Pages

Saturday, 15 December 2018

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - HALAL Restaurant at Dishifu Lu/Rd

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖,


Moh sambung entri Guangzhou...bulan Dis ni rajin sikit update blog hihih

Kalau nak tahu JM stay kat mana..boleh klik SINI

Hari pertama sampai di Guangzhou, lepas dah check in kami plan nak ke sini :

1. Kedai Makanan HALAL area Changshou Lu Station
2. Shangxiajiu Pedestrian Street
3. Beijing Lu

Waktu JM ke Guangzhou tahun 2013 dulu, pernah makan kat satu kedai ni...lokasi di Changshou Lu Station Exit D, dari exit tu cross jalan, masuk lorong sebelah kiri ada kedai HALAL tu. Kalau dari Exit D akan nampak dari jauh kedai HALAL tu signboard warna hijau.

Changshou Lu Exit D
Bila keluar Exit D tu, jalan arah ke kanan sikit pandang a seberang jalan..JM jadi BLURR...eh mana signboard hijau 'HALAL' tu? dah tak ada....pastu bangunan yang sepatutnya meriah dengan jualan pun dah tak ada, bangunan tu pun macam dah nak kena roboh..tiada lagi peniaga kat kawasan tu....dalam hati 

"Ehhh..salah tempat ke ni..tapi rasanya dah betul...." pastu SS tanya..
"Mana kedainya..u tahu ke tak ni?" JM makin blurr sambil bukak kitab busuk..masih blurr

Pastu SS ambik kitab busuk tu dia suruh HH tengok kat mana kedai tu..sebab ada letak info dalam kitab tu..HH dan SS cuba jalan ke arah kiri kalau-kalau kedai tu kat sebelah sana..Tapi JM dok la berdiri kat situ sebab confident kedai tu kat seberang jalan sana. Adehhh!!!

SS ajak cross jalan je pegi tengok dari dekat..JM cakap la "kedai tu masuk lorong sebelah kiri"

Korang nak tahu apa yang kami nampak??????

Korang nampak apa yang JM nampak????? Already CLOSED!!!! Dah pindah ke lokasi lain agaknya!!
Nampak tak??? kalau tengok keadaan kedai tu macam dah bertahun TUTUP!!!! Bangunan lokasi kedai ni pun nampak macam dah tunggu masa nak roboh, jadinya dorang dah pindah lokasi.

Peringatan dari JM...kalau korang cari info satu-satu destinasi tu pilih entri atau info terkini. Macam kami..info yang kami rujuk tahun 2013 dan 2016. Let say la korang nak travel tahun 2019..cari lah info tahun 2017 or early 2018. Jangan info yang terlalu lama risau dah tak valid.

Tengok je kedai tu 'TUTUP"...FRUST!!! lapo..nak cari makan kat mana..itu je kedai harapan yang kami ada...

Mati kutu..abis nak ke mana ni?...kita jalan la terus ke depan..maksudnya Exit D tadi jalan terus sahaja ke kanan sebab JM ada nampak signboard warna coklat "Shangxiajiu Pedestrian Street" terus je ke depan lagi.

Dalam beberapa meter jalan macam tak nampak area "Shangxiajiu Pedestrian Street". Kiri kanan jalan ada kedai tapi tak meriah, harga pun mahal.

SS tanya JM "betulkan ikut arah sini"
JM jawab "betul....tadi ada nampak signboard....jalan terus je ke depan"

HH pulak dah jalan jauh ke depan...kami jalan slow-slow tengok kiri kanan tapi tak ada apa yang menarik.

Jalan..jalan..jalan..dalam hati berdoa juga "Ya Allah! engkau permudahkanlah urusan kami Ya Allah.."

Bila sampai di penghujung jalan ada simpang empat....tiba-tiba si HH menjerit (dah kena sampuk syaiton ke budak ni hahahah) sambil senyum.....kami pun terpinga-pinga la..kenapa???

HH dengan isyarat tangan tunjuk ke depan sebelah kanan sambil berkata "ada kedai HALAL la"..dia nampak ada kedai makanan HALAL...alhamdulillah..apa lagi jom la serbu hehehehe.

Disebabkan kami jumpa kedai tu, JM share dengan korang lokasi detail kedai tu kat jalan Dishifu Lu seperti dalam map di bawah sebagai rujukan.

Map of direction to Halal restaurant at Dishifu Lu
Penghujung jalan Baohua Rd ni akan jumpa simpang 4 ni
Dari 4 junction tu..korang toleh ke kanan akan nampak McD pastu kedai makanan HALAL tu betul-betul sebelah McD
Zoom OUT sikit, senang nak kenal kedai HALAL ni..signboard dia warna hijau pastu ada logo HALAL
Jom masuk..macam-macam menu ada
Menu book - sape pandai translate
Menu dan Harga
Kami order Mee tarik with Beef..2 manguk untuk 3 orang..minta extra bowl..harga satu mangkuk 13yuan (RM7.80)
Masuk kedai, ambil tempat duduk, tengok menu..order!!! Mee tarik 2 boss!! hihhi..satu mangkuk tu tak habis tau makan sorang tapi tak cukup makan bertiga jadinya kami order 2 mangkuk. Satu mangkuk RM7.80 atau 13yuan.

SEDAP weiii mee tarik kat China ni..mee dia kenyal-kenyal, kuah sup dia marveles, hirup panas-panas letak lak macam cili flake yang di masak tu....perghh....makan time tengah lapo.....BBBOOOMMM nak meletup pun buat tak hairan dah hahahaha

Slurppp!!! slurpp!!! alhamdulillah kenyang...baru boleh berikir dengan baik..kalau perut tengah lapar.....otak jadi jem hihihi

Dah siap makan sebelum bayo kami nak tapau nasi untuk bekal esok pagi makan dengan sambal bilis tumis kering. So HH keluarkan Q Card dalam handphone tunjuk kat staff kedai perkataan 迷你 Mi Fan = Nasi sambil angkat 2 jari means nak tapau 2 bungkos setiap 1 bungkus 6yuan (RM3.60).

Kami sebenarnya masih blurr tau nak cari Shangxiajiu Pedestrian Street ni. Pastu HH keluarkan Q Card yang cetak atas kertas tunjuk perkataan 上下九步行街 = Shangxiajiu Pedestrian Street??? Orang kedai tu pun tak cakap apa-apa just angkat tangan tunjuk arah ke kanan kedai..

Untungnya kami ni..anak saudara SS pandai bahasa China, bukan pandai bercakap sahaja, menulis, membaca..so minta dia la tolong translate..kalau macam korang..minta la uncle google tolong translate hihih.

Jom kita teruskan ke Shangxiajiu Pedestrian Street plak

Welcome to Shangjiaxiu Pedestrian Street
Penat dah taip...cerita pada Shangxiajiu  Pedestrian Street ni dalam next entri boleh? hihihih

-Bersambung-

71 comments:

  1. Banyak research nak kena buat sebelum travel ke negara orang. Tambah-tambah lagi kalau kita tak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan negara tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Jannah..almost a year tau sediakan itinery..rasa frust klau ada yang minta share itie tanpa usaha sendiri

      Delete
  2. Betul tu sis.. Klau nk cari maklumat apa2 kena cari yg latest...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ZF..give me five sbb ZF baca entri sis JM..bukan main komen x de kaitan hahahaha

      Delete
  3. Xbyk ka kedai makanan halal kt sana. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beberapa kedai makan tapi tak sebanyak kedai makan kat Msia la yang bersepah sampai kalau sehari masuk 1 kedai belum tentu habis tawaf dlm setahun hihih

      Delete
  4. Kerajinan apakah ini..gosok mata x percaya..chaiyok jm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss..Mak!!! tak percaya ke..mana entri baru Mak? jgn malas-malas na..nak entri BALI!!!

      Delete
    2. SS pon dah gosok mata gak ni... Tapi tak kuar aladin... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. AWak bila nak update entri baru hihih

      Delete
  5. betul JM..info kena cr yg latest.klu guna info lama jd cenggini..naya kena posa

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk kali jgk terkena Mak..cari info lama bila sampai sana tempat tu dah tutup...ada jgk yg share info salah..nama tempat lain pegi tulis nama lain..bila pegi sana....ehhh..salah tempat daaa..kadang rate entrance fee pun..tak leh caya sgt sbb by the time kita pegi dah naik harga lain..so bila buat budget tu lebihkan kos

      Delete
  6. mee tarik tu nmpk mcm x byk jee..haha klu mak sorg mau 2 mangkuk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangkuk nya dalam...dari atas mmg nampak tak byk Mak..bila di korek..byk tau..ke kami jenis mkn x byk kecuali JM hihhi

      Delete
  7. Buku menu lawa..nk sng ingt kedai ni tepi mcD kan..mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih..Mak!!! bila nk pegi China ni?..try la buat VISA..mesti LULUS la..best woo guangjo...rasa nak pergi lagi

      Delete
  8. KALAU TRAVEL JAUH MUDAH JUMPA RESTORANMAKANAN HALAL TENTU TAK RISAU NK ISI PERUT

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE KAK PI..CUMA MENU KAT SANA MEE TARIK OR NASI GORENG..JGN LA DOK MINTA TOM YAM KE MEE GORENG MAMAK KE..X DOK HIHIHI

      Delete
  9. Replies
    1. rezeki orang munafir kat Nieda..kalau tak jumpa hari tu mmg masing-masing mood akan ke laut la

      Delete
  10. Macam sedap je mee tarik tu JM, macam okay je harga dia RM 7 lebih je

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Husniey..lebih sedap dari mee tarik kat msia hahah..matikla kena kutuk pasni..reasonable la kan harga tu leh mkn berdua..portion byk

      Delete
  11. Alhamdulillah jumpa gak kedai halal dekat situ yer. Tetiba teringin nak rasa mee tarik tu. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat msia pun ada Zumal tapi tak sesedap kat China :-)

      Delete
    2. Nampaknya kena makan kat sana la baru nikmatnya terasa yer

      Delete
    3. Panda dari sana boleh hantar sampai perlis ke? Lapaq mee tarik

      Delete
  12. Shangjiaxiu pedestrian street tu besar gadang screen tv dia. Best pusing area situ sebab banyak kedai-kedai dia.

    ReplyDelete
  13. seronoknya baca citer dan pengalaman JM merlancong ke tempat org..akak ni entah bila nak sampai sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kam..x pe tggu anak2 dah keje nanti bior dorang yg bawak heee

      Delete
  14. mee tarik makanan org cina kan.. confirm kat sana sedap. kt mee tarik kat mlaysia ini pun cik en suka makan

    ReplyDelete
  15. Seronok baca, tak sabar tgu nx entry 😊

    ReplyDelete
  16. Uii saspen juga cheq dok baca part mula2 tu, Alhamdulillah la cik kak JM n de geng jumpa juga kedai makan HALAL akhirnya. Tepi McD lokasinya noo, memang landmark yang mudah dicari kalau cheq ada peluang untuk ke sana nanti. Xie xie nie 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Suerin..jgn sesat tau..follow sis JM nye guide ni hihih

      Delete
  17. Bestnya jenjalan Dan makan makanan halal kat sana

    ReplyDelete
  18. Asalam..tahniah dapat anugerah di blog Etuza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam cikgu Etuza...terkojut den dapat berita ni hahahah

      Delete
  19. Adoi.. Mujur jumpa restoran Halal.. Kalau tak mesti JM yang jadi hijau.. kikiki.. Bestlah ada yang tolong translatekan.. Kalau tak mengharap pada pakcik google jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahida...kih kih kih...bila jadi hijau..koyak semua baju kecuali baju kecik haahhha

      Delete
    2. Hahahaha.. gelak besar bila terbayang kat kepala.. Dah macam hulk lah pula nanti JM.. kikikiki..

      Delete
  20. salam JM, dah lama i tak singgah sini...blog JM info mantop seperti selalu!!

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, ada orang mintak alamat nih.

    https://madey09.blogspot.com/2018/12/panggilan-alamat-blogger-diperlukan.html

    ReplyDelete
  22. Thanks kongsi trip ni JM.. Eyyy nak sangat pi sana.. Suka Chinese food..

    ReplyDelete
  23. Asalam Jm..syukur dapat jg isi perut yg lapar tu..seram saya baca..di China tu..kesian pun ada..Tapi orang berusaha allah mudahkan jalan..syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza....alhamdulillah..food dia pun sedap..leh la telan

      Delete
  24. Senang bila ada Qcard... kalau guna google translate pun ok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ahh Arz..kena bijak bila pergi tempat yang kita tak faham bahasa dorang..dorang pun x faham bahasa kita..x lah jadi mcm ayam itik bercakap hahaha

      Delete
  25. kak ana di fahamkan sekarang ni banyak di sediakan tempat makan Halal kan JM yang khusus untuk Muslim Travel, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah, jumpa restoran halal..mi tarik mmg best di China..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak Nohas..rasa nak pergi Beijing lagi..nak follow entri kak Nohas lah..dulu pergi dengan tour tak puas!

      Delete
  27. Dah hampir hampir nak kebuluran.. Tapi... Selamat!

    ReplyDelete
  28. Masa kebulur tu tetiba teringat sandwich kat hotel.. ha ha ha

    ReplyDelete
  29. teringat masa ke osaka tahun lepas perasaan bila jumpa kedai makan halal tu memang rasa nak melompat pun ada.hihihi... yg sebenarnya memasing dah kelaparan. jadi bila kejumpaan tu fuh bahagia yg amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaminie..lompat sampai ke bintang tak ahahha

      Delete
  30. sy baru balik dr guangzhou..kecewa xjumpa kedai dishifu lu ni kat area mcd..punya la jauh punya pusing..mcd kat gaungzhou byk gak...but luckily hotel kami insail hotel berdekatan stesen haizhu square park ada restoran halal..utk rase makanan ehh dont ask me as long as makanan halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Manz...mmg x jauh dah dari McD tu tau..kalau Manz baca blog JM sebelum pergi mesti JUMPA...easy

      Delete
  31. Assalamualaikum kak. Seronok akak dapat travel ke Guangzhao. Kalau akak nak travel mana mana dengan harga murah, Cuba travel dengan Kembara Sufi. Ada banyak pakej dan murah pakej semuanya. Klik link yang saya bagi untuk dapatkan maklumat lanjut. Terima Kasih.

    http://kembarasufi.com/

    ReplyDelete
  32. Kedai sebelah mcd TU dah jadi convinience store. Saya baru balik bln lalu. Nov 2019.

    ReplyDelete
  33. Senang cam kan bila letak signboard warna hijau macam tu.

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS