Kepada semua sahabat-sahabat duniaku..JM minta maaf dah lama tak blogwalking dan juga tak bersiaran di blog kerana Ayah JM baru sahaja menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada hari Rabu, 30 Oktober 2019 pada Usia 76 Tahun.
JM sentiasa dengar sahabat-sahabat lain yang kematian ibu bapa mereka, apabila kematian itu berlaku dalam keluarga sendiri, perasaan kehilangan itu amat berbekas di hati. Mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk biasakan diri dan redha akan ketiadaan nya dan sentiasa berdoa agar Roh Arwah Ayah bersama orang-orang yang beriman. Aaminnn.
Apabila kita kehilangan orang yag kita sayang, Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa pedih dan perit rasa dihati nak lalui hari-hari mendatang dalam hidup.
HIDUP perlu diteruskan..jadi moh kita sambung entri baru sambungan dari entri Cara nak ke Baiyun Leather dan Leather Market
Bila sebut Leather Wholesale Market means apa? mestilah terbayang kat fikiran tempat ni jual produk kulit secara borong..betul tak? itu sebab kami nekad jugak nak pergi walaupun pada awalnya ada yang dah bermasam muka hihihi...penat jalan cari tak jumpa-jumpa..
On the way nak ke Baiyun Leather Wholesale Market tu...dalam dok tercari-cari, ada je mamat China approach kami sambil tunjuk kad yang ada gambar-gambar handbag dan kasut sambil kata 'copy bag..copy bag'. Waktu tu JM tak faham lagi tapi SS dan HH dah tahu ni group jual beg duplicate or ayat mudah beg tiruan dengan harga yang mencekik. Kalau korang setuju, dia akan bawak la ke kedai dorang tapi jangan terpedaya dengan teknik macam ni..bahaya!!!
Kami tak endah pelawaan mamat China tu, jalan lagi sehingga nampak jejantas, SS ajak kami naik jejantas tu..
Inilah jejantas yang JM maksudkan..so sebelah kanan tu la Baiyun Leather Market Phase 1 dan Phase2 |
Dari atas jejantas ni akan nampak building Baiyun Leather sebelah kanan tu, tapi bila tengok sebelah kiri ada deretan kedai lagi meriah..sabar dulu..kita pergi yang sebelah kanan dulu.
Baiyun Leather Trading Centre Phase 2 |
Kami masuk building ni dulu, Baiyun Leather Phase 2. Masuk jek kat lobi, ada la sebuah kedai jual luggage bag, beg sandang...bila tanya harga..Ya Ampun..beratus yuan...terus tak jadi nak pegang dan tengok. Dalam building tu sunyi jek, tak meriah..kami pun naik la lift kot ada lagi jualan kat tingkat atas kan...masuk lift tekan la butang dlm lift tu kalau tak salah tingkat 3, bila keluar lift.."eh apa ni? ni bukan tempat jualan barang-barang kulit, ni ofis ni, patutla sunyi jek" Sah kami salah tempat..tapi kalau google ramai cakap suruh pergi kat sini..adeh!!!
Kami turun, keluar dari building tu, kami masuk plak building yang kat bawah ni, tak jauh dari jejantas..Baiyun Leather Phase 1.
Baiyun World Leather Trading Centre Phase 1 |
Jom kita masuk building ni pulak, masuk je memang betul ada kedai-kedai jual barang kulit paling banyak hangbag perempuan la. We assume kat sini boleh la beli dengan harga murah la la kan.
Kalau follow cerita blogger - blogger yang share entri dorang tak cerita detail cuma cakap kalau pergi sini korang boleh beli beg kulit, beg berjenama, porch bag, beg sekolah, tas tangan, purse, dompet, bagasi..HARGA? susah nak cari orang yang share. Bila kami pergi sendiri..rasai sendiri..serius JM tak suggest korang pergi sini tapi kalau korang jenis duit berkepuk-kepuk..suka barang branded keluaran China dengan harga yang tak mampu milik macam kami..korang boleh ke sini.
Ni antara kedai-kedai kat dalam buliding Baiyun leater. Kat luar kedai tu ada dorang letak kotak tau, so boleh beli sebab harga dalam 100yuan atau anggaran RM60 untuk handbag kulit wanita |
Kalau nama pun dah gah..mall besar macam tu...memang kami tidak mampu nak beg handbag dalam cemin yang 'display' cantik...kami hanya mapu beli handbag dalam 'kotak' luar kedai serendah 50yuan (RM30) - 100 yuan (RM60)..itu je yang kami mampu. Memang agak frust pergi tempat ni....itu sebab peniaga kat sini relax je dia takkan tarik tangan kita suruh beli..kalau dah harga 200yuan dan ke atas, tak mampu ambe.
Dalam-dalam tak mampu tu,..cuba tgk apa yang JM rembat hihihih..
Longchamp - yang ni hadiah dari SS dan HH...tak ingat harga dalam 120yuan kot |
Nah..tiga terus - 320yuan sepasang dalam RM70 (murah ke mahal??) |
Kiri kanan jalan jual dompet, beg dengan harga mampu milik |
Nahh..pilih..beg untuk kanak-kanak pun ada..dewasa pun ada..kualiti agak tip top..harga pun berbaloi |
Kedai jual luggage bag for traveller pun ada.... |
Takkan nak tengok jek kan..so rembat la satu..50yuan (RM30) sahaja...murah ke mahal??? |
Pusing pusing keluar masuk kedai..tambah lagi satu handbang..ahahah...ni memang setiap minggu tukar handbag baru hihih (80yuan) |
Pegang letak pegang letak..bila tengok harga 15yuan (RM10) terus beli 2 buah/biji/pasang dompet ni |
Ada lagi ahaha...sling bag tu kulit tau..soft jek harga 70yuan (RM42), tali pinggan tu masing 20yuan(RM12) dan 25yuan(RM18) |
Kalau nak tengok berapa banyak JM borong boleh baca kat blog SS...penuh plastik hitam..BERAT??? ofkos la berat macam nak rebeh bahu tapi dah alang-alang sampai takkan nak tengok jek kan..rugi la..dah balik Msia entah bila tahun nak datang lagi hihih.
Dah!! cukup duit dah abis banyak ni...esok ada lagi tempat nak pergi jom kita balik..tangan pun dah tak cukup nak bimbit ni hihihih. On the way nak balik ke train station, nampak la kedai makan HALAL di sebelah kanan jalan. Awal tu kami memang tak tahu tau ada kedai makanan HALAL kat deretan kedai yang kami borong tu..Ya Allah memang rezeki!!! Nak tahu lokasi kedai ni boleh entri yang lepas.
Tak tahu nama kedai tapi kalau dah tulis Muslim Restaurant ada tanda HALAL lagi masuk je la tanpa was was |
Belakang tu tempat dia masak dan depan tu kaunter bayar |
Senarai Menu..kami pilih noodles with beef..15yuan semangkuk kalau tak salah.
Pilih la apa korang nak makan |
Kami pilih 2 mangkuk mee tarik sebab kat semua kedai makan di China ni tak ada jual air tau..maksudnya air dibancuh seperti teh ke, kopi ke, kalau nak dorang ada jual air dalam botol. Jadi sebagai preparation korang sediakan la air mineral sendiri kaalau tak mau tercekik. Macam kami order mee tarik, ada kuah so tak perlu air lagi...Bijak tak? hihihi
Cuba tengok satu mangkuk berapa banyak? memang cukup la 2 mangkuk untuk 3 orang. Minta 1 mangkuk kosong |
Mee tarik di China ni memang sedap tau banding yang jual kat Msia ni...letak pulak sambal cili merah tu..pergh..makan panas-panans..slurp slurp sedap. Mee dia liat-liat..ehh..memag sedap lah. SS dan HH pernah makan mee tarik di Xian, dorang cakap kat Xian lagi SEDAP..adeh!! bila la dapat pergi Xian ni....harap-harap dorang dua sudi teman JM pergi Xian hihihhi.
Selesai makan..jom lah balik hotel, naik train di Guangzhou Railway Station ke Beijing Lu Station. Dari kedai nak ke station tu agak jauh..tambah dengan barang-barang shopping memang merengkeh la..pastu plak bila dah sampai station guangzhou tu..jalan dalam walkway station tu nak ke tempat naik tren pun jauh jugak..dengan kena scan beg lagi sebelum naik tren..adehh!! memang GIGIH la...demi kepuasan berganda hahaha...
Mission accomplish...so wait a new story on the next day yeah...muah!!!!!
tak pernah sampai guangzhou ni lagi. jelesnya tgk jm ni. asik jalan jalan je.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki JM tu :-) Ibu Lala..Allah beri rezeki lain :-)
DeleteInnalillahi wainna ilaihi roo ji uun.. Moga rohnya ayah dicucuri Rahmat & ditempatkan bersama mereka yg beriman..
ReplyDeleteThanks kongsi trip ni..
Terima kasih Mulan..Aaminnn
DeleteTakziah Jm.. Sha doakan semoga kuat dan sabar melalui kehilangan ini..
ReplyDeleteTerima kasih Sha..muah muah muah!
Deletehug and kisses from far away.. :)
Deleteheeeee
DeleteHamboi.. Sakan JM memborong beg.. ini memang hari-hari bertukar beg.. Beg kain tu murah sangat tu..
ReplyDeleteKih kih kih sudah semestinya..tu baru kat Leather Market tau..lom tgk lagi JM beli kat Ladies Market..PITAM hahaha
Deletetak sabar nak tengok.. kikiki..
Deletehihih...penuh plastik hitam
DeleteWah.. Sedapnya mee tu.. memang bestlah kalau kenyal-kenyal..
ReplyDeletebetul Sha..mmg x muak tau..sup dia pun sodap
DeleteKalau dapat kat anak Sha si Imani, memang tak berkongsilah jawabnya.. hehehe
Deletesuka tul tu
DeleteAl-Fatihah buat ayah... semoga rohnya dicucuri rahmat allah... aminn...
ReplyDeleteTerima kasih Yunk SS...Aaminnn
DeleteMee tarik di xian memang lagi sedap... memacam jenis... jom... SS ajak Jay Emm pegi on 2015... Jay Emm yang jual mahal...
ReplyDeleteTu arr..PADAN MUKA JayEmm
DeleteWow syurga eh nie🤩👛👜👝
ReplyDeletecik bunge..syurga DONIA hehehe
DeleteDah sampai... Mesti laaa beli
ReplyDeletebebanyak 👜👛👛
ofcos la..hari2 tukar beg keh keh keh
DeleteMurah pon murah... Yg penting boleh tukar-tukar ikut tema 😉😉😘😘
ReplyDeleteahaks...baju jek tak tuko
Deletesalam takziah JM
ReplyDeletesemuga roh ayahnda diletakn di sisi para solihin aamin
lama dah dulu jejak Ghuangzhou n Shenzhen
rembat teko satu hand carry
3 kali kena keluarkn..scan balik
insaf dah x mo bli teko lagi...tetapi ada masa nya terbeli jugak..cuma maaik luggage
assalam Nekcik..sihat ko? lama x ziarah JM...terima kasih atas ucapan..aaminnn
Deleteteko x boleh hand carry..dorang takut kita guna utk ketok kepala org dlm flight hahaha..kalau nk beli jgk letak dalam kabin
Salam takziah untuk JM sekeluarga.
ReplyDeleteterim kasih cik bunge
DeleteSemoga tabah menghadapi ujian ini.
ReplyDeleteinshaa allah
Deletesalam takziah
ReplyDeleteal fatihah
terima kasih Lynda
DeleteAlfatihah..semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..
ReplyDeleteCantik2 hasil tembatan JM..murah2 pun murah..
terima kasih kak Kam...hihih...sbb muroh
DeleteAllah. .. Salam takziah sis JM dan family. ..
ReplyDeleteTerima kasih ZF
DeleteIshhh murah2nya beg kt sana. ... Nmpk elok plak tu
ReplyDeleteye ZF..brg baru kualiti n muroh
Deletenasib baik lah china ni bukan jiran dekat kita. kalau tak, memang kita wanita ni boleh pi tetiap minggu shopping. hahahahahaa
ReplyDeleteUmi Nazrah ..ahahaa...susah jgk nk ke China..perlu buat VISA mahal lak tu
Deletetakziah sis JM & Keluarga....
ReplyDeleteterima kasih Eija
DeleteSalam takziah JM dqn keluarga.semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dlm golongan org2 briman. Aminnn
ReplyDeleteTerima kasih kak Nieda..aamiinnn
Deletesalam takziah JM. semoga dicucuri rahmat ke atas roh arwah ayah JM.
ReplyDeleteamboi kemain dia shopping. sampai lenguh bahu haa. hehe
Terima kasih Ana..ahahahah..lupo diri
DeleteSalam JM ... lama tak terjah sini...
ReplyDeletesalam Takziah untuk JM dan keluarga. Moga arwah ditempatkan di kalangan insan2 bertaqwa..
kalau noe g sana sah tak tau nk pilih mana satu...murahnya beg kain tu.. jenis tahan lama tu...bes la hari2 tukar beg :)
Terima kasih NoE..aaminnn
DeleteYE NoE..mmg meroyan tau kalau bwk duit sikit
mmg tak mampu tgk harga beg kay Baiyun tu...apsal takde pun yg harga murah semua harga gila2 mahal punya. kat situ juga ada approach kami 'u want copy'?? ingatkan dia tanya kami nak 'kopi' ke...lepas tu dia tunjuk gambar2 beg...baru saya paham copy ori la maksudnya pasal ada baca dlm blog gak. tah macam mana datang keberanian p ikut dia p black market...adoiii masa ni dok pikir kalau kena rompak ke abis la kitaorg...sambil jalan dok sorok2 duit dalam badan risau pnya psl..p tempat rumah flat kat area Baiyun tu juga psl jalan kaki je. Setiap pintu masuk ada bodyguard jaga. Takut gile masa tu. Bila dah masuk dalam rumah tu (diubahsuai dah mcm mall) punya la ramaiiii orang dok membeli dalam tu....fuhhh pengalaman betul....
ReplyDeleteYe Hani..mana nk dpt harga murah sbb semua beg dalam CERMIN..nk masuk tgk harga pun takut...tgk dari luar jek...mak aihh..berani betul ikut!! akak pun dorang dok approach jgk tapi kami x layan..abis tu..beli tak? murah?
DeleteTakziah JM atas pemergian ayah.
ReplyDeletemmg byk sungguh shopping tu, balik sini melaram sakan tukar2 bag selalu ya. haha
Terimak asih kak Unie
Deletehihihi..mcm tahu tahu jek kak ujie ni
inna lillahi wa inna ilaihi rojiun... takziah buat sis JM sekeluarga atas pemergian ayah JM
ReplyDeleteTerima kasih Pha Is
Deleteala, beg2 je ke? barang macam jaket kulit tak ada? hehehehe.. boleh juga buat jaket moto.. hehehe
ReplyDeleterasanya byk nye beg n dompet arrr
DeleteSalam takziah JM
ReplyDeleteDen pun da lama sungguh tak besiaran kat sini..blog update lagi la mmg da bekurun..
ni pun muncul semula bile ade org seru2 nak tgk blog..hahaha..da hutan belantara dah..huhu..
bestnye JM still lagi travelling..bestttt
Terima kasih Miss..yelah...lama betul Miss x update blog mesti sibuk dgn life 'baru' skrg kan..dulu waktu bujang mmg la byk masa..suka baca entri Travel Korea Miss tu..berkali2 trip ke Korea heee..mmg best baca
Deletesalam takziah, rietta paham rasa kehilangan tu, wah bknye brgan kulit, dah la cantik, murah pula tu...
ReplyDeleteTerima kasih Rietta...kalau x keberatan minta emailkan JM no akaun ek
DeleteAl-fatihah utk arwah ayah JM..semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman & beramal soleh..ammin ya robbal'alamin..
ReplyDeleteMeriahh..shopping handbag...murah & cantik..mee tarikk..selalunya air kosong/teh cina percuma je..
Terima kasih kak Nohas..until now masih terasa akan kehilangan ayah..masih teringat-ingat akan kehadiran beliau..huhuh
Deleteitu sbb seronok gi China..barang murah..mee tarik sedap n tertarik menarik ko memang deboomm hihih
akak baru je makan mee tarik ni tadi kat Giant Kelana Jaya.
ReplyDeletemmg besar potion nya ye.
Mcm mana rasanya kak Yan? sama macam kat China tak? aduss...byk lagi blog JM kena skodeng termasuk entri dari blog KAk Yan..tunggu!!!
DeleteTakziah JM atas kehilangan..Alfatihah dan semoga tabah hadapi dugaan
ReplyDeleteTerima kasih Mak..in shaa Allah aaminnn
DeleteWow syoknya pergi Jeju..bila nk up??
ReplyDeleteahaha...JEJU??? entah? tahun depan kot..2021 hahaha
DeleteGambo semua lawa terang.;puas tengok
ReplyDeleteguna kamera HP je Mak...psstt : jgn lupa email no akaun ek
Deletesalam takziah sis, semoga rohnya ditempatkan di sisi orang2 yg beriman.. amin
ReplyDeletetake a good care of urself sis and hv a nice day
Thank you Cik Itah comei tu
DeleteSalam takziah ya...mg roh dicucuri rahmat
ReplyDeleteTerima kasih CikguZim..aaminnn
Deleteinnalillah.
ReplyDeletemoga ayah JM di kalangan org2 beriman.
wah, guangzhou. menarik.
now a grup of kawan2 aida ada holiday kat sana.
dia post gambar kat fb, nampak seronok! best!
Terima kasih AIDA...aaminnn
Deletehihihi..jenjalan mmg best..tak best tu duit 'melayang' hahhaha tp ada hasil arrr
Hamboi.. hamboi.. sakan dia menyerang blog kita ye.. Nak kena gigit nie.. hehehe..
ReplyDeleteTQ tau.. terharu kita dapat kunjungan kasih sayang ini..
ahahaha..maaf tau Sha...JM tak boleh nak terjah hari2.so sekali masuk tu..siaplaaa hihih
DeleteInnalillahiwainnailahirojiun.Takziah JM dan keluarga.
ReplyDeleteNak pergi sini, kena baawak duit kepok2 laa JM kan. kiki
Boleh borong berlori2.
TErima kasih kak Wawa...hahaha..betul..kalau bwk tak banyak buat geram jek
DeleteCikbunga dtg sini🌹🌹
ReplyDeleteCikBunga..jgn lupa email your account no
Deletereading your post makes me miss travelling even more.
ReplyDeleteRay : hihih..REALLY?
DeleteCantiknya bag. Hai sy Rabia. Sy follow blog akak
ReplyDeleteHi Biahtul..sis follow u back :-)
Deletealfatihah utk ayah JM tuuh. aminn
ReplyDeleteTerima kasih Wak
Deletelama x update blog ni JM.. apa khabar..
ReplyDeleteHai nOe..JM sihat..
Deletesalam takziah jm ..moga rohnye dicucuri rahmat ..ameenn sronok baca cerita jm ..
ReplyDeleteTerima ksaih Zila Norazila..lama kita x borak2 kan
DeleteTakziah buat JM sekeluarga, Al-Fatihah buat arwah ayah JM..
ReplyDeleteMurahnya beg kain tuu..cantik pulak tu, memang menggamit pembeli suruh angkut banyak2 😎
Terima kasih Cik Suerin
DeleteWaalaikumussalam JM.
ReplyDeleteAllah, patutnya rasa rindu kat JM. Sebab ruby pun lama tak jengah ke sini. Maaf ya.
Salam takziah atas pemergian Arwah Ayah JM. Moga rohnya dicucuri rahmat. Berada di tempat orang² yang soleh. Aamin.
Sejujurnya ruby tak pernah sampai ke sana, guangzhou. Hehehe
Bagi Ruby harga best tu berpatutan dah JM. Beg kain tu Ruby suka jugak 💜
#MogaJMbaikbaikAjeYa
Assalam Ruby..terima kasih sudi jengah blog JM :-)
DeleteSalam Takziah Sis JM... Situasi macam ni suami ekin pernah lalui masa 6 bulan sebelum kahwin ujian buat dia selepas kehilangan tu down nak bincang hal kahwin asyik gaduh huhuhu... syukur alhamdulilah Allah permudahkan urusan perkahwinan ekin..hihihi..aamiin
ReplyDeleteWkomsalam Ekin..oohh..ye ke..mmg terasa sgt kehilangan tu..tapi kalau dah JODOH takkan ke mana..betul tak :-)
DeleteYa Allah banyaknya sis memborong bag dekat sana.. murah dah harga rm30 beg pulak lawa-lawa hahhaha, kalau tahu sis JM g shopping beg mahu kirim gak hahaha
ReplyDeleteahahah..ntah bila nk g lagi la Ekin
DeleteMee tarik china xsama dengan Malaysia, mungkin sedap tu.. mangkuk dia tnggi kalau seorang makan x habis tu nampak macam banyak.. hahaha...
ReplyDeleteye Ekin..semangkuk kongsi berdua
DeleteWah ni memang shopping sakan namanya ni. Cantik laa beg coklat kain tu.
ReplyDeletehihihi..mmg tujuan pergi nk yoppping
DeleteJay emm... tolong taipkan entry kat blog SS... 😂
ReplyDeleteWah, banyak beg ye JM shopping...
ReplyDelete