Pages

Monday, 31 December 2018

Goodbye 2018 😢 WELCOME 2019 💖💖

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖,



Goodbye 2018 L
Welcome 2019!!! J


Hari ni 31 Disember 2018, esok dah masuk tahun baru uolssss!! Tahun DUA RIBU SEMBILAN BELAS!!! Cepatnya masa berlalu....setahun 365 hari, rasa terlalu pantas masa bergerak...tak tahu la apa pencapaian JM tahun 2018 ni. Paling ketara rezeki dari Allah dapat mendiami sebuah rumah sendiri..Alhamdulillah.

Yang pasti umur dah tambah 1 angka..bukan makin panjang umur tapi semakin pendek umur sob sob sob. Angka usia makin besar tetapi hati tetap rasa muda keh keh keh..Siapa perasan muda macam JM hahahaha

Masuk je tahun baru mesti korang ada setup azam baru betul tak? ke tak ada? Yelah kot la azam nak beli rumah ke, kereta ke, nak beli perabut rumah ke (itu azam JM la hihihi) nak cari awek ke, nak cantikkan gigi ke..apa-apa azam lah!!! Nak turunkan berat badan ke (azam JM yang tenggelam timbul ahaha) Tak pun nak kurangkan hal dunia lebihkan akhirat ke..

Tak kira lah apa azam korang, JM doakan supaya Allah permudahkan semua urusan dan impian korang tercapai. JM doakan juga semua reader blog JM sentiasa sihat., murah rezeki dan hubungan silaturahim kita kat alam maya ni berpanjangan..Aminnn.

Sebut pasal hubungan silaturrahim ni, JM nak semua nama dalam LIST kat bawah ni, emailkan JM alamat surat menyurat ye....ada certain person JM dah ada alamat dorang tapi inginkan kepastian alamat masih sama or dah bertukar... kecuali alamat SS la hihihih

Friday, 28 December 2018

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Shangxiajiu Pedestrian Street Shopping Area

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖,


Mungkin ini entri terakhir sebelum tutup tirai 2018 dan welcome year 2019!!!

Entri terakhir 2018 tau bukan entri terakhir dari blog JM..JM belum mahu bersara hihihihi

Sebelum menjelang tahun 2019, kepada Top Komen Tahun 2018 yang termasuk dalam senarai pada banner sebelah kanan tu, minta emailkan alamat surat menyurat kepada JM boleh???? Ada sedikit ole-ole untuk mereka yang SETIA bersama blog JM.

Email ke jarimanis4ever@gmail.com

**********************************
Entri sambungan dari kedai makanan HALAL di Dishifu Lu boleh klik kat SINI

Perut dah kenyang jom kita cuci-cuci mata kat Shangxiajiu Pedestrian Street lak. Siapa tak suka shopping angkat tangan!!!

Wajib ambil gambar kat sini - Welcome to Shangxiajiu Pedestrian Street
Nak pergi tempat ni senang jek..korang follow jek MAP yang JM share kat bawah ni.

Saturday, 15 December 2018

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - HALAL Restaurant at Dishifu Lu/Rd

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖,


Moh sambung entri Guangzhou...bulan Dis ni rajin sikit update blog hihih

Kalau nak tahu JM stay kat mana..boleh klik SINI

Hari pertama sampai di Guangzhou, lepas dah check in kami plan nak ke sini :

1. Kedai Makanan HALAL area Changshou Lu Station
2. Shangxiajiu Pedestrian Street
3. Beijing Lu

Waktu JM ke Guangzhou tahun 2013 dulu, pernah makan kat satu kedai ni...lokasi di Changshou Lu Station Exit D, dari exit tu cross jalan, masuk lorong sebelah kiri ada kedai HALAL tu. Kalau dari Exit D akan nampak dari jauh kedai HALAL tu signboard warna hijau.

Changshou Lu Exit D
Bila keluar Exit D tu, jalan arah ke kanan sikit pandang a seberang jalan..JM jadi BLURR...eh mana signboard hijau 'HALAL' tu? dah tak ada....pastu bangunan yang sepatutnya meriah dengan jualan pun dah tak ada, bangunan tu pun macam dah nak kena roboh..tiada lagi peniaga kat kawasan tu....dalam hati 

"Ehhh..salah tempat ke ni..tapi rasanya dah betul...." pastu SS tanya..
"Mana kedainya..u tahu ke tak ni?" JM makin blurr sambil bukak kitab busuk..masih blurr

Pastu SS ambik kitab busuk tu dia suruh HH tengok kat mana kedai tu..sebab ada letak info dalam kitab tu..HH dan SS cuba jalan ke arah kiri kalau-kalau kedai tu kat sebelah sana..Tapi JM dok la berdiri kat situ sebab confident kedai tu kat seberang jalan sana. Adehhh!!!

SS ajak cross jalan je pegi tengok dari dekat..JM cakap la "kedai tu masuk lorong sebelah kiri"

Korang nak tahu apa yang kami nampak??????

Monday, 10 December 2018

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Sunny Private Apartment Hotel Of Grand Continental



Assalam dan salam sayang buat reader blog JM 💖


Sambungan dari entri Departure Day

Masih ada yang berminat nak baca lagi tak kisah trip ke Guangzhou..moh kita sambung!

Selepas almost 1 jam dari South Airport Station (10.25am) ke Beijing Lu Station (11.20am) kami pun sampai di...

***Sunny Private Apartment Hotel Of Grand Continental!!!!***

Kalau baca lagi sekali nama hotel ni macam pelik jek bunyi nya..Sunny Apartment Hotel ke..Grand Continental Hotel?

Lokasi hotel : Beijing Lu Station Exit B

Bab tempah hotel/penginapan ni SS dan HH memang pakar..dorang bijak cari lokasi dan harga. Itu yang menjadi keutamaan dan paling penting bilik hotel tu boleh stay untuk 3 orang. Kalau travel bertiga ni agak susah tau nak dapat bilik katil bertiga kebanyakan nya twin sharing kalau nak juga kena minta extra bed.

Dorang booking kat booking.com untuk 5 mlm 1,392.08yuan (RM841.52) means satu mlm anggaran  RM168. Kalau dah stay bertiga setiap sorang bayar RM56.00 sahaja untuk satu malam..MURAH ke MAHAL?

Cara nak ke sini mudah sahaja :
1. Take a Metro Line 6
2. Stop at Beijing Lu Station
3. Exit B
4. Turn RIGHT and Cross the ROAD

Nak lebih jelas lagi JM share lokasi hotel tu seperti MAP di bawah. Kalau tak lukis map macam ni mesti tak tahu nak tuju arah ke kiri or kanan kan, so JM share bagi mudahkan rujukan trip akan datang dan juga mudahkan traveller lain yang berminat nak stay kat sini.

Map lokasi Sunny Private Apartment Hotel of Grand Continental

Thursday, 6 December 2018

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Departure Day

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 👄,


Ini adalah sambungan dari entri yang lepas Persediaan Trip ke Guangzhou Nov 2018

Bulan Nov ni JM agak rajin untuk update entri selepas beberapa bulan 'menyepi'. Paling best tu kawan-kawan lama kat blog masih ingat pada JM...sayang korang ketat-ketat.

Selepas setahun menunggu akhirnya tibalah waktu untuk berlepas ke Guangzhou. Ini kali kedua JM ke sana, trip pertama dulu singgah sekejap je 2 hari kalau tak salah itupun tak sempat nak explore semua tempat shopping so trip kali ni memang membeli gila-gila hihihhi.

Flight ke Guangzhou jam 5.10am pada 21 Nov 2018, jadinya perlu ada di Airport kurang-kurang 3 jam sebelum waktu berlepas. Jam 10.00pm macam tu dah gerak dari rumah sebab plan nak naik train ke KLIA2 jam 11.51pm. Lepas ambik sandwich order dari kawan untuk bekal esok pagi terus ke Putrajaya central parking kat sana.

Tiket train masih keras tau..belum ramai lagi pegang..masih DARA hihihih
Trip kali ni masing-masing bawak backpack je, sampai Guangzhou nanti plan nak beli luggage dan cabin bag sebab memang niat nak me'nyoping'. So masing-masing beli luggage balik 25kg seorang.

Alhamdulillah dapat parking betul-betul depan lift pastu plak sempat naik train jam 11.21pm, then JM cakap la kat SS..alhamdulillah lancar je perjalanan kita tadi semoga semua lancar sehingga balik ke Malaysia...TAPI ada sesuatu yang di luar jangkaan berlaku..ADEH!!! nak tahu apa tu? baca sampai habis hihhiih.