Showing posts with label Malaysia - Bukit Puchong. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Bukit Puchong. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

Jom ikut JM masuk HUTAN...masuk hutan???



Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan pembaca setia semua,


Setiap kali nak update blog akan terlihat bilangan follower makin bertambah (walaupun tak ramai), hati JM mula berbunga-bunga dan amat hargai kalian. Bukan bilangan yang JM utamakan tetapi kesudian untuk baca blog JM ni. Waahhhh...makin bersemangat tau JM nak menulis. Terima kasih kepada follower dan pengkomen tegar yang JM sayangi..kepada follower baru, sudi-sudi lah baca dan komen yer..nanti boleh mengeratkan hubungan silaturrahim di alam maya gitewww.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ke mana you oulssssssssssss....hujung minggu lepas...ke korang melepak je kat umah di sebabkan keadaan udara yang tidak sihat di sebabkan oleh JEREBU dan Indek Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat. Tidak bagi JM, dalam keadaan udara macam tu pun boleh lagi lakukan aktiviti luar bersama teman tersayang katanya....ahaaa..nak tahu ke mana JM pergi..moh baca entri ni sampai habis.

"XPDC masuk hutan.  Tak percaya? ..jom tengok gambar dulu"

Ada brannniii????
Ada lagiii...
yer...dah percaya..kami masuk hutan. Gambar kurang memuaskan kerana JEREBU
Lepas masuk laut, timbul pulak perancangan mahu masuk hutan. Perancangan untuk ke sini telah disuarakan salah seorang rakan yang pernah ke sana dan beliau memaklumkan terdapat sebuah tasik biru kat dalam hutan tu dan terpelihara. Kami semua excited..tasik biru?..biar betul..jadi masing-masing ingin melihat dengan mata dan kepala sendiri. 

Perancangan di atur dan perjanjian di buat, maka pada hari yang dijanjikan kami mula bertolak dari rumah masing-masing menuju ke destinasi yang dituju. Mesti korang tertanya-tanya..kat mana tempat ni atau ada rakan-rakan pembaca dah tahu kat mana tempatnya..alah..dah tak surprice lah.....So kepada pembaca di luar sana yang ingin tahu lokasi dan direction untuk ke sana boleh rujuk kat SINI

Pendakian bermula jam 7.30 pagi. Waktu kami sampai tempat parking memang penuh kiranya ramai jugak orang mendaki bukit ni dan kebanyakan mereka adalah orang Cina dan terdapat beberapa orang sahaja Melayu. Disini kita boleh lihat tahap kesedaran kesihatan di kalangan orang Melayu termasuklah JM..sebulan sekali baru nak buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Paling JM salute adalah pada waktu tu, dah ramai turun ke kaki bukit sedangkan kami baru nak mulakan pendakian, cuba korang bayangkan jam berapa mereka mula mendaki. Tapi jangan patah semangat, mari kita mendaki. Gambar kurang jelas kerana JEREBU.

Waktu ni trek masih lagi mendatar
Akan jumpa 2 persimpangan, simpang kiri lebih jauh tetapi trek tidak terlalu mencabar stamina dan simpang sebelah kanan agak mencabar..so pilihan di tangan anda
Apa yang menarik dengan gambar ni...cuba lihat betul2 camera yang di gunakan adalah canon tetapi di galasnya paper bag..korang sanggup..hahaha
View sepanjang mendaki dan terjumpa pokok Tongkat Ali. Gambar ke tiga tu dah sampai puncak
Siapa cakap mendaki tak penat, sakit betis tau sampai sekarang kaki JM masih sakit jalan pun dah macam rupa penguin. Itulah akibatnya kurang joging tetiba nak mendaki..kan dah sakit ..siapa yang susah..diri sendiri juga hehehe.

Kami mendaki secara santai sahaja, jika rasa penat berhenti berborak seketika dan kemudian sambung mendaki lebih kurang jam 9.00 pagi kami sampai ke puncak Bukit Puchong. Kalau betul-betul mendaki JM rasa dalam 1 jam dah boleh sampai ke puncak tu ha..rasanya Bukit Broga lagi mencabar.

Oh ya..korang mesti nak tahu..kat mana pula yang dikatakan Blue Lake..ahaaaa...nak ke sana perlu trek yang lain. Dari puncak tu ada satu trek yang di halang dengan tali NO ENTRY tapi dek kerana kami ni degil..kami cross sahaja dan pada masa yang sama pandang-pandang juga orang sekeliling. Kawasan ni perlu berhati-hati kerana tasik biru ni adalah kawasan terlarang dan terpelihara, sekiranya terserempak renjer hutan..nasib lah..nanti kena halau balik. Tapi alhamdulillah nasib kami baik boleh sampai ke sana tanpa halangan. Perjalanan ke sana ambil masa dalam 30 minit bergantung kepada keupayaan seseorang.


Hoyyeeeeeeeeee...dah sampai..tak sabar nak terjun nih..walaupun terdapat peringatan dilarang untuk bermandi - manda, tapi kaki sentuh air je..arghhhhhhhh..tak boleh tahan...

Ada tak sesiapa yang tak nak terjun bila tengok air yang jenih, bersih dan sejuk ni...grrrrrrr
Apa-apa pun kita makan dulu...perut dah lapar nih..Lebih kurang 2 jam kami habiskan masa disini sebelum berpatah balik ke pangkal jalan.


Akhirnya jam 2.00 petang kami sampai di tempat letak kereta dan masing-masing kepenatan. Itulah sahaja trip pendek pada jujung minggu yang lalu. Kepada yang belum pernah sampai ke sini di alu-alukan kan.

Sekian story kali ni...next entry JM sambung citer pasal trip ke China yang dah lama tertangguh..aduhai..bukan malas nak update tapi kekangan masa katanya.

NUFFNANG