Showing posts with label Indonesia - Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Jakarta. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Inilah Jakarta Last Day

Assalamualaikum kawan-kawan..dan selamat sejahtera,

Aper?...last day...iyerrr...3 hari jer aku di sana..hari ni dah masuk hari ke -3...esok udah mau pulang ya ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian....hihihi

Hari ketiga bermula jam 9.00 pagi waktu Jakarta selepas sarapan, kami gerak dengan taksi (teksi) untuk ke Taman Impian Jaya Ancol (Ancol Dreamland) Jakarta. Tempoh perjalanan hanya 20 menit dari Tunes Hotel Pasar Baru..dekat bukan..kadar tambang Rp31,000.

Apa yang menarik di Taman Impian Jaya Ancol ni...aha..Taman ini adalah seperti mini taman tema seperti di Genting Higland tetapi di tanah rata di mana terdapat pelbagai rekreasi seperti Taman Pantai, Dufan, Gondola, Hailai, Ocean Dream Samudra, Atlantis, Pasar Seni, Bowling, Seaworld, Paintball, Ancol Epic Cable Park, Ecopark dan Ancol Beach City. Antara rekreasi yang ada kami pilih untuk ke Ocean Dream Samudra dan kami minta bapak taksi drop kami di situ. Dari pagi sehingga tengahari kami di sini dan tidak sempat untuk explore rekreasi yang lain.

Apabila sampai sahaja di main entrance..seperti tol gate..perlu bayar tiket masuk Rp15,000 setiap seorang bagi dewasa dan kanak-kanak. Kami serahkan kepada bapak teksi untuk bayarkan melalui tingkap kereta..tak perlu turun.
Welcome to Ocean Dream Samudra
Di Ocean Dream Samudra terdapat pelbagai show yang melibatkan ikan lumba-lumba, badak air, singa laut, underwater show, dolphin, scorpian Pirates dan 3D & 4D Cinema. Tiket masuk adalah Rp90 ribu bagi setiap dewasa dan kanak-kanak. Sila dapatkan pamplet pada pintu masuk utama selepas beli tiket sebagai panduan untuk menyaksikan show selang 30 menit untuk setiap show. Tempat ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan jika musim cuti sekolah inilah tempatnya.

Kaunter tiket

Selepas beli tiket terus ke pintu masuk utama untuk menyaksikan show pertama..


Show pertama adalah gelagat-gelagat lucu dari beruang hitam dan badak air...gelagat mereka membuat semua hadirin terhibur dan ketawa riang termasuk lah aku...hihihhi


Seterusnya kami bergerak ke show ke dua..persembahan dari singa laut membuat tarian Oppa Gangnam Style..

Selesai sahaja show ni tanpa membuang masa kami terus ke dolphin show...amat menarik sekali..

Dolphin Show
Ada lagi ker show nya..ha'a..belum habis lagi..ke mana pulak yer... 4D Cinema

4D Cinema Show
Kemudian ke Underwater Show (mermaid show)

Underwater Theater

Lebih kurang 30 minit di sini..kami gerak ke Show Scorpion Pirate pulak..show memang best kerana adegan live..seperti melihat teater muzikal melibatkan aksi tembak menembak, bom mengebom, aksi lasak jet ski..memang kagum dengan show dorang..


Scorpion Pirates Show
Sedar tak sedar jam sudah 1.00 tengahari..masing-masing sudah lapar terutama budak-budak kecil ni...show pun dah habis, perut sudah berbunyi...tapi sebelum tu singgah dulu lihat-lihat tshirt yang di jual sebagai sourviner..kemudian ambil teksi untuk makan tengahari di WTC Mangga Dua Shopping Mall..tak susah..keluar je ke entrance Ocean Samudra tu..dah ada teksi yang menunggu...kat Mangga Dua ni terdapat pelbagai jenis barang yang dijual memang murah seperti handbag dan t-shirt. Handbag Rp50k pelbagai design dan cantik-cantik dalam RM17..aku rembat 3 buah....aku tak explore semua tingkat sebab masing-masing dah penat...kami makan tengahari di D'Cost restaurant aras 1..banyak pilihan menu sedap dan murah..aku amat rekomen kepada sesiapa yang singgah di Mangga Dua Shopping Mall ni.

Murah betul handbag kat sini
Jam 4.00 petang bergerak balik ke hotel...tambang teksi Rp26k kerana kesesakan lalulintas yang amat teruk..maybe time orang pulang dari kantor...Sampai sahaja di hotel..kepenatan..malamnya kemas beg untuk check out esok pagi. Good bye Jakarta...good bye Tunes Hotels...

View Tunes Hotel from outside
Sebelum check-out, minta receptionist panggilkan teksi untuk ke airport terminal 3...gerak ke airport mengambil masa lebih kurang 1 jam..tambang teksi termasuk tol dan parking kereta di bayar oleh penumpang yer..total Rp83k. Sampai sahaja airport terus check-in di kaunter AirAsia..kat sini kena sediakan airport tax Rp150k setiap seorang tidak kira dewasa atau kanak-kanak..so jangan leka berbelanja yer..simpan ke tepi duit untuk airport tax ni..kalau di Bandung..airport tax hanya Rp75k seorang. Ambil gambar sekeping dua sebelum berlepas sebagai kenangan...

Tandas dan Surau Lelaki
Surau dan Tandas Wanita
Tamat sudah...pengalaman bercuti ke Jakarta..ke mana pulak destinasi aku untuk tahun 2013 nanti...aha buat masa ni..awal tahun belum ada perancangan lagi ..tetapi sekiranya sempat beli tiket murah dalam masa terdekat..maybe nak ke Siam Reap Cambodia, Bali, Medan, Jogja dan Surabaya.

babaiiiiiiiiiii......jumpa lagi di lain siaran :-)

Monday, 17 December 2012

Inilah Jakarta Part 2

Assalamualaikum semua...

Aku malas nak berceloteh panjang..kita terus ke tujuan utama yer..aha..hari ni hari kedua aku di Jakarta. Ke mana kami pada hari ini..dan kalau mengikut kepada plan asal hari ni kami akan bercanda di Taman Safari Bogor kira-kira 2 jam perjalanan dari kota Jakarta bergantung kepada traffic di jalan. Kami menyewa sebuah van 12 seat, kadar sewa Rp980 ribu sehari.

Oh ya sebelum itu ingin aku kongsi sedikit pandangan aku mengenai Jakarta ni..kalau korang membeli belah..harga barang nya memang murah dan berbaloi kalau nk membeli tapi sayangnya dari segi harga makanan, tambang teksi harga agak tinggi berbanding Malaysia seperti one meal boleh mencecah RM10.

Sewal jam 8.00 pagi semua berkumpul di depan hotel untuk ke Taman Safari dan dalam perjalanan berehat sebenar untuk sarapan pagi. Taman Safari Bogor ni lebih kurang macam zoo terdapat pelbagai jenis haiwan dan yang paling seronok adalah kita boleh boleh beri makan (carrot) kepada haiwan tadi melalui tingkap kereta. Amat mengujakan. Di samping itu juga terdapat pelbagai show yang melibatkan gajah, ikan dolphin, tiger show, ball of death, cowoy show secara live dan memang mengujakan. Oh ya sebelum itu aku nak beritahu harga tiket adalah Rp200 ribu seorang termasuk dewasa dan kanak. Jom ikut aku. Semasa membuat bayaran tiket masuk, pastikan dapat gelang untuk di pasang di tangan sebgai pengesahan tiket telah di beli dan dapatkan juga pamplet yang terdapat show time bagi mengelakkan dari terdapat show yang terlepas. Show bermula setiap 1/2 jam. Memang berbaloi datang ke sini dan kepada sesiapa yang bercuti bersama keluarga, aku amat syorkan korang mesti singgah di Taman Safari Bogor.

Kereta Sewa
Sarapan dulu
Dah sampai - Taman Safari Bogor

Ekpedisi bermula :-) Gambar diambil melalui cermin kereta

Antara binatang-binatang yang terdapat di dalam Taman Safari Bogor

Aku tidak masukkan semua gambar haiwan yang terdapat disini kalau nak tahu kena perlu sendiri..hihihi..memang menarik. Selepas selesai mengelilingi kawasan sekitar, jam sudah 12 tgh time untuk makan. Selepas makan tengahari dan solat, masa untuk melihat pertunjukan haiwan-haiwan terlatih bersama pelatih-pelatih yang hebat. Jom lihat antara gambar yang dapat aku snap menggunakan Galaxy Tab aku ni...jadinya gambar kurang sharp dan berkualiti..frust tul..sampai sana baru tahu bateri kamera tak cukup dan pada masa yang sama charger lak boleh tinggal kat Malaysia. So inilah hasilnya...

Dolphin Show

Cowboy Show
Globe Of Death Show
Seagull Show
Tiger Show
Elephant Show
Kanak-kanak suka bagi gajah makan carrot

Seharian berada di Taman Safari Bogor dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai pada sebelah petangnya..lebih kurang jam 6.00 petang kami mula bergerak pulang ke sarang...ehehe...arghh..memang puas hati perjalanan untuk hari ke 2..ke mana pulak aku untuk hari ke 3..jgn lupa singgah blog aku untuk sambungan story eh...

Jumpa lagi :-)

Friday, 14 December 2012

Inilah Jakarta Part1

Assalamualaikum to all and Salam Sejahtera,

Ini adalah kisah percutian terakhir aku untuk tahun 2012 pada awal Desember lalu. Destinasi aku kali ini adalah ke Jakarta Indonesia selama 4H3M dan pengalaman pertama aku ke sana. Ini bukan pertama kali aku ke Indonesia kerna sebelum ini aku pernah jejak ke Bandung, Padang dan Bukit Tinggi. Jadinya aku sudah boleh jangkakan bagaimana suasana dan keadaan di negara tersebut dan memang tiada banyak bedanya. Apa yang pasti Jakarta lebih maju dari Bandung dari segi ekonomi dan sosialnya..pada pendapat aku la..Dari segi kesesakan lalulintas memang tidak boleh dielakkan.

Welcome Monumen
Macet Bangat

NUFFNANG