahun. Alhamdulillah rezeki!

Tahun 2010 – Beijing, China
Tahun 2011 – Bandung, Padang dan Bukit Tinggi Indonesia, Seoul Korea
Tahun 2012 – Hong Kong, Jakarta. Langkawi, Perth dan Ho Chi Minh (Vietnam) – 2 kali
Tahun 2013 – Gold Coast, Sydney, Guilin - Guangzhou - Shenzen - Hong Kong, Ho Chi Minh, Singapore
Tahun 2014 – Bangkok, Siem Reap - Phnom Penh, Krabi - Phuket, Osaka Jepun, Seoul – Busan
Tahun 2015 – Bangkok – Lop Buri – Chiang Mai, Bangkok City, Surabaya - Yogjakarta
Tahun 2016 - Busan - Seoul, Hangzhou - Suzhou- Shanghai, Hatyai, India, Jakarta
Tahun 2017 - Siam Reap, Hanoi- Danang - Hoi An, New Zealand (South Island)
Tahun 2018 - Medan, Guangzhou
Tahun 2019 - Coming Soon ..ins haa Allah πŸ˜†

JM baru je balik dari trip ke Guangzhou bersama SS dan HH. Trip yang telah di rancang selama setahun akhir kami berjaya capai impian cuma terkilan juga sebab ada beberapa tempat yang kami pergi tak 'meet' our expactation.

Bila buat rujukan dalam blog mereka yang telah sampai sana, tiada yang kongsi info secara jelas, contohnya : ada yang cakap kalau pergi New Asia International Eelectronic and Digital City macam masuk Low Yatt tapi hakikat nya jauh panggang dari api....tiada yang cerita secara jelas kat mana di jual secara borong dan kat mana boleh beli secara retail..agak frust di situ. Jadi dari pengalaman sendiri JM akan share dengan lebih lengkap sebagai panduan untuk mereka yang belum pernah ke Guangzhou dalam entri akan datang.

Berikut adalah benda-benda yang kami highlight sebelum berlepas.

1. Booking tiket flight


Booking tiket flight setahun yang lalu, 12 Nov 2018 dengan harga tiket sahaja pergi balik RM463.33 murah ke mahal 😏

2. Sediakan Kitab busuk (Travel Itirenary)

Kitab busuk dan Q Card
Contoh Complete Itirenary
Tugas JM, cari info berkaitan tempat-tempat nak shopping, tempat makan, listkan senarai lokasi nak pergi, baca blog yang share pengalaman tetapi ada juga blog yang share info kurang tepat dan jelas. Kemudian SS akan double check balik semua info-info berkaitan, tambahbaik info yang ada, susun itirenary mengikut hari. SS memang pakar dalam bab ni..setiap masa perjalanan, route, budget, map, info semua tersusun rapi dalam kitab tu. HH plak pakar dalam bab booking (tiket flight, hotel, beli luggage, seat and meal). HH juga pakar dalam bab tanya direction semasa di China nanti, dia akan guna Q Card.

3. Mohon VISA ke China

Isi borang, sediakan passport, gambar VISA China 2 keping, salinan tiket flight (bukti pembelian tiket) dan satu salinan accomodation booking
Ini kali ketiga JM mohon VISA ke China..kali pertama pada tahun 2013 waktu tu buat trip ke Guilin - Guangzhou - Shenzen - Hong Kong dengan kos VISA RM58 sahaja untuk Single Entry. Kali kedua tahun 2016 dengan kos RM88.30 untuk trip ke Hangzhou - Suzhou - Shanghai. Pada tahun ini 2018 kos untuk buat VISA naik lagi RM100 untuk Single Entry. Korang rasa harga VISA ke China akan naik lagi tak untuk tahun-tahun akan datang? entah-entah boleh cecah RM150 untuk Single Entri.

Harga barang-barang kat China ni sangat murah itu sebab ramai businessman/woman dari pelbagai negara akan borong product dari sana termasuk la Mekah. Pernah tau JM dapat keychain replika Kaabah...tengok-tengok "Made in China'. 

Cara nak apply VISA ke China boleh rujuk entri ni Permohonan VISA ke China

4.Tukar Duit/Matawang RMB (Yuan)

Pada Nov 2018 - 100yuan bersamaan RM60.45
Rate Money Changer, 10yuan = RM6.45

Dulu nilai duit Malaysia tinggi..RM50 boleh dapat 100yuan tetapi sekarang..RM60.45 baru leh dapat 100yuan. JM tukar RM2,297.10 bersamaan 3,800yuan untuk duit hotel, transport, shopping, entrance fee and others. JM akan share nanti detail budget dalam entri budget.

5. Packing bag and ready to fly

Bye-bye Malaysia...see u after 7 days

95 comments:

  1. Nama pon Five Rams... Tentulah ada 5! Kah Kah Kah... Dapat hadiah x jawap betul? 🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita cari kat SG nak..hihihi

      Delete
    2. Jari Manis Boleh minta contact tak atau minta tolong sis contact saya di susyidie93@gmail.com.. saya tunggu respon sis ye...thanks a lot

      Delete
    3. Che Laa BBB...email me at jarimanis4ever@gmail.com

      Delete
    4. wuuu.. ada dapat job ke, dari che la bbb tu..

      Delete
  2. Tahun 2012 SS start follow Jay Emm as silent reader... Tahun 2014 gatal mengkomen... Tahun 2015 gatal ajak jumpa... 2016 smpi skrg berani mati ajak travel sama... Kah kah kah... Jay Emm rasa menyesal x? Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. X menyesal langsung..rasa badan bertuah hihihihi

      Delete
    2. dia bila dapat member yang sekepala nih, memang nikmat dunia.. hehehe

      Delete
    3. Alhamdulillah rezeki jgk tu 😬

      Delete
  3. wow..JM mmg pakar merancang! Post ni pun ditulis dgn tersusun dan mudah akak baca.
    3thn lepas akak ke Guangzhou pun rasanya byk refer blog JM (masa tu belum kenal JM..hehe). Sbb sgt details.

    Bagus siap Q Card. Mmg masak nak bercakap ayam itik kat sana. Kelakar kalau dikenang2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss..kalau kak Ujie nak tahu..nak pergi hari tu pun..JM refer entri blog kak Uji hihihih

      Delete
    2. bagusla, saling refer me-refer.. hehehe

      Delete
  4. China adalah antara negara ‘must go’... So... Cepat cepat lah buat Visa sebelum harga dan currency jadi mahal melambung... SS ada beberapa lg destinasi China dlm list... Antaranya Beijing, Harbin ehhh byk lagi nak overland...

    ReplyDelete
  5. MOGA YG DIRANCANG TERLAKSANA SEBAIKNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak PI..semoga dirancang dapat dicapai dgn baik tapi ada la part yg tak meet expectation

      Delete
  6. bagus tau.. suka baca jm buat mcm ni. nanti senang nak refer...yahoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss..terima kasih Jepun Mari..leh jadi guideline ek

      Delete
  7. Seronoknya JM jelajah dunia..

    Mg dipermudahkanNya, aamiin..

    ReplyDelete
  8. Bertuah la asik lulus visa ke China tiap tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak tak nak try aplly lagi ke..mgkin lulus mana tahu kan

      Delete
  9. Dengki tau uolls asik lulus visa ke sana..menci

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn la majuk Mak..ce try apply lagi..Gongjo kena repeat Mak..beg murah2..gila meroyan tau bila tgk hargabeg-bwg tu hiihih

      Delete
  10. bestnya.... semoga allah permudahkan urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua berjalan lancar Wan Syahida

      Delete
  11. salam, JM boleh tak share complete tentative kat guangzhou. ni 1st time nk ke guangzhou. InsyaAllah Jan ni nak ke sana..kalau sudi share boleh email ke bougainvills@gmail.com

    ReplyDelete
  12. yeah. JM kembali beraksi di blog ini.. samalah macam akak lama sangat blog sepi.. baru nak mula balik pelan2...

    ReplyDelete
  13. Bestnyaa sis!! Saya masa degree dulu bolehlaa jgk jalan2. Memang seronok sangat! Hahaha tapi kawan2 travel masa degree dulu dah pakat kawin dahlaa pulak. Tambah2, skarang memang tak sempat n kekurangan dana. InshaAllah, habis belajar ni nak pulun balik kumpul duit jalan2 tempat orang. Hihihi doakan kiteee. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. utamakan study dulu ye ana Fatihah..dah dpt keje nanti leh jalan2

      Delete
  14. PS: mmg dh lama erk rpp tu tutup, igtkan bru je....

    ReplyDelete
  15. datang jenguk-jenguk dulu kejap pagi ni
    nampak gamba visa kak JM. awat comey nauuu!!! hahahaha comey ngat..
    nanti bila free kite return visit baru lah bule baca full entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ietams..jgn puji lebih lebih..bontot dah makin kembang ni hihih

      Delete
  16. Mahal juga visa China yang JM apply. Saya baru applied bulan lepas single entry for RM30. Tapi dia bagi kelulusan untuk apply two entries dengan harga RM50

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh..Diane Teo..murah naa..awak apply kat Sabah eh? kak KL HQ mmg itulah harga nya tau..

      Delete
  17. Have fun & Safe journey JM.. Thanks for sharing semua info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Mulan..kita tgh layan trip spain awak hihi

      Delete
  18. lamanya tak tengokk... blog sis la, hihi.. kitab busuk tak tahan, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dyen..kitab busuk tu sentiasa bau wangi tau hihhi

      Delete
  19. Salam JM, boleh tak share kan full itinerary tu. nak pergi jan 19 ni. Book sama hotel gak �� hahaha fatinaznim93@gmail.com . Thank you JM 😘

    ReplyDelete
  20. Salam JM, boleh tak share kan full itinerary tu. nak pergi jan 19 ni. Book sama hotel gak �� hahaha fatinaznim93@gmail.com . Thank you JM 😘

    ReplyDelete
  21. Bestnya...tak sabar nak baca trip prg China ni...jgn malas2 ya

    ReplyDelete
  22. salam JM, baca dah blog JM p china nie, menarik.. boleh tak share complete itinery pergi Guangzhou nie, email kat nurulasma10@yahoo.com .. Thank you JM and happy holiday..

    ReplyDelete
  23. Wah, tak sabar Zumal nak baca entri seterusnya, tambah2 tempat nak borong barang tu. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal kan buat bisness ..elok sgt cari brg kat sana..half price tau blk jual harga double..pergi beli borong bwk jual..cth casing phone leh dpt harga rm3 tapi kat sini dorang jual RM10 tau

      Delete
  24. Pergi Ghuangzhou best.... kalau dapat musim buah laici perghhhh syiok beli dan makan. barang murah-murah....shopping syiok sekali

    ReplyDelete
  25. Salam JM. Boleh tak share itinerary yg ada tu? Nak pergi guangzhou jgak nanti ni . Fatinaznim93@gmail.com . Thank you in advance jm 😘

    ReplyDelete
  26. wahhh ... sungguh manis sekali picture JM ')

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn mudah tertipu..Jari je Manis..tu photoshop jek lebih hahaha

      Delete
  27. best, semua ahli ada tugasan masing2..

    ReplyDelete
  28. Rezeki sis JM dpt travel tiap tahun...
    2019 nk kemana pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ZF..rezeki dari Allah..2019? Ada laaa hihih

      Delete
  29. Wahhh banyaknya tempat dah pergi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Cik Tie..Alhamdulillah..Allah permudahkan perjalanan

      Delete
  30. lama rupanya gi.. boleh la nak pi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik En...pergila..best tau..JM pun ada plan nak repeat

      Delete
  31. assalamualaikum nak tanya betul ke kalau nak pergi guangzhou hujung bulan 1 tak digalakkan sbb bnyak kedai tutup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam..JGN PERGI TIME TU...SESAK!!!!! semua nak sambut TAHUN BARU CINA!!!!

      Delete
  32. kat mana ye nk beli brg2 elektronik yg byk pilihan dan berbaloi sbb next week sy ke guangzhou..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak!!! x sempat nak share..adehh!! dah balik ke?

      Delete
  33. good info,Tak sabar nk baca post Guangzhou. Tgh plan nk pegi terjumpa blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiza..dah byk post Guangzhou yang JM share..leh la godek2 time free heee

      Delete
  34. hebat...asia di hujung jari,dah bole jadi sifu trip China...tk pernah jejak sana lagi,kesian tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi Ayda dah masuk Europe..JM dok jejak lagi :-)

      Delete
  35. Boleh x nk mintak contoh list/ kitab busuk tu?teringin nk ke guangzhou. Mintak tlg email kat azrul.hisham.khalid@gmail.com

    ReplyDelete
  36. Replies
    1. saya cuma share sebahagian sahaja..complete itirenary on that day

      Delete
  37. Sis kat mana boleh dapatkan kitab busuk tersebut

    ReplyDelete
  38. fuh, dari 2010 tiap2 tahun pi melancong, memang banyak la negara yang dah sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki JM allah bg kesihatan yg baik dpt jejak kali ke bumi allah yg luas

      Delete
  39. ni memang perancangan mantap nih, siap ada q card... wow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi tempat kita x faham bahasa mcm tu arr..mcm itik ckp dgn ayam ahaah

      Delete
  40. tengok gambar last tu, terkejut jap.. ingatkan kat airport Guangzhou ada iklan alza... hahahaha

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum JM, sis boleh share hotel mana yg berdekatan dgn kedai ala2 mcm suasana area bkt bintang? yang boleh shopping murah2 mcm masjid india? πŸ€”

    ReplyDelete
  42. Salam sis jaris manis😊 boleh x share tentative ke guanzhou ...nak jadikan rujukan sebb saya kali pertama ke sana takut banyak benda yang x tahu...😊 ..kalau sis jm sudi boleh tolong email kan dekat saya sitiharyaniismail@gmail.com..klau dengan bayaran pun sya okey😊 minta maaf sebb meminta πŸ™ harap dengan pertolongan akak saya dpt jadikan rujukan 😊

    ReplyDelete
  43. Salam sis... mohon share jugak irtenary sis... norashikinrahamad@gmail.com... terima kasih yea.... ��

    ReplyDelete
  44. Bestnya JM. Dah banyak tempat pergi. Boleh share saya itenary penuh ke Guangzhou di emel yusofalang@gmail.com. Tq JM

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS