Monday, 10 December 2018

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Sunny Private Apartment Hotel Of Grand Continental



Assalam dan salam sayang buat reader blog JM 💖


Sambungan dari entri Departure Day

Masih ada yang berminat nak baca lagi tak kisah trip ke Guangzhou..moh kita sambung!

Selepas almost 1 jam dari South Airport Station (10.25am) ke Beijing Lu Station (11.20am) kami pun sampai di...

***Sunny Private Apartment Hotel Of Grand Continental!!!!***

Kalau baca lagi sekali nama hotel ni macam pelik jek bunyi nya..Sunny Apartment Hotel ke..Grand Continental Hotel?

Lokasi hotel : Beijing Lu Station Exit B

Bab tempah hotel/penginapan ni SS dan HH memang pakar..dorang bijak cari lokasi dan harga. Itu yang menjadi keutamaan dan paling penting bilik hotel tu boleh stay untuk 3 orang. Kalau travel bertiga ni agak susah tau nak dapat bilik katil bertiga kebanyakan nya twin sharing kalau nak juga kena minta extra bed.

Dorang booking kat booking.com untuk 5 mlm 1,392.08yuan (RM841.52) means satu mlm anggaran  RM168. Kalau dah stay bertiga setiap sorang bayar RM56.00 sahaja untuk satu malam..MURAH ke MAHAL?

Cara nak ke sini mudah sahaja :
1. Take a Metro Line 6
2. Stop at Beijing Lu Station
3. Exit B
4. Turn RIGHT and Cross the ROAD

Nak lebih jelas lagi JM share lokasi hotel tu seperti MAP di bawah. Kalau tak lukis map macam ni mesti tak tahu nak tuju arah ke kiri or kanan kan, so JM share bagi mudahkan rujukan trip akan datang dan juga mudahkan traveller lain yang berminat nak stay kat sini.

Map lokasi Sunny Private Apartment Hotel of Grand Continental
Beijing Lu Station Exit B
Keluar sahaja dari station ni ambil arah ke kanan!!

Sunny Private Apartment Hotel ada dalam bangunan ni, naik lift ke Aras 18 untuk ke Receptionist Hotel....bukan kat lobi
Nampak tak entrance masuk building ni tulis Grand Continental dan Nomo International Apartment? Sebenarnya building tinggi tau dalam 36 tingkat kalau tak salah..jadinya dalam satu building ni ada banyak hotel termasuklah Grand Continental. Itu sebab nama hotel kami nak stay ni Sunny Private Apartment Hotel of Grand Continental, meas doorang share dalam satu building.

Receptionist untuk Sunny Private Apartment ni tingkat 18. Kalau dah masuk entrance building tu nanti ada dua lift kiri dan kanan, korang pilih lift sebelah kiri tekan lift naik ke tingkat 18. Haaaa tengok detail ke tak JM ajar..kalau tak faham jugak tak payah nak travel sendiri follow je travel agent 😅 . Kami kurang pasti la berapa level bilik untuk Suny Apartment dan tak beminat nak ambik tahu pun janji kami dapat bilik best, besar dan kebabomm!!!

Kaunter receptionist tingkat 18..nampak tak tu kami bawak bagpack je....
Dah sampai tingkat 18 tu pi la cari kaunter receptionist macam dalam gambar kat atas tu. Proses check-in macam biasa, serah passport masing-masing untuk dorang buat satu copy. Pastu HH tanya boleh tak bayar by credit card..dia cakap boleh..Yahoooo! duit cash yang dah standby untuk bayar hotel leh guna untuk shopping hihihih.

Waktu tengah check-in tu salah sorang staff pompuan tu cakap gini "I will give you a room with a nice view at same price..but you must give us a good review"...Nice view? same price? sape tak nak kan hihiih..rezeki..rezeki..jagan risau ye dorang boleh communicate in englsih very well sebab ramai jugak malaysian stay sini.

Selesai urusan check-in salah sorang staff dorang bawak kami ke bilik (Room No 1511). Bukak je pintu..Masya Allah besarnya bilik, katil single 3, TV, peti sejuk 2 pintu, almari baju, microwave, sinki dan space untuk solat pun besar. View  dari lar cermin bilik pun lawa.

Staff tadi tolong kami setkan WIFI dan tunjuk cara on TV..bila dia beredar je mula la aktiviti ambik gambar bilik. Kredit to SS kerana ambik gambar bilik kami yang besar dan serba lengkap ni.

Katil single tapi boleh tidur berdua..besar..ce teka sape tidur katil sblh tandas, katil tengah dan katil tepi tingkap hihihi
Nampak tak? ada Almari baju (gobok), peti sejuk dan TV
Ni ha..tak seronok ke..siap ada microwave ko..kalau nak panaskan nasi ke lauk ke..kan senang. Ada sinki lagi nak cuci tupperware ke cawan ke
Bilik air dia pun beso..SS cakap bilik air dia berbau..dia rajin hari-hari cuci bilik air hihih
Kat hotel ni dorang akan housekeeping bilik setiap hari, dan toilettories hari-hargi beganti cumanya satu part je tak best..asyiklah dapat towel kena gigit tikus (berlobang). Setiap kali dapat towel baru je kena check dulu mesti ada yang berlubang(macam reput) agaknya. Adeh!! bila minta tukar lambat pulak dia datang ganti ada malam tu kita dah nak tidur, baru datang ketuk pintu cakap nak tukar towel. Lain pada tu bagi JM semua tip top dan highly RECOMMENDED!!!

Ni view dari tingkap hotel..waktu check in tadi kan staff dia cakap nak bagi bilik dengan view yg ohsem....setiap pagi kami lepak tepi tingkap sambil jamah sarapan..nikmatnya!!!
Satu lagi peringatan buat semua, ada orang cakap "eleh..ko pergi Guangzhou banyak kedai HALAL..tak perlu risau la" tapi korang kena ingat..ada kemungkinan kedai HALAL yang korang pergi tahun 2015 tu dah tutup kalau korang pergi tahun 2018. Contohnya tahun 2013 dulu JM pergi makan kat kedai HALAL di Changsha Lu Exit D tapi bila pergi tahun 2018 baru-baru ni bangunan kedai tu pun dah nak kena roboh, kedai tu dah TUTUP. So kalau nak cari info kedai makanan HALAL kat Guangzhou ni sila baca entri blog terkini..maksudnya kalau nak pergi tahun 2019 cari  lah info yang blogger share trip tahun 2018 atau 2017.

Kalau nak selamat tak nak berlapar, mengamuk cari kedai makan tak jumpa..better korang bawak bekal macam kami. Sediakan sambal ikan blis kering ke, serunding ke, nasi lemak brahim ke..bangun pagi boleh panaskan guna microwave. Pastu lets say pergi kedai makan minta tapau nasi putih, balik hotel boleh makan dengan sambal bilis kering. Maksudnya sarapan siap-siap kat hotel, makan malam pun kat hotel, makan tengahari je kat luar.

Tak dinafikan ada beberapa kedai makanan HALAL di Guangzhou nanti JM share dalam entri yang lain.

Bila dah masuk simpan beg semua, solat jamak dulu pastu jom kita ronda-ronda di Shangxiajiu Pedestrian Street dan Beijing Lu Pedestrian Street.

-Bersambung-

75 comments:

  1. Hotel ni best... cuma toilet jek la... bau skit... kena cuci sendiri... lain semua ok 😅

    ReplyDelete
  2. Nasib baik x de nyamok x de gangguan dan bersih laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyamok tak mampu terbang ke tingkat 15 tu ekeke

      Delete
  3. Private boleh jln berbogel tak you?

    ReplyDelete
  4. Murah lah tu dgn bilik luas..selesa..jemur spender pun boleh kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH..pastikan jgn SPENDER yang belobang la hihihi

      Delete
  5. Puas hati kalau dapat bilik luas mcm ni....lepas penat berjln blh tidur dgn lena....

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL kak Zila..ada space nak solat, nak membawang jugak hihih

      Delete
  6. Lama tak blogwalking. Amboii ke China pulak dia. Btw jemput join Disember giveaway | Win Duck Card Holder worth RM150 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azyyati..lama betul tak muncul kat blog sis JM..TQ!!!

      Delete
  7. Besarnya hotel ni JM, selesa sangat tu banyak kemudahan.. Nak bookmark lah. Tuan suami teringin nak ke Guangzhou nanti boleh rujuk sini balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husniey!! BOLEH BOLEH..nanti JM share entri detail tak perlu rujuk blog lain dah hahaha

      Delete
  8. Replies
    1. cik Munge..kalau bawak anak2 leh main badminton dalam tu hihih

      Delete
  9. Replies
    1. hari-hari kami masak..tapi guna mirowave arhhh

      Delete
  10. Replies
    1. berbaloi-baloi bayar..harga murah..view lawa..facilities tip top..REZEKI! hihihi

      Delete
  11. part nama hotel tu dia nak dua dua sebab tu namanya gitu tamak! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke...dorang share dalam satu building Yana..maybe Grand Continental pemegang saham terbeso..maybe jek hihih

      Delete
  12. terbaik kak JM siap lakar peta lagi hahaha kalau tak appreciate jugak tak tahu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tak nak jadi mcm kami..refer blog semua share
      Exit B,Exit D, Exit C pastu nak ke kiri ke? nak ke kanan? terpaksa la tanya org sana sini..sbb info tak detail..so!! nak mudahkan sesiapa nak ke sana..sis JM share detail..sbg rujukan diri sendiri jugak sbb nak REPEAT hihih..kalau ada yang bertanya lagi..sis x layan!

      Delete
  13. bagi yana murahlah harga semalam untuk sorang tu .. bilik luas kot even tandas berbau hahaha

    ReplyDelete
  14. Bilik besor gadang siap peti sejuk 2 pintu....hah gobok pun besor nau....syiok

    ReplyDelete
  15. waalaikummusalam
    fuh,cantik&menarik
    terbaik

    ReplyDelete
  16. Terbaik la perkongsian cik kak JM ni, info dan tipsnya cukup bermanfaat 😎👍

    ReplyDelete
  17. Pemandangan yg menarik dia bg. ..

    ReplyDelete
  18. Asalam JM..sangat menarik, pelancongan yang benar2 tak menghampakan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Cikgu Etuza..Guangzhou ni syurga shopping kaum hawa..tempat org bisness memborong

      Delete
  19. best lahh.. akak pun berkenan.. nnt kalau ada rasa2 nak ke sana boleh refer blog awak lahhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM nak refer blog Kak yan kalau nak ke Turkey hihih

      Delete
  20. Cantik dan luas biliknya, harga pun murah sangat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Zumal..nak travel ni tak leh nk tido hotel mewah cukup la yg murah2 janji selesa heee

      Delete
    2. Betul tu, sebab target travel bukan nak tido tak gitu

      Delete
    3. Betul tu. Lagi dahsyat masa naik train, naik bas, naik apa2 pun tido. Lebih baik tak payah travel kan 🤭

      Delete
  21. hurm.. teringin nak travel ke sana.. one dayyyyy!

    ReplyDelete
  22. waa.. best nya !! masuk list terus !!!!!!!!!! hee~ next nak pegi mana wak ?

    ReplyDelete
  23. Wah bestnya.. nampaknya sgt accomodation tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamapp...penat shoppping..blk tidur nyenyak gila hihihi

      Delete
  24. Saya ada terbaca tripadvisor yg apartmnt ni indah khabar dr rupa.. tp review tu dh lama.. so mybe skrg dh upgrde la kot kan.. sbb plan nk book 2 bedroom.. last2kami book guangzhou east asia hotel.. byk gk tmpt akses by walk je kt situ.. tp tgk dr gmbr sis ni.. mmg sgt2 puas hati sbb siap ada mcrwve lg.. sy insyallah pergi januari ni.. duk risau pula brkaitan ape brg je yg blh dibeli time winter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin dorang dah upgrade..sbb trip Nov 2018 baru ni..hotel ni sgt selesa..bersih..bagus jgk ada bad review sbb baru dorang nk tambahbaik kan?..winter kat Guangzhou x sama mcm Korea..enjoy your journey..tgh menghitung hari la ni ek

      Delete
  25. Rajin nya SS cuci toilet hari-hari.. Tapi yelah kalau berbau memang tak selesa..
    Cantik betul biliknya.. Besar.. selesa dan lengkap dengan kemudahan.. Bagus betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS meme rajin Shahida dan pembersih jugak orang nya :-)

      Delete
  26. Betul orang kata, bila jauh perjalanan luas permandangan.

    kat malaysia biasanya satu bangunan satu hotel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ArZ..terima kasih masih sudi jenjalan kat blog sis JM..kalau pergi hongkong lagi best..bilik hotel sempit gila..dalam 1 building tu..perpuluh owner hotel hihihih

      Delete
  27. Menarik hotel dengan katil triple single ni...dah la besar...

    ReplyDelete
  28. Lagi satu view pun menarik, best tengok suasana pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..view dia lawo..kami bgn pagi bekfes minum nestum + makan nasi lemak sambil layan view tepi tingkap

      Delete
  29. wah menarik hotel ni. kalau besar cenggini mmg muat la kami satu famili.

    ReplyDelete
  30. Katil memang besar pun, puas hati tido. Confirm tak tergolek jatuh. Alahai dapat towel berlubang laa plak. Kena suggest kat diaorang sediakan towel yang elok sikit untuk pelanggan. Best ada mikrowave, boleh panaskan apa2 lauk.

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG